Thursday, January 31, 2013

BUAH TANGAN DARI CAMERON HIGHLAND



entah apa namanya, tapi dilekat di peti sejuk
 

stawberry, cantikkan merah menyala gitu... segar lagi
 
adik saya dan isterinya datang rumah semalam, sekali bawa ole-ole dari Cameron Highland, baru balik dari honeymoon, diorang berdua tu tengah cuti seminggu, minggu hadapan baru masuk kerja seperti biasa.
 
sekarang diorang tengah santai berehat di ruang tamu rumah kami ini... hehe, agaknya mood pengantin baru tu masih gebu lagi..
 
 love,
monalizahrais
 
 

Wednesday, January 30, 2013

STATUS MENARIK DI FACEBOOK

Assalamualaikum...
 
jom kita tersenyum-senyum. apabila kita melayari facebook hampir setiap hari, bermacam status menarik yang dapat dibaca, ada yang kelakar, sedih malah ada yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. betapa setiap pemikiran kita itu berbeza antara satu sama lain. kalau asyik melihat warna yang sama sahaja dan sepanjang masa itulah warna yang dilihat, sudah tentu kita akan berasa jemu. lumrah, kita makhluk bernama manusia memang suka kepada keindahan.
 
bayangkan kita berada di jalan raya, semua kenderaan berwarna merah bermula dari basikal, motosikal, lori, bas... sudah tentu kita akan bosan kalau warna inilah yang dilihat setiap hari. sesekali perhatian kita tercuit, sedang kita menanti lampu bertukar hijau, tiba-tiba di lorong jalan sebelah kita itu sebuah kereta antik, yang sukar didapati di zaman sekarang.
 
 
 di facebook pun begitu juga, ada masanya kita tersentuh dengan status yang dipaparkan di wall mereka. untuk hari ini saya suka dengan kata-kata ini - 'sukar untuk melepaskan kau pergi kerana rasa itu terlalu dalam'. menggambarkan betapa sarat, sendat bebanan perasaan yang sedang ditanggungnya itu. tentu ada sesuatu sebab kenapa dia menulis sebegitu. lalala... macam ayat dalam novel kan.

status saya pagi tadi berbunyi begini - semasa saya kecil dulu, setiap kali melihat burung-burung terbang di udara saya selalu terfikir, burung-burung ini terbangnya ke mana, asyik terbang saja kerjanya dan saya selalu berangan-angan pada masa itu, kalaulah saya dapat duduk di badan burung itu dan menyuruhnya terbang membawa saya ke mana sahaja yang saya suka.

Alhamdulillah, terima kasih kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan hambaMu ini zaman kanak-kanak yang sangat indah, syukur Alhamdulillah...

ada juga berita yang dapat kita ketahui sebelum tiba masa disiarkan pada berita utama pada waktu malam. arus laman maya ternyata kencang, bergerak pantas membawa banyak perkara-perkara yang ingin kita ketahui.

zaman moden semuanya menuntut bergerak pantas, sekalipun kita bekerja dari rumah. apatah lagi yang bekerja di luar rumah.

lain cerita... yang dekat sedikit di Shah Alam, yang jauh sedikit, tak jauh manapun, PWTC berkaitan pesta buku anjuran organisasi berlainan, tarikh yang sama bermula 31/01/2013 - 3/01/2013. PWTC - Pesta Buku 1 Malaysia dan di Seksyen 15 Shah Alam - Karnival Karangkraf. bagi diri saya sendiri, ternyata tarikan di Shah Alam itu sangat kuat berbanding PWTC. mungkin juga faktor lokasinya yang dekat dengan rumah. taklah dekat sangat, tapi Klang dengan Shah Alam tu boleh dicapai dengan public transport, sekurang-kurangnya.

love,
monalizahrais

 
 
 
 

HANTARAN PERKAHWINAN III

Assalamualaikum...
 
 sambungan dari cerita hantaran perkahwinan I dan II
gambar-gambar di bawah merupakan gubahan hantaran perkahwinan daripada pihak perempuan kepada pihak kami, lelaki. gubahan hantaran ini digubah kakak sulung pengantin perempuan. secara kebetulan kakak sulung dari kedua belah pihak yang bertanggungjawab menggubah hantaran perkahwinan mewakili pihak masing-masing.
 
jom, tengok gubahan hantaran ini. siapa tahu mendatangkan inspirasi kepada anda yang sedang tercari-cari gubahan hantaran bertunang/berkahwin untuk pasangan anda.
 
 
set Alain Delon


set penjagaan diri lelaki dan  jam tangan jenama Swatch


set penjagaan diri Loreal Paris
 

aneka buah-buahan, berkilat licin gitu! macam buah palsu kan, tapi buah betul yang disapu minyak masak.
 

kasut, macam kasut polis saja tu, hehe... memang kasut polis pun
 
 

sejadah
 


kemeja jenama Padini
 

gandingan hantaran kedua belah pihak
majlis nikah berlangsung pada tarikh 25/08/2012 yang lalu
semoga ada manfaat kepada anda yang sedang research tentang gubahan hantaran perkahwinan...
 
nak share silakan tapi nyatakan sumbernya ya!
 
 
love,
monalizahrais 

Tuesday, January 29, 2013

TRIP TO SEMPORNA - INDAHNYA CIPTAAN TUHAN SIRI II


Assalamualaikum...
 
gambar-gambar di bawah merupakan antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan Sandakan-Semporna. kami melalui Bukit Garam yang terletak di daerah Kinabatangan seterusnya daerah Lahad Datu, memasuki lorong shortcut iaitu Jalan Assam, melalui daerah Kunak sehinggalah terus kepada Semporna atau lebih khususnya Kg.Simunul yang merupakan kawasan perumahan yang didirikan di atas air.
 
kunjungan pertama kami sekeluarga ke sana... di kiri kanan jalan, kami terpegun seketika melihat rumah-rumah besar, cantik malah ada yang tersergam indah seperti istana. halaman rumahnya sahaja sebesar padang bola sepak! entah, rumah siapalah itu, tidak kami kenali. menurut cerita adik ipar, rumah-rumah besar dan cantik itu dipunyai oleh penduduk tempatan yang terlibat dengan perniagaan. tidak mustahillah mereka mampu membina rumah bak istana itu, malah beristeri lebih daripada satu. 
 
 



pemandangan waktu pagi sekitar jam 6 lebih, kami baru sahaja melepasi Jalan Assam, seterusnya menuju ke daerah Kunak. view ini semasa kunjungan kali kedua saya, suami dan adik Rahman saya untuk menjemput pengantin dari Semporna.


ini pula pemandangan selepas jam 4 petang, juga di daerah Kunak, pada tarikh 26/08/2012 kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke Sandakan.


pemandangan pagi, tidak jauh dari tempat yang sama dengan gambar pertama di atas, pertama kali saya melihat pelangi muncul di waktu pagi, sangat cantik


pelangi indah itu seperti 'berdiri' di atas jalan raya
 
 
inilah 'si banja' kenderaan syarikat (kenderaan family) membawa kami ke destinasi mana-mana di seluruh Sabah yang berkaitan dengan urusan keluarga. tapi sampai hari majlis nikah barulah dihias, kalau tidak nanti pelik pula orang tengokkan.
 

ketam oh ketam, terjamin kesegarannya. sewaktu saya mengambil gambar ini, kelihatan sebuah perahu nelayan sedang berlabuh di sebelah sangkar ini, apalagi kalau bukan untuk memasukkan ketam yang mereka tangkap ke dalam sangkar ini. yang menarik perhatian, nelayan bersama anaknya (mungkin) yang berusia lingkungan usia budak sekolah rendah begitu gigih mencari rezeki. dan rambut budak itu berwarna perang (saya percaya warna rambutnya itu asli)
 sangkar ini berhampiran dengan restoran dan gambar restoran itu ada dalam SIRI I TRIP TO SEMPORNA 
 

kereta Kancil di hadapan itu berisi emak, adik, dan ipar duai serta dua orang cucu emak - Hanif dan 'Masako San'


melihat suasana ini, saya teringat semasa saya kanak-kanak dahulu, setiap kali balik kampung halaman emak dan arwah bapa, kami mesti menaiki bot laju. masa kecik dulu saya seorang yang pemabuk setiap kali naik kenderaan darat sampai lunyai jadinya disebabkan muntah berterusan. yang anehnya, naik bot sahaja terus segar bugar, hehehe... saya cuma mabuk di darat tapi tidak mabuk laut. Alhamdulillah memasuki sekolah menengah saya sudah dapat mengatasi rasa mabuk darat itu dan dapatlah join rombongan sekolah menuju ke Kota Kinabalu.
 
 
ikannya besar-besar memang khusus untuk tatapan pengunjung, tapi kita dilarang memberi makan hanya tengok saja, juga mengingatkan saya kepada ikan-ikan besar di Mines Wonsderland, Seri Kembangan.



yang ini pula gambar yang saya ambil dari dalam kereta, pada awal pagi 28/08/2012, suasana di hujung Subuh,masih pekat berkabus lagi, sangat nyaman maklumlahkan aircond semulajadi. kunjungan kali kedua ke Semporna... kami gerak dari rumah seawal jam 3 pagi kerana kami balik hari, tidak bermalam di Semporna. kami singgah sekejap di pekan Kunak, bersarapan di kedai Keling/Mamak Muslim sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna. kami gerak semula ke Sandakan selepas lunch. dan sampai di rumah sekitar jam 8 malam.

bukan Gunung Kinabalu, ini antara perbukitan yang dilalui, selain rumah kampung, rumah tradisional, ladang kelapa sawit dan lautan terbentang luas di kejauhan.
 
 
love,
monalizahrais

NOSTALGIA CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum...

Semalam adik saya call, dia dan isterinya akan honeymoon dekat Cameron Highlands. spontan saya teringat kisah semasa masih bergelar pelajar dahulu.

tulisan kali ini tanpa gambar, saya hanya ingin bercerita tentang kenangan +- 10 tahun lepas ketika saya masih bergelar pelajar UM, tanpa dirancang saya 'terrr.... datang' ke Cameron Highlands. kiranya itu rezeki sayalah tu kan, Alhamdulillah, sebenarnya tanpa sebarang kos. 

begini ceritanya - kawan saya dari UPM tiba-tiba memberitahu sekiranya saya berminat join rombongan pelajar UPM, lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. saya tanya, bolehkah macam tu dan berapa RM yang perlu saya keluarkan, maksud saya yuran, kerana itu rombongan pelajar. mereka menyewa satu bas, hampir penuh juga bas itu, hanya ada kosong beberapa tempat duduk sahaja lagi.

kawan saya tu bagitau, tak payah bayar apa-apa, just ikut saja dan sedia wang poket untuk perbelanjaan sendiri, saya terikut ke sana kalau tak silap disebabkan ada di antara ahli rombongan yang membatalkan penyertaan mereka di saat-saat akhir dan duit penyertaan tidak dapat dikembalikan. daripada membazir begitu sahaja, tiba-tiba kawan saya ini offer sekiranya saya berminat, sudah tentu saya berminat dan saya satu-satunya pelajar dari UM, yang lainnya UPM.

