Tuesday, November 27, 2012

RUMPAI LAUT I














Gambar di atas tidak mengikut susunan, sekadar memberitahu secara bergambar bahan yang diperlukan. Sangat mudah membuat kerabu rumpai laut, just campurkan semua bahan sahaja.

Sunday, November 25, 2012

PELIK

Hari Ahad, hujung minggu, ada yang bersiar-siar bersama keluarga atau shopping atau rehat saja di rumah. Hari ini kami tak ke mana-mana, pun rehat saja di rumah, rehat yang tak rehat sepenuhnya, masa untuk basuh baju yang dah berlambak tu dan kemas rumah. Sambil buat kerja, ambik kesempatan menulis di blog. Suami demam, lupa beli ubat yang dia biasa makan semalam semasa kami pergi pasaraya berhampiran untuk beli lauk. Dia pula jenis yang tak suka makan ubat kaedah tradisional, nak yang cepat saja, makan ubat moden. Tak boleh kata apa daaa... suami dah terbiasa sebegitu. Demam, tapi dok menghadap motor dia tukang sana tukang sini, obses dengan motor kesayangannya itu. Saya kalau rasa badan macam nak demam rasa sejuk kepala pun berat biasanya saya akan minum air teh halia, teh o limau, minum sup, sapu minyak kayu putih, seboleh-bolehnya akan mengelak pergi klinik. Saya tak suka makan ubat moden, itu yang minum teh halia bagai tu. Tapi kalau rasa berat sangat, misalnya kena alahan pergi jugalah ke klinik.

Tak boleh buat apa-apa, suami yang tak nak, so sekali lagi tak dapat nak kata apa-apa daa... dia takkan minum macam yang saya buat tu, nanti dia akan gerak juga pergi farmasi cari ubat dia tu, hehehe... nak mengubah perangai yang sudah sebati dengan seseorang tu bukannya dapat dibuat dalam sehari dua. Buat dek sajalah, jangan salah sangka maksud saya mengatakan demikian, kadang-kadang dalam sesetengah situasi, tak boleh layan sangat perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita tension, biarkan saja dan ianya akan pulih seperti biasa.


 Malam tadi puaslah internet sampai ke pagi, mentang-mentanglah malam minggu. Pagi tadi baru tidur sejam dua, bangun sebelum zohor. Tajuk entri hari ini pelik. Pelik sebab masa 'jalan-jalan' kat alam maya tu, macam-macam yang ditengok kan. Alah, semua orang pun suka 'jalan-jalan' tengok apa yang dia suka. Zaman sekarang orang cakap, dunia di hujung jari, taip apa saja akan keluarlah bermacam-macam benda yang kadang-kadang tak terfikir di kotak fikiran kita tu.

Saya tak minat sangat dengan gossip artis, walaupun begitu  sesekali saya ambil tahu perkembangan terkini, misalnya artis kahwin, anugerah sekian-sekian...

Dan malam ke pagi yang sudah berlalu, saya  melihat bermacam fesyen artis wanita Malaysia. Membuatkan saya terfikir, apa perasaan mereka memakai pakaian yang 'terlalu cantik', sampaikan ada yang nampak baju dalam, puting susu, seluar dalam, lurah buah dada dan bermacam lagilah, ngeri tengok....itu belum masuk bab bergambar dengan artis lelaki yang bermacam posing itu, patutlah golongan ini selalu ditegur oleh ustaz ustazah, malah pembaca dan penonton pun selalu juga bersuara menyatakan rasa tidak puas hati mereka.


Lagi satu yang saya kurang berkenan dan dibimbangi menjadi ikutan peminat mereka... setiap kali hendak berkahwin akan ada gambar-gambar praperkahwinan, bergambar berpegangan berpelukan seperti orang yang dah kahwin. Malah baru majlis bertunang pun sudah ada tempat bersanding, majlis besar-besaran, sekali pandang sebijik macam majlis kahwin. Itu tidak termasuk dua, tiga, empat majlis di tempat yang berbeza. Setakat beberapa majlis yang berlainan, kalau sekadar menjamu tetamu dengan makanan, niat menghebohkan perkahwinan kira ok jugalah tapi sekali dengan majlis sanding bertemakan 'itu ini' yang jelas bertentangan dengan tuntutan agama. 

Orang biasa yang bukan artis paling pun cuma beberapa jam sahaja menjadi raja sehari dan bukannya tersebar ke seluruh negara cerita mereka tetapi sudah namanya artis apa sahaja berkaitan artis akan  mendapat perhatian lebih daripada biasa. Agak-agaknya apa perasaan orang tua mereka, ahli keluarga terdekat seperti adik beradik setiap kali gossip liar berkaitan mereka tengah panas di pasaran?

No komen, memikirkan semua ini saya berharap semoga tidak ada ahli keluarga saya yang menceburi bidang hiburan sama ada menjadi penyanyi/pelakon/model. Mohon dijauhkan daripada bidang yang banyak menjanjikan hiburan duniawi semata-mata. Biarlah kita kerja biasa-biasa sahaja tidak terpandang di mata manusia asalkan dipandang oleh Allah S.W.T. Semoga keluarga kami dijauhkan daripada menceburi bidang pekerjaan yang sia-sia, sentiasa berada dalam lindunganNya dan keberkatanNya, amin...

  


 
 

NASI KALER PINK, SUKA SANGAT!









