Saturday, February 16, 2013

MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN EMPAT

Assalamualaikum...

Berikut gambar-gambar di Jonker Walk.
Suasana di Jonker Walk ini mengingatkan saya kepada Petaling Street, meriah memang meriah tambahan pula ketika ini malam ambang Tahun Baru Cina. Semakin beranjak waktu tengah malam, semakin padat dengan pengunjung berbangsa Cina, Melayu dan India juga. Dan pelancong dalam dan luar negara.

Sepanjang perjalanan kami bermula dari gambar pertama ini sehingga sampai ke gambar yang ada naga tu... tentunya bermacam ragam yang dapat diperhatikan. Selain bangunan unik, suasana yang menarik perhatian saya seorang pengunjung berbangsa India memegang ikatan bulu merak! 
Yang menarik lagi, ada bar yang memainkan rangkaian lagu-lagu Awie. Bukan kami sahaja yang terkalih perhatian malah pengunjung lain juga terdengar berkata +- bar/disko tu pasang lagu Melayulah, siap ada polis lagi lepak di luar premis! Selalunya kalau kita terrr... limpas di kawasan bar/disko, lagu-lagu Inggeris berentak remix/rancak yang dimainkan.

Jangan salah sangka ya, polis - polis tersebut beruniform dan memakai jaket lutsinar, mereka bertugas pada malam itu di seluruh kawasan Jonker Street ini, mengawal keselamatan kita. 

Abaikan muka kami yang letih itu, apa tidaknya dari petang ke malam kami berjalan kaki. Lewat tengah malam melepasi jam 12 barulah kami keluar dari kawasan ini menuju balik ke hotel, itupun terpesong sekejap di gerai-gerai makan dekat Melaka River Cruise. Bayangkan dari Hotel Johan di Jalan Merdeka itu kami berjalan kaki sehingga ke Jonker Street ini. Pagi ke tengah hari kami berjalan sampai ke kawasan Menara Taming Sari, kemudian balik sekejap berehat di hotel dan sambung berjalan kaki lagi melawat Muzium Samudera, Muzium Maritim, Istana Kesultanan Melaka, A Famosa, St. Paul seterusnya ke Jonker Walk ini.

Pada mulanya hujan renyai-renyai sekejap, topi yang saya pakai itu menjadi payung sekurang-kurangnya untuk mengelak selesema terkena air hujan. Mujur cuma sekejap sahaja hujan gerimisnya. 
Ok, jom layan deretan gambar di bawah...biarlah gambar yang bercerita.











































































Sorry ler... gambar ni 'terbaring' lupa nak set bagi berdiri. Rambut pengacara tu memang unik...tentunya rambut palsu.



























Ok, dari Jonker Street kita beralih kepada cerita Melaka River Cruise di cerita seterusnya - MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN LIMA.

love,
monalizahrais 

No comments:

Post a Comment