Macam mana nak cakap ya, diringkaskan bayangan kenangan itu sedang menari-nari di kepala saya sekarang - ladang teh, ladang strawberry, tempat menternak lebah + madu lebah, jualan bermacam jenis bunga dari yang hidup segar sampailah kepada bunga kering, aneka sayuran dan buah-buahan, serta kolam ikan. sayang sekali tidak ada sekeping pun gambar yang sampai ke tangan saya, pada masa itu kamera masih menggunakan filem dan bateri, jadi hasil photshoot kita kat sana lambat sedikit siapnya. entah di mana silapnya, gambar tidak sampai ke tangan saya, hanya kenangan sahaja kekal di ingatan. tidak mengapalahkan... bukan rezeki gambar, datangnya saya ke sana pun free saja...hehe..di luar jangkaan.

siapa tahu di lain waktu InsyaAllah bersama orang tersayang, bersama suami, keluarga mungkin akan berkunjung ke sana semula? Amin, semoga dimakbulkan permintaan ini.

Cameron Highlands mengingatkan saya kepada daerah Kundasang, Sabah. antara persamaan kedua tempat ini tentunya suasana perbukitan yang sejuk berbanding tempat lain dan ladang tehnya. kita semua tahu adanya produk Teh Boh dan Teh Sabah.

mengimbas... bas yang kami naiki ke sana agak laju. pada masa itu saya sangat takut, pelajar lain sedang enak melayan tidur tapi saya hanya berjaga sepanjang masa kerana takut bas terbalik. laju sangat! kami balik hari, pergi pagi dan pulang semula ke KL pada waktu petang, sampai di ibukota waktu malam. penat tapi berbaloi dan gembira tentunya.

sedikit cerita nakal di ladang strawberry, dilarang memetik buah tapi biasalah tengok kiri kanan pastikan tiada pekerja ladang, apalagi kalau bukan ngap! makan percuma, tak banyak satu dua biji saja. dan di ladang bunga pula, dilarang memetik bunga tapi saya pada masa itu memetik secara rahsia sekuntum bunga rose merah, kecil sahaja saiznya lebih kurang sebesar penutup air mineral. saya simpan bunga ros merah kecil itu di poket seluar, sehingga sampai di KL bunga itu masih ada dengan saya sehingga layu dan kering.

berhampiran dengan deretan gerai menjual bermacam jenis bunga... kami singgah di satu kedai makan. suasana sejuk kan, nasi yang diberi kepada kami pada mulanya panas tetapi sekejap sahaja sudah sejuk, macam baru keluar dari peti sejuk...

udara di sana memang nyaman, dan ingatan-ingatan ini juga sentiasa nyaman di minda saya...

sedikit cebisan kenangan dari Cameron Highlands,
monalizahrais
 

TRIP TO SEMPORNA - INDAHNYA CIPTAAN TUHAN ( SIRI I )


Assalamualaikum...
Trip To Semporna, Sabah 
siri 1
tarikh : 24/08/2012 to 26/08/2012
Ok, trip to Semporna, Sabah sebenarnya bersifat serampang dua mata iaitu menyempurnakan majlis perkahwinan salah seorang adik saya dan sebelum bertolak ke Sandakan untuk majlis di pihak lelaki pula, kami singgah sekejap di sini.
biarlah gambar berbicara, dan hayati keindahan alam semulajadi di daerah ini. cerita ini hanya merangkumi kawasan ini sahaja, maklum kami keluarga besar dan ada anak kecil dari usia sebulan sehingga ke pangkat nenek. jadi kawasan ini sahaja yang sempat kami singgah untuk melancong sekejap. 






inilah rombongan kami, emak, anak, anak menantu dan cucu...
 amboi pengantin berbaju silver itu, bergambar sakan sebelum bergerak untuk majlis akad nikah. yang pakai baju kaler oren tu pengapit pengantin, kebetulan dia 'sedikit' jambu sesuai dijadikan pengapit pengantin, hehehe
tema famili kami - hijau pucuk pisang, meriah gitu

penulis dan emaknya ( hehe... aku ler tu... ) love you mom

adik bongsu saya, Didang dan emak





adik perempuan saya, Malisa and the geng...starzzz, anaknya dua orang ni sebijik macam muka cina/korea - mata sepet gitu... putih melepak
adik saya ni kahwin muda pada usia 20 tahun selepas habis sekolah STPM, rezeki masing2 kan...



confirm tak faham tapi rasanya berkaitan dengan tulisan di gerbang utama di pintu masuk ke sini juga :-), orang-orang kecik dalam gambar tu ahli famili saya, mereka sibuk membeli cenderahati kat kedai depan tu...

hujan pun turun


baby 'masako san' tengah pegang tangan aye'nya (makciknya)

InsyaAllah ada lagi cerita gambar menyusul tentang trip to Semporna siri II 
love,
monalizahrais 

Monday, January 28, 2013

SOTONG


Assalamualaikum...
 
ada yang menyebutnya sotong katak. nama lain saya tak tahu. suami saya suka makan sotong. selalunya setiap kali kami ke pasar borong beli stok lauk pauk, dia akan tanya pendapat saya, hendak beli lauk apa. tapi bab lauk sotong tanpa diberi pendapat pun dia akan sedia beli sekiranya harga semasa sotong tidak terlalu tinggi.
 
