Saturday, December 6, 2014

MENGHARGAI MAKANAN DAN BERSYUKUR

Assalamualaikum...

Pertama kali saya melihat petani 'menuai' kangkung, seluruh tasik dipenuhi tanaman ini, dituai sehingga penuh  satu lori. Bagi sesetengah orang, kangkung bukanlah makanan pilihan, namun begitu di satu sudut tempat di muka bumi ini... sayuran kangkung ternyata mampu menjana pendapatan, lumayan atau tidak, itulah pilihan yang ada untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.


Jom tengok gambar di bawah, ini jerr yang sempat diambil sambil tengok tv hari tu, saya suka channel TLC terutama yang jenis macam ni... suasana kampung aman damai sudah tentu udaranya juga bersih.









 Teringat trending isu kangkung di laman-laman sosial, segalanya bermula sebaik sahaja PM memberikan contoh kangkung dan penurunan harga sayur. Tak mau komen lebih, semua orang pun tahu ceritanya.

Ok, next... kangkung hendak memasaknya, sangat mudah +- beberapa minit saja. Cuma pada pendapat saya... membersihkan kangkung kita kena cerewet sedikit, dibimbangi ada lintah ke, ulat ke, sebarang benda asing yang duduk dalam batang dia yang berongga itu. Ngeri pula terbaca berita budak yang termakan kangkung yang ada lintah dalam batang kangkung tu.

Semua sayur berdaun biasanya saya basuh di sinki terlebih dahulu sebelum memotongnya, untuk sayur kangkung batangnya saya potong serong dan nipis-nipis. Wah, tiba-tiba teringin makan kangkung lama juga tak pekena sayur ni.

Sebenarnya... itu jerrr nak cakap, ok chow dulu sambung di lain cerita.


love,
mr
selangor
6/12/2014 sabtu


 

 

SEGI UNIVERSITY, KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum...

Di luar masih mendung, perut pula tiba-tiba lapar, nasib baik sudah beralas sedikit sarapan - mee basah dilawan nescafe o.
Pulang semula ke Klang selepas bercuti raya puasa selama +- 3minggu, beberapa hari kemudian anak buah daftar masuk belajar di Segi University,Kota Damansara, selama ni dok dengar saja nama kali ini dapat masuk sekejap temankan anak buah, mak dia pun sekali datang daa...

Sesiapa yang ada sanak saudara berpeluang sambung belajar di sini, mungkin sedikit sebanyak gambar-gambar di bawah dapat membantu. Inilah HQ Segi University, bukan cawangan yer..
Menarik pemandangan di sekitarnya, ada banyak 'arca' besar-besar sambil saya bergurau...wah semacam ada unsur-unsur sunway piramid pun ya...masa kami sampai hujan masih lebat tak dapatlah bergambar di luar.

Ok, terus kepada gambar-gambar berikut, nanti panjang pula bebelan saya...

________________________________________________________________


Entah apa nama patung-patung di bawah, yang pasti mewakili tokoh tertentu, barangkali tokoh akademik, macam pernah nampak cuma tak ingat nama.
 


 Sempat lagi bergambar sementara menunggu pendaftaran dibuka.





 ___________________________________________________________________


Seterusnya gambar-gambar pemandangan dari tingkat 18. Asrama anak buah ini adalah kondominium +- 40 tingkat, kalau tak silap ingatlah. Nama asrama Casa Residenza. Haa...ambik ko nama kemain lagi kannn...siap ada pejabat security kat bawah. Pejabat asrama/warden di tingkat 9, kami naik ke situ ambik kunci rumah.

Mula-mula saya sampai sini... agak ganjil melihat student lelaki yang tiba-tiba keluar dari sebuah rumah. Maklum, zaman saya belajar dulu kalau namanya asrama perempuan, keseluruhan bangunan semuanya perempuan... keluar dari bilik memang tak nampak muka jantanlah jawabnya, kalau nampak muka jantan juga... maknanya ada penceroboh lah tu..
Tapi disebabkan ini kondominium yang dijadikan asrama... seluruh bangunan menempatkan student lelaki dan perempuan, diasingkan mengikut rumah, jadi kalau turun naik lif tu suasananya macam kita duduk rumah sewalah...
Mood asrama dorang ni macam kita dah bekerja/berkeluarga gitu...
















________________________________________________________________________


Seterusnya tempat tinggal anak buah di tingkat 18, kami yang terawal daftar sudah tentu yang pertama kali masuk ke sini, inilah suasana 'asrama' anak buah, kalah tak rumah kita? Atau rumah kita lagi smart dari ini?
Serumah menempatkan +- 10 orang student sekali masuk, terang warden asrama.
 








 Huhuhu...almari ini bukan untuk seorang, dua orang pun bukan tapi... untuk 4 orang tau! Haa...pandai-pandailah catu pakaian sendiri macam mana nak muat dalam tu, terkejut?
Kami pun terkejut, nasib baik katil seorang sebijik.


 Tempat yang kami pergi ni Segi University, Kota Damansara, yang lain tu cawangan dia.


 Kolam renang di tingkat 9 berhampiran pejabat warden asrama. Di sebelah tu gimnasium/fitness centre. Jangan pakai seksi sangat... hilang tumpuan yang kat dalam tu... hehehe...

 

 Van Segi University.



love,
mr
selangor
6/12/2014 sabtu

Wednesday, December 3, 2014

TRANSGENDER

Assalamualaikum...

Baru-baru ini isu pondan viral di laman sosial...alaa yang pondan kena tangkap pakai baju perempuan yang mak andam tu...akhirnya terlepas dari tuduhan setelah rayuan dibuat di mahkamah rayuan, mesti banyak yang bimbang kesannya pada masa akan datang. Selepas ini tidak mustahil ada request untuk perkahwinan sejenis...waduh-waduh fening-fening...mesti family dia malu nak letak muka kat mana kan.. orang dok cakap macam-macam...tidak ada mak bapa hendakkan anak mereka menjadi keliru atau terus kepada poin utama - pondan. Mungkin tersilap di mana-mana usia atau terlepas pandang semasa zaman kanak-kanak/remaja anak-anak mereka.


Saya rasa seriau, geli hati ketika menaip cerita ini...sebabnya kita terbayang-bayang lelaki yang sepatutnya fizikal dan cara berpakaian lelaki tup tup...berpakaian wanita - memakai skirt, baju ketat, ada buah dada haish...tak larat saya sebut...serrrammm...
Cuba lihat pondan di sekeliling kita...paling hampir semasa majlis kahwin siapa mak andam? tukang buat pelamin malah tukang masak pun ada...tukang jahit?.. banyak kerja yang sinonim dengan kaum hawa kini dominan dengan golongan keliru ini.

Musim kahwin di kampung halaman saya hampir melibatkan 100% pondan kalau dah masuk bab make up, gubahan hantaran, pelamin...sukar mencari jurusolek wanita. Pengalaman kami setelah 3 orang adik saya berkahwin...dua adik lelaki saya, isteri mereka disolek pondan...secara peribadi memang kami tak setuju tapi nak buat macam mana...masa tu pengantin perempuan di rumah mak bