Sunday, April 29, 2012

PINANG

Walaikumsalam Gai dan selamat pagi di awal 29 April 2012. 
 Hari ini harijadi adik bongsu saya, Sahidah atau lebih mesra dengan panggilan Didang. Kadang-kadang tu kami memanggilnya dengan nama manjanya yang lagi satu, badut... opps bukan badut yang lagi satu tu ya.
Mata mengantuk sekarang ni, tapi keinginan untuk update cerita di blog tak dapat ditahan-tahan, seminggu lebih juga tinggal sekejap blog ini Gai.
 
Rombongan kami lapan orang sahaja menuju ke Desa Aman, perumahan untuk kakitangan polis. Saya dan suami, mama, Mazlan, Amin, Didi, Ana dan Izzuddin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cukup mesra. Mula-mula tu bayaran untuk 'buka mulut' diserah terlebih dahulu dan disusuli dengan perbincangan utama untuk perancangan mendirikan masjid (kahwin).
 
Bincang, sarung cincin dan makan sambil bersembang - kurang dari tiga jam semuanya settle. Acara bergambar tidak dilupakan. Mungkin ianya ada kaitan dengan persekitaran kerja masing-masing. Keluarga bakal pengantin perempuan majoritinya polis - disiplin diri dan ketepatan masa semestinya sudah sebati dalam diri mereka.
 
Hari ini perhimpunan Bersih 3.0 diadakan. Banyak jalan yang terpaksa ditutup. Dan sudah tentu banyak juga perancangan hujung minggu kebanyakan orang tergendala/tertangguh. Nasib baiklah perjalanan dari rumah adik saya menuju ke Desa Aman dekat saja Gai. Kalau terperangkap dan terpaksa melalui kawasan perhimpunan... payah juga tu. 
 
Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang membawa mama yang baru sampai dari Sabah keluar ke kawasan Masjid India, Petaling Street, Pasar Seni, merasai pengalaman menaiki LRT. Kami membeli barang keperluan hantaran meminang buah hati adik saya. Waktu malamnya pula...dengan menaiki kereta adik saya, sempat juga kami mengelilingi Kuala Lumpur menikmati suasana malam di bandar yang sentiasa hidup ini.
 
Adui Gai, macam bertambah berat sudah tau mata ini... saya tidur dulu ya, nanti saya sambung cerita lain kali ya...
 
salam sayang,
monalizahrais



Saturday, April 21, 2012

NASI LEMAK LORI

Walaikumussalam dan Assalamualaikum Yong... jangan kau begitu bah Yong, malu pula aku lepas aku baca suratmu tentang pendapatmu itu. Biasa-biasa saja bah tu Yong.
Jumaat bah pula kan kelmarin. Kami di Semenanjung ni kalau kelmarin tu kami sebut semalam, bukan macam di tempat kita kan... semalam itu bermaksud malam tadi. Begitulah bah tu, lain tempat lain juga cara percakapannya.
 
Macam syiok tau tempat kamu lepak itu, nantilah ada masa saya balik Sabah nanti, Yong bawa saya pergi sana tempat Yong ceritakan itu. Mesti best kan? Malam tadi masa Yong call itu, sorrylah lambat sikit jawab bukannya apa di atas motor bah kami masa tu. Kami mau pi Mydin bah tu beli sedikit barang. Hujan renyai-renyai pula tu, tu yang cepat-cepat balik juga tu, risau nanti berlebat pula turunnya. 

Baru pula saya perasan, setiap hari Sabtu punya berita mesti ada operasi malamnya. Bukan sekali dua juga kami melalui check-point polis. Tapi apa yang mau dibimbangkan... rotex motor lesen semua settle. Hari ini Sabtu, biasanya saya dan suami lepak di lori di LG. Anak-anak muda yang cergas dan berbudi bahasa sentiasa murah dengan senyuman melayan pelanggan yang datang walaupun setakat beroperasi menjual nasi lemak, burger dan minuman panas dan sejuk.
 
Selalunya selepas membeli lauk di pasar malam, kami akan lepak sekejap di lori itu. Sebelum kami kahwin dulu, memang suami saya biasa makan di situ. Pekerja-pekerja di situ pun sudah kenal sama kami. Di siring jalan saja bah, tapi kawasan itu luas sebabnya bangunan berdekatan luas halamannya.

