Tuesday, August 22, 2017

SALAH FAHAM YANG LUCU/PRASANGKA

Assalamualaikum…

Lama tidak bersiaran di blog, berbulan juga ya, padan pun sawang meraja di sana sini di ruang siling blog ini. Tiba-tiba pada hari ini, petang ini teringin menjenguk ke sini. Ada banyak tulisan tertunda di laptop cuma tidak/belum sempat dipindahkan ke ruang blog. Tersadai begitu saja. Entah apalah yang saya sibukkan itu sampai tak menyempat ke sini.


Ok, terus kepada tajuk ~ salah faham yang lucu. Mungkin bagi sesetengah pembaca, ianya bukan cerita yang lucu, ikut pendapat dan pandangan masing-masing ya. Saya mengatakan ianya lucu kalau dilihat dari sudut pandang seseorang yang tak teruja sangat bab-bab IT ini. Ceritanya begini – sepatutnya pada zaman gajet yang canggih info hujung jari, urusan seharian lebih lancar, laju, cepat, pantas dan yang serumpun dengannya berbanding zaman telefon rumah, telefon awam, surat menyurat sebelum ini.


Rupa-rupanya sama sahaja dalam kebanyakan waktu, malah ada terlalu banyak masa terbuang/terisi dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Kebaikannya memang ada bagi mereka yang benar-benar memanfaatkannya, sebaliknya ada banyak prasangka atau kita lebih sensitif daripada biasa. Saya percaya kesan gajet terhadap pemikiran kita lebih cepat meresap berbanding membaca buku fizikal kerana ianya sesuatu yang sentiasa bergerak laju. Contoh mudah – facebook.

 Dan secara peribadi saya agak sedih melihat banyak buku dijual murah malah ada yang seakan dilelong dilambakkan begitu saja, beza pada harga yang telah ditetapmurahkan.  Apa boleh buat… membaca online tarikannya lebih indah, tanpa sempadan, sentiasa up to date, berbanding buku fizikal.


Untuk cerita ini saya ambil satu kisah dari salah satu whatsapp group yang saya join. Ini berkaitan salah faham/prasangka. Ada seorang ahli group dia beberapa kali mengingatkan kami kalau terjumpa dia atau isterinya di mana-mana… jangan malu jangan segan untuk menegur, tegasnya lagi dia sudah upload gambar familynya anak beranak, so tiada alasan untuk tidak kenal mereka. 


Ada beberapa kali juga dia upload gambar mereka sekeluarga, ada yang jarak jauh dan close up pun ada, memang jelas sangat rupa mereka tu, tahap nampak jerawat/bulu-bulu muka lagi, mudah nak cam kalau terserempak di luar. Dia siap mention tempat kerja dan nama isterinya lagi. Sambil memuji isterinya seorang yang peramah, katanya.  Tu dia, lengkap sungguh.


Kemudian pada satu hari yang tidak dijangka, kebetulan saya melawat keluarga di XXX tempat isteri NNN kerja. Dalam sibuk bersembang dengan family, saya ternampak seseorang yang mirip isteri NNN. Spontan ingatan saya teringat kata-kata NNN, tapi saya tak sempat tegur isterinya. Akhirnya saya taip dekat whatsapp group je lah, beritahu saya ternampak isteri NNN di XXX cuma tak sempat tegur. Reaksi NNN?


Dibalasnya kita ayat-ayat sinis berbunyi +- begini :

NNN : sejak bila ko kenal isteri aku? aku tak tahu pun kamu berkenalan?
(kemudian NNN letak emoticon/emoji tak puas hati, saya rasa terkejut dan hairan juga, dah dia sebelum ini bersungguh menyuruh kami tidak sombong di luar tiba-tiba dibalasnya begitu, cepat-cepat saya balas)

Saya : kan ko selalu upload gambar kamu satu family di group ni, jelas pula tu, ko juga yang suruh tegur kalau terjumpa di mana-mana