sedikit carian di laman maya melalui blogger masakan, saya terjumpa petua yang mengatakan sotong perlu dimasak sekejap sahaja untuk mengelakkannya menjadi liat. dan ada kebenaran petua itu, tapi yang menyebabkan saya musykil ialah, setiap kali saya balik Sabah dan memasak sotong, tidak pernah pula liat walaupun dimasak lama.
 
beberapa tahun lepas, anak buah saya sering membawa sotong segar hidup (dia packing dalam kotak gabus putih tu letak ais) maklum kakak ipar saya kan berjualan seafood di pasar. saya masak sotong macam biasa +- 15 minit untuk hidangan 4 pax dan sotong tetap lembut. 
 
berbanding memasak sotong di sini cepat sangat liatnya, walaupun dari jenis sotong yang sama dengan sotong dari perairan Sabah. agaknya kenapa jadi begitu ya? opps! jangan salah faham ya, mungkin ada kaitan dengan suhu air laut dari perairan yang berbeza? saya pernah lihat dalam satu program di tv berkaitan makanan... tauke kedai itu ditanya pengacara kenapa dia hanya memasak ketam yang diimport khusus dari perairan berhampiran Indonesia? jawab tauke itu disebabkan rasa ketam tersebut, dia hanya mahukan yang terbaik untuk bisnesnya.
 
sama seperti beras, kita tahu beras bario berasal dari satu daerah yang sejuk, nyaman di Sarawak. kita juga tahu beza beras bario itu dengan beras yang lainnya. serta apa yang menjadikan beras bario itu istimewa berbanding beras jenis lain. jadi saya terfikir begitu juga dengan cerita sotong di atas. di kampung halaman saya di Sabah, sotong, udang, ketam biasanya kami suka rebus campur serai, rebus/kukus kosong begitu sahaja kemudian dimakan dengan nasi panas dicicah dengan air asam atau sambal belacan, segar sangat-sangat dan terasa manis aslinya. alahai rindunya dengan kampung halaman...
 
untuk resepi sotong di atas...
 
bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, halia - dikisar
serai - dititik 
sedikit carrot - dihiris halus

cara memasak...
tumis bahan kisar, masukkan sotong 
masukkan serai, garam, serbuk perasa, gula
masukkan carrot
 
senang saja memasaknya ...dan sedia dinikmati bersama nasi putih


 love,
monalizahrais
 

  

POTPOURRI

RM 5 harganya, beli kat kedai Daiso Japan di Setia City Mall, Shah Alam. saya beli disebabkan bunga keringnya yang terserlah cantik. sudah tentulah wangi. masih lagi dalam bungkusan, tak tahu nak letak kat mana.
 
sedikit cerita tentang Daiso Japan, barang-barangnya unik, kita semua pun tahu orang-orang Jepun tu jenis yang macam mana kan. setiap item yang dijual diperagakan di kedai ini seperti kita melihat satu pameran barang-barang seni yang dijual kepada umum. membuatkan saya dan suami lama-lama 'berkampung' di kedai ini, tapi belinya sedikit sahaja, hehe...
 
sebahagian besar barangnya bermula dengan harga RM 5, kalau leka memilih barang tanpa sedar 10 item sahaja pun sudah mencecah RM 50!. waduh, tanpa sedar juga saya sedang promosi kedai unik ini. tak kisahlah kan...
 
lagi satu item yang selalu kami beli, ala-ala kinohimitsu, jenis plaster tampal kat kaki untuk serap keluar toksin, pun bermula dari RM 5 untuk satu peket. 
beberapa kali juga kami membeli peket plaster kaki tu, bermacam 'perisa' antaranya ginseng, hot chili, germanium, natural wood, dicampur dengan herba yang lainnya.
 
love,
monalizahrais 


Sunday, January 27, 2013

IKAN TERUBUK BAKAR

makan ikan terubuk bakar dekat restoran kegemaran kami Seri Has, tak jauh dari pasar borong, Klang, Meru. setiap minggu (ahad) kami akan ke pasar ini untuk beli stok lauk pauk keperluan +- seminggu. selepas beli barang kat pasar, saya dan suami WAJIB singgah di restoran ini. kami sudah menjadi pelanggan tetap restoran ini bermula tahun 2005.
 
selalunya dalam bulan puasa, sekurang-kurangnya sekali, kami akan berbuka puasa di sini, maklumlah saya selalu dan suka memasak untuk buka puasa dan sahur, so hanya restoran ini yang akan kami singgah untuk berbuka puasa.
 
Sebenarnya di luar dari gambar ini gandingan ikan ini nasi putih, sayur petola rebus/bening dan air teh o ais limau. semuanya berharga RM 6.50 sahaja. sangat murah dan berbaloi, segar dan panas lagi baru sahaja diangkat dari tempat pembakaran. setakat yang saya tahu berdasarkan pengamatan saya, sekitar jam 11 am set lauk pauk untuk lunch akan mula dikeluarkan di kaunter utama tempat mengambil makanan pilihan kita.
 
sekadar berkongsi restoran kegemaran, sekali lagi Restoran Seri Has berhampiran Taman Bunga Melur, tidak jauh dari pasar besar Klang, Meru.
 
Tata... selamat menjamu selera.
 
makanan yang halal dan bersih juga merupakan salah satu cara menjadikan doa kita mustajab, InsyaAllah.
 
love,
monalizahrais 
 

Sunday, January 20, 2013

SENARAI BARANG YANG PERLU DIBELI

Assalamualaikum...

