Tuesday, May 17, 2016

CERITA MAKAN MINUM PART 2 - BEKAM

Assalamualaikum…


Info pantas untuk anda yang tidak punya banyak masa membaca entri ‘panjang x lebar x tinggi = kolam renang saiz Olimpik.’ Saya berbekam di sini –
Pusat Terapi Bekam Sunnah Al – Hajari, beralamat di 13, Jalan Gombak Ria 3, Taman Gombak Ria, 68100, Kuala Lumpur.
RM 5/cup. Sekali iring dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran semasa proses berbekam.
Just taip dekat fb, senang sangat godek info di zaman IT sekarang ni. Untuk anda yang banyak masa membaca bolehlah sambung bacaan selepas garis ‘kawat duri’ di bawah ini.
**************************

*ini sambungan cerita makan minum bertarikh 26 Mac 2016 (Sabtu)

Setting mood tulisan – romantic, perisa kasih sayang.  B adalah ringkasan untuk hubby. Disengajakan menulis seperti ini, mudah melekat di ruang fikir.

Cuaca di luar rumah cerah (31’C – mostly cloudy), cuaca di dalam hati redup, nyaman, santai dan tenang. B, I puasa tau hari ini, dah masuk hari kedua dah. Alhamdulillah. Mulanya I nak tulis cerita bekam ni minggu sudah, excited sangat nak share, almaklum B, B pun tahu dekat ‘bandar metropolitan’ apalagi kalau bukan Facebook tu tengah hangat isu bekam vs derma darah. Berdentum status bunga api di sana sini, meriah memang meriah B.  Ah, B itu I tak perlu cerita panjang-panjang, you cari sendiri ok?


Mula-mula I bekam 2 tahun lepas bertarikh 8 Jun 2014. I pergi dengan suami. Sebelum itu B, I nak pujuk my husband pergi bekam agak payah juga, I dah macam ni tau – pot pet pot pet bla bla bla bla dah macam serupa itu ahli MLM. I follow fb bekam dekat atas ‘kawat duri’ tu +- 6 bulan lamanya, tabayyun maklumat. Setelah I berpuas hati + yakin dengan setiap status bekam yang tertera di dinding fb Pusat Terapi Bekam Sunnah Al Hajari ini, I pun call untuk booking tarikh bekam. Ok, dah dapat tarikh, tapi kemudiannya I kena ubah tarikh lagi sehingga dapat tarikh 8 Jun 2014. Kami ambik slot petang B, petang Ahad masa tu, itu jer tarikh yang kami berdua suami isteri dapat datang sekali.


Kali kedua berbekam I pergi minggu sudah – pada tarikh 9 Mei 2016 Isnin. I datang seorang, husband tak dapat join, kekangan kerja. I datang naik public transport jer. From Klang I naik komuter menuju stesen KL Sentral (RM 5.20), pastu I naik LRT arah Gombak turun dekat stesen Taman Melati, then I ambik teksi tunjuk alamat terus pergi betul-betul di hadapan rumah pembekam. I sampai before 10 a.m. Syukur sekali lagi semuanya dipermudahkan, I dibekam dalam suasana yang santai + nyaman dalam bilik sejuk ada pendingin hawa. (pendingin ‘adam’ I tak pernah jumpa lagi yer, hihiiii…).


Ok, next I nak cerita pengalaman bekam…  Apa dia B? It’s ok B, ianya perasaan normal untuk 1st timer. I mula-mula nak gi bekam pun takut, cemas pun ada B, irama heavy metal kat dalam dada ni pergh!!! tak yah cerita banyak B, berdentum-dentum jadinya, debar tak sudah. Dalam takut tu, buat-buat berani B. Nak sihat punya pasal kan? ‘Bekam’ tatu lagi sakit B.
Dekat sini dia guna jarum yang semacam pen tekan-tekan tu, bukan Gillette punya, yang jenis toreh tu I tak sanggup, sangat-sangat tak sanggup. Alah B, rasa macam kena gigit semut jer, tak sakit sangat. Ikut diri masing-masing ya.


Cup/gelas yang digunakan dibasuh bersih kemudian disterilkan dalam ‘oven’ khas. Jarum sekali pakai jer, satu jarum untuk seorang, tak de share jarum dengan orang lain, bahaya B share jarum kan? B pun tahu tentang itu.


