Friday, March 30, 2012

IKAN TONGKOL/AYA

Semalam hari Khamis bah pula, di sana kawasan Batu Belah Meru, Klang ada pasar malam yang majoritinya orang Cina, tidak jauh dari pasar borong. Tiba-tiba suami saya teringin makan ikan tongkol/aya, kami panggil ikan kayu. Gerak dari rumah menghampiri jam 8:30 pm. Saya congak masa beli ikan, singgah di restoran Kak Jee balik rumah siang dan masak ikan...lewat juga ni siapnya.

Tapi on sajalah...jarang juga kami makan lewat, sesekali terbabas lewat bantai sajalah kan. Saya kalau sudah jejak kaki ke restoran Kak Jee, confirm langgar pantang makan yang tidak patut saya makan selalu. Sudah tentu nasi lemaknya/ ayam goreng/ sambal sotong/sambal tempoyak. Fuh...benda-benda itu kalau di ngap di mulut hari-hari...jadi macam tangki lah jawabnya kan...hahaha...jarang-jarang tu bolehlah..

Malam tadi di restoran Sri Has (nama restoran tapi kami biasa sebut restoran Kak Jee) - suami makan roti telur dan saya makan apalagi seperti tertera di perenggan di atas! Cuma saya tidak ambil sambal tempoyak malam tadi sebabnya banyak sudah kuah sambal merahnya...
Kenyang...disuaipadankan dengan minuman kegemaran juga - teh o ais limau.

Balik rumah masak macam biasa tapi suami sajalah yang membalunnya. Saya ratah ikan satu ekor dan sejemput nasi. Oh ya, ikan tongkol sudah habis jadi kami gantikan dengan ikan mata besar. Sesuai sungguh ikan mata besar itu dimakan sebabnya awal pagi kami kena membesarkan mata kami supaya cepat-cepat mengemas rumah sewaktu air naik tadi...waduh-waduh, just kidding bah..hehe


MAAF

Maaf ya kawan-kawan, lama saya di Sabah bermula hari pertama arwah bapa saya meninggal dunia tapi saya tidak bertemu dengan anda semua seperti sebelum ini setiap kali saya balik Sandakan. Sebabnya saya tidak mahu mendengar kata-kata ini : kita bercerita tentang arwah bapa saya, saya bersedih dan kawan-kawan saya ini memberikan kata-kata semangat. Itu semua yang selalu terjadi kepada kebanyakan orang dan saya tidak mahu terlibat dalam suasana itu.

Biarlah saya diam seketika mungkin selepas beberapa lama masa berlalu. Bukan bermakna saya melayan perasaan sedih saya itu tapi seperti selalu saya dapat menduga apa yang hendak dikatakan orang kepada saya...jadi, biarlah itu semua berlalu. Saya sudah lama bersedia dengan jangkaan tersebut beberapa bulan sebelum arwah bapa kami meninggal dunia. Saya sudah memujuk diri sendiri berdoa bertawakal kepada Yang Maha Esa.

Saya selalu bermimpi arwah bapa kami akan meninggal dunia beberapa bulan sebelum pemergiannya. Tapi saya tidak menceritakan kepada sesiapa, setiap kali bermimpi tentang itu...hanya doa dan berserah/ redha dengan ketentuan-Nya. Setiap yang bernyawa ada titik akhirnya. Itu pasti dan itu juga lumrah kehidupan.

Emak saya selalu terlibat dengan proses memandikan jenazah. Walaupun dalam skala kecil hanya di kawasan kampung halaman kami sahaja. Selalunya beberapa hari sebelum berlaku kematian, emak saya akan dapat merasakan tanda-tanda seperti belakang lehernya kebas, tidurnya seperti ada orang yang memanggil, tangannya gatal.

Saya pernah terbaca di sebuah akhbar tempatan kisah seorang pegawai penjara yang tugasnya menggantung pesalah di tali gantung juga mengalami tanda-tanda seperti mak saya itu. Ilmu bersifat sangat luas kan. Setiap yang bergelar manusia ada kekurangan dan kelebihannya.

Tulisan ini ditujukan kepada rakan-rakan rapat saya seperti Haryati dan Jun. InsyaAllah lain kali balik Sabah saya akan jumpa kamu...Tidak lupa juga Cikgu Ali Rahman...ada masa saya akan datang jumpa cikgu..seperti biasa kita bercerita dan saling bertukar pendapat.

BAH

Banjir kali kedua di bulan Mac ini. Semalam melepasi waktu tengah malam, petir guruh kilat bukan alang-alang lagi. Kemudian hujan lebat tanpa henti di bumi Klang ini, setiap jam saya terbangun dan memandang suami dan keliling rumah. Semestinya saya berfikir tentang hujan/banjir. Jam 4 :30 am, saya mengejutkan suami dan kami sama-sama melihat longkang di belakang rumah, air belum naik lagi. Hujan turun tidak menentu nadanya sekejap lebat sekejap renyai.

Jam 5:30 am saya bangun menatap jam handset dan saya berfikir, waktu Subuh akan tiba tidak lama lagi. Hujan masih kedengaran iramanya, saya agak sudah banjirkah? Saya bangun menuju ke ruangan dapur dan terlihat air sudah memenuhi lantai bilik air dan tandas. Ada tanda-tanda air memasuki perlahan pintu dapur. Halaman belakang rumah sudah banjir dan saya bergegas membangunkan suami.

Kami seperti jiran yang lain mengemaskan barang meletak di tempat yang tinggi. Sambil memanaskan air membuat minuman panas. Tidak begitu kelam-kabut, kami agak tenang walaupun kami kurang senang dengan situasi itu. Bayangkan awal pagi anda berhadapan dengan banjir, bukankah kebiasaannya kita bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Tetapi syukurlah juga banjir ketika berada di rumah, kalau di luar rumah alangkah bimbangnya kan?

Air cuma naik +- 2 inci sahaja membasahkan ruangan dapur dan bilik yang lagi satu. Tidak banyak yang perlu dilakukan berbanding banjir yang pertama di awal bulan yang lepas. Tetapi air lambat surut sehingga sekarang pun sewaktu saya menaip tulisan ini...air di halaman belakang masih memenuhi longkang.

Malam tadi saya membasuh baju sekitar jam sebelas. Ikutkan hati saya mahu menjemur/menyidai pakaian itu siap-siap di ampaian yang terletak di belakang rumah tapi segera saya terfikir...kalau hujan malam karang, ah nantilah awal esok pagi. Sewaktu membasuh pakaian itupun entah kenapa saya terfikir tentang hujan dan banjir. Rupa-rupanya memang hujan dan banjir pun awal pagi hari ini.

Siap menggulung tikar getah (kami sudah modified susunan tikar getah supaya senang digulung sekiranya banjir berlaku lagi) kami suami isteri bersarapan di ruang tamu sambil memutuskan tentang isu pindah rumah. Kena selesaikan sebelum kami bercuti balik Sabah. Kenapa perlu memikirkan banjir sekiranya kita boleh memilih, hendak tinggal di tempat yang diinginkan? Di tempat yang pastinya tidak terlibat dengan isu banjir ini.