NNN : Really? Aku ada cakap macam tu ke? Kenapa ko tak selfie terus dengan isteri aku, alang-alang jumpa selfie lah

(belum sempat saya membalas, ahli yang lain dah jawab dah)

SSS : buat-buat lupa pula ko ni NNN…semua orang dalam group ini nampak gambar family ko, jelas pula tu (berhujung emoticon/emoji senyum)


Kemudian selepas itu rakan-rakan yang lain menyokong/ mengiyakan kata-kata SSS dan saya, sambil mengingatkan tentang kata-kata NNN sebelum ini. Nasib NNN baik dia tidak dikecam oleh ahli group walau jelas dia terlupa dengan kata-katanya sendiri. Bayangkan sekiranya NNN seorang public figure/artis terkenal tiba-tiba dia ‘terlupa’ dengan kata-katanya sebelum ini, agak-agak apa respon netizen?


Next, cerita di fb pula. Tiba-tiba JJJ update status memohon maaf sekiranya dia menyinggung perasaan friendlistnya, sebabnya dia menulis begitu dia terbaca satu status lalu di news feed ada yang marah-marah fbnya diintai orang lain, menyibuk saja tak ada kerja lain katanya. Melalui ruangan komen secara keseluruhannya berpendapat – kalau tak nak fb diintai, atau kalau sensitif sangat, tutup saja akaun fb tu. Dah namanya ber fb, kita tak dapat sekat 100% orang lain/friendlist akan sesekali selongkar ‘about’ di fb kita tu.



Yang bukan friendlist memang sah-sah tak dapat buatlah, tapi kalau dah masuk friendlist, tapi marah orang tu selongkar fb kita… apahal? Risiko ber fb memang gitu, nak buat macam mana lagi? Baik tak payah fb, tutup akaun terus. Tak tahu nak gelak, marah atau garu-garu kepala hairan? Hahaha…macam-macam kan. Atas diri kita sendiri, adjust gambar atau status update yang nak dimuat naik, kalau kita jenis tak nak orang lain kenal family kita, tak perlu kot upload gambar family. 


Saya agak kurang like/komen di fb family terdekat, adik beradik ipar duai -  sebabnya hubungan kekeluargaan kita bukannya terjalin bermula dari fb. Dan saya tak nak/ tak suka laman social menjadi sebab kita menjadi rapat di dunia online tapi kurang mesra ketika face to face. Jangan dilayan sangat bab-bab IT ini. Sama-samalah kita menjadi ‘manusia’ jangan jadi ‘robot’.


Double blue tick – tidak bermakna kita free masa tu dan sempat reply semua mesej, tapi sebab double blue tick membawa maksud mesej whatsapp sudah dibaca, (walau kita sekadar ‘open’ dan ‘back’)  yang menghantar mesej selalu salah faham dan adakalanya marah, sedih mesejnya tidak berbalas. Yang paling teruk… ada yang marah mesejnya lambat dibalas, aik dah balas pun marah juga, isk isk isk. Begitu juga dengan online di fb, ada yang pernah mesej saya di inbox bertanya kenapa saya online 24 jam.


 Internet saya memang online dan available 24 jam, tapi saya tidak menghadap baca laptop dan smartphone 24 jam. Saya kena sentiasa ON internet sebabnya kalau saya OFF untuk semalaman misalnya, masa nak ON itu ambik masa lambat, ibaratnya orang yang tidur nyenyak yang susah dikejutkan, senang cerita lambat pick up line internet tu.

Gaduh online/ribut minda – ini bahagian menarik, sentiasa meriah. Saya mudahkan cerita dengan ambik beberapa isu.


