Tuesday, June 18, 2013

BERITA GEMBIRA YAHOOoooo! MOM & THE GANGSTARZzzzz DATANG KL

Assalamualaikum...





 kredit gambar from fb (puncak Gunung Kinabalu)



 InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang... 

25 JUN 2013 - 13 JULAI 2013
Yang datangnya ialah :

Mom
Malisa
Ateng
Amin
Rahman
semperiding comel - Farish @ Tente (below 1 yr), Nurnafisa @ Piche (below 2 yrs), Mohd Hanif @ Hanif/Pudi (below 3 yrs)

Tu dia... 5 dewasa dan tiga kanak-kanak. Meriah tak meriahnya kabin nanti yer dengan gelagat anak-anak
kecil tu... Kecuali Mom, yang lain tu baru first time datang KL.

Tak apa, takkan ada orang yang menyibuk tanya kita first time atau banyak2 time datang KL. Memula jer tu yang nervous semacam, untuk seterusnya dah ok, biasalah tu, semua orang pernah mengalami pengalaman pertama.

Tak sabar tak sabar tak sabar nyer....

Opps! Yang datang ini my mom, adik beradik, adik ipar dan anak buah.

Adik Rahman saya balik awal sebabnya terikat dengan kerja - 01 Julai 2013. Adik Amin saya pula sambung study dekat Adtec, Shah Alam, dekat jer dengan rumah kami...

Ya Allah berikan kami kegembiraan berkumpul bersama secantik gemerlapan bintang-bintangmu di angkasa dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan yang nyata dan tersembunyi, amin... 


DAN adik-adik serta ipar duai yang sekolah dan kerja yang tak dapat join sekali tu jangan sedih jangan jeles tau, InsyaAllah lain kali kita rancang kamu datang sini... senyumlah sikit, napa muka muram jer hehehe...


love,
monalizahrais 




 

MEE SUP AYAM

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini saya kurang berselera makan nasi berlauk. Entahlah, tapi rasa badan tak sedap, rasa macam mual-mual pun ada. Tapi lapar kalau tak makan... untuk mengatasi rasa tak selesa ini, saya buat mee sup ayam - ikut citarasa tekak saya. Kesannya rasa mual nak muntah etc itu kuranglah sikit. 

Semalam saya keluar ada sedikit urusan, makan nasi juga tapi nasi berlauk berkuah kari, saya suruh kurangkan sedikit nasi tu dilawan dengan ais lemon tea, nasiblah tak mual. Makan dekat restoran mamak.

Ok, jom layan gambar mee sup ayam versi saya (*-*).











Bahan-bahan

mee kuning
isi ayam (digoreng kemudian dihiris halus-halus)
bebola ikan
kek ikan
daun sup dihiris halus
bawang goreng
halia ditumbuk halus
rempah sup ditumbuk halus
 limau kasturi
cili hijau dikisar 
garam 
ajinomoto
kicap



love,
monalizahrais

MAN OF STEEL

Assalamualaikum...

Saya pergi seorang, di luar waktu puncak, tempat duduk banyak kosong, saya pilih kerusi yang paling tepi. Kami tak ramai, congakan saya tak sampai pun 30 orang. Yang datang majoriti berkeluarga, ada yang bawa anak, couple... ada dalam beberapa orang. Rasa nyaman jer duduk kat dalam panggung, sebabnya penonton sedikit dan rasa sejuk tu bukan alang-alang kan.

Bayangkan kalau peti sejuk kita letak sikit jer barang makanan, kemudian kita set sejuknya tahap maksimum... buka peti sejuk maunya sejuk kemain siap 'berasap' lagi... berbeza sebaliknya jika penuh/padat setiap sudut diasak dengan bermacam rupa jenis makanan... 
tak sejuk sangat kan, dan bermacam bau yang terbit menusuk ke deria bau kita, hehehe...

Saya bukan kaki wayang... sejak dah berumahtangga. Waktu bujang trang trang trang dulu zaman belajar kat UM, selalu juga masuk panggung tengok wayang. Ketika itu kami suka masuk panggung dekat The Mines, Seri Kembangan. Semua pintu kami masuk, hampir setiap minggu, The Mines tu dah jadi macam satu kemestian untuk dikunjungi.

Itu kisah dulu-dulu, seingat saya kali terakhir tengok wayang The Hobbit itupun sebab adik dan ipar belanja tengok wayang.... dan kali terakhir tengok wayang bersama suami tak ingat bila tapi kami tengok The Incredible Huck yang the latest punya.