Sebenarnya tempat itu tidak jauh dengan lorong gelap. Tidak payah sebut nama jalannya, di mana-mana pun kalau sudah malam menjelma...ada tempat-tempat tertentu, apa yang tidak nampak pada waktu siang akan nampak pada waktu malam. Di hujung jalan sahaja, mata kami dijamu dengan 'perempuan-perempuan' cantik. Pandang depan macam ratu cantik tapi kalau pandang belakang atau mendengar suaranya, rupa-rupanya tuan...

Oh, nasi lemak lori itu tidak ada kaitan dengan 'perempuan-perempuan' cantik tadi. Mereka juga tidak mengganggu orang yang lalu lalang di situ ataupun yang sedang menjamu selera dan mata di kedai lori itu. Alah Yong, sudah tentu kau tahu juga tentang pemandangan itu, di tempat kita pun ada juga seperti itu kan...masing-masing punya bisnes.

INSYAALLAH petang ini mudah-mudahan tidak hujan saya dan suami akan gerak ke rumah adik saya dan yahoooo....gembiranya Yong, nanti saya ceritakan sama Yong nanti perkembangan seterusnya. 

Bah, sampai di sini dulu Yong. Jumpa lagi di lain lembaran.

salam sayang,
monalizahrais


 
 

Friday, April 20, 2012

TIADA KU SANGKA JADI BEGINI

Petang semalam, seperti pelanggan lain, kami beratur panjang untuk cash deposit. Semuanya muka kelat, nak tahu kenapa? Asyik-asyik remove cash/objek setiap kali kita masukkan duit. Termasuklah saya juga, ganti dengan duit yang lain pun kena keluarkan semula, machine tak terima.

Yang saya hairan tu, duit tu baru saja saya keluarkan dari mesin ATM dan duit itu jugalah yang mesin tak mau terima. Sampai tiga kali juga saya cuba masukkan tapi asyik kena tendang. Hampir sejam saya berbaris semata-mata cash deposit dan berbaris semula untuk mencuba masukkan duit semula. Berulang kali mencuba, ada baki seratus yang tak dapat dimasukkan walaupun semua not RM 50 yang saya ada sudah cuba dimasukkan.

Setakat berbaris hampir sejam tu apa boleh buatlah kan... terima sajalah, itu sajalah cawangan bank yang paling terdekat. Sambil menahan kelaparan sebabnya saya masih belum lunch lagi. Hehe...padan muka!

Tinggalkan dulu cerita bank itu, lepas tu saya terus masuk KFC makan nasi ayam. Sebelum ini ada satu tempat yang saya selalu makan kat situ. Murah dan sedap, tetapi disebabkan satu peristiwa saya terus taubat tak nak singgah makan di situ sampai bila-bila pun. Saya tak cerewet sangat pasal makan, tapi kalau ada sesuatu yang mencurigakan/meragukan... sama seperti kebanyakan orang lain jugalah tidak akan pergi ke tempat itu lain kali.

KFC bukanlah sesuatu yang membuatkan saya teruja atau merasakan ianya istimewa, mungkin disebabkan majikan suami saya seringkali belanja pekerja-pekerjanya makan KFC dan suami pula mesti bawa balik KFC sponsor itu ke rumah. Katanya dia sudah jemu makan KFC. Jarang-jarang tu ok lah juga.

Ada sekali tu saya dan suami makan malam di tempat kegemaran saya tu. Kami order masakan panas. Sampai sahaja makanan yang diorder... diringkaskan cerita walaupun makanan itu panas berasap lagi, tapi rasanya basi. Nasib baiklah kami ada order sate ayam dan sate itulah yang kami makan. Atas sebab ini saya terus berazam tak nak datang ke situ lagi.

Entahlah saya tak nak berprasangka buruk, perasaan saya makan di satu tempat di KK dulu berulang semula. Maksud saya seperti ini, biarlah saya namakan bekas tempat kegemaran saya makan itu gerai X. Saya sedang berdiri di seberang jalan berhadapan dengan gerai X. Ada beberapa gerai bersebelahan dengan gerai X dan entah kenapa pandangan saya terhadap gerai X itu... gerai X tidak sama seperti gerai-gerai yang lain, seluruh kawasannya lebih gelap berbanding gerai yang lain, saya tergerak hati juga memasuki gerai X semula dan sebaik sahaja melihat makanannya, semuanya seakan layu, pandangan berbeza semasa saya masih makan di sana.