Disengajakan untuk menggambar nasi sedemikian rupa, inspirasi dari iklan yg berbunyi 'panjangnyer...'


Oklah, gambar-gambar di atas merupakan hasil awal dalam proses saya mengenal dan cuba memasak beras basmathi. Pertama kali memasak beras jenis lain, saya bermula dengan beras herba ponni yang guna nisbah 1 beras : 2.5 - 3 air. Menjadi, dan seterusnya saya cuba memasak beras basmathi Moghul, pertama kali mencuba menjadi bubur sebabnya terlebih air, kali kedua percubaan seperti gambar-gambar di atas dan seterusnya dapat dilihat pada entri sebentar tadi berkaitan tajuk Nasi Minyak & Ayam Masak Merah.

Selain itu saya cuba juga memasak beras basmathi Moghul ini just masak letak air dan garam sahaja setelah direndam selama 30 minit dan turut dicuba memasak nasi kuning - rendam beras selama 30 minit, masukkan sedikit garam, santan dan serbuk kunyit. Pun manjadi juga, Alhamdulillah.

Gulai ikan tongkol (yg paling ringkas selalu saya buat)

Ikan tongkol
Bawang merah, putih, kunyit hidup, halia, serai - ditumbuk/kisar (bahan A)
Garam, gula
Air asam jawa atau tomato (bahan B)
 Cili merah belah dua atau cili (sebarang jenis ikut suka)

Tumis minyak, masukkan bahan A sehingga naik bau dan berubah warna, diikuti ikan tongkol, tumis sekejap.

Masukkan air, bahan B, garam, gula secukup rasa.

Masukkan cili merah

Setelah masak, siap untuk dihidangkan...

***  kadang-kadang saya bubuh serbuk kari ikan dan santan.



Tidak tahu kepada tahu akhirnya, yang penting keazaman dan kesungguhan kita hendak mempelajari sesuatu, tidak tertumpu kepada resepi makanan sahaja malah apa sahaja kemahiran - motivasi kepada diri sendiri.  

NASI MINYAK & AYAM MASAK MERAH

Nasi Minyak


Nak kata nasi hujan panas... tapi kalernya tak cukup, just pakai kaler pink jer, beli pewarna hijau rupa-rupanya perisa hijau/pandan. Perisa dan pewarna, dua item yang berbeza.

Memandangkan nasi tu nampak berkilat berminyak walaupun masa makan tak rasa berminyak pun... saya bubuh nama nasi ni nasi minyak, lagipun saya guna minyak sapi + marjerin.

Bahan-bahan yang saya gunakan :

Beras Basmathi - jenama Faiza (saya rendam selama 30 minit)

Cashewnuts (saya cari kat ruangan snack yg ada kuaci, aneka kekacang yg selalu kita kunyah sambil tengok tv tu, saya ambil brand Tong Garden - Honey Roasted Cashewnuts, so tak payah susah-susah goreng biji gajus tu)

Sedikit minyak sapi dan marjerin

Bawang putih, bawang merah dan halia (saya tumbuk guna lesung batu, pakai sikit jer)

Kismis hitam

Kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang

Pewarna merah jambu/pink

Garam dan gula

Daun pandan 

Saya masak macam ni :

Panaskan minyak sapi dan marjerin.
Masukkan geng bawang yg dah ditumbuk diikuti geng kulit kayu manis (alamak, macam gengster lah pula).
Setelah naik bau, masukkan beras basmathi yg dah direndam selama setengah jam.
 Tumis seketika, masukkan air, garam, gula dan masak seperti biasa (guna rice cooker). 
Sebaik sahaja lampu COOK tukar WARM (dekat rice cooker tu), saya masukkan Cashewnuts dan kismis.
Selepas itu gaul nasi perlahan-lahan supaya nasi tak patah.
Last sekali titikkan pewarna merah pada permukaan nasi, dua atau tiga tempat yang berbeza.
 Dan gaul nasi, bolehlah dihidangkan.

***saya guna bahan yang ada kat dapur seadanya, daun pandan tadi lupa beli tapi still wangi lagi nasi minyak saya tu, huhuhu...    
      



  


    
Ayam masak merah
 
Pun guna bahan yang ada kat dapur, belum lagi berbelanja penuh untuk keperluan dapur selama sebulan. Lagipun sebentar tadi kami ada tetamu yang bertandang ke rumah, diorang hantar udang kering setengah kilo dan rumpai laut kering hasil laut perairan Sandakan, kiriman saya sebenarnya sempena adik dan ipar balik Sabah beberapa minggu sudah. InsyaAllah saya nak masak sup rumpai laut dan akan diupdate ke blog ini. Sharing is caring... right?
 
Ok, bahan-bahannya ialah :
 
Ayam - potong kecil
Cili kisar
Bawang merah besar satu labu - dihiris
Garam, serbuk kunyit
Gula

Cara memasaknya:
 
Ayam dibersihkan, digaul sebati dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng separuh masak atau garing (ikut suka masing-masing).
 
Untuk masak merah :
 
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, masukkan cili kisar.
 
Masukkan ayam, tambah sedikit air, masukkan gula, garam dan masak sehingga pekat.
 
Taraaa... sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak tadi.
 
*nak lebih umph, tambahkan buah keras yang ditumbuk, sedikit air asam jawa dan hirisan bawang Holland  
 
Banyak variasi ayam masak merah, tapi kadang-kadang tu kita nak cepat atau bahan yang ada terhad, guna jer bahan yang ada, tak gitu?