Saturday, February 16, 2013

MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN LIMA


Assalamualaikum...

Mendengar perkataan 'cruise' buat pertama kali sewaktu Putrajaya Cruise diwar-warkan satu ketika dahulu... saya membayangkan kemewahan berada di atas kapal. Dalam filem 'orang putih' misalnya, bukan main besar, gah lagi ciri-ciri kapal 'cruise' yang ditonjolkan ditambahserikan lagi dengan penyewa yang terdiri daripada golongan kaya-raya. 

Kini 'cruise' juga sudah digunakan untuk kapal seperti ini, oklah tu...

RM 10 untuk dewasa dan duration 40 minit. Kira murah dan berbaloi.
Jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang 'pelayaran' kami menelusuri Sungai Melaka.





RM 30 untuk gambar ni sekali dengan fridge badge gambar kita yang kecik, nanti saya tunjuk dalam bahagian ole-ole...
 


Penuh kan, nasib baik kami dapat tempat duduk kegemaran. Sesekali berlagak pelancong sambil pakai topi gitu... ala, bukan selalu, bila lagi kan.



Amboi senyuman Lingling...



Lukisan di bangunan ini yang paling saya suka. Pandangan dekat.




Lukisan/lakaran ini penuh cerita penuh makna sebenarnya tetapi tidak sampai sepenuhnya kerana terhalang oleh pokok-pokok tersebut. Sepatutnya hanya letak pokok renek dalam pasu supaya cerita ini sampai kepada orang yang melihatnya.



Yang dapat dilihat - di kejauhan Menara Taming Sari, sebelah pokok itu dan yang paling tebing sekali tentunya Kubu Kota Melaka dan di hadapan sana Kincir Air Kesultanan Melaka.



Dari jarak dekat pada bahagian belakang kincir air.


Melaka monorail pun ada! Tapi saya tidak tahu di mana bermula dan berakhir stesennya ini.




Melihat pokok bakau yang cuma 'sekangkang kera' ini... ingatan saya terimbas zaman kanak-kanak dahulu. Kami sekeluarga balik ke kampung halaman arwah bapa menggunakan bot laju. Di sepanjang perjalanan pada masa itu puas saya melihat pokok bakau, pokok nipah, kayu balak yang hanyut, bangau, pelbagai jenis spesies burung terbang di sekitar pokok-pokok di kiri kanan sungai malah kadang-kadang sempat melihat buaya timbul atau 'menyamar' menjadi kayu balak. 

Dari kampung arwah bapa, menuju ke kampung emak juga perlu menggunakan bot laju. Saat balik kampung pada masa itu merupakan saat yang selalu ditunggu-tunggu, saya suka menaiki bot laju. Tetapi tentunya ia sesuatu yang sukar kepada mereka yang mabuk laut.
Sewaktu sampan/bot teroleng-oleng di permukaan air, dengan mudahnya saya melelapkan mata dan tidur dengan nyenyak, seolah-olah dibuai ditambah lagi dengan angin bertiup lembut. Alangkah manisnya zaman itu!

Dan saya terfikir, mampukah pokok bakau ini berjuang untuk kehidupannya pada masa hadapan? Hanya beberapa langkah sahaja dari sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan. Walaupun 'sekangkang kera' dapat dilihat  ada beberapa burung hinggap di dahannya.
 Semoga 'Encik Bakau' terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar!



Gambar, jangan tak gambar...



Atap merah di sebelah kanan Lingling itu Kg. Morten menonjolkan ciri rumah tradisional yang terus dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan kita dan generasi seterusnya.


Kuih tradisional - lakaran di bangunan tersebut.



Bergambar lagi sambil kontrol ayu... hehe.


















Restoran Melayu.




Jambatan Pasar.



Jambatan Hang Tuah, saya tidak melepaskan peluang ini untuk mengabadikan gambar 'berdekatan' jambatan ini.



Jambatan Old Bus Station



Jambatan Kg. Morten.



 Jambatan Kg. Jawa








Malam sebelumnya kami berjalan kaki di trek ini, sampai ke Jonker Street.
Letih juga tapi tak terasa sangat sebabnya orang ramai kan, mood bercuti perayaan Chinese New Year.

Selesai sudah cerita tentang Melaka River Cruise. Opps! Ada lagi bahagian ENAM di A Famosa, Gereja St.Paul. muzium... jangan lupa teruskan pembacaan anda pada bahagian MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN ENAM.


love,
monalizahrais



No comments:

Post a Comment