 Tidak mahu fikir yang bukan-bukan... mengingatkan saya sewaktu makan di satu tempat di KK. Gerak hati saya berdebar-debar bagaikan ada yang tidak kena sebaik memasuki kawasan itu. Sudah menjadi kebiasaan para pekerja gerai yang bersebelahan memanggil pelanggan, senang cerita lebih kurang macam kita makan di Puduraya (yang lama punya), tapi ini tiada kaitan langsung dengan Puduraya.

Di KK di tempat XYZ yang mencurigakan itu, kami makan di gerai kenalan suami saya. Makan macam biasa, walaupun entah mengapa saya rasakan pandangan pemilik/pekerja gerai yang lainnya itu mencurigakan. Macam ada sesuatu, saya rasa tidak sedap hati. Kepala saya pening dan saya rasa tempat itu sangat malap/suram walaupun waktu itu tengah hari dan tempat makan itu sebenarnya terletak di tingkat dua, kawasan terbuka menghadap laut lepas. 

Selesai makan... kami turun ke tingkat bawah dan kawasan bawah nampak lebih cerah berbanding tingkat atas padahal di bawah itu sarat dengan gerai-gerai jualan barangan keperluan harian. Saya terus cerita dengan suami tentang perasaan saya semasa di tingkat dua tadi. Memandangkan suami saya ini orang KK dia pun buka ceritalah, tidak semua ya, tapi segelintirnya memang ada kaitan dengan ilmu hitam/pelaris gerai.

Pengalaman seumpama ini membuatkan saya selalu mengingatkan diri sendiri, sentiasa berhati-hati memilih makanan setiap kali makan di luar rumah.



 

 

Wednesday, April 18, 2012

SURAT UNTUK ADIK JEJENG

Assalamualaikum... salam sejahtera adik Jejeng dan adik Notet. Kakak di sini baik-baik saja, batuk sudah berkurangan Alhamdulillah. Macam mana suasana di asrama SMKA? Tiada lagi cerita-cerita hantu kedengaran ataupun serangan histeria? Kuatkan semangatmu adik-adikku. Kakak dulu sama abang Payak mu tujuh tahun tinggal di asrama, bermacam yang dirasa tapi itulah rencah kehidupan.
Kau masih di alam remaja, masih berjiwa muluk-muluk, sentimental kadang-kadang rasa terpinggir hendak memberontak pun ada. Biasalah tu, jiwa remaja masih terikat dengan peraturan sekolah dan asrama, tapi itu semua untuk kebaikanmu adik Jejeng dan adik Notet. Kakak tidak mau berleter panjang nanti kau akan jemu mendengarnya.
Cuma surat ini ditulis sebabnya kakak minta adik Jejeng baca doa selamat untuk mama kita yang akan berangkat ke tempat kami tidak lama lagi kan. Kakak sudah pesan sama mama, kalau ada kesempatan buat sedikit doa selamat untuk kita semua terutamanya dan urusan di KL nantinya berjalan lancar. Beli sayap ayamkah ataupun sup kaki ayam yang selalu kakak Ateng  mu masak, ok juga tu kan.
Tidak perlu jemput ramai tetamu pun tidak apa. Setakat kamu di rumah saja pun sudah cukup riuh dari pangkat nenek sehingga ke cucu. Jejeng dan Notet sudah berada di sekolah agama, meneruskan legasi arwah bapa kita yang sentiasa dengan doa kesyukuran dan doa selamatnya setiap kali ada perkara kebaikan dan bersyukur di atas setiap kejayaan anak-anaknya. Kakak dulupun setiap kali balik Sabah dan pulang semula ke KL sentiasa arwah bapa kita iringi dengan doanya dan kita akan duduk berkumpul beramai-ramai menadah tangan mengaminkan doa, walaupun setakat segelas air.
Tahun ini Jejeng akan menduduki SPM, Notet berperang dengan PMR dan Didang 'bercanda' dengan UPSR. Senang saja bah tu. Bagus-bagus kamu belajar ya, untuk masa hadapan kamu juga. Usaha dan doa itu perlu seiring.SMS, muka buku, cintan cintun itu tolak tepi dulu. Akan sampai masanya kamu akan melaluinya juga. 
Nanti masa kamu hantar mama di airport baru kamu balik asrama kan. Bah, bagus-bagus saja kamu semua di sana, kirim salam sama keluarga di sana dan flying kiss sama semperiding kinit dan kinut.
salam sayang dari kakakmu,
monalizahrais


