Thursday, April 7, 2016

KERABU, MADU DAN RAMA-RAMA

Assalamualaikum...

Sekarang malam, azan Isyak dah sudah. Tiba-tiba nak update cerita di sini, rindu dekat blog ni. Ok, cuaca di luar 25’C –mostly cloudy dan cuaca di hati tak mendung dan tak cerah sangat. Aik… camana tu? Whatever lah…

Jodoh saling melengkapi antara satu sama lain. Ni nak story morry sikit – pada satu petang yang indah (alalalala…), saya cakap dekat suami, nanti kita makan nasi kerabu di restoran yang kami pergi setiap bulan, sekali dua dalam sebulan kami mesti lepak kat situ. Saya cakap ada menu baru – nasi kerabu. Sebenarnya saya tak teruja sangat nak makan benda tu, sebabnya dah banyak kali juga saya memasak nasi kerabu ni. Tapi yalah, disengajakan nak try makan kat luar.
Suami pandang semacam, dan saya rasa pelik. Dalam hati saya – ‘laki aku ni dah kenapa? Pandang lain macam’.
“Sayang tak makan kan ikan kerapu? Kenapa tiba-tiba nak makan nasi kerapu pula?”
Rupa-rupanya… dan saya jawab “Aduh bang, nasi kerabu lah, not nasi kerapu,”

********

Suami cuci motor. Dia kalau basuh motor kesayangan dia tu, ala-ala masuk spa saya cakap gitu kat dia. Paling kurang ½ jam lamanya proses ‘mencantikkan’ si Belang.
Kebetulan saya duduk tepi tingkap. Suami sambil basuh motor sekali pakej sembang dengan sorang kakak ni, jiran kami. Saya terdengar perkataan madu, rancak sungguh ‘sembang santai’ suami dan kakak tu. Ok, dah siap basuh motor, suami masuk rumah dan saya tanya dia apa cerita sebenar dia dan kakak tu topic madu pula tu.
Suami sambil tersenyum penuh makna – kami cerita pasal madu asli. Saya tanya lagi, madu asli yang jenis makan atau orang bang?. Dan jawapan suami, madu asli lah. Hmm… malas tanya lebih-lebih. Ini bukan cemburu okay. Ingatkan kakak tu jual madu ke promosi produk ke…

********

Gaduh kecil. Dan nak keluar sekejap lagi. Muka saya tu masih kelat, masam mencuka garam ajinomoto sos cili sos tiram,  sisa geram tak habis lagi. Kita tak sukalah gaduh-gaduh tapi dah namanya berkahwin, sesekali gaduh itu perkara biasa. Dah saya tengah bad mood, suami pun usha pujuk-pujuk saya. Entah kenapa dia cakap gini – “Yang… tengok tu, ada nyamuk terbang dari longkang kita,” saya tak tahu nak senyum atau nak marah, entah, tapi saya balas macam ni – “memanglah nyamuk bang… takkan rama-rama pula yang terbang dari longkang,” suami garu-garu kepala mendengar jawapan spontan saya tu.


****

love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar, Klang
Selangor
7 April 2016 - Khamis