Sekarang melepasi waktu 3 pagi dan saya masih belum tidur lagi. Beberapa jam ke hadapan kami perlu bergerak menuju pasar borong melakukan rutin mingguan membeli stok lauk pauk untuk tempoh seminggu. Bertalu-talu pula idea yang ingin dicurahkan di ruangan blog ini. Tidak termasuk idea yang lainnya di medium yang lain pula. Tak apa, buat secara teratur, semuanya akan berjalan lancar. InsyaAllah.

List barang atau senarai barang yang perlu dibeli. Orang tua saya jenis berjimat cermat, hemat dalam berbelanja keperluan rumah. Bukan kedekut tetapi mereka tidak suka membazir. Semasa saya zaman kanak-kanak sehingga remaja, saya selalu hairan kenapa setiap kali arwah bapa saya hendak keluar berbelanja di bandar, emak mesti menulis senarai barang di kertas, tidak kisahlah kertas apapun, janji ada ruangan untuk menulis senarai barang. Kadang-kadang tu emak mengoyak cebisan kertas bekas buku latihan yang sudah tidak digunakan atau kertas resit, kertas kalendar. Emak akan menulis barang yang diperlukan menggunakan tulisan berhuruf besar semuanya dan mudah dibaca dari jarak jauh. Jauh mengikut ukuran mereka yang rabun dekat.

Kemudian emak akan membacakan senarai barang itu di hadapan arwah bapa. Kebiasaannya arwah bapa akan mengulang dan menghafal senarai barangan tersebut. Arwah bapa hanya tahu membaca tulisan jawi, manakala tulisan rumi yang dikenalinya hanyalah tulisan besar emak sahaja. Memandangkan saya selalu mengikut arwah bapa saya ke mana-mana sahaja - bandar, turun ke laut walaupun sekadar menjaga motor dan bekalan makanan atau ikan pari, membuat rumah, saya selalu menjadi tukang baca tulisan rumi, tukang jawab, tukang tanya, atau tukang isi borang terutama sekali borang di bank. 

Tapi bab mengira arwah bapa memang cekap, begitu juga dengan ingatannya, sangat cerdas. Ketika si penjual sibuk membuat kira-kira melalui mesin wang atau kalkulator, arwah bapa sudah menjumlahkan RMnya di dalam kepalanya dan menyebutnya terlebih dahulu. Kelebihan orang 'dulu-dulu', mereka menggunakan sepenuhnya potensi otak berbanding kita yang terlalu bergantung kepada teknologi. Tertinggal smartphone sahaja walaupun sekejap... kita sudah tidak keruan jadinya, mengalahkan orang putus cinta, hehe... seolah-olah hari yang dilalui telah berakhir sebelum waktunya.

Kami pula adik beradik sekiranya ada barang keperluan sekolah yang hendak dibeli, juga diwajibkan membuat senarai barang walaupun setakat dua tiga barang sahaja. Setelah saya berkahwin dan memegang peranan 'menteri kewangan' barulah saya faham kepentingan menulis barang yang wajib dibeli. Mula-mula saya bosan menulis benda yang hampir sama setiap bulan, tapi setelah beberapa kali 'terkena', fahamlah saya betapa banyak hikmahnya menulis senarai barang wajib beli ini.

Katakan senarai wajib beli barang kita pada bulan ini - beras, gula ,milo, kopi, syampu sunsilk hijau dan bla bla bla sehingga kepada barang sekecil garam berharga 70 sen, kita bawa senarai itu masuk kedai dan kononnya kita sudah hafal sebab membeli benda yang sama setiap bulan sebelumnya, setelah barang penuh di troli berdasarkan ingatan kita itu, kemudian kita rujuk semua list barang tersebut... tiba-tiba kita berkata seperti ini, "Oh, ada satu barang lagi hampir terlupa beli, rupa-rupanya garam! Nah kan... sikit lagi terlupa."

Saya pernah 'sombong' sekejap dengan list barang ini, mogok tak mau tulis sebab sudah bosan menulis barang yang hampir sama, berbelanja dengan berhati-hati dan tenang kononnya semua sudah ada di kepala. Sampai di rumah, tiba saat memasak, sewaktu tengah memasak dan ingin memasukkan garam... rupa-rupanya garam sudah habis dan itulah yang terlupa beli! Padan muka! Sudahlah sebelum itu jumlah RM lebih banyak daripada biasa, terlupa lagi membeli barang penting. Mahu tak mahu, terpaksa tutup api sekejap dan suruh suami pecut ke kedai berhampiran beli garam. 

Di kampung saya kehabisan garam pada waktu malam merupakan satu kesusahan yang sangatsangatsangat menyusahkan. Walaupun kedai masih buka, kebanyakan penjual tidak akan menjual garam pada waktu malam, kononnya akan menyebabkan perkara tidak baik akan berlaku, sekalipun kita merayu membeli dengan harga berkali ganda. Pelik, tapi itulah realitinya. 

Apabila kita mendidik diri sendiri berbelanja barang wajib beli mengikut senarai barang yang kita tulis... tidak akan timbul masalah terlupa sebaik sahaja sampai di rumah. Alangkah lecehnya setakat terlupa garam, gula. Kita mendahulukan barang wajib beli kemudian barulah barang lain yang mengikut kehendak kita yang sentiasa berubah-rubah. Jika tidak ada senarai barang, main ingat macam tu saja, masuk dalam kedai, ditambah lagi kedai/pasaraya tersebut sedang hangat mempromosikan barang atau mengadakan jualan 'clearance stok', list barang yang sudah 'diatur' siap-siap di kepala kita itu akan tersimpang siur disebabkan promosi yang lebih menarik perhatian kita. Fokus kita berbelah bagi, antara barang promosi dan barang wajib beli.