Tuesday, April 17, 2012

TULIS SURAT LAGI

Assalamualaikum, morning Yong... sudah breakfast kah? Pagi ini saya sarapan biasa-biasa saja, milo susu dan roti. Sambil taip surat sambil juga bersarapan. Aduh Yong, tempoh hari kau pernah bertanya kepada saya tentang surat-surat mama. Masih ingat lagi? Maaflah lambat sikit membalas surat dan menjawab pertanyaan cepu emas mu itu.
 
Begini bah tu ceritanya Yong. Kau taulah kan dulu-dulu zaman kita sekolah rendah, menengah dan di awal-awal tahun kita di universiti. Berutus surat masih lagi mendapat tempat, berbanding sekarang jauh mana pun di kebanyakan ceruk bumi ini, adanya jaringan laman sosial menjadikan semuanya dekat di hujung jari jemari kita. 
 
Mama saya kan Yong sentiasa utus surat sama saya, setiap minggu akan ada surat. Kadang-kadang tu sampai dua surat dalam seminggu. Teman-teman serumah saya tidak pernah percaya bahawa surat-surat yang sampai ke tangan saya itu surat dari mama. Sudah tentu mereka menyangka surat itu dari buah hati.Sampaikan ke satu tahap saya menyuruh mereka melihat sendiri membaca surat-surat itu barulah mereka percaya.
 
Ada seorang rakan saya mengatakan dia jealous dengan saya sebabnya dia merasakan saya begitu istimewa di mata mama. Saya katakan padanya bukan berkaitan dengan istimewa tapi itu sahaja cara kami berhubung pada masa itu, sedangkan telefon rumah pun tidak ada. Jadi hanya dengan berutus surat sahaja kami dapat mengetahui khabar masing-masing. Lagipun, saya yang pertama dalam keluarga di antara adik-beradik yang berpeluang menyambung pelajaran sehingga peringkat universiti dan untuk maklumanmu Yong... dahulunya keluarga kami menganggap Semenanjung Malaysia itu sesuatu yang sangat asing dan jauh. Jadi cuba kau bayangkan Yong betapa bimbangnya hati seorang ibu melepaskan anak gadisnya sejauh itu. 
 
Demi masa hadapan yang lebih baik, segala kesusahan ditempuh jua Yong. Hanya kawan-kawan keluarga saya di sini pada masa itu tanpa seorang pun ahli keluarga. Alhamdulillah Yong... berbelas tahun saya di sini banyak kebaikan yang saya perolehi dan kemanisan di atas setiap dugaan/ujian mula menampakkan hasilnya Yong. Tapi, perjuangan tetap diteruskan, masih banyak yang perlu saya lakukan Yong. Sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Saya sentiasa berdoa kepadaNya... agar dipermudahkan semua urusan saya, dibukakan jalan dan peluang ke arah mencapai impian-impian saya Yong.

Surat-surat itu masih tersimpan kemas sehingga ke hari ini. Sebahagian besarnya saya bawa pulang semula ke Sabah dan disimpan di laci di bilik tidur saya. Ada beberapa surat masih berada dengan saya tersimpan kemas juga di kotak kecil bekas limau mandarin hadiah majikan suami saya setiap kali menjelang Tahun Baru Cina.
 
Begitulah Yong antara cerita berkaitan dengan surat yang kau pinta itu. Jangan lupa ceritakan pendapatmu  di lain surat nanti ya! Saya tunggu tu... dan sampaikan salam saya kepada keluarga di sana. Sampai jumpa lagi di lain lembaran.

salam sayang,
monalizahrais

Monday, April 16, 2012

DOA

DOA MEMOHON KESIHATAN DIRI
 
"Ya Allah ya Tuhanku, berikan keafiatan pada jasadku, dan keafiatan pada pandanganku dan jadikan ia barang warisan buatku. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Arasy yang besar dan segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam." 
 
afiat : pulih, sihat.
 
