Assalamualaikum...
Bahagian Tiga ini merujuk kepada cerita menaiki Menara Taming Sari.
RM 15 seorang dewasa, kanak-kanak kurang sedikit, saya sudah lupa harganya.
Duration 7 minit.
Berikut antara gambar-gambar berkaitan Menara Taming Sari yang sempat kami abadikan. Mula-mula gayat juga tapi rasa seronok mengatasi rasa gayat itu.
Sambil naik ke atas dan turun semula ke bawah, ianya turut berputar 360 darjah, so kita dapat melihat seluruh bandar Melaka.

Inilah tiketnya.
Selepas beli tiket, kami diminta bergambar, turun sahaja dari menara, gambar sudah siap. Begini punya gambar sekali dengan fridge badge semuanya berharga RM 55. Memikirkan entah bila lagi dapat bertandang semula ke Melaka... bedal sajalah gambar ni, sesekali buang duit kan... hehehe... ada juga kenangan.
Beli tiket dapat botol air ni dan kalendar. Tapi kalendar sudah masuk dalam beg, malas hendak keluarkan semula dan menggambarnya. Dalam kalendar itu juga turut disertakan maklumat bangunan yang digazetkan sebagai warisan dunia. Wow!
Walaupun gayat tapi bergambar jugakan...
Ceh... buat-buat berani konon...
Bayangkan satu ketika dahulu betapa sibuknya perairan Melaka ini dengan kapal-kapal perdagangan...
Muzium Samudera - kapal coklat tu.
Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Hotel Hatten, Pahlawan Walk dan bangunan yang lainnya.
Kalau tak silap saya, ini kawasan Muzium (bangunan-bangunan yang berwarna merah itu). Banyak muzium kan, antaranya Muzium Setem, UMNO, Balai Seni Lukis Melaka, Muzium Belia. (kalau tak lengkap atau tersalah taip, betulkan saya ya)
Tentunya Sungai Melaka, ada juga Kincir Air Kesultanan Melaka, Kubu Kota Melaka yang terletak di tepi sungai. Nak sebut semua bangunan memang tak laratlah, yang penting disebut monumen sejarah.
Yang tinggi tu Hotel holiday Inn, bangunan rendah atap merah seperti perbukitan itu tentunya menempatkan juga antaranya hotel bajet dan premis yang lainnya. Dan sekali lagi, 'lautan sejarah' laluan perdagangan kapal di zaman silam.
Saya snap dari dalam 'bulat-bulat' ketika menara mula bergerak naik ke atas. Spontan saya teringat donut ataupun gula-gula putih yang berperisa mint yang selalu diletak di rak berdekatan cashier.
Di sebelah kiri kapal coklat (Muzium Samudera) yang beratap merah itu - Muzium Maritim.
Kami turun dekat sini, Menara Taming Sari pada hari pertama sampai ke Melaka, terus saya ambil peluang snap menara ini.
Kualiti gambar kurang memuaskan, tapi bolehlahkan...
kami sampai sekitar jam 8 malam terus jalan kaki sehingga depan Pahlawan Megamall tanya sekuriti tentang hotel bajet dan akhirnya kami terjumpa Hotel Johan.
Ambil peluang bergambar berlatarbelakangkan Menara Taming Sari dari atas bukit, sebenarnya di kawasan gereja St. Paul. Akan diceritakan di bahagian yang lain.
Bahagian keempat bersambung tentang cerita di Jonker Walk. Sengaja saya pecahkan beberapa bahagian cerita kerana ianya ceritanya bergambar. Serta memudahkan pemahaman pembaca. Melaka banyak tempat-tempat menarik, tidak dapat diteroka semuanya dalam masa yang singkat bukan.
love,
monalizahrais

No comments:
Post a Comment