Assalamualaikum...
Hari pertama di bulan Mac 2013. Beberapa hari yang lepas sehinggalah ke pagi ini, saya
'berjalan-jalan' di laman maya, isu utama yang hendak ditinjau itu berkaitan dengan cerita-cerita dari blogger yang pernah berkunjung ke Melaka. Terus kepada poin cerita utama- sebenarnya saya meninjau tu manalah tahu ada yang pernah mengalami pengalaman menyakitkan hati berkaitan makan di restoran atau kedai.
Rupa-rupanya ramai, sayang sekali perkara sebegini terjadi di kawasan yang digazet Bandaraya Warisan Dunia. Bukan calang-calang nama, sepatutnya hot spot sebegini menampilkan prestasi cemerlang dalam semua aspek - makanan terutamanya. Ya... terlalu tinggi harapan yang diletakkan selaku pengunjung kali pertama ke Melaka. Cuba kita lihat di kaca tv atau laman web... bukan main gah lagi dicanang kehebatan Melaka, dialu-alukan datang ke sana. Sesuailah dicanang sebegitu hebat, malangnya segelintir pengusaha makanan memandang ringan kepentingan mereka sebagai 'duta kecil' makanan khususnya melibatkan identiti Melaka.
Malah saya masih ingat lagi, dalam perjalanan menuju ke Melaka tempoh hari... terdapat slogan di salah satu papan iklan yang menarik perhatian... mengenali Melaka maknanya kita mengenali sejarah Malaysia - lebih kurang begitu maksudnya.
Tidak semua yang berkunjung ke Melaka itu akan makan di tempat yang eksklusif yang mana harga makanannya mahal-mahal belaka. Setakat dua orang makan tempat standard mahal-mahal tu boleh tahan lagi tapi kalau datangnya satu keluarga meliputi pelbagai peringkat umur dari pangkat datuk nenek sehingga ke cucu... lebih-lebih lagi jenis orang kampung atau orang bandar yang nak merasa masakan kampung - bakar/panggang tentunya tidak kisah sekadar makan di gerai-gerai tepi pokok, tepi sungai kerana suasana begitu sangat dekat dengan alam sekeliling. Ditambah lagi sambil makan tu dapatlah kita menoleh sesekali item sejarah.
Spontan terngiang-ngiang di telinga saya 'soal jawab' antara saya dengan 'tauke kedai makan' sewaktu berada di Melaka. Dia langsung tidak berasa bersalah walau sedikit pun, malah menyalahkan kami. Begitukah cara berniaga? Sungguh, menyakitkan hati betul! Biadap!
CADANGAN :
Sekadar cadangan, pihak berwajib yang berkenaan - majlis bandaraya atau wakil dari bahagian pelancongan Melaka tolonglah hantar pegawai, orang tertentu turun padang, jadi pelanggan kedai/restoran makanan yang berhampiran dengan tumpuan utama pelancongan. Lihat dan rasai sendiri pengalaman menyakitkan hati yang telah kami lalui.
Bagi briefing kepada pengusaha kedai makan tersebut, cari satu solusi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dalam banyak-banyak cadangan... apabila diteliti semuanya pasti akan ada satu kaedah yang paling sesuai untuk dipilih.
Kepada yang berniaga makanan tu, jadilah kreatif - upahlah pekerja secukupnya terutama sekali ketika mood perayaan atau cuti umum. Tukang masak terutamanya, kalau hari biasa mungkin seorang dua dah mencukupi tetapi hari-hari tertentu tambah tukang masak untuk masakan bakar/panggang/goreng-goreng... makanan laut yang paling utama.
Sekadar berkongsi - memandangkan Sandakan dan Kota Kinabalu merupakan bandaraya yang terletak berhampiran laut, tentunya makanan laut mendominasi hidangan popular. Untuk memudahkan order makanan cepat sampai kepada pelanggan...dan panas-panas pula tu, saya melihat penjaja jalanan/ peniaga kecil-kecilan yang menjual rangkaian makanan laut akan berbuat begini :
Sebaik sahaja buka kedai mereka terus memanggang/membakar aneka ikan, ikan pari, sotong, udang tentunya di bakarpanggang menggunakan arang. Kemudian disusun cantik di atas meja yang dialas dengan daun pisang. Setelah order makanan diambil dari pelanggan yang datang... misalnya ikan pari bakar, stok ikan pari yang sudah dibakarpanggang itu di letakkan seketika di atas arang. Ok, siap dimasak dihidangkan dalam pinggan, disertakan sos dan nasi panas, kurang dari 10 minit order pun sampai.
Aneka seafood yang sudah dibakarpanggang sebelum ini dimasak hanya separuh/ suku masak sahaja, tetapi sebaik sahaja order diterima dari pelanggan... dibakarpanggang sehingga masak dan banyak masa dijimatkan. Pekerja pun tidak perlu ramai, setakat dua atau tiga orang sudah memadai. Nasi awal-awal lagi sudah disiapkan, begitu juga dengan sambal belacan, sos.
Jangan bimbang, mereka tidak membakarpanggang sekaligus stok seafood mereka. Contoh 10 ke 20 pcs untuk first trip bakar ikan pari, ikan tongkol, udang, sotong. Apabila rangkaian seafood ini sudah kurang atau hanya tinggal beberapa pcs barulah mereka akan membakarpanggang untuk trip seterusnya. Mudah bukan. Dan stok siap sentiasa ada. Pelanggan bukannya peduli sangat pun kaedah memasak kerana mereka sudah lapar dan yang bermain di kepala hanya inginkan makanan cepat siap dan panas-panas.
Kalau makan tempat eksklusif, pilih seafood yang masih mentah, tunggu sehingga masak... cepat lambat masak itu bergantung kepada saiz, tak apalah itu tempat eksklusif. Harap-harap pelayannya pun eksklusif. Tapi bukannya jatuh standard pun kalau makan kedai/gerai yang biasa, kaedah yang saya sebutkan tadi mungkin boleh dipratikkan di gerai/kedai makan yang problem itu.
Nampak macam remeh, kecil sahaja masalahnya, tapi takkan dibiarkan sampai berakar umbi, pandangan pertama pengunjung ke Melaka itu sangat penting, kerana meraka akan membawa cerita baik buruk untuk dikongsi/disebarkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan malah turut dikongsikan di blog!.
love,
monalizahrais
No comments:
Post a Comment