Jangan pandang rendah kepada senarai barang yang kita tulis, selain itu dapat juga kita mengelak daripada membazir wang begitu sahaja. Tentu kita pernah melalui situasi ini, beli barang sikit saja, tapi RMnya  sukar diterima akal, dan ketika itu barulah teringat ada banyak lagi barang penting yang hendak dibeli. Sekadar berkongsi pengalamn sendiri, manalah tahu ada juga manfaatnya kepada yang membaca tulisan ini, tak banyak pun, sedikit mesti ada...

love,
monalizahrais


 







 

HENDAK KURUS? DAN CANTIK MENAWAN?

Assalamualaikum...
 
Malam minggu muncul lagi. Beberapa jam lepas, saya dan suami menjenguk pasar malam di bandar Klang, tidak jauh dari masjid Klang Diraja yang cantik itu. Kemudian kami lepak sekejap di 'lori' minum, masuk ke premis menjual smartphone sekadar cuci mata dan akhirnya sebelum pulang ke rumah, kami makan minum malam di restoran Alif Maju.
 
Amboi tajuk di atas lain macam saja bunyinya, macam nak buat iklan produk kuruskan badan pula, hehe, saja letak tajuk lain sikit malam ni, mirip ayat-ayat iklan gitu ( jangan marah, nanti kena jual, haha ).
 
Sebenarnya saya ingin bercerita tentang sesuatu yang saya rindui dan ingin melakukannya semula. Ianya ada kaitan dengan cara kita menguruskan diet seharian. Sebelum ini, ada beberapa kali saya bercerita saya tinggal di asrama selama 7 tahun sewaktu sekolah menengah. Selama tempoh itu... mereka yang tidak pernah tinggal asrama pun mesti tahu, jadual makanan di asrama telah ditetapkan, begitu juga dengan menunya. Kesimpulannya, selama tempoh 7 tahun saya menjadi budak asrama, corak pemakanan saya sudah terbiasa/terdidik tanpa sedar bermula umur 13 tahun sehingga 19 tahun, maknanya sepanjang usia remaja saya.
 
Berat badan saya ketika itu sentiasa maintain, bukan dalam kategori obesiti walaupun sesekali saya makan juga benda lain di luar jadual makan yang telah ditetapkan. Rasa ringan dan sentiasa bertenaga. Tetapi menjelang cuti sekolah terutama sekali cuti yang melibatkan masa seminggu atau lebih, baru beberapa hari saya di rumah... badan cepat naik walaupun tidak mendadak tetapi seluar mula sempit dan baju terasa ketat di sana sini, pipi rasa kembung semacam saja. Ditambah lagi dengan komen dari orang tua dan adik beradik yang menegur gemuk, montel dan sewaktu dengannya... membuatkan saya tidak selesa. Di rumah, tidak jauh bezanya jadual makan seperti di asrama, sarapan pagi, lunch dan dinner. Tapi... disebabkan kita bebas menambah kuantiti makanan + senang hati + makan malam selepas Isyak itulah antara faktor badan saya cepat naik.
 
Di asrama... sarapan pagi bermula selepas Subuh sehingga sebelum 7.30 a.m. Lunch biasanya bermula 11.00 am sehingga sebelum Zohor atau selewatnya pukul satu petang. Dinner sebelum waktu Maghrib atau selewatnya 6.30 pm. 
 Mana tidak maintain badan kalau jadual makan macam tu, sentiasa teratur dan sudah tentu menunya juga seimbang, bukannya suka-suka ditetapkan tukang masak, siap ada senarai menu dari Kementerian Pelajaran yang dipantau oleh penyelia asrama. 

Seperti yang saya katakan sebelum ini, yang saya rindu dan ingin melakukannya semula - saya maksudkan makan malam kami suami isteri. Saya cuba merancang untuk memasak menu seimbang dan siap dimakan sebelum waktu Maghrib, mengikut masa di Malaya ini + - sebelum 7.30 pm. Ada beberapa kali dapat saya lakukan dan kesannya bangun pagi sahaja badan rasa lebih ringan berbanding makan malam yang agak lewat malah kami suami isteri bangun lebih cepat daripada alarm jam.
 
Sebenarnya saya tidak juga terlalu bergantung kepada alarm jam, kalau terlupa pasang pun biasanya saya akan tersedar oleh laungan Azan ( InsyaAllah ), cuma faham-faham sajalah kita ini kadang-kadang ada masanya dibalut rasa malas, sudah tersedar pun masih lagi fikir macam ni, sambil tengok jam - 'awal lagi, sekejap lagilah lima minit' dan kita pun kononnya tidur-tidur ayam sekejap padahal terus ternyenyak dan terlajak tidur sehingga matahari meninggi! Lepas itu apalagi kalau bukan kelam kabut turun dari katil terus tergesa-gesa bersiap ke tempat kerja! Betul kan? Subuh terlepas, malah sarapan, mandi pagi entah ke mana. Kebanyakan orang mengalaminya.
 
Ada sekali tu adik saya bercerita tentang rakan sekerjanya. Sebenarnya secara kebetulan sahaja saya mendengarnya, adik saya dan seorang lagi rakan satu syifnya perlu bergilir berehat untuk makan. Ada sekali tu waktu syif malam, adik saya menyuruh rakannya ini pergi rehat dulu balik rumah untuk makan malam, tapi kawannya itu mengatakan sebaliknya. Rakan sekerjanya itu mengatakan dia sudah makan malam petang tadi ( bersamaan dengan waktu minum petang sekitar jam lima petang ), katanya lagi paling lewat mereka sekeluarga makan malam sebelum waktu Maghrib. Inilah yang menarik perhatian saya, mengingatkan saya kepada kisah di asrama dahulu. 
 