DOA MENGHINDARI GANGGUAN SIHIR DAN SYAITAN
 
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat ditembusi oleh orang baik ataupun jahat, daripada segala kejahatan yang Dia ciptakan, Dia tanamkan dan Dia adakan, serta kejahatan daripada yang turun dari langit dan yang naik kepadanya dan dari kejahatan yang ditanamkan dalam bumi dan yang keluar darinya daripada kejahatan malam dan siang, kejahatan setiap yang datang melainkan yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pemurah."
 
Sumber doa ini saya petik dari buku Doa, Zikir & Munajat yang Didengari Allah, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

BUKU

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Sudah menjamu selera ataupun sekejap lagi baru nak keluar untuk lunch? Whatever lah yang penting happy kan. Adoi Yong... lama sudah kita tidak jumpa kan. Harap-harap sihat sejahtera kamu di sana. Surat ini sebagai pengganti diriku di saat rinduku padamu begitu meninggi. Moga-moga Yong pun begitu juga.

Oh ya, tak mau cerita pembuka bicara meleret mengheret terus kepada poin utama. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan tidak lama lagi. Tarikhnya 27 April 2012 sehingga 6 Mei 2012, bertempat di PWTC. Sebenarnya kan Yong, lama sudah saya tidak ke sana padahal Klang dengan KL itu tidaklah jauh sangat. InsyaAllah pesta buku PBAKL 2012 ini, hasrat saya membawa sekali mak yang kebetulan berada di KL sepanjang PBAKL ini berlangsung. Sejak duduk Klang saya cuma berkesempatan pergi Pesta Buku Selangor sahaja. Pergi pula lebih dari sekali, maklumlahkan dekat saja dengan rumah.

Urusan utama mak berkaitan dengan family, tidak ada kaitan langsung dengan PBAKL, tapi tidak salah ambil kesempatan ini bawa mak ke sana selain melawat tempat-tempat menarik kan? Sebelum ini saya sering membawakan buku terutama sekali buku masakan setiap kali saya balik ke Sabah. Buku kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk bacaan semperiding di rumah di kampung halaman tercinta.

Mak saya ada koleksi buku-bukunya sendiri. Kebanyakannya berkaitan dengan agama. Permudahkan urusan hambaMu ini ya Allah untuk membawa mak ke PBAKL 2012, ke booth yang banyak menyajikan buku-buku kegemarannya. Kau tau Yong, saya cuba membayangkan reaksi mak macam mana nanti, saya mengharapkan dia teruja dan rasa berbaloi datang ke sini. Doakan sekali ya Yong.

Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk memborong buku kegemaran. Bermacam genre... kalau saya Yong sudah tentu buku-buku masakan, bacaan kanak-kanak dan novel tertentu dari penulis yang berlainan. Saya ni kan Yong, baca apa saja asalkan menarik di mata saya, opps! tapi itu tidak bermakna saya tidak membataskan pembacaan saya kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Na...kan, macam panjang pula surat saya kali ni Yong. Mau cerita pasal pesta buku saja bah tu, nanti saya sambung cerita lagi Yong sekembalinya saya dari pesta buku yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. INSYAALLAH.

Sekian untuk kali ini Yong.

salam sayang...
monalizahrais
 

 



 




 

Sunday, April 15, 2012

HIJRAH

Sesekali saya ambil tahu kisah artis tempatan/luar negara tapi tidaklah taksub sangat. Just tengok tv dan baca paper malah berlambak dalam fb cerita terkini tentang mereka. Bermacam isu kahwin cerai, kelahiran kematian fitnah/gosip antaranya. Sesuatu yang menarik perhatian berkaitan dengan proses hijrah diri seseorang artis dari free hair kepada penampilan bertudung. Sesuatu yang positif, sedikit sebanyak peminat artis tersebut yang tidak bertudung mungkin akan mengikuti jejak artis pujaan mereka. 

Bukan hendak komen sekian sekian tentang artis, tapi terfikir diri sendiri. Saya bertudung sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang. Menjejakkan kaki ke sekolah menengah dan tinggal di asrama... kebanyakan warden kami asalnya dari Kelantan dan kami wajib pakai tudung. Pada mulanya ikut-ikutan dan peraturan semata-mata, lama-kelamaan sudah serasi dengan tudung dan kekal sehingga ke hari ini dan mudah-mudahan sehingga akhir usia.