Proses bekam– dimulakan dengan Bismillah, light massage, then bekam luncur, bekam angin/kering dan bekam darah/basah. Pada tarikh 9 Mei 2016, I bekam 26 cups – dekat muka 5 cups – pipi kiri pipi kanan,dagu, atas kening kanan dan kiri,  belakang kepala 1 cup, dekat dada bahagian hadapan 1 cup, betis kiri 1 cup, betis kanan 1 cup dan yang selebihnya bermula kawasan tengkuk sehingga bawah pinggang. Seram tak B? Hihiii…


Bekam dekat belakang kepala I adalah prevention for 5 jenis penyakit – yang I ingat darah tinggi, kencing manis, jantung, strok,  itu jer yang I ingat, lagi satu sudah lupalah.
Masa I kena bekam tu, ok kita mula dekat muka dulu -  perawat bagitau darah atas kening kiri I banyak + berbuih, pipi kiri pun begitu. Jarum untuk bekam di muka jenis halus kata perawat, sesuai dengan kulit muka, beza dengan jarum yang digunakan pada bahagian tubuh yang lain. Darah kotor dekat belakang kepala I pun banyak juga B.


Bekam di muka I, prosesnya gini – guna jarum halus, ok, bekam angin/kering 1st, kemudian tekan jarum, letak cup, suction +-3 kali bagi darah kotor keluar, setelah +- ¼ cawan darah kotor dah keluar… cup dibersihkan kemudian proses tekan jarum + suction +- 3 kali + cup dibersihkan dan seterusnya proses ini berulang-ulang sehingga habis darah kotor disedut semuanya/tiada lagi darah kotor keluar. Untuk I sendiri, dekat muka sahaja terutama sekali pipi kiri total suction/tarikan/hisapan/lekapan itu I kira semuanya 30 suction. Aduh B, seram juga bila diimbas semula.


Belakang kepala I, 2 kali cup dibersihkan, maknanya ada 6 suction. Pada dada bahagian hadapan – 3 kali cup dibersihkan, 9 suction.
Bahagian tubuh yang lain, 3 atau 4 suction untuk setiap cup.


1st bekam 2 tahun sudah… dalam proses bekam luncur dan bekam angin/kering tu… I rasa macam ada aliran elektrik part yang kena bekam tu, then tak sakit sangat masa darah tu keluar. Jari manis dan jari kelingking I (kanan dan kiri) kebas sekejap masa tu, ada rasa pening-pening sikit, dalam ½ minit gitu. 2nd bekam Isnin sudah 9 May 2016, bahagian tubuh yang kena bekam (belakang) – I rasa pedih + pedas sedikit semasa proses keluar darah tu. Dan hanya jari manis serta jari kelingking sebelah kiri yang kebas sekejap dalam 15 saat gitu. Darah? Kemerahan, tak gelap sangat dan sedikit ‘beku’ maksudnya semacam agar-agar gitu. Pembekam tu cakap jenis darah kotor kali ini yang dekat belakang I jenis darah yang tidak digunakan lagi, yang perlu dibuang.


Oh ya B, sebelum I terlupa,you jangan gelak tau! Dari mula proses bekam bermula, asyik nak kentut saja dan I pun layankan ajelah, dah dia nak keluar, nak buat macam mana…nature’s call hihihiii….


I bawa kain sarung/kain batik dari rumah walaupun pembekam ada sediakan kain. I just berkemban semasa rawatan dibuat. 1st bekam dulu I tak tahu apa-apa, I dan husband serbu macam tu jer. Ada dua bilik asing, lelaki dan perempuan. Suasana dalam bilik ala-ala bilik spa, B. Selesa dan tenang, kaler langsir  mood alam semulajadi gitu – hijau pucuk pisang.

SELEPAS BERBEKAM : Maksudnya B, apa yang dirasa oleh tubuh badan dan perasaan kita  serta proses penyembuhan.