Memilih dan mencari sambil budget kewangan untuk pindah rumah nanti...itu pasti dan semoga semuanya dipermudahkan-Nya, amin...


Thursday, March 29, 2012

FLIGHT

Assalamualaikum...


Saya dan adik berhasrat membawa mak dan adik bongsu kami bercuti di Lembah Klang - dari KL ke Klang. Masih dalam perancangan lagi, menyemak budget dan tarikh yang sesuai. Saya jarang bercerita tentang sesuatu yang masih peringkat draf/plan, selalunya hanya setelah ia berlaku barulah saya beritahu. Tetapi hasrat kami ini sengaja saya publish dekat blog - semoga ada doa-doa tambahan dari pembaca blog saya, dengan izin-Nya hasrat kami ini tercapai. Doakan ya!

Saya agak risau reaksi mak dan adik bongsu saya menaiki kapal terbang nanti, kerana saya telah melalui pelbagai pengalaman menyeronokkan/menyusahkan. Semoga semuanya dipermudahkan-Nya, amin...

Pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang - kapal terbang dari negara Filipina yang transit di Kota Kinabalu International Airport menuju ke KLIA. Bertarikh 20 May 2000. Saya membeli tiket pertama MAS Airlines di Sandakan. Tiket saya itu berharga +- RM500. Saya dan arwah ayah menuju ke Kota Kinabalu, bermalam semalam kemudian menuju ke airport untuk check-in. Pada masa itu untuk ke Kuala Lumpur mesti melalui Kota Kinabalu. Entah di mana silapnya sebaik sahaja saya check-in...petugas di kaunter memandang saya dengan wajah hairan.

Dia bertanya saya membeli tiket itu di mana dan bila. Saya jawab di Sandakan, pejabat tiket MAS Airlines yang tidak jauh dari menara MPS, baru dibeli beberapa hari sebelum hari penerbangan.

Dia berkata sesuatu yang membuatkan saya kalut dan bimbang, maklumlah saya perlu mendaftar di UM sesegera mungkin. Bagaimana dengan masa depan saya sekiranya terlambat. Tidak ada fb, twitter dan pendaftaran online ketika itu. Segalanya melalui surat sahaja. Bayangkan kalau ada orang yang dengki dengan kita menyorokkan surat-surat penting? Situasi itu terjadi beberapa kali terhadap saya.

Petugas kaunter : Tiket cik tidak sah, malah penerbangan ini tidak wujud.
 Saya : Tapi...saya memang membeli tiket ini.
Petugas kaunter  : Cik tidak dimaklumkan tentang ini? Melalui telefon, misalnya.
Saya : Tidak ada sesiapa yang telefon saya.
Petugas kaunter : Tunggu sebentar ya...
Petugas kaunter menelefon siapa entah kemudiannya dia memanggil saya semula.
Petugas kaunter : Pejabat tiket di Sandakan memberitahu mereka telah memaklumkan cik tentang pembatalan ini melalui telefon.
Saya : Telefon, cik...saya tidak pernah memiliki telefon malah telefon rumah pun tidak ada. Dan kalau saya tahu tiket ini tidak sah kenapa saya perlu bergegas ke KK ini? Bukankah itu membuang masa namanya?
 Tolong buat sesuatu, saya perlu mendaftar di UM secepat mungkin.
Petugas kaunter : Tunggu sekejap cik, saya usahakan untuk mendapatkan penerbangan yang lain ke KL.
Dan dia menelefon lagi, entah siapa yang ditelefonnya. Tidak lama kemudian...
Petugas kaunter : Mengikut rekod, cik memang ada membeli tiket ini dan pihak kami minta maaf di atas kesilapan ini. Ada satu penerbangan transit ke KK dari Filipina. Itu sahaja penerbangan dalam masa terdekat ini sekiranya cik perlu cepat ke Kuala Lumpur. Tidak perlu bayar tiket. Cik setuju?
Saya : Bila tu?
Petugas kaunter : Sekarang cik boleh masuk ke boarding gate.

Sebelum itu, saya disapa oleh satu keluarga yang secara kebetulan menghantar anak gadisnya mendaftar di UiTM, Shah Alam (masa tu masih disebut ITM). Kami berkenalan seadanya. Ibu kepada gadis itu menyuruh saya menunggu di KLIA sebaik sahaja dia mengetahui inilah kali pertama saya ke Semenanjung Malaysia, sendiri pula tu. Penerbangan mereka sekeluarga ke Kuala Lumpur perlu transit di Labuan terlebih dahulu. Katanya dia akan menyuruh anak lelakinya yang sudah berada di KLIA mencari saya di sana, sebaik sahaja mereka sampai.

Berbalik kepada cerita penerbangan dari Filipina itu, hanya ada dua rakyat Malaysia sahaja yang ada di dalam kabin. Sebenarnya saya tidak henti-henti menangis sejak bertolak dari rumah di peringkat enam sehinggalah menaiki kapal terbang ini. Kenapa jadi begitu?

Emak saya baru melahirkan adik bongsu saya, dua minggu sebelum saya 'terbang' ke KL. Dia mengalami pendarahan yang banyak. Sangat pucat ditambah lagi dengan masalah buasir. Hendak mendapatkan RM 10 untuk membeli ubat buasir pun saya kena pergi meminjam duit tapi tidak diberi pinjam. Kemarau pula masa tu dan kami kena pergi ke kolam besar untuk membasuh pakaian. Jalan kaki memikul pakaian basah yang telah dibasuh, naik bukit lagi.
 Yang paling terkesan sekali, saya yang membasuh kain batik mak sehingga tiga helai penuh dengan darah!.

Duit untuk membeli tiket kapal terbang saya terpaksa tunggu pendahuluan dari PTPTN RM 1500. Itulah untuk membeli barang keperluan sehinggalah perjalanan ke KK. Duit berbaki cuma RM 200 sebaik tiba di KL. Allah memudahkan perjalanan saya menuju ke UM. Keluarga polis yang berpangkat sarjan itu yang menghantarkan saya sehingga ke hadapan Kolej Kediaman Keempat, Kolej Kediaman Bestari. Jalan sangat sesak pada masa tu, hari pendaftaran kan.

Dari KLIA saya dibawa bermalam di Subang Perdana. Kemudian keesokan paginya mereka menyewa teksi menghantar saya ke UM. Kami tersekat di hadapan Kolej Kediaman Kedua. Memandangkan mereka juga perlu ke ITM untuk pendaftaran anak mereka, anak lelakinya membawa beg pakaian saya yang memang berat itu menuju ke Kolej Kediaman Bestari. Kami berjalan kaki bersama-sama. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada keluarga polis yang sangatsangatsangat baik hati itu.