Berbalik kepada isu hijrah, jauh di sudut hati sekiranya saya berkemampuan dari sisi kewangan dan ada persediaan secukupnya... teringin juga hendak mengerjakan umrah. Simpan niat sajalah, tercapai atau tidak itu serah sepenuhnya kepada Allah. Kita merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang.

Berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya, ternyata tidak mudah dilakukan sekiranya tidak punya azam yang kuat. Tapi cabaran dan dugaan itulah penguat semangat untuk berubah. Sekiranya mendatar biasa-biasa sahaja situasinya mungkin hasil yang diperolehi itu tidaklah semanis hasil mereka yang berjaya menempuh pelbagai dugaan sukar, fizikal+mental.

(kenapa ayat2 aku macam ayat skema ni?)

Berniat untuk melakukan kebaikan sahaja pun sudah mendapat ganjaran pahala apatah lagi mengerjakannya. Tapi ada hati hendak berbuat jahat tapi tidak jadi melakukan perbuatan jahat itu tidak pula dicatat dosanya, berdasarkan pelbagai sumber yang saya baca.



 

 

KAKI BOLA


Sumber gambar : Google
 
Zaman saya kanak-kanak selaku budak perempuan lasak... selalu juga main bola. Tapi main bolanya di rumah sajalah. Banyak juga cermin tingkap yang pecah dek terkena bola. Memang kena marah cukup-cukup dengan arwah bapa. 
 
Malam tadi saya dan suami makan minum di kedai mamak. Kalau di Sabah kami sebut kedai Keling. Saya order nasi goreng cina+air suam dan suami pula nasi putih+paprik+nescafe tarik. Mula-mula sampai di kedai AH yang beroperasi 24 jam itu... tempat duduk penuh, semua mata terarah ke skrin besar ada dua, tv pun ada dua juga digantung di sudut yang berlainan supaya pelanggan dapat menyaksikan perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung. Spontan saya dan suami jadi pekak sekejap, riuh dengan jeritan cemas dan apalagi kalau bukan gooooool!!!! Hendak bercakap pun kena tinggikan suara. Pelayan restoran pula sampai tertunduk-tunduk memasang telinga setiap kali pelanggan memesan makan minum.
 
Entah apa lawan apa tidaklah saya ketahui dan suami saya pula bukan kaki bola. Sesekali kami tengok bola dengan syarat ianya melibatkan perlawanan akhir. World Cup biasanya saya ikuti perkembangannya kerana banyak perkara menarik dan bermacam 'drama'. Kurang dua bulan dari sekarang semua kaki bola pun tahu tentang UEFA Euro 2012, giliran tuan rumah Poland dan Ukraine. Tengok iklan kat tv kita akan nampak bunga di bola tu kan.
 
Berlangsung 8 Jun - 1 Julai nanti. Yang menariknya sepanjang perlawanan ini sesuatu yang menarik perhatian pastinya Portland Rose Festival. Sedikit carian maklumat di internet tadi berkaitan dengan UEFA Euro 2012 sebabnya saya tertarik dengan logo yang menyelitkan unsur bunga di logonya.
 
Unik, bola dikaitkan dengan lelaki dan bunga ros pula sinonim dengan wanita. Sebulat bola, tekad kaki bola juga bulat sepenuhnya mengikuti setiap perlawanan tidak kira malam atau awal pagi walaupun terikat dengan kerja keesokan harinya. Itulah penangan bola. Ada yang bertaruh dalam skala kecil antara rakan-rakan dan taruhan yang melibatkan jumlah besar juga turut mengambil tempat. 
 
Di padang ini kita selalu melihat air mata sedih mahupun gembira mengalir di mata-mata pemainnya, sesuatu yang jarang kita lihat di luar gelanggang kerana minda kita memang telah diset lelaki tidak mudah menitiskan airmata lantaran ketinggian ego mereka berbanding wanita. Lontaran emosi marah kecewa geram tidak berpuas hati dengan keputusan malah pergaduhan juga turut disaksikan di gelanggang permainan ini.
 