Begini B, hmm… nak mula macam mana ya? Oklah, kita mula dari muka dulu. Sebab pipi kiri + atas kening belah kiri + belakang kepala I paling banyak darah kotor dikeluarkan… so lebam tu agak kuat kaler semacam kebiru-biruan sedikit macam baru lepas kena tumbuk gitu…hihiii…tapi jangan risau B, dalam tempoh seminggu semua kesan lebam bekam tu akan pulih sepenuhnya. Dalam proses nak baik tu, ada rasa gatal-gatal sedikit tempat bekam tu, tapi janganlah garu kuat pula, just garu manja-manja gitu. Dan masa mandi tu tak perlu sental kuat kulit kita, sapu lembut sopan sabun kat kulit kita. Tak lama B, seminggu jer proses baik pulih lebam tu. Itu yang kat luar lah, atas kulit kita.


Ok, next, dalaman kita. Lain orang berbeza saiz pakaian mereka, ada saiz S, M, XL, misalnya. So maksud I setiap orang akan berbeza cerita, kesan penyembuhan selepas berbekam pun berbeza, ikut badan masing-masing. Rasa ringan, lega sangat, terrrr….lebih cergas B, after bekam I turun KL – KL Sentral ( I round satu mall NU Sentral, actually I cari buku tapi buku takde) – then I pergi Jalan TAR, ke sana sini atas urusan mencari hotel, booking hotel. Dekat LRT tu, I tak naik escalator, I just naik tangga jer dan Alhamdulillah, tak sesak nafas, gerak nafas I macam biasa, tak semput langsung! Alhamdulillah syukur Ya Allah. Then urusan booking hotel dah selesai… I try to jalan-jalan dalam Sogo.


After 2 hours barulah I makan makanan berat – I try to makan nasi putih + Ikan masak merah + suhun campuran tempe dan sayur-sayuran, I lawan kan  minuman air kosong jer. Then I jalan kaki naik jambatan/lorong jalan kaki from Sogo menuju stesen komuter Bank Negara. Singgah solat, beli tiket menuju Klang stesen. Dalam tren, I tertidur, nyenyak sangat. I dah tak peduli orang lain pandang I sebab bekas bekam kat muka tu agak ketara. Buat tak tahu jer, alah orang lain tak kata apa pun, just pandang dengan pandangan yang sedikit hairan bercampur terkejut. Sampai stesen Klang, I jalan kaki lagi menuju Bandar Klang, masuk pasaraya Mydin beli sedikit makanan, then I ambik teksi balik rumah. Sampai rumah, mandi, solat dan masak sup ayam. Malam tu I cek gula dalam darah I, 5.8 mmol/l.


After bekam I rabun sedikit, namun begitu tahap rabun ini semakin berkurang dari sehari ke sehari, rasa mata ada terang banyak. Rasa pening yang datang tiba-tiba, kepala tak sakit, badan pula rasa sedap badan + cergas semacam, tapi part pening sehingga memasuki hari ketiga akhirnya saya mengalah, saya pergi ke klinik K1M, ok, dapat ubat pening + vitamin B kompleks dan iron tablets. PPP cek mata I dan pucat katanya, darah I normal, but kurang darah due to banyak darah keluar semasa bekam. PPP suruh makan kerang, tambah darah.


Tapi B, selera I sungguh, tiba-tiba mencanak naik, selera gebu. Due to pening-pening, selain kerang, I makan macam-macam, diet tolak tepi, but still tolak air manis, gula putih dan nasi setakat ¼ portion. I makan antaranya sup tulang, ikan, nasi goreng USA, kerang bakar, sate ayam, aneka sayuran. (makanan kat luar tak dapat elak ada gula putih sebagai tambahan perisanya, yang penting air manis tu kena ganti dengan air kosong atau minuman tanpa gula, contoh kita request lah air barli kosong). Selepas seminggu, bermula semalam (Isnin) I puasa. Semalam I cek gula dalam darah after 8 hour puasa – 5.3 mmol/l.


26 cups x RM5/cup = RM 130, diskaun RM10 = RM120 sahaja kos semasa bekam dekat Pusat Terapi Bekam Sunnah Al – Hajari.