Tidak ada sesen pun duit saya luak. Malah sewaktu bermalam di Subang Perdana...saya ditempatkan di sebuah bilik yang luas dan mereka sekeluarga pula sanggup tidur di ruang tamu. Walaupun saya menolak, saya segan dan malu diperlakukan sebegitu. Saya bukannya orang kenamaan yang perlu diberi keistimewaan sebegitu.

Siapalah saya ini. Ternyata beliau perempuan itu sangat penyayang dan terserlah kasihnya sebagai seorang ibu. Dia amat memahami saya sebagai seorang anak gadis yang sedang keseorangan manakala mereka sekeluarga sahaja, anak-anaknya ada beberapa orang lelaki. Sudah tentu tidak manis sekiranya saya bercampur dengan mereka. 

Sebelum itu dalam perjalanan menuju ke KLIA, saya duduk ditempatkan di bahagian tengah tempat duduk, dipisahkan dengan hanya jarak satu kerusi dengan seorang lagi penumpang sama-sama orang Malaysia, student senior di UUM. Diringkaskan cerita dia menyapa saya dan kami juga berkenalan seadanya.

Saya yang terlalu jujur pada masa itu tidak berselindung dengan situasi yang sedang saya hadapi. Lelaki itu tersenyum dan dia memberikan kata-kata semangat terhadap saya. Katanya dia pernah mengalami keadaan yang lebih teruk berbanding saya. Dia tersesat sehingga sampai ke Pulau Pinang sewaktu mula-mula sampai dulu. Lepas tu pula duitnya kena kebas...

Penerbangan lelaki itu transit setengah jam di KLIA sebelum menaiki penerbangan menuju ke utara. Dia memberikan saya sedikit nasihat, supaya tidak terlalu percaya dengan orang asing dan kalau dia ada kesempatan, dia sudi menghantarkan saya ke UM.

Sesudah dia beredar dengan senyuman manisnya itu, seseorang menyapa saya, lelaki berumur pertengahan 20-an memperkenalkan dirinya anak kepada keluarga polis tadi. Jadi saya bertemu semula dengan keluarga polis itu di KLIA.

(adui...panjangnya cerita, bila mau habis ni..)

Nombor telefon keluarga polis itu ada dalam tangan saya. Beliau perempuan itu mengingatkan saya agar tidak segan-segan sekiranya saya memerlukan bantuan. Tetapi saya akhirnya tidak menghubungi keluarga  polis itu lagi, diringkaskan cerita terputus hubungan begitu sahaja. Sebabnya?

Setiap minggu anak lelakinya yang berusia 20-an dan baru habis belajar itu datang ke kolej saya mengajak saya keluar. Saya tidak selesa dengan situasi itu dan saya tidak mahu terlibat dengan masalah sosial. Yalah...dia lelaki dan saya perempuan. Mak bapanya memang baik dan saya terhutang budi dengan mereka sekeluarga. Tapi...saya juga perlu mengutamakan keselamatan diri sepanjang berada di sini, tambahan pula saya perempuan kan? Banyak sempadan yang perlu dijaga.

Kenangan-kenangan ini walaupun pahit pada awalnya...tetapi ianya banyak membentuk saya menjadi dewasa dan dapat berfikir secara rasional, memilih keputusan mana yang perlu diambil di dalam situasi tertentu. Pengalaman yang berharga tidak datang dengan mudah, banyak liku yang perlu dilalui.

Secebis cerita berkaitan dengan flight - pengalaman pertama melaluinya berbelas tahun sudah. Ada juga yang lucu dan tidak terjangka...tapi memang banyak yang seronok berbanding yang tidak seronoknya...


love,
monalizahrais












Tuesday, March 27, 2012

DRAF

Saya terfikir sesuatu...saya flash semua post yang telah ditulis di blog ini. Dan akhirnya ada yang saya simpan untuk tatapan saya sendiri dan ada juga yang saya publish untuk pembaca di luar sana..
Tidak semuanya boleh dikongsi kan? Atau saya yang terlalu berahsia...

Saturday, March 24, 2012

FESYEN

 Assalamualaikum...

Untuk tatapan mata saya saja, sekadar suka-suka. Bukannya dipraktikkan dipakai di badan sendiri. Setakat itu sajalah. Kadang-kadang tu saya terfikir, macam mana pereka fesyen tu boleh fikir sebegitu? Saya yang bukan seorang pereka fesyen memanglah tak boleh nak faham sangat idea diorang tu. Oh ya, hari ini saya mau cerita tentang pakaian pula, bukan pakaian orang lain tapi citarasa diri sendiri saja bah.

Cara saya berpakaian sewaktu berada di Semenanjung Malaysia (SM)  ini berbeza sedikit apabila saya balik ke Sabah. Di SM saya dan suami misalnya - pakai selipar RM 5/RM 10 pakai jeans/t-shirt/blaus, kasual lah tu kan untuk keluar rumah pi beli barang keperluan rumah. Kalau ke pasar malam lagilah simple lagi-lagilah ke pasar borong/pasar pagi pakai selipar jepun saja...yalah kita akan masuk ke ruangan jual ikan dan sayur, ada kawasan basah/kering.

Senang cerita tak payah risau sangat tentang pakaian sama ada murah/mahal. Sebabnya tidak ada orang yang akan menyibuk apa yang kami pakai dan kamipun bukannya selebriti...Lambakan bermacam jenis pakaian di kedai kecil/besar, tepi jalan dan sejenis dengannya membuatkan kita nampak ianya biasa sahaja. Tidak ada lagi rasa teruja seperti baru-baru sampai ke sini berbelas tahun dahulu. Biasalah tu culture shock sekejap, lepas tu jemulah pula, alahai...

Tetapi sebelum balik Sabah, kami akan beli beberapa pakaian baru, khas untuk dipakai di kampung - pakaian berjalan, pakaian di rumah, selipar baru yang kemudiannya sengaja ditinggalkan di kampung. Bukannya mahal sangat pun malah tidak pernah mencecah RM 50 untuk sehelai pakaian, setakat di bawah RM30 malah yang cuma berharga sepuluh ringgit yang banyak dibeli. Tapi kualiti kainnya memang baik dan tahan lama. Kalau orang tak tahu, mesti mereka menyangka harganya dua kali ganda berbanding harga asal.

Saya akan buat macam ni, beberapa bulan sebelum balik Sabah (tentunya setelah tiket confirm), semua orang pun tahu kan Jusco, saya akan tinjau pakaian yang dijual murah less sampai 70 ke 80 peratus. Itulah yang saya beli. Ada satu lagi The Store - blaus dan t-shirtnya dikumpulkan macam rombengan gitu...dapatlah harga yang murah juga.

Ada sekali saya beli blaus harga sepuluh ringgit, harga asal 70 ringgit kainnya memang jenis kain mahal. Bukan 2nd hand punya tapi penghabisan stok. Saya suruh adik saya teka berapa harganya dan dia sebut harga yang mahal, selepas itu dia tidak percaya apabila saya mengatakan harga sebenar.