Di fb sebentar tadi, filem Man Of Steel (MOS) sudah pecah panggung - kedudukan teratas mengatasi filem-filem yang lain. Tak mau cerita banyak tentang filem Superman ini, semua orang pun tahu tentangnya. Yang menarik dan banyak disebut di wall fb... Superman dah pandai pakai seluar dalam kat dalam... katanya.

Di fb, saya menulis komentar sebegini - 'gari' di hati memang sukar dibuka meskipun 'kuncinya' ada di hadapan mata, tetapi gari di tangan yang senang dibuka meskipun kuncinya tersembunyi. Part Superman kena gari semasa berjumpa Lois Lane membuatkan saya rasa lucu.

Lagi satu komentar yang saya tulis - selesai sahaja menonton filem ini, spontan saya terfikir tak perlu kita takut dengar cerita-cerita hantu terbang atau mata merah, bukankah Superman itu terbangnya lebih tinggi, lebih laju dan matanya jauh lebih merah berbanding hantu-hantu terbang langsuir dan sebagainya itu? Bukan nak tunjuk berani, tapi betulkan, kita tengok Superman mata merah tak rasa takut pun...lagi teruja ada...

Sebenarnya yang benar-benar menyentap rasa hati tentunya elemen kasih sayang antara si Superman ini dengan bapa kandung dan bapa angkatnya. Yalah, saya pun telah kehilangan bapa Oktober 2011 yang lepas, daya sensitiviti dan penghayatan itu lebih daripada biasa berbanding ketika bapa masih hidup.


Yahudi kalau buat filem.... biasalah jenis pasaran seluruh dunia dan apa sahaja yang kita mahu sebagai seorang manusia... semuanya diorang bedal kasi washbrain kita kan... terpenting sekali kita menonton dengan pendinding ilmu (mantapkan diri dengan ilmu agama Islam terutamanya), asingkan yang mana dapat diambil pengajaran dan dibuang hampasnya. Dia orang tu pun ambil ilmu daripada Islam juga, cuma dibentuk mengikut acuan mereka untuk 'dihidangkan' semula kepada semua orang di dunia ini.


#dalam The Hobbit, asyik terbayang rumah semut dan anai-anai jer, dalam MOS pula saya terbayang gigi, lalat, hehehe....jangan marah nak buat macam mana kan... dah terbayang-bayang gitu.


Ok, seterusnya biarlah gambar-gambar di bawah ini bercerita.




 



 


 Sendiri gambar, sama 'Superman' guna handphone Nokia jer, boleh laa.. kan.











RM 4.50 beli dekat KFC. Dalam gambar nampak besar sekali beli daaa... kecik saja rupanya. Yang lain - payung, pencil case, ballpen pun RM 4.50 per pc kecuali payung RM 12 kalau tak silap saya.



Dekat Centre Point Klang ni, cuma 2D jer, 3D not available, pun begitu saya tak kisah 2D atau 3D, yang penting menontonnya di skrin besor pun dah best!.

love,
monalizahrais 



Tuesday, June 11, 2013

SEBENARNYA....

Assalamualaikum...

Sebelum tu jangan marah yer... sekadar suka-suka, just 4r fun.

Jom baca ayat kat bawah, beza tak beza atau sama saja maksudnya.

Sebenarnya, Saya Isteri Dia 

vs

Sebenarnya, Dia Suami Saya


whatever laa.. jangan lupa senyum

love,
monalizahrais

 

KITA IBARAT MUSAFIR DI PADANG PASIR

Assalamualaikum...



 Sumber : fb

Kita ibarat musafir di padang pasir, beginilah kehidupan, hanya satu persinggahan sementara, sebelum menuju destinasi seterusnya. Spontan saya teringat soul music - 'caravansary' oleh Kitaro.

Unik tersangat unik gambar di atas, entah lukisan atau gambar yang sudah diedit... entahlah yang penting ceritanya dari sudut pandangan saya.

Saya suka menonton drama-drama Cina. Zaman kanak-kanak saya dahulu, asal jam 6 ke 7 petang mesti lekat duduk depan tv tengok drama Cina. Tentunya ini mengundang rasa tidak senang di mata arwah bapa. Maklum, bertembung dengan waktu Maghrib kan. Dan, itu time juga budak-budak datang rumah belajar mengaji (arwah bapa saya mengajar mengaji, percuma sahaja kepada anak-anak jiran). Kadang-kadang tu tengah asyik masyuk tengok tv, tiba-tiba arwah bapa akan off tv. Dan saya dengan rasa kecewa terpaksa 'angkat kaki'. Tapi tetap drama Cina juga yang saya tonton. 