Dari sisi pengisian rohani, I banyakkan mendengar MP3/MP4 alunan ayat-ayat al-Quran dan lagu-lagu mood ketuhanan/soul music, selain membaca al –Quran. Yalah kita dah buang darah kotor, so kita nak replace sesuatu yang baik untuk input dalam badan kita, terbaik tentunya berkaitan elemen agama kita. Dalam masa I mendengar + menghayati alunan suci ayat-ayat al – Quran tu, kadang-kadang I tersedu (sedu – hiccup), tersentuh, keluar air mata. Dan semacam ada aliran perasaan tenang, ringan dalam badan ini, entahlah B, ianya satu perasaan yang unik, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Jam badan/biologi clock I sedikit terganggu beberapa minggu (April 2016) sebelum berbekam, mungkin due to gatal-gatal semacam ruam naik kat bahu dan dada I – pergi K1M dapat ubat alahan/selsema dan lotion Calamine.


Alhamdulillah sekarang, dan hari ini memasuki hari kedua berpuasa – jam badan/biologi clock saya kembali normal. Sebelum tidur set minda + badan nak bangun sekian jam untuk bersahur + ibadat.


Jaga makan minum dah, bekam dah, sekarang tengah puasa, berat tak timbang lagi ni, hihiii….baju seluar still rasa longgar, badan rasa sedap badan, ringan, bertenaga, kulit pun I rasa semakin berseri-seri. Alhamdulillah… “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” –  Ayat ini diulang berkali-kali dalam Surah Ar-Rahman.

Perjuangan belum selesai. Cerita ini akan disambung lagi, InsyaAllah. 

love,
monalizahrais,
Batu 3 Jalan Kapar, Klang
Selangor

17 Mei 2016 Selasa
 








Monday, May 16, 2016

CALLING, CALLING...

Assalamualaikum…


Musim cuaca panas dan ingatan untuk diri saya sendiri – jaga kesihatan. Tolonglah jangan sakit, demam terutamanya. Saya try basuh manual toto (selimut tebal yang selalu jual kat Mydin), dan jemur di ampaian belakang rumah. Dua hari dah kering, nampak sangat panas sungguh cuaca kita. Biasa kami basuh dekat kedai dobi di Rantau Panjang, Klang.
Banyak isu menarik di fb sekarang…eh hari-hari ada isu menarik tertarik kebaboom lah! Google dan facebook dah jadi macam adik-beradik, ‘gudang’ maklumat kehidupan kita seharian. Taip apa pun di ruangan ‘search’ keluar macam-macam – tahap tak larat baca dah, banyak sangat.


Viral tentang isu panggilan – teguran seorang doktor terhadap seorang peniaga online, etika berbahasa dan memanggil orang lain mengikut gelaran, kedudukan etc. Ok, status ‘bunga api’ berdentum sana sini memeriahkan langit facebook kita. Macam-macam warna dapat dilihat. Sesungguhnya itulah wajah sebenar facebook, muka buku – muka jiwa dan raga kita dalam bentuk alam maya.


Saya tak nak bercerita semula tentang itu. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman mula-mula berhijrah ke Semenanjung Malaysia – KL dan Selangor, dari sisi cara kita berbahasa, memanggil gelaran terhadap orang lain sama ada yang dikenali atau tidak.
Ok, mula di Sandakan dulu. Ok, katakan anda berumur lingkungan 20 – 40 an. Kita pergi tamu (sini semenanjung sebut pasar malam). Kita beli barang, dan penjual memanggil kita makcik, adik, sayang, rayang. Padahal kita muda lagi. Yang memanggil kita, si penjual tu nampak lebih tua dan berumur dari kita. Dah memang macam tu stail panggilan mesra mereka. “Kita juga bermaksud ‘kamu”. Kadang-kadang terdengar dialog seperti ini – “Kita mau beli apa?”, bermaksud “Anda/awak/kamu ingin beli apa?”


Di pasar malam dan kedai-kedai di KL –Selangor ini– “abang long, kak long, kak/abang/akak nak beli apa?” yang memanggil tu kadang-kadang sebaya orang tua kita. Dan kita pula umur mungkin sebaya anak dia. Tapi memang dah macam tu cara panggilannya.
Mula-mula saya agak janggal memanggil peniaga yang sebaya mak bapa atau  tua sedikit dari kita dengan panggilan abang dan kakak. Biasa di negeri kelahiran saya selamba jer kami sebut makcik/pakcik. Tapi agak berlainan di sini. Tersasul sebut makcik/pakcik nampak sangat berubah air muka tu.


