Friday, February 1, 2013

PENANDA BUKU, BINGKAI GAMBAR


daun-daun kering, tali karung/guni, seakan kulit jagung mengikut penelitian saya - itu antara bahan yang 'percuma' kalau rumah kita jenis rumah kampung, ada di sekeliling kita bahan-bahan untuk membuat bingkai gambar unik ini, yang diperlukan sedikit bakat dan kreativiti. harganya RM 10 saya beli dari kedai kraf berhampiran pasar besar Sandakan, Sabah. maklumlahkan, menjadi anak rantau di sini di bumi Semenanjung Malaysia ini sesekali mengubat rindu kampung halaman dengan menatap souvenir dari daerah kelahiran. 

gambar-gambar di bawah, penanda buku berharga RM 2 sahaja untuk 2 keping.


monyet jenis ni hampir setiap hari datang di belakang rumah kami, datang berkelompok dalam jumlah 10 +++ . mencari makanan tentunya, kadang tu sampai masuk dapur, kena selalu memantau rumah dan jangan sendirian pergi ke belakang rumah.


penanda buku yang bermanfaat, sekali jalan dengan maklumat pelancongan.
saya sendiri mengimpikan untuk relaks di SUKAU Rainforest Lodge ini, InsyaAllah cuba mencari duit dan peluang untuk ke sana. walaupun tempat sendiri, bila lagi hendak meneroka keistimewaan daerah kelahiran kan?
 

monyet jenis ini kalau tak silap saya jenis proboscis monkey, pernah muncul beberapa kali di belakang rumah kami di kampung halaman. bukan sesuatu yang menghairankan kehadiran mereka sehingga sampai ke tempat kami. Sepilok terletak di batu 16, rumah kami terletak di batu 12, masih banyak lagi kawasan hutan simpan dan tanah persendirian perseorangan. mudah-mudahan keindahan alam semulajadi di tempat kami terus terpelihara dan ekonomi berasaskan pelancongan terus berkembang baik.


love,
monalizahrais

No comments:

Post a Comment