Sudah tentu adik saya yang tidak pernah tinggal asrama ini terkejut mendengar kata-kata rakan sekerjanya itu, mereka berdua sama-sama berbadan besar, termasuk kategori gemuk dan sukar sekali kita percaya apabila dia bercakap sebegitu. Jelas rakan sekerja adik saya itu lagi, dia sudah terbiasa begitu sejak mula berkahwin sehingga sekarang anak sudah berderet. Rupa-rupanya isterinya itu juga pernah tinggal asrama sewaktu zaman sekolahnya dan saya percaya, kakak itu pun mesti teringat atau sudah terdidik, serasi dengan corak pemakanan di asrama.
 
Saya sendiri, sehingga sekarang tidak berapa selesa makan malam sekiranya sudah melepasi waktu Maghrib, tapi itulah... banyak perkara di luar kawalan kita kan. Jadual kehidupan kita di usia dewasa ini apatah lagi sudah berkahwin dan ada yang sudah beranak pinak, tentunya mempengaruhi corak pemakanan kita. Kadangkala kita sibuk, terperangkap dalam sesak jalan raya sehingga memasuki waktu Maghrib atau ketika azan dilaungkan... ada kalanya kita masih di atas kenderaan atau baru sampai depan rumah. Jadi cuba bayangkan - solatnya lagi, mandi, masak, makan, paling cepat menghampiri Isyak atau melepasinya. Atau ketika kita sedang mendengar berita utama di kaca tv, bergantung kepada apa yang hendak dimasak dan cara memasaknya. Hendak skip makan malam, tapi perut lapar sangat, lagipun bukan perut kita seorang yang hendak difikirkan.

Cuba dan terus mencuba... Alhamdulillah, sejak saya dan suami sepakat membeli stok lauk pauk segar dari pasar borong yang hanya berjarak 15 minit sahaja dari rumah kami, untuk keperluan seminggu, serta merancang menu dalam tempoh seminggu itu... sedikit demi sedikit waktu makan malam kami semakin awal. Paling lambat pun tidak melepasi waktu Isyak atau selepas jam 9 malam. Paling awal tentunya setengah jam atau 45 minit sebelum waktu Maghrib. Yang paling penting, penyediaan awal untuk melancarkan kerja-kerja memasak serta pemilihan menu. Contoh, saya hendak masak udang, udang cepat masak apatah lagi untuk dua orang punya keperluan makan. Kemudian sayur, sayur jenis buah senang disediakan berbanding sayur daun kena cerewet sedikit. 

Blender siap-siap campuran bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, halia dan simpan dalam peti sejuk. Blender juga stok cili kisar.  Dan saya selalu buat stok sambal kicap banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Boleh dicampur dengan seafood, makanan berebus malah ikan bakar. 

Untuk sayur seperti brokoli, kacang bendi misalnya, selalunya saya celur dalam air yang tengah mendidih yang dicampurkan sedikit minyak atau garam untuk mengelakkan sayur jenis ini lunyai. Kemudian dimakan begitu sahaja dengan lauk dan nasi. Jika saya hendak masak sayur bertumis, bawang merah besar itu saya kupas kulitnya dan belah dua, separuh simpan dalam peti sejuk untuk hari esok dan separuh lagi saya gunakan. Bawang putihnya pula just ketuk sekejap dalam lesung batu dan mudah dibuang kulitnya.

Jenis lauk ayam misalnya, saya pastikan potong kecik-kecik supaya cepat masak selalunya untuk masakan berkuah/bertumis kecuali untuk ayam goreng, ayam biasanya potong 8 atau potong 12. Yang penting perancangan, walaupun ada ketikanya terbabas sedikit daripada plan asal disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, tetapi itu jauh lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. 

Sekadar berkongsi yang mana baik mungkin dapat dijadikan teladan dan yang tidak baik tinggalkan. Sekali lagi, saya sesungguhnya rindu dengan waktu makan malam seperti di asrama dahulu, makan sebelum Maghrib. Oh ya, sebelum terlupa, kami cuba menghindari kekerapan minum ais, tidak minum langsung air bergas dan menghindari makanan yang berpotensi menyebabkan alahan serta minuman yang menyukarkan tidur malam. Sekurang-kurangnya saya cuba mengatur sebaik mungkin dari semasa ke semasa pola pemakanan kami, untuk manfaat kesihatan diri sendiri. Senaman? Solat dan puasa merupakan senaman terbaik. Kita ringankan badan juga dengan membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop lantai, bersihkan longkang, cuci motor kereta, cuci kipas siling, cuci tandas, cuci bilik mandi dan lainnya. Itupun senaman juga kan.
 
 
 
 
 


 
 
 

Tuesday, January 15, 2013

RESULT

Assalamualaikum... 

Tengah hari tadi telefon saya berbunyi, ada panggilan dari rumah di kampung halaman di Sabah. Ok, suara yang kedengaran dari adik bongsu saya, Didang memberitahu tentang keputusan kemasukannya ke sekolah agama. Dia tahu pun melalui abangnya yang sedang menunggu keputusan SPM, sekali jalan dengan emak dan seorang lagi adik saya yang memandu Avanza menuju ke sekolah agama untuk mendapatkan keputusan.

Selepas Maghrib tadi saya call semula rumah, manalah tahu dapat bercakap dengan emak, tetapi ternyata dia terlalu sibuk, ada sahaja yang hendak dibuat. Jadi saya bercakap dengan mama Kinit dan Didang saja.