Saya sering mengingatkan family saya yang pertama kali berkunjung ke sini – jangan panggil pakcik/makcik sembarangan kecuali dia bahasakan dirinya makcik/pakcik. Budaya berlainan. Tegas saya, kita di tempat orang, bukan di tempat sendiri.


Kadang-kadang saya tengah belek-belek barang di kedai, tiba-tiba ada jurujual tegur dari belakang– makcik nak beli apa? (amboi mentang-mentang I comel dan gebu, hahaha…) Kemudian saya pandang dia… cepat-cepat jurujual tu tukar dialog – eh kakak rupanya, nak beli apa kak?. Padahal saya tak rasa apa-apa pun, sebab dah terbiasa di Sabah kita umur 20-an/30-an dipanggil makcik/pakcik bukan isu besar.


Semalam dan kelmarin – Semalam membawa maksud malam tadi (Sabah) vs sehari sebelum itu (Semenanjung Malaysia). Kelmarin membawa maksud sehari sebelum hari ini (Sabah) vs beberapa hari sudah (Semenanjung). Semalam dan kelmarin berbeza makna pada tempat yang berlainan ianya seperti pantat dan punggung. Pantat kalau di Sabah merujuk kepada punggung tapi di semenanjung merujuk kepada kemaluan bahagian hadapan.


Sebab saya dah belasan tahun duduk KL – Selangor… kadang-kadang terjadi salah faham, ‘tersasul’ ketika bercakap dengan family sendiri. Contoh, saya tanya – kau ‘duduk’ mana sekarang? Terkebil-kebil dia mendengar saya sebut perkataan ‘duduk’ tu yang membawa maksud ‘tinggal’ kalau di Sabah.

Contoh – ‘Duduk’ rumah sewa atau rumah sendiri? Sama maksud dengan ayat – ‘Tinggal’ rumah sewa atau rumah sendiri?.
Duduk = tinggal.


Setiap kali berkunjung ke rumah family sebelah suami, sebab suami saya anak bongsu dan family dia jenis big family… anak buah dan cucu kami ramai sangat, tak larat nak kira dah berapa orang semuanya. Saya dan suami seperti ‘Tuan Besar’ dan sudah tentu saya ‘Mem Besar (bukan membesar tau), ‘Puan Muda’. Sebelah suami saya, kedudukan dan gelarannya begini – ada panggilan khusus iaitu ‘Datu’, semacam golongan bangsawan gitu.  So, hendak dijadikan cerita, yang si cucu dan anak buah ini selalu tersasul, keliru memanggil saya dan suami. Kadang-kadang tu umur lebih kurang sebaya pun ya. Jadinya macam ni, anak buah sekejap panggil saya auntie, sekejap lagi panggil kakak, nasib baik tak dipanggil adik hahaha… tu belum masuk bab si cucu memanggil kita auntie dan kakak, aduiii…meriah, meriah…


Setinggi manapun gelaran dan kedudukan kita – yang dinilai cuma amalan kita untuk dibawa ke ‘sana’. Bahasa social media termasuklah urusan niaga online – susah untuk kita berbahasa formal seperti berurusan di atas kertas rasmi. Memang tidak ada guideline khusus, sudah namanya social media, memang gitulah adatnya. Terserah atas diri sendiri, mengatur adab di laman maya. Ni belum masuk bahasa berblogger lagi, tunggang terbalik serabut ayatnya almaklum – sendiri taip, sendiri edit dan sendiri siar.


Saya setiap kali balik kampung halaman… ok, masa menunggu nak masuk flight tu, tengah duduk-duduk santai di bangku…sering ada yang menegur kita bertanya begini – “adik, sekarang cuti semester ke?” atau “dik, adik study kat mana? cuti semester berapa lama?” saya respon ‘saya bukan student’ dah dapat jangka riak wajah hairan/tak percaya/saspen yang bertanya tadi tu. “Ingatkan student,” balasnya lagi. (well…tiba-tiba I rasa muda you!).

*ini cerita dah siap taip waktu mood cuaca panas hari tu...tapi baru hari ni dapat publish. selepas ni nak masuk cerita bekam, sambungan cerita makan minum bertarikh 26/3/2016 yang lepas. 

love,
monalizahrais,
Batu 3 Jalan Kapar,Klang
Selangor

16 Mei 2016 Isnin