Bola memang bulat, sesuka hati ditendang ke sana sini tapi jangan jadi macam bola... hehe tiba-tiba pula saya dapat idea tu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   


Saturday, April 14, 2012

TERJEMAHAN

Malam tadi saya try guna google translate. Dan berikut adalah hasilnya:
 
 
cintaku seindah bunga raya, sekiranya kau melihat kelopak bunga raya gugur di lantai bumi yang indah, itu tandanya aku rindu padamu sayangku yang jauh di mata. love lovely as violets, if you look at the hibiscus petals fall on the floor of the earth beautiful, it's a sign I miss you much my darling in the eyes.
bunga teratai yang indah itu ialah kita,
terapung di permukaan  tasik cinta,
memandang gembira sang mentari,
menadah air hujan kasih,
sesekali...
kita disapa pepatung,
membawa berita jiran kita manusia,
duduk berduaan di tepi tasik,
menghayati cantiknya alam semulajadi,
barangkali juga menghayati rasa cinta,
yang sedang kembang mekar di tasik jiwa.

dengan penuh rasa cinta,
monalizahrais
a beautiful lotus flower that is that we,
floating on the surface of the lake of love,
looked happy the sun,
you collect rain water,
once in a while ...
we greeted dragonflies,
the good news of our neighboring people,
tandem sit beside the lake,
appreciate the beautiful natural environment,
probably also appreciate the love,
in full bloom in lakes of the soul,

with love,
monalizahrais

 

UBAT BATUK

Oh, rupa-rupanya kena guna Mozilla Firefox (Private Browsing) baru saya dapat berblog dengan selesa. Tadi sebaik sahaja saya taip e-mail dan password untuk buka dashboard blog saya... ianya tidak dapat dibuka dan saya disaran menggunakan alternatif lain. Jadi saya pilih Mozilla Firefox dan Alhamdulillah untuk menulis post terkini paparan 'papan' lebih luas, selesa dan banyak pilihan.

Batuk sekarang ni, harap-harap ianya tidak berpanjangan/cepat sembuh. Malam tadi sebelum masuk tidur saya minum ubat batuk dan rasa mengantuk masih bersisa sebaik sahaja bangun pagi. Kepala agak berat dan mata pun begitu. Ikutkan hati macam nak rebah semula di bantal menyambung tidur. Situasi seperti ini yang saya tidak suka dan itu jugalah sebab saya tidak suka makan ubat dari doktor moden/klinik/hospital kecuali memang tidak dapat dielakkan. Tidak elok membiarkan sakit berterusan walaupun ianya nampak remeh.

Sekarang hujan tengah turun kalau berpanjangan sehingga petang nanti, tak dapatlah saya membeli buah-buahan di pasar malam berdekatan. Hujan selalu membatalkan hasrat saya keluar rumah kecuali untuk tujuan tertentu yang sangat penting. Bukan marah kepada hujan kerana itu lumrah alam tapi seboleh mungkin saya elakkan keluar semasa hujan.

Lagipun kita akan lebih banyak terperap di dalam shopping kompleks sementara menunggu hujan berhenti, ketika terperangkap itulah saya selalu terfikir alangkah seronoknya berada di rumah sewaktu hujan. Boleh juga berehat ataupun masak makanan panas sambil tengok tv atau merayau di internet.

Zaman bujang dulu semasa saya masih menyewa dan duduk di KL... KL biasalah kan hampir setiap petang hujan. Kalau hujan turun lebat hanya dalam beberapa jam saja, confirm banjir. Alah...semua orang pun tahu bagi mereka yang menjadi warga KL. Asal hujan sahaja dan saya berada di luar rumah ketika itu, saya akan pastikan cepat-cepat selesaikan urusan dan segera balik ke rumah tidak mahu terlibat dengan kesesakan dan banjir kilat.

Dan sekarang adik saya yang menetap di KL... setiap kali kami hendak pergi ke rumahnya mesti tanya dia dulu pastikan KL panas/mendung/hujan pada hari tersebut. Kemudian barulah saya dan suami gerak ke sana. Kami naik motosikal ikut laluan motor tidak perlu risau tentang kesesakan jalan raya. Lagipun kurang sejam kami dah sampai ke rumah adik. 

Itupun sengaja singgah di stesen minyak minum minuman panas dan sedikit kudapan, settle kan urusan tandas dan sambung semula perjalanan ke KL. Rasa macam remaja yang sedang asyik masyuk bercinta pula. Itu yang seronoknya naik motor tu... tapi yang bujang dan sedang bercinta tu...jangan buat macam tu lah. Letakkan batas sempadan dan biarlah setelah menikah supaya kemanisan bercinta itu berkekalan. Waduh-waduh jadi kaunselor sekejap, hehe...jangan marah.