Saturday, February 2, 2013

KERJA III

Assalamualaikum...
 
hari ini Sabtu, memasuki hari kedua di bulan Februari. mereka yang bekerja dengan majikan Cina, sudah tentu sedia maklum akan ada bonus - pembuka dan penutup perayaan Tahun Baru Cina. begitu juga dengan dinner, sama ada dinner di hotel atau kelab tertentu (bukan kelab malam ya). malam ini suami saya akan dinner, anjuran syarikat tempat dia bekerja, ada cabutan bertuah, RM 3000 untuk tempat pertama, kedua RM 2000, ketiga RM 1000. seterusnya 10 hadiah smartphone jenama Samsung, hamper perayaan sebanyak 10 atau 15 hamper untuk dimenangi. begitulah cerita suami saya malam tadi. apalagi kami pun memasanglah angan-angan, hehehe...lumayan kan. harap-harap ada juga limau sekotak.

limau dan Chinese New Year memang sinonim. kemeriahan tanglung yang digantung untuk dijual di deretan kedai membuatkan kita rasa bersemangat, segar, aura perayaanlah tu. meriah memang meriah. daerah kelahiran saya - Sandakan yang  didominasi masyarakat Cina terutama sekali dalam bidang perniagaan, puas kita lihat tanglung di sana sini. itu tak termasuk tarian singa, dan tarian naganya yang seringkali membuahkan debar suspen setiap kali kita melihat aksi-aksi 'stunt'.

mengimbas kisah dulu-dulu, saya pernah bekerja dengan majikan Cina, tiba waktu perayaan CNY dapatlah limau sekotak, sedikit bonus dan ada acara dinner, cuma saya tidak dapat menghadirkan diri ke acara dinner, tapi tetap dikirim melalui kawan serumah, limau sekotak tu.

 
 malam tadi dan pagi ini di berita utama tv ada menyatakan tentang BRIM 2.0. dan sekarang di kaca tv atau lebih tepat lagi TV3 sedang bersiaran langsung berkaitan BRIM 2.0 ini.
 RM 500 tu tak banyak sangat, bagi mereka yang punya wang berganda-ganda, tetapi kepada segelintir/kebanyakan rakyat biasa... itu jumlah yang dapat dibuat menyelesaikan atau meringankan bermacam keperluan.
 
ok, tajuk kerja III hari ini ada kaitan dengan cerita terdahulu iaitu kerja dan kerja II. tentang adik Jejeng kami yang sedang menunggu keputusan SPM. terus kepada poin utama, adik Jejeng sekarang sedang bekerja di Giant Batu 6, Sandakan untuk 10 hari dengan dijanjikan RM 350 gaji. RM 35 sehari bermula jam 2 petang sehingga 10 malam. kata si Jejeng... dia hendak cari pengalaman. 
pada mulanya emak dan adik beradik membantah kehendak Jejeng untuk bekerja sambilan ini, tapi Jejeng berkeras dan mereka akhirnya mengalah. 
 
Pasaraya Giant batu 6, Sandakan tidaklah jauh sangat dengan rumah, tapi masalah utama berkaitan public transport yang ada sampai petang sahaja. jadi, setiap hari Jejeng akan dijemput pulang oleh abangnya menggunakan Avanza, kereta keluarga kami. saya call emak, pendapat saya biarlah adik Jejeng bekerja untuk 10 hari tersebut, sempena jualan CNY. sekurang-kurangnya , apabila adik Jejeng sambung belajar nanti (InsyaAllah), dia boleh berdikari belajar sambil bekerja sambilan semasa cuti semester atau cuti hujung minggu, pada ketika dia tidak ada kuliah. saya semasa bergelar pelajar UM dahulu pun begitu juga. perbelanjaan saya bergantung sepenuhnya kepada duit pinjaman pelajaran dan ditampung dengan bekerja sambilan - menjadi promoter, cashier, kerja kilang antara kerja yang saya lakukan.
 
bukan tentang banyak atau sedikit gaji yang diperolehi, tetapi gaji pertama kita sebagai seorang pekerja begitu berharga sekali, rasa gembira dan puas hati itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. 
 
 
love, 
monalizahrais
 
 


 
 

No comments:

Post a Comment