1st -  isu kesihatan, tradisional vs moden. Terkini – isu meruang, saya sendiri baru pertama kali mendengar baca meruang, ala-ala bunyi beruang pun ya. Ayat-ayat gaduh kedua-dua pihak saling mencakar, mencengkam emosi pembaca. Calar balar di ruang komen.  Penjual ubat-ubat ketat padat sendat yang selalu brainwash fikiran pelanggan terutamanya wanita… kebanyakan (tidak semua) penjual jamu dan herba menyokong meruang siap guna taktik ‘scare tactic’ lagi. Malah ada yang ‘make up’ ayat-ayat meruang dengan mengatakan kalau tidak meruang, solat tak sah, a.k.a penunggang agama. Dia punya tunggang serupa mat rempit kot, wheelie Ex 5 style.


Kalau tak meruang nanti meraung menyesal katanya, nanti laki lari pecut 100 meter cari lain (‘kita masuk mood sukan sea sekejap’), meraung sebab ketat sendat padat tak apa katanya, yang itu boleh. Gaduh dengan nurse yang jenuh menerangkan anatomi pembiakan wanita (harap-harap betul penggunaan ayat ini, kalau saya salah tulis tolong tegur) tentunya dari sudut sains. Jadinya, di pihak ‘cctv’ yang membaca kedua side TRAdisional atau MODen, terpulang atas diri sendiri nak pilih yang mana. Choose your side – TRA or MOD? Atau kekal duduk atas pagar tak kisah hujan panas ribut taufan? Ada satu komen yang menarik perhatian saya, meruang katanya sudah lama diamalkan orang-orang terdahulu, TAPI diamalkan berdasarkan ilmu, cumanya apabila tiba zaman moden lebih-lebih lagi setelah wujudnya laman sosial, bertembung pula dengan perubatan moden... gerakan ribut minda tentang meruang ini lebih kuat daripada biasa.


2nd – makan-makan dan resepi. Saya join satu group public di fb, kita sharing apa yang kita masak hari ini. Setakat ini saya just jadi ‘cctv’ dan sesekali saya try buat resepi yang mudah-mudah yang kena dengan selera saya. Sungguh saya tak menyangka ada juga ya orang bergaduh bab makanan, itu tak betul ini tak betul kuali hitam pemalas bodoh batak like segala macam aksesori ayat-ayat gaduh disebut di ruangan komen. Yang tak menahan tu, beralas lucah pun ya, katanya dia ‘klimaks’ masak laksa di malam Jumaat. Lain macam sedapnya kata si penyumbang resepi.


Saya sendiri pernah di cop gila atas sebab saya upload gambar makanan di Instagram (IG), beberapa kali juga saya ulang ingatkan di IG, IG saya memang khusus untuk gambar-gambar makanan sama ada yang dimasak sendiri atau makan kedai. Bukan sesuatu yang ganjil orang follow IG saya dan beberapa ketika kemudian unfollow. Kecuali kita sama-sama minat makanan.


Setiap sesuatu akan ada ‘kegilaan’ emosinya. Yang kaki selfie dah tentu selfie memanjang, apatah lagi peminat makanan. Saya berpendapat setakat ini upload gambar makanan di fb dan IG saya ‘lebih selamat’ dapat menghalang fikiran friendlist/follower saya daripada bersangka buruk. Cap jari lain-lain, fikiran lagilah lain. Tak gitu?


Saya berpendapat… kadang-kadang orang gaduh online bukannya tentang mencari titik persamaan, lebih kepada siapa yang paling kuat menjerit dan kemudiannya ‘menang’. Bukan tentang siapa salah dan siapa betul, yang penting seberapa besar pengaruh dan mengumpul sebanyak penyokong yang mengiyakan pendapat masing-masing. Ibarat kumpulan sorak, kumpulan yang bertahan lama dan penuh aksi-aksi menarik itulah yang dinobatkan pemenang.


Entahlah, tak tahu nak kata apa lagi, mungkin sebagai penutup cerita saya letak #donekeyboardwarrior. Apabila jari-jari menjadi peluru menembak perasaan pembaca, (senyum). Oklah, kita caucincau dulu, kembali semula ke alam realiti, lain kali sambung lagi. Tata…


love,
monalizahrais,
Klang, Selangor
22 Ogos 2017 Selasa