Assalamualaikum...
Cerita percutian di Melaka memasuki bahagian terakhir/penutup. Antara intipati cerita yang ingin dinyatakan seperti berikut :
Persediaan yang dilakukan.
Berkunjung ke tempat baharu, walaupun cuaca lebih kurang sama dengan tempat lain di Malaysia ini iaitu hujan dan panas... awal-awal lagi saya menyediakan PANADOL SATU PAPAN, PIL CHI-KIT TECK AUN (UBAT BIJI2 CAP BURUNG RAJAWALI DAN MENARA KUIL), MINYAK KAYU PUTIH DAN UBAT SAPU DERMOVATE. Selain itu saya bawa sekali ketip kuku dan masker muka. Tidak dilupa barang-barang penjagaan diri - pencuci muka, berus gigi + colgate, sabun mandi dan pisau cukur (suami). Nampak macam remeh, tapi sesudah sampai di tempat yang dituju, rasa selamat, tenang, tak payah risau sangat.
Yalah... kita duduk hotel, aircond di bilik memang sejuk, nyaman nyenyak jer tidur tu tapi keluar hotel kita banyak jalan kaki, cuaca sekejap panas sekejap mendung kadang gerimis sampai masa hendak tidur barulah rasa penat badan tu. Kebetulan suami saya terasa berat kepala dan sepertinya hendak demam katanya. Ketika itu jam sudah melepasi tengah malam. Kita pun sudah mandi, tukar pakaian bersiap untuk tidur tentunya rasa leceh untuk turun semula semata-mata mencari panadol bukan.
Nasib baik ada panadol. Telan sebiji dua dan esok paginya Alhamdulillah demam tak jadi. Setiap kali balik Sabah memandangkan cuaca di kampung halaman lebih sejuk berbanding di tempat tinggal kami ini (mungkin disebabkan banyak pokok-pokok maklum kawasan ladang kelapa sawit dan kebun persendirian yang lainnya masih mendominasi geografi di kawasan ini) saya mesti demam dan batuk. Akhirnya setelah saya fikir-fikir mungkin ada kaitannya dengan perubahan suhu dari panas ke sejuk... saya sedia awal-awal stokin tebal pakai pada waktu malam. Yang penting kaki tu tak masuk sejuk dan pakai selimut. Di sini di Klang, jarang saya berselimut pada waktu malam siap pasang kipas lagi. Kecuali ketika hujan lebat berterusan untuk beberapa hari... barulah pakai selimut dan kipas masih dipasang tetapi dihalakan ke arah lain.
Sudah tentu cuaca di Kundasang dan Kuala Lumpur itu berbeza, Cameron Highland dan Sandakan itu juga berbeza suhunya. Cameron Highland itu kawasan perbukitan dan Sandakan itu berhampiran Laut Sulu. Hotel/homestay di Kundasang pada waktu malamnya tak payah pasang aircond kerana memang sudah sejuk mengalahkan aircond.
Untuk sarapan pagi kami selama berada di Melaka, usai check in di hotel pada hari pertama sampai, mandi dan tukar baju keluar semula jalan-jalan... sebelum balik semula ke hotel kami singgah di 7-Eleven beli roti, minuman peket segera, kaya untuk disapu di roti dan sedikit makanan ringan. RM 20 bajet untuk 3 malam kami di sana, jimat banyak untuk breakfast. Hanya makan dua kali - lunch dan dinner tentunya nasi campur. Ada juga makanan selingan... seingat saya sekali saya makan kuey tiaw goreng dekat Melaka River Cruise dan sotong bakar beli dekat Jonker Street.
Mood perayaan jadi kena banyak-banyak bersabar. Orang memang ramai dan banyak perkara yang lebih lambat berbanding keadaan biasa. Mengimbas insiden di kedai makan itu (saya cerita dalam tajuk warna warni di Melaka) lebih baik makan makanan ready made seperti nasi campur, jimat banyak masa dan tak nak gaduh-gaduh. Dan saya juga terfikir seperti ini - sebelum masuk restoran kena pastikan adakah pekerjanya cukup 'banyak' untuk melayan pelanggan yang semakin bertambah ramai. Contoh terbaik kita tengok restoran Mamak Muslim. Pekerjanya memakai pakaian seragam / T-shirt, mudah untuk dikenali dan cukup 'banyak' untuk melayan kehendak pelanggan.
Kasut dan beg yang sesuai. Saya terpaksa beli kasut baru nasib baik dapat yang selesa dan harga murah sekadar RM 20 sahaja. Kasut yang dipakai dari KL tu menyebabkan kaki saya bengkak, walaupun kasut baru dan mahal pula tu (RM90) tapi ternyata kurang sesuai untuk perjalanan yang memerlukan banyak berjalan kaki. Kami membawa dua beg sandang dan saya bawa pakaian lebih berbanding biasa, saya menjangkakan memandangkan kami akan kerap berjalan kaki... tak boleh pakai baju yang sama dari siang ke malam. Mesti tukar baju lain untuk lebih selesa. Nanti badan gatal-gatallah pula.
Saya dan suami pernah berada dalam perut bas selama +- 8 jam sepatutnya normal hanya dalam 4 jam sahaja iaitu semasa perjalanan dari Kota Kinabalu menuju Sandakan. Jadi macam tu disebabkan hujan lebat selebatnya turun tanpa henti dari Kota Kinabalu sehingga ke Sandakan, sampaikan jarak pandangan pemandu bas, saya anggarkan setakat +- 2 meter sahaja kerana kami duduk di bahagian hadapan, di belakang pemandu. Pemandu bas terpaksa memandu perlahan, telinga sakit berdengung ketika melewati kawasan berbukit di kaki gunung Kinabalu. Faktor tekanan sama seperti ketika menaiki flight atau semasa flight hendak mendarat. Sejuk memang sejuk, tapi aircond bas tidak boleh dimatikan atas faktor keselamatan. Bas banyak guna tenaga melebihi kadar biasa...
