Sunday, October 27, 2019

OCTOBER (PART 1) KAHWIN

Assalamualaikum...

Lewat tengah malam ini saya bersiaran di blog menggunakan smartphone, kebiasaan sebelum ini saya menaip di laptop, ON hotspot. Ubah angin sekejap, tadi dah try menulis tajuk lain plan asal nak buat cerita bergambar sayangnya agak lambat proses loading gambar guna smartphone so kita taip cerita tanpa gambar.

Kita sama-sama tahu, sekarang dah masuk musim hujan, di Klang ini setiap hari hujan bermula petang membawa ke malam, tidur malam rasa sedap nyaman nyenyak rasa macam tidur dalam aircond pun ya 🀩🀩🀩

Mandi macam mandi air ais pergh!!! Layankan saja. Contoh - sekarang waktu solat Maghrib di Klang seawal jam 6.59 pm. Kita kena alert waktu solat. Terbabas waktu ke jam 7.30 pm dah lewat sangat tu. 

Bulan October menyimpan lebih daripada 1001 cerita di dalam lingkungan keluarga kami. Untuk October part 1 saya mulakan dengan tajuk KAHWIN. πŸ‘°πŸ€΅πŸ’

"Ada IC kah tu?" Soalan pertama emak saya sebaik saya call emak menyatakan hasrat balik kampung untuk berkahwin. Tu dia soalan... cepu emas. πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

Kenapa emak bertanya begitu?  Tanpa dokumen sah akan menyukarkan banyak urusan di kemudian hari.

@ Nikah @
Kami nikah malam. Majlis bermula khatam al-Quran diikuti akad nikah. Selesai khatam al-Quran, saya duduk di bilik pengantin, pakai baju nikah warna hijau tanpa make up. Sepanjang proses akad nikah berlangsung,  saya 'dikuarantin' di bilik. Tidak dibenarkan berjumpa suami walaupun sudah sah menjadi suami isteri. 😊😊😊😊

Tiada sesi bergambar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tok kadi hantar borang nikah untuk saya tandatangan dan duit mas kahwin di bilik pengantin sambil bertanya adakah saya setuju dengan perkahwinan ini.😍😍😍
Sudah tentu jawapan saya setuju.

Usai akad nikah, rombongan pengantin lelaki termasuk sekali suami saya diarahkan pulang, esok kena datang semula ke rumah untuk majlis sanding bermula siang hingga ke malam. Ok, hari sanding barulah suami dibenarkan tinggal di rumah kami, siap dipesan bawa beg pakaian siap-siap 😁😁😁

Jangan salah faham ya, yang bahagian akad nikah tu suami tidak dibenarkan tinggal di rumah, kebiasaan di tempat kami majlis nikah dan majlis sanding hari yang sama atau majlis nikah malam sebelum hari esok bersanding.
Selesai semua majlis barulah suami isteri dibenarkan tinggal bersama.

Saya dan suami cuti sebulan untuk urusan perkahwinan kami, ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar. Kami tak ikut sangat adat, lebih kepada yang wajib.
Tunang pun seminggu saja.
Pertama kali bakal suami datang rumah memang untuk tujuan berkahwin. Semasa masih bujang saya dah tetapkan tidak akan bawa lelaki datang rumah orang tua saya kecuali untuk tujuan berkahwin. 

@ Cincin @
 Mengikut adat Tidong (bangsa kami), cincin tunangπŸ’ disarung di jari manis tangan KANAN, cincin nikah πŸ’disarung di jari manis tangan KIRI. 

@ Rumah @
Selesai semua majlis perkahwinan, kami suami isteri pulang semula ke Klang berumahtangga di sini mencari rezeki di sini dan ALHAMDULILLAH tahun ini tahun ke 11 kami menjadi suami isteri. 
πŸ’πŸŒΉπŸ’–πŸ’
Doakan yang baik-baik untuk kami ya, semoga ikatan suci ini berpanjangan sehingga ke syurga.

πŸ’–πŸ’–πŸ’–
monalizahrais,
Klang, 
Selangor, 
27 Oktober 2019 Sabtu