Wednesday, February 27, 2013

BUNGA BETIK DAN UDANG TAJAM

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu !

 RM 1 untuk sepinggan kecil. Saya beli di pasar malam Klang, setiap Sabtu ada pasar malam kat situ. Tidak jauh dari Masjid Bandar Diraja Klang yang cantik itu. Ok, sebab saya nak memang dalam kuantiti kecil, makan sesekali sayur pahit untuk kesihatan. Ini bunga betik yang belum kembang lagi. Selain bunga, pucuk betik sedap dibuat sayur, terutama sekali mereka yang menggemari sayuran pahit untuk faedah kesihatan. Tak payah makan selalu, sekali dalam masa dua minggu atau sebulan sekali pun sudah ok. Yang penting selalu makan makanan seimbang. Kombinasi lauk yang dilengkapkan dengan sayur.

Kami di rumah, petua untuk menghilangkan/mengurangkan rasa pahit pucuk/bunga betik ini sangatlah mudah. Rebus seketika sekali dengan daun jambu atau asam jawa. Nak pahit yang sederhana, rebus sekejap, nak menghilangkan pahitnya, rebuslah lama sikit. Tapi saya suka rasa pahitnya yang asli. Untuk balance rasa pahit ini, masak sekali dengan udang jadi resultnya = pahit sayuran bergabung dengan manis udang.

 


Udang tajam saya goreng asing. Kemudian bunga betik ini saya masak sama seperti kita tumis sayur, masukkan udang tajam dan masak seperti biasa.

Pahit dan manis. Masakan kampung, maklumlah kan orang kampung, sumber sayur-sayuran itu tidak semestinya yang dibeli di pasar sahaja, di sekeliling rumah kita pun banyak berlambak. Just petik sahaja, fresh lagi. Aduh, tiba-tiba saya terfikir hendak beli betik muda pula, nak buat sayur juga... hmmm...

love,
monalizahrais 

 

No comments:

Post a Comment