Dari Melaka pulang semula ke Puduraya (UTC), KL kami menggunakan khidmat bas Konsortium kerana tempat duduknya luas dan selesa. Hanya dua jam sahaja dan syukurlah kami tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dari UTC kami berjalan kaki menuju Pasar Seni. Tapi sebaliknya kami terduduk seketika di Pasar Seni, memeras gerak fikir hendak ikut yang mana untuk pulang ke rumah di Klang? Ketika itu hari Isnin 11 Februari 2013 masih lagi cuti perayaan CNY.
Bas? Penuh dengan warga asing. LRT? Juga padat dengan barisan memenuhi kawasan machine tiket. Ditambah lagi dengan tidak semua yang berbaris itu faham sepenuhnya cara-cara menggunakan mesin tersebut, ada yang masih terkulat-kulat di hadapan mesin tiket.
Fikir punya fikir, kami memutuskan naik LRT ke KL Sentral lepas tu Komuter dan teksi menuju ke rumah. Lebih baik sedikit berbanding bas, takkan kita hendak berebut seperti 'mereka' yang datang dari Bangladesh, Nepal, India, Sri Lanka itu? Budaya mereka naik bas berbeza dengan cara kita di sini menaiki bas. Cara kita berebut naik bas itu lebih baik berbanding cara 'mereka'.
Alhamdulillah, setelah memilih barisan yang dijangka lebih ramai dibarisi orang tempatan dan tahu menggunakan mesin tiket LRT, perjalanan kami berjalan lancar. Dalam LRT juga tak sesak sangat begitu juga dengan komuter. Hanya muka orang tempatan sahaja dan tidak ada muka 'orang-orang' itu. Untuk keselamatan dan keselesaan juga. Sampai di stesen Klang, kami naik teksi menuju rumah dan alangkah leganya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah!
Lagi satu persediaan penting... saya research info apa sahaja berkaitan Melaka beberapa minggu sebelum ke sana, nampak macam remeh tapi sebaik sahaja jejak ke sana walaupun untuk pertama kali... spontan perimeter kawasan yang hendak dilawat mudah dicari ditambah dengan peta percuma dari pihak hotel. Yang menariknya... kadang-kadang maklumat yang kita cari ada dalam blogger berbanding laman web 'skema'.
Contoh maklumat dari blogger ...
" Ingat tu pilih Melaka Sentral, jangan pilih yang lain masa beli tiket kat TBS tu..."
atau
"Akak bertolak dari Shah Alam awal pagi lagi sampai kat sana sebelum tengah hari"
atau
"Cendol kat gerai ni memang sedap, kena pula tu cuaca panas, betul-betul dekat tepi Sungai Melaka dan tak jauh dari bangunan merah"
dan banyak lagi...
Dan...yang paling penting, bajet duit. Kami pergi berdua... bajet awal RM 1000, tapi tak sampai seribu +- RM 800 bermula dari Klang - KL - Melaka - KL - Klang dari tarikh 08 Februari 2013 - 11 februari 2013. Makan minum, tiket bas, tiket muzium, naik menara, river cruise, gambar, souvenirs, hotel.
Gambar-gambar di bawah merupakan ole-ole, souvenirs yang kami beli untuk kenang-kenangan.
Cincaluk pedas 3 botol harga RM 10, cincaluk sotong RM 8, gula melaka RM 4. Cincaluk sotong ni habis dalam masa dua hari saja... hahaha...
sedikit cerita menarik... rupa-rupanya cincaluk ini macam minuman coke juga, maksud saya kalau hendak buka penutup botol tu, jangan buka terus sebaiknya tebuk dulu untuk bagi keluar gas yang terperap dalam botol tu hasil daripada proses mengawetnya itu.
Bayangkan minuman bergas misalnya coca cola, dalam plastik tergoyang sana sini dan kita terus buka penutup botol macam tu saja, confirm 'meletup'. Macam percikan bunga api gitu...
Oh, ya penutup merah tu buka macam biasalah, maksud saya penutup botol kaca tu yang diperbuat daripada tin. Sama macam kebanyakan penutup botol kicap.
Selain cincaluk dan gula merah, banyak lagi pilihan lain tapi beli ini sajalah, risau nanti jadi stok terbiar saja di rumah, tak habis makan.
RM 20
RM 22
RM 3
'Kapal Melaka' tu 2 pcs untuk RM 10. Fridge badge yang sebelah bawah duduk berderet tu 3 pcs untuk RM 10.
RM 10
Ok, tamatlah cerita ke Melaka tempoh hari. Semoga ada manfaat kepada mereka yang sedang mencari maklumat berkaitan Melaka. Tak banyak, sedikit pun jadilah. Yang menyedarkan saya sesuatu... walaupun pergi melancong ke seluruh dunia ke tempat yang paling terkenal dan menarik, yang terbaik semestinya ibadat umrah dan haji di tanah suci, Mekah dan Madinah. Semoga saya, suami serta ahli keluarga kami dan anda juga dapat menjejakkan kaki ke sana, Amin...
love,
monalizahrais
No comments:
Post a Comment