Tabiat ini berterusan sehingga ke hari ini - Drama dari Taiwan, Singapore, Hongkong, China dan tidak kurang Malaysia, saya dapat mengenali sedikit sebanyak perbezaan drama Cina dari negara-negara yang berlainan ini. Minta maaf banyak-banyak, saya jarang-jarang menonton drama Melayu lagi-lagi yang jenis bersiri. Tapi, dari segi pembacaan buku dan majalah, tentunya buku-buku berbahasa Melayu yang saya pilih. Tak kira buku itu khusus untuk kanak-kanak atau dewasa, semua saya bedal, pulun, belasah baca yang penting menarik.


Ok, berbalik kepada poin utama - kita ibarat musafir di padang pasir, mengingatkan saya kepada lantunan dialog dalam sebuah drama bersiri. Sekali lagi drama itu berbahasa Cina, jenis Cina mana... sama ada hakka, hokkien atau kantonis, maaf saya tidak tahu tapi saya tertarik kepada setiap kata yang dilontarkan pelakonnya.


Drama yang saya tonton itu jenis 'alam ghaib' kisah dewa-dewi yang menjaga dunia ini. Satu hari ada seorang dewi ingin menjadi manusia kerana tertarik dengan kehidupan manusia yang dirasakannya penuh dengan bermacam cerita. Dia sudah bosan hidup bersenang lenang di alam dewa, dirasakannya dia tidak melakukan apa-apa perkara yang menarik hatinya. Tidak ada cabaran, sekali lagi hanya bersenang lenang sambil sesekali turun ke bumi 'menjalankan tugas'. 

Dewi ini meminta izin supaya dapat turun ke bumi menjadi manusia untuk satu tempoh tertentu. Dan dia diizinkan, tapi sebelum itu dewa yang lebih tertinggi kedudukannya dari dewi ini menasihatkannya supaya berfikir banyak kali sebelum turun ke muka bumi kerana kemungkinan dewi ini akan hilang banyak keistimewaan yang ada padanya.


Yang menariknya dewa itu mengatakan sesuatu kepada dewi tersebut + - begini poin utamanya - kehidupan manusia di muka bumi sangat mencabar, tidak ada yang kekal semuanya sementara sahaja akan ada penghujungnya, kehidupan bahagia selalu bersilih ganti dengan derita, penuh dengan rencah rasa baik, jahat, dan yang penting manusia itu tidak sempurna. 

Pun begitu, dewi itu tetap dengan keputusannya untuk menjadi manusia dan hilang hak istimewanya sebagai dewi. Ops! jangan fikir yang bukan-bukan, betulkan apa yang dikatakan dewa tersebut? Semua orang tahu fenomena filem 'Star Wars'. Walaupun pelik dengan bermacam rupa dan tempat tinggal di angkasa pula tu... majoriti kita tetap suka menontonnya. Sebab apa? Tentunya ada nilai kemanusiaan di situ, ada benci, marah, ada musuh ada kawan, peperangan dalam diri sendiri atau sesama lawan dan kawan, malah percintaan atau persahabatan, kekeluargaan.

Yang pasti... tidak ada yang kekal, semuanya akan ada penghujungnya. Kita ibarat musafir di padang pasir, berkelana mencari , membentuk kehidupan yang diinginkan serta menyerah diri kepadaNya agar di penghujung perjalanan yang baik-baik menjadi penutup.

Dalam Islam, syurga atau neraka adalah penghujung perjalanan kita yang kekal abadi. Tentunya, syurga yang didambakan...

love,
monalizahrais 
 



Monday, June 10, 2013

KALER PINK LAGI !

Assalamualaikum....


Nasi kaler pink! Just for fun, nasi putih saja tu cuma dibubuh warna pink, jadinya nampak special gitu. Ikan pari masak lemak cili padi dan sayur tumis peria. So simple untuk dinner malam tadi, ok la tu kan... tak kemas sangat yang penting nampak sweet.. untuk dimakan juga..

Jom layan gambar di bawah...
 




love,
monalizahrais

Saturday, June 1, 2013

NAMA KEGEMARAN

Assalamualaikum...


 Kredit gambar from fb.


Nama kesukaan saya ada dua iaitu :

Jack 
Monalisa

Adalah tu sebabnya, dan itu jer nak cakap, senyum....

love,
monalizahrais