Ole-ole untuk ahli keluarga terutamanya pakaian dan kain selalunya lebih mahal berbanding keperluan membeli pakaian kami sendiri. Yalah hendak memberi hadiah biarlah yang terbaik kan. Dan yang penting bukan sahaja mereka gembira dengan kepulangan kami tapi itu juga salah satu cara kita menunjukkan kasih sayang kita. Jarang-jarang jumpa walaupun mereka tidak pernah meminta seperti itu. Siapa yang tidak suka hadiah kan?.

Ada sekali tu saya dan mak keluar ke bandar Sandakan. Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual beg. Beg berharga hampir RM50 menarik perhatiannya dan kemudian dia meminta pendapat saya. Saya cakap dekat mak, tak payah beli ini tauke kedai tipulah. Beg macam ni setakat berharga belas-belas saja ni di KL. Waduh-waduh menjadi penghasut pula aku...hehe..

Bukannya apa, nampak sangat tidak berbaloinya harga itu. Rasanya disebabkan persaingan kurang dan bekalan tidak seperti di kebanyakan premis di Lembah Klang. Satu ketika dahulu sewaktu saya masih bujang, saya pernah mengenali beberapa individu yang terlibat dengan perniagaan pasar malam dan catering. Seronok dengar cerita mereka yang kebanyakan kita sebagai pelanggan tidak tahu malah tidak pernah mendengarnya. Dan sekarang sedikit sebanyak apa yang diceritakan mereka itu membuatkan saya lebih pemilih apabila hendak membeli sesuatu...terutamanya pakaian.

Di kampung pula pakaian kami suami isteri lebih mahal sedikit berbanding yang kami pakai di sini. Sebabnya kami mahu keluarga di sana beranggapan kehidupan kami di sini baik, tidak seperti yang selalu dibisingkan oleh kaki-kaki gosip, cakap yang negatif saja. Maksud saya dengan sedikit perbezaan itu - bukannya niat untuk menunjuk-nunjuk/ riak/sombong tapi kalau penampilan itu sama sahaja seperti sebelum merantau ataupun baju yang sama dengan baju tahun lepas juga dipakai...nampak seolah-olah kita ni macam teruk sahaja kehidupan kita di tempat orang kan?

Tapi Alhamdulillah, rezeki di sini sentiasa cukup malah berlebihan. Sentiasa ada ruang dan peluang untuk pulang ke kampung halaman, sekali @ beberapa kali dalam setahun, melerai rindu beramah mesra dengan ahli keluarga. 

love,
monalizahrais








Friday, March 23, 2012

CUCU

Seronoknya...cucu mak bertambah lagi, sebenarnya cucu kedua. Petang tadi adik saya call, adik perempuan saya Malisa namanya, selamat melahirkan anak kedua, baby girl. Saya baru saja bercadang nak telefon hendak bercakap dengan Malisa, tapi itulah bah kan...lambat-lambat lagi isi kredit. Kena tunggu seminggu dua lagi barulah dapat cakap dengan dia.

Tak sabar rasanya menunggu gambar terbaru malah nama anak si kecil itu. Teringat juga arwah bapa yang meninggal dunia Oktober tahun lepas. Cucu pertama keluarga kami diazankan oleh arwah bapa malah arwah turut membantu memudahkan proses kelahiran cucu sulungnya. Kami tahu arwah sangat sakit pada masa itu tapi sememangnya arwah seorang yang sangat kuat semangatnya.

Di sebalik kesedihan pemergian awah bapa, kehadiran ahli keluarga baru ini banyak menceriakan suasana. Maklumlahkan...karenah anak kecil, biasalah tu nanti kalau sudah besar dan bersekolah...kurang sikit rasa penat menjaga semperiding itu..itulah lumrah kehidupan. bermacam-macam likunya.

p/s : balik Sabah nanti mengayas bermain sama anak-anak buah. cucu ketiga dijangka lahir bulan puasa/hari raya tahun ini...InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan-Nya. Amin...

Monday, March 19, 2012

SOLAT-TERAPI SEMULAJADI

Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan ‘tip-top’, antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.


Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …).

 Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year….
“Then which of the favours of your Lord will ye deny?”
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai umat Islam. Sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.

Sumber artikel ini saya copy paste dari laman MyIbrah.com.


Sunday, March 18, 2012

RM700

Satu kerja tujuh ratus, bersamaan +- 2 juta rupiah. Cari maid selain Indonesian lah. Cukup-cukuplah lambakan drama yang terang silau mata banyak adegan bodoh tu ditayang di tv kita. Maaflah ya, nampak kasar sikit tapi kalau kita amati betul-betul...saya lebih rela tengok filipina drama berbanding Indonesian drama.

Tak masuk akal sungguh. Dari pihak mereka, sudah tentu itu cara untuk mengelak rakyat mereka didera berdasarkan kes-kes sebelum ini. Tetapi di pihak kita, ianya memang membebankan. Bukan semata-mata isu mampu tak mampu dari segi kewangan, ada keluarga besar dan rumah besar bergenerasi dari datuk nenek ke cucu tinggal sekali dan memerlukan lebih dari seorang pembantu. Apatah lagi suami isteri berkerjaya dan punya anak-anak kecil.

Bayangkan kalau masak saja kerjanya, takkan tak dibasuh pinggan mangkuk, tak dihidangkan makanan tu, habis tu dia duduk rumah tu sekali, pembantu tu kena basuh sendiri bajunya, makannya? Kalau dapur bersepah tak payah sapu? Dengan alasan dia cuma memasak saja kerjanya. Tak masuk akal. Baik buat sendiri kan?

Dibandingkan dengan gaji RM 700 di Malaysia ini, contohnya seorang juruwang di sebuah kedai runcit mini...bukan hanya kerja cashier saja dia perlu buat, tapi dia juga perlu susun barang, mop lantai, cuci tandas, masuk stor. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya yang pernah bekerja sebagai cashier dahulu. Bahkan saya pernah kerja di pasar borong dari jam 3 pagi sehingga lewat petang kadang ke malam sebabnya bukan hanya kerja cashier dan kedai sahaja, tetapi disebabkan kekurangan pekerja, sampai ke Pasar Borong Selayang beli sayur untuk kedai majikan. Tapi gaji RM700 juga. (kenangan dulu-dulu...)

Basic gaji seorang pemandu lori pun ada yang cuma RM 700, kerja dari pagi ke malam. Tambahan kepada RM 700 itu trip perjalanan.
Kalau saya di pihak majikan, saya tidak setuju dengan syarat satu kerja RM 700. Dan bersyukurlah kepada mereka yang punya isteri surirumah. Hargai mereka. Mereka membuat kerja-kerja rumah yang tidak pernah ada kesudahannya ditambah dengan karenah anak-anak malah kadang-kadang karenah suami juga. Ada isteri yang bekerja lumayan gajinya, terpaksa berhenti kerja demi anak-anak.
Taraf hidup yang semakin meningkat di negara kita ini memang kebanyakannya memerlukan pembantu rumah. Tapi kalau satu kerja RM 700?