Diringkaskan cerita, hari Rabu 16 Januari 2013, adik bongsu kami akan masuk asrama di SMK Agama, Sandakan, Sabah. Alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu selama ini, kehidupan baharu di sekolah yang berasaskan agama Islam dan pendidikan sekular diharap dapat membentuk peribadi adik kami menjadi orang yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat setelah tamat sekolah nanti.

Esok dia dan emak akan turun ke bandar  untuk membeli keperluan sekolah, antaranya tudung labuh, toiletries. Sedikit kata nasihat saya sampaikan untuk dia tadi - supaya pandai-pandailah membawa diri, memilih kawan yang betul, berdikari mengurus diri sendiri dan bla bla bla... nasib baik dia tak jemu mendengarnya.

Lima tahun bukannya tempoh yang lama, tanpa sedar adik bongsu kami sudah memasuki fasa awal remaja. Mula-mula memang akan sedih lama-kelamaan ianya menjadi biasa. Semasa saya mula-mula datang ke Malaya sambung belajar di UM, masa itu belum sampai pun sebulan usia adik bongsu kami, muka masih merah lagi, bayilah sangat. Tanpa sedar dia sekarang sudah berusia 13 tahun, dan itu juga tempoh berapa lama saya berada di sini. Masih lagi merantau, balik ke Sabah pun bukannya boleh buat kerja yang bersesuaian. Tambahan lagi saya sudah berkahwin dan suami mencari rezeki di sini.

Saya cuba membayangkan muka Didang berpakaian sekolah lengkap dengan bertudung labuh. Teringat diri sendiri semasa tingkatan satu dahulu. Tak sampai sebulan saya berulang alik dari rumah ke sekolah menengah, seorang guru menyarankan saya tinggal di asrama supaya pembelajaran saya lebih terjamin. Orang tua saya menyuruh masuk sekolah agama tapi saya menolak, mengatakan tidak berminat, sebenarnya bukan disebabkan saya tidak suka dengan sekolah agama tetapi kami di SMKE ketika itu berkongsi asrama dengan pelajar sekolah agama berhampiran. Kedua sekolah ini pelajarnya sentiasa bergaduh walaupun melibatkan sekadar isu-isu kecil, (di luar pengetahuan guru) tak semua tetapi secara tidak langsung saya terlibat sama.

Itulah sebab utama saya menolak memohon sekolah agama, dalam masa yang sama saya berada di kelas terbaik, kelas aliran agama cuma tidak bersekolah di sekolah agama. Kami diajar Bahasa Arab komunikasi sehingga tingkatan 3.
Kemudian saya memasuki kelas aliran sains tulin.

Kalau tak silap saya selepas tahun 1995, pelajar sekolah agama yang menumpang tinggal di asrama kami akhirnya berpindah ke bangunan asrama mereka sendiri yang baru siap didirikan, agak ke belakang dan tersembunyi dari kawasan sekolah kami. Setelah saya tamat sekolah, akhirnya SMK Agama Sandakan berpindah ke Batu Empat dan memiliki kawasan sendiri. Tidak lagi menumpang/menyewa kawasan sekolah kami. 

Perubahan positif yang dapat dilihat melalui adik Jejeng kami yang sedang menunggu keputusan SPM, dia dapat menjadi imam solat berjemaah walaupun setakat keluarga kami sahaja, sesekali menjadi bilal di masjid di kampung kami,  pembaca doa di majlis kesyukuran, doa selamat, majlis tahlil dan majlis lain yang berkaitan. Sekurang-kurangnya ilmu agama dan ilmu sekular ada dalam dirinya. Kalau bersekolah di sekolah biasa, belum tentu lagi dia dapat menjadi imam solat berjemaah atau mengetuai bacaan doa, walau cemerlang keputusannya.
Adik Notet pun macam tu juga seperti adik Jejeng, diringkaskan sejak bersekolah di sekolah agama, selain keputusan cemerlang... malas-malas pun apabila dibebel tentang solat terutamanya, senang untuk dibentuk. 

Dan sekarang, 15 Januari 2013 - hari jadi mama kami yang ke 52 tahun. Moga Bonda Disayang Allah (pinjam sekejap sebuah tajuk buku), dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan terbaik, panjang umur, dan apa sahaja doa yang baik-baik untuk emak kami. Barangkali juga kemasukan Didang ke sekolah agama ini simboliknya antara hadiah hari jadi emak. Love you mom...


Lain-lain cerita....

Anak buah saya yang bernama Mohd. Hanif atau mesra dipanggil Hanif atau Anceng atau Kinit yang berusia dua tahun dan sebulan tiga hari ( dia lahir 12/12/2010), bukan main rancak lagi bercerita di telefon setiap kali saya call rumah. Mulanya dia malu-malu tapi sekarang dia sendiri yang meminta untuk berbual dan menyanyi untuk aye'nya (sebutan untuk makcik/pakcik mengikut tradisi bangsa Tidung).

Lirik lagu yang gemar dinyanyikannya - 'anak kambing patah tanduk', sudah pandai bercakap walaupun ada di antara kata-katanya itu tidak jelas didengar. Tadi entah apa yang dibualnya di telefon, saya iya kan saja, sambil dia disuruh bercakap hello aye', aye' moon apa khabar, i love you, i miss you... bertambah rindu sama si kecil, cerdas, cergas, lincah dan menghiburkan...

Ok lah... tata, lain kali sambung lagi ya..

love,
monalizahrais