IKAN

Kami panggil ikan karuk. Orang sini panggil ikan puyuh. RM11 campur makanan ikan, beli kat pasar malam Klang semalam. Sekali dengan bekas. Keluar dengan adik Mazlan.
Kali terakhir saya bela ikan (bukan 'anak ikan') semasa remaja dulu. Saya selalu beli ikan emas dan ikan pelaga. Kadang-kadang beli ikan 'cermin' sebab ikan tu suka makan sampah. Sampai sekarangpun setiap kali balik Sabah saya akan limpas di kedai yang selalu saya beli ikan tu.

Nantilah saya upload gambar ikan karuk tu. Belum siap lagi dekorasinya - batu, guli kaca, batu karang, rumpai dll...hehe..

Alamak...kena keluar sekejap lagi...caucincau tata...nanti sambung balik.. 


Saturday, March 17, 2012

TAK BAIK TAU !

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu menginginkan anak. Begitu juga yang belum berkahwin ada naluri untuk berpasangan. Perjalanan hidup setiap kita berbeza. Kerana perbezaan ini tidak dapat difahami oleh semua orang, menjadikan kadang-kadang seseorang itu merasakan betapa tidak adilnya dia diperlakukan sebegitu.

Menyebabkan orang lain tersinggung malah ada segelintir yang berdendam hanya kerana kata-kata. Kata-kata memang lebih tajam dari mata pedang. Seperti yang selalu kita dengar hidup ini umpama roda ada masanya kita berada di atas dan pada ketika yang lainnya kita terjunam ke bawah.

Macam menjadi budaya sudah setiap kali pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tapi belum punya cahayamata lagi, dihujani dengan pertanyaan tentang anak. Setakat bertanya itu tidak salah tapi yang kurang sedap didengar akan terbit bermacam andaian seperti mandul, menyalahkan si polan itu ini malah dibandingkan dengan orang lain yang berderet anaknya lagi-lagi kalau tarikh perkahwinan di tahun yang sama.

Kalau sungguh prihatin dengan nasib pasangan yang belum ada anak itu, kenapa tidak beri cadangan/pendapat/info/petua? Itu lebih baik daripada terus-terusan mencemuh, menyakitkan hati pasangan suami isteri tersebut. Ingatlah putaran roda kehidupan itu. Siapa tahu anak,  ataupun cucu kita satu hari nanti akan ditakdirkan seperti itu. 

Allah Maha Adil. Begitu juga dengan orang bujang yang belum bertemu jodohnya. Saya terbaca di wall fb, ada kebenarannya juga madah itu dan ianya lebih kurang seperti ini : Ramai orang berusaha keras mencari jodohnya tetapi sangat kurang yang berusaha mencari hidayah petunjuk-Nya. Jodoh sudah ditentukan tetapi hidayah dan petunjuk tidak perlu ditunggu ianya perlu dicari. Sudah tahu si polan itu bujang terlajak, doakanlah dia mendapat jodoh yang baik. Itu lebih baik daripada mencemuh.

Mungkin pasangan yang belum dapat anak itu pernah mengandung dan keguguran sebelum ini. Ataupun salah seorang tiba-tiba sakit hingga terhalangnya daripada mendapat anak dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan si bujang terlajak. Mungkin dia punya tanggungjawab besar terhadap keluarganya sehingga tumpuan lebih ke situ berbanding mencari jodoh. Ada juga yang bertunang banyak kali tapi tak jadi kahwin akhirnya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat sahaja untuk kita menyedari apakah hikmahnya itu.

Yang paling penting...jangan cepat sangat berprasangka yang tidak baik. Dahulukan prasangka yang baik itu berbanding prasangka yang tidak baik. Sukar sekali menjadi ikhlas. Luaran dapat dilihat tapi dalaman, dalam hati itu hanya tuan punya badan dan Allah saja yang tahu kan.

Tapi saya percaya seperkara. Macam yang selalu kita dengar, buat baik balas baik dan sambung sendirilah...

Masih lagi memandang rendah orang lain walaupun dalam hati. Itu yang paling sukar dikikis kan. Barangkali orang yang dipandang rendah itu tidak tahu pandangan kita terhadapnya tetapi siapa tahu satu hari nanti kita ditunjukkan semula sekali lagi orang yang sama tetapi situasinya berbeza membuatkan kita berasa lebih rendah diri malah tidak layak untuk dibandingkan dengannya. Peperangan dalam diri kita sendiri. Orang lain tidak tahu kerana emosi itu berperang di dalam diri kita.





Friday, March 16, 2012

KETAM





RM10 untuk tiga ekor, beli kat carrefour. RM10 boleh dapat 4 kilo di kampung. Memanglah berbeza tapi macam tu lah.
Rasa manis tu kurang sikit, maklumlah sudah kena ais kan.
Kalau nak yang fresh, biasanya kami beli dekat Pasar Borong Klang,Meru. Seawal pagi sebelum 7 pagi masih banyak pilihan untuk seafood.

Cicah dengan sambal kicap+bawang putih tumbuk. Tanpa cili padi, memang sengaja mengurangkan selera makan yang pedas-pedas itu untuk kesihatan yang lebih baik.

Thursday, March 15, 2012

BELI BEG


Harga beg ni bermula dengan RM ratus...tak payahlah sebut harga penuh. Bukan pasal nak tunjuk harga mahal @ murah, tapi saja-saja cerita tentang citarasa sendiri. 
Saya suka beli beg yang tidak terlalu besar @ kecik tapi dapat memuatkan benda-benda penting - purse, bedak+gincu/pelembap bibir, saputangan dan bukan tisu, pen dan pen drive, pad, syiling, handset. Itu yang mesti ada dalam beg jalan saya. Ops! Harap-harap tidak ada penyeluk saku yang membaca entri ini, palis-palis...

Dan saya mesti pastikan beg ini ada dua tali, tali panjang untuk dijadikan sling bag dan tali pendek untuk nampak 'ayu sikit' untuk sangkut kat bahu. Tengok tempat jugalah. Kalau ada jemputan keluarga ke rumah mereka untuk majlis tertentu dan berkereta...pakai tali pendek dan kalau keluar ke pasar atau membeli barang keperluan, naik motor...pakai tali panjang.

Malas nak tukar-tukar beg, jalan situ pakai beg yang itu jalan sini pakai beg yang ini. Bab pindah barang-barang wajib itu yang selalunya tercicir. Tiba-tiba tertinggal IC, adui na, palis-palis lagi.

Perkara pertama terlintas di fikiran... beg jenis ini memudahkan saya menaiki flight setiap kali balik kampung. Saya selalu menaiki AirAsia, jadi faham-faham sajalah kan kita akan naik tangga untuk masuk kabin. Lagipun kalau perempuan bukan sahaja beg di badan tapi selalunya akan ada beg sampingan, beg sandang dan paper bag.

Begitu juga kalau turun KL dan menaiki LRT dan kita terpaksa menaiki 'tren sardin' untuk cepat sampai. Mudah untuk dialihkan ke hadapan bahagian badan, memeluk beg kita dan senang keluar. Saya pernah nampak seorang wanita pakai beg  sangkut kat bahu...dalam keadaan sesak itu destinasinya sampai, dia keluar tetapi begnya sangkut disebabkan pengguna tren berebut keluar dan masuk. Dia dah melangkah kat luar dan sudahnya dia terpaksa menjerit agar diberikan sedikit ruang. Hanya kerana beg!

Persekitaran kadang-kadang membuatkan kita terlalu berfikir walaupun hanyalah sebuah beg. Ianya berbeza kalau saya balik Sandakan...saya membeli sesuatu barang tu sebab saya suka. Tetapi ini bukan hanya kerana minat sahaja tetapi itulah macam saya cakap tadi...persekitaran kadang-kadang membuatkan saya berfikir apa perlunya barang itu, selalu digunakan ataupun lebih banyak dibuat koleksi dan jarang dipakai.



BERITA

Yang pasti banyak mata melihat berita malam tadi. Kami tengok tv di warung tepi jalan, sambil menunggu order sate ayam siap. Semua orang pun tahu berita kanak-kanak yang berusia lima tahun yang dibunuh dan dibakar sehingga rentung. Kejam sungguh pembunuh itu!

Mestilah kita risaukan. Teringat saya zaman kanak-kanak dulu, hanya setelah menghampiri Maghrib barulah teringat rumah. Sibuk sangat bermain dengan kawan-kawan walaupun tahu akan disambut dengan hambatan kayu api di kaki tapi tak pernah serik. Teringat juga saya peristiwa di zaman kecil2 dulu yang selalu merayau di ladang kelapa sawit mencari kulat sawit malah pernah sesat di situ.

Kali terakhir saya sesat itulah juga kali terakhir saya merayau sesuka hati di ladang kelapa sawit sebab tidak lama selepas itu saya masih ingat lagi berlakunya pembunuhan di ladang kelapa sawit. Secara kebetulan juga hidup saya berubah sepenuhnya sebab saya sudah menjadi budak asrama dan hanya sesekali pulang ke rumah.

Oh sekali lagi tidak wajar membuat perbandingan sebegitu. Zaman yang sentiasa berubah akan berlaku macam-macam perkara yang tidak terjangka. Zaman kanak-kanak saya...saya melaluinya tanpa tahu apa itu laptop malah telefon saja pun sudah dianggap mewah dan mereka yang memilikinya dikatakan orang kaya. Begitulah yang diberitahu kepada saya masa itu.

Macam bermusim pula kan. Ada masa-masa tertentu dalam setahun itu banyak berita berkaitan dengan kanak-kanak, kematian politician, artis kahwin dan cerai, bencana alam. Saya mula minat tengok berita sejak saya berkahwin. Masa bujang dulu selalu juga belek news tapi tengok muka depan saja.

Tapi sekarang kadang-kadang baca cerita politik pun rasa seronok juga. Lagipun ada fb kan, walaupun tidak boleh percaya 100% apa sahaja yang kita nampak di fb, tapi ada juga part tertentu yang nampak betul.

Hampir setiap hari saya jenguk facebook bukan untuk update status apa yang saya sedang buat atau rasakan...tapi melihat page yang saya pilih, banyak juga yang bermanfaat. Malah membaca status rakan2 fb pun ada juga yang memberi inspirasi terhadap diri sendiri. Kalau status yang tension, marah dan sewaktu dengannya itu saya anggap hidup ini memang ada turun naiknya. Seboleh mungkin saya tidak mahu masuk campur.

Mungkin hari itu memang bukan hari mereka. Kebanyakan status saya di fb saya set 'Only Me'.


Wednesday, March 14, 2012

BLOG

Saya remove sekejap http://www.monalizah-rais.blogspot.com/ yang saya letak di info facebook ruangan about you/me.
 Akan di letak semula setelah 'X-file' projek kesukaan saya siap sepenuhnya.

Semoga urusan saya dipermudahkan-Nya. Amin...


Tuesday, March 13, 2012

ASAM PEDAS

Plan asal nak masak asam pedas ikan. Tapi bukan yang original made sebaliknya guna paket segera yang memang berlambak di super/hypermarket tu...
Tapi kena ubah plan sebabnya tiada yang fresh. Beli chicken wings tak banyak dalam  4 pieces saja.
Dan menjadilah ASAM PEDAS CHICKEN WINGS.

Saya dapat idea tu spontan teringat mak saya kalau dia memasak daging/ayam/seafood tak kisahlah rebus/goreng/kari/kurma/kunyit/kicap/sos dan lain2...dia mesti letak perahan air asam jawa dan rasa asam itu agak kuat. Terutama sekali kalau masak sup.

Jadi, saya terfikirlah resepi di atas. Lalalala....cubalah.

p/s : cerita makan malam tadi...

Saturday, March 10, 2012

BUAH SUKUN

Saya buntu sebenarnya setiap kali jiran memberi buah sukun. Sebabnya saya hanya tahu goreng buah ini macam kita selalu buat pisang goreng tu. Disebabkan jiran selalu beri buah ini, saya terfikir mesti ada masakan lain yang tidak saya ketahui.

Jadi...saya pun jalan-jalan di internet cari info tentang buah ini. Rupa-rupanya boleh dibuat macam-macam antaranya dibuat kerepek, masak lemak, dibakar, direbus malah dapat dibuat tepung dan arak. Tapi bab arak itu tidaklah saya berminat, sekadar info saja kan. Buah ini juga mengingatkan saya tentang durian belanda.

Ada sekali tu masa saya balik Sabah, arwah bapa menyuruh saya menggoreng durian belanda yang masih mentah. Rasa pelik dengan permintaannya itu tapi setelah merasa durian belanda goreng, rasa sedaplah pula. Lepas ni saya kenalah lebih rajin daripada biasa mencari dan menambah pengetahuan tentang makanan.

Lagi satu nak bagitau hari ini saya belum makan nasi lagi, buah sukun yang diberi semalam itu saya potong tebal-tebal kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng, saya makan dengan lebihan lauk malam tadi - ikan tongkol goreng. Sedap jugalah dan sampai sekarang masih terasa kenyang lagi. Biasanya kalau saya makan kudapan yang bergoreng seperti ubi dan pisang selalunya rasa kenyang saya tu sekejap sahaja. Bukan tentang sikit atau banyak yang dimakan tapi maklumlah kan, perut yang sudah terbiasa dengan nasi.

Ada lagi balance buah sukun goreng tadi. Yang belum dimasak pun ada juga. Kena pula hari ini ada pasar malam di Klang, INSYAALLAH cuaca baik petang ke malam nanti saya dan suami akan ke sana juga tu, membeli sedikit keperluan. Manalah tahu kan tiba-tiba teringin hendak mencuba resepi masakan buah sukun seperti yang saya tulis di awal perenggan di atas.

Ada jemputan kenduri selepas Isyak malam karang. Baru sekejap tadi jiran sebelah rumah bagitau, tengah menulis entri terkini ni dia bagi salam. Patutlah awal pagi lagi sudah sibuk masak-masak jiran depan rumah kami ni. Jiran depan rumah ni memang selalu buat kenduri hari Sabtu, agaknya hari yang paling sesuai untuk mereka sekeluarga berkumpul barangkali.

Dan...sekarang ambil handset dan sms suami bagitau tentang jemputan tu, kot2 suami dapat pulang awal hari ini.


CERITA IKUT SEDAP MULUT BERCAKAP

Lain macam pula tajuk tu. Haha..sengaja bah tu bikin gempak sekejap. Semalam saya pi gunting rambut di salon nine to nine, bayar RM 20 untuk gunting dan cuci rambut sekali. Puas hatilah dengan servisnya. Saya ni cerewet sikit kalau hal-hal yang berkaitan dengan rambut.

Pengalaman sebelum ini tukang gunting rambut saya kasar caranya menggunting rambut, rasa macam nak tercabut rambut saya itu ditambah lagi dengan sikap tidak mesra pelanggannya. Sabar sajalah aku.

Tapi semalam memang puas hatilah, teringat saya dengan satu kedai gunting rambut di bawah menara MPS di Sandakan, langsung tidak terasa rambut sakit seperti ditarik. Dulu-dulu tukang gunting rambut saya arwah bapa, jiran sebelah rumah dan seorang lagi sahabat saya siapa lagi kalau bukan si Jun.

Tapi sejak duduk di Semenanjung ni, kenalah saya gunting rambut di salon. Itu pun kena servay dulu. Yalah, takkan kita masuk salon yang banyak lelaki di dalamnya, saya kan bertudung. Bukannya nak tunjuk 'alim' sangat tapi lebih baik masuk salon yang pekerja dan pelanggannya perempuan.

Melihat news feed di fb semalam, ada rakan fb yang meletakkan berita emak lumpuh ditinggalkan sendirian di hotel murah. Memang menyayat hati tengok muka orang tua tu, siap gambar menangis lagi. Cerita yang sebenarnya hanya ibu tua dan anaknya yang tahu. Sudah tentu Allah Maha Mengetahui berbanding pengetahuan kita.

Kita doakan anaknya insaf dan kembali menjaga ibunya seperti yang sepatutnya. Hargai ibu bapa kita bukan hanya semasa mereka masih bernafas, tanggungjawab kita tidak terhenti di situ. Sekalipun telah terpisah oleh dua alam berbeza, doa perlu dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Bersyukurlah sekiranya umur mencecah 40 tahun ke atas dan masih punya ibu bapa, bagi saya itu satu bonus dan tidak semua orang berpeluang merasainya. Ditambah lagi kalau keduanya bergelar haji dan hajah serta sihat tubuh badannya. Saya sendiri cukup bersyukur dan bertuah merasai kehadiran seorang bapa sehingga berumur 31 tahun. Adik bongsu saya berumur 11 tahun pada masa tu.

Memang akan ada masa-masa tertentu kita tidak sependapat dengan orang tua kita misalnya hal-hal yang berkaitan perkahwinan, pekerjaan, belajar, adat resam tapi itu bukan alasan utama kita mencipta jurang antara mereka. Zaman mak bapak kita dengan zaman kita memang berbeza dan ianya akan berulang di zaman anak-anak kita nanti...di mana kita akan merasakan ketinggalan dan sesekali sukar menerima zaman mereka nanti. Maka akan berulanglah kata-kata seperti : budak zaman sekarang ni, bukan macam kami dulu...kalau kami dulu-dulu tiadalah macam ni tapi sekarang...lebih kurang macam tu lah.

Jasa yang paling besar sekali kerana merekalah kita ada di dunia ini. Jangan terlalu difikir sikap mereka terhadap kita, yang lebih utama bagaimana kita sebagai seorang anak. Kita dikurniakan akal fikiran dan zaman yang maju daripada mereka. Mereka tetap ada sesuatu yang tidak ada pada kita. Kalaupun tidak mampu dari sisi kemewahan untuk kesenangan mereka, bukankah yang terbaik adalah doa-doa yang selalu kita panjatkan di dalam solat kita?

Selesai mengemas membersih rumah disebabkan banjir Jumaat minggu lepas, hari Rabu sudah tiba-tiba pula hujan lebat. Jadi macam trauma pula kami suami isteri sampaikan tidak dapat tidur malam, bimbang banjir lagi. Berulangkali kami melihat longkang di belakang rumah, memang air naik tapi nasib baik belum tahap masuk rumah lagilah. Lebih kurang jam 4 pagi barulah hujan berhenti sepenuhnya.

Kesannya mata bengkak dan badan letih lesu, jadi macam handphone low battery pula balik-balik bising minta charge mata dan badan tu. Pengalaman pertama rumah banjir kan. Jadi memang kalut jugalah. Bukan tidak pernah merasai banjir, tapi ianya tidak melibatkan rumah yang didiami.

Dan... apa yang terlintas di fikiran kami, macam mana kalau tiba-tiba banjir time kami balik bercuti di Sabah. Bukannya balik Sabah itu dengan kereta tapi tiket flight pulang balik siap-siap dibeli awal-awal lagi. Mestilah tension kan, muka macam kena sembelit memikir rumah banjir kalau tiba-tiba berbaki seminggu atau beberapa hari lagi masa untuk pulang semula ke sini kan?

Jiran di sini memang cukup baik dan prihatin, seolah-olah kami ini berada di rumah milik sendiri dan bukannya penyewa. Awal-awal lagi tuan rumah mengingatkan kami supaya menyerahkan kunci rumah setiap kali kami balik kampung, katanya senang kalau terjadi apa-apa misalnya banjir atau kecurian. Logik akal memanglah begitu sebab dia tuan rumah. Kalau penyewa yang ikut sedap hatinya saja keluar begitu sahaja dari rumah, tidak mahu menyewa lagi...tidaklah menyusahkannya di kemudian hari.

Semalam pun dihantarkan lagi buah sukun. Kalau bab makanan ni memang tidak terbalas saya budi jiran-jiran di sini. Selalu sahaja dihantarkan makanan sedap-sedap malah berlebihan pula tu. Kadang-kadang tu baru sahaja saya terdengar bunyi memasak dan bau masakan yang wangi itu sampai ke rumah, tidak lama kemudian makanan panas-panas lagi sudah dihantar ke rumah.  Yang menjadi kemusykilan saya, dia orang ni sudah makankah, cepat saja hantar makanan ke rumah padahal jemputan kenduri ke rumah mereka lambat lagi?

Balik sahaja suami saya dari majlis mereka, selalunya dikirimkan lagi makanan yang sama yang dihantar sebelum majlis. Inilah satu-satunya tempat yang memang terlalu mewah dengan makanan sepanjang saya berada di semenanjung ini. Maksud saya mereka jenis orang yang tidak berkira dan terlalu pemurah.






Wednesday, March 7, 2012

KAHWIN - CATERING @ TRADISONAL?


Khemah warna merah, pengalaman pertama saya melihat khemah berwarna merah. Ini majlis perkahwinan anak majikan suami saya bertempat di Meru, Klang. Meriah sungguh, faham-faham sajalah kalau kaum Cina mengadakan majlis memang warna merah menjadi keutamaan.

Tetamu Melayu boleh dibilang dengan jari, itupun dari pihak pekerja termasuklah suami saya. Pekerja dijemput sekali dengan family masing-masing, dapatlah saya menyelit dan kemudiannya menceritakan semula di blog saya ini. Saya, suami dan adik datang ke sini bersama beberapa rakan suami. Naik motor saja kami, senang untuk cilok.

Makanan ada yang non-halal dan halal pula ditempah dari caterer Melayu. Sedap memang sedap tapi tak boleh juga makan banyak sebabnya air halal seperti air kotak dan minuman tin cepat habis. Selebihnya air yang 'gitu-gitu' takkan nak diteguk sekali kan?

Oh! makanan halal dan non-halal itu letaknya berasingan malah jauh. Jadi rasa selesa jugalah menjamu selera. Sekadar memenuhi undangan kan.

Sesuatu yang menarik perhatian saya berkaitan dengan pinggan mangkuknya yang pakai buang. Tidak perlu fikir tentang tugas cuci piring, walaupun duit bukannya masalah besar untuk mengupah tukang cuci piring tetapi saya percaya cara ini dapat menjimatkan masa, hanya perlu mengumpul sampahnya sahaja, itupun dilakukan oleh pembantu rumah mereka.

Tukang masak ramai dan bermacam jenis masakan, tetapi ianya non-halal dan awal-awal lagi kami sudah diingatkan tentang ini oleh pihak keluarga pengantin. Yalah, negara kita ini memang sedia maklum berbeza bangsa dan agama, itu belum dicampur lagi dengan etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak. Keunikan negara bernama Malaysia.

Berbalik tentang pinggan mangkuk sudu garfu pakai buang itu, jika dibandingkan dengan majlis perkahwinan dan kenduri kendara di kampung halaman saya, walaupun kebanyakannya sudah beralih kepada catering, tetapi masih menggunakan pinggan mangkuk sudu garfu yang perlu dibasuh.

Terbayang  mak saya yang masih  teguh pegangan adat resamnya, apalah reaksinya kalau tiba-tiba saya mengesyorkan supaya guna cara pakai buang itu? Haha...sudah pasti perkataan pemalas yang muncul dari mulutnya. Memang letih sangat-sangat setiap kali ada majlis kahwin di pihak keluarga saya, bukan merungut tetapi betapa sukarnya hendak mengubah kebiasaan orang tua kita yang membesar di dalam lingkungan adat resam kan?

Untuk majlis kahwin saya dahulu, berbulan saya 'berunding' dengan mak hanya semata-mata supaya makanan dihidangkan dengan cara catering, hanya perlu upah tukang masak sahaja. Itupun hasil rundingan menyebabkan saya sponsor...alamak apalah namanya itu...dulang catering yang berkaki tu, siap beli di carrefour satu set dan sudahnya lebih muatanlah jawabnya sewaktu daftar masuk di airport. Catering punya pasal.

Untuk majlis tunang pula, saya yang memasak lauk pauk untuk tetamu dan ianya cara tradisional,  berhidang di talam. Siap masak sahaja saya cepat-cepat mandi dan berdandan sendiri. Memang letih tapi adik-beradik saya kan ramai lelaki. Adik-adik lelaki saya ni selalu juga terlibat dengan hal-hal dapur terutama sekali bab potong daging dan menyiang ikan , tapi kalau sudah datang tetamu perempuan kat dapur...apa lagi diorang pun 'blah' lah sebab malu.

Sesungguhnya saya sedar betapa sukarnya mengubah walau cuma sedikit, maksud saya tembok tinggi adat resam orang tua kita. Bukannya apa,semakin ramai generasi muda bekerja dan tidak menetap di kampung halaman sendiri, begitu berbeza dengan zaman orang tua kita dahulu yang sangat akrab dengan alam semulajadi...sama ada menjadi petani atau nelayan.

Kena pandai diplomasi juga walaupun ianya bukan jaminan 100% untuk dipersetujui oleh orang tua kita, ditambah lagi dengan perasaan mereka yang cepat terasa dan ianya akan bertambah sensitif terutama yang sudah ada cucu.

Friday, March 2, 2012

GOSSIP

Sekarang saya sedang mengikuti perkembangan telenovela Bella Calamidades. Memanglah ianya setakat lakonan, tetapi kebanyakan penulis skrip sudah tentu mendapat idea untuk menulis daripada kehidupan seharian. Kemudian ada yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. 

Oh ya, hari ini tiada tayangan cerita Bella sebabnya telenovela ini bersiaran sejam bermula jam 3 petang setiap Isnin hingga Khamis. Latar tempatnya banyak berkisar di sebuah pekan kecil bernama Horneros. Menariknya, gossip dan mengumpat itu sering ditonjolkan, walaupun ianya banyak berkisar tentang kehidupan Lola yang dikatakan pembawa malang.

Kebanyakan cerita tersebar melalui watak pembantu rumah, Juana dan Nicolasa seterusnya membawa kepada pengetahuan penduduk pekan kecil itu.
Saya bukan pengkritik drama, saya cuma terfikir rupa-rupanya perihal mengumpat dan bergossip itu terjadi di kebanyakan tempat. Hanya berbeza bahasa, budaya dan agama.

Setiap kali saya balik ke kampung halaman, selalu juga saya mendengar macam-macam cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Apabila kita berada di dalam lingkungan kecil, memang mudah sesuatu isu itu akan berkembang pesat kerana ianya dibincang dan dibahaskan oleh bermacam jenis manusia yang beragam pemikirannya.

Yang menjadi masalahnya ialah, kadang-kadang boleh menjadi fitnah. Sebab itulah kita disaran sentiasa menjaga tutur kata dan tidak selalu berprasangka buruk terhadap orang lain. Kalau tidak tahu hal sebenar, lebih baik mendiamkan diri. Kecuali yang memang jelas terbukti ada sesuatu yang tidak kena.

Menjaga tepi kain orang lain itu memang perlu malah ada ketikanya menjadi wajib, kerana kita tidak hidup bersendirian tetapi perlu diingat mesti kena pada tempatnya. Misalnya perkara-perkara yang berkaitan maksiat, kecurian dan keselamatan serta kebajikan jiran.

Rasanya kalau setakat bertandang ke rumah jiran setakat nak sembang kosong...baik tak payahlah. Sesekali tu boleh tahan jugalah tapi kalau itulah hari-hari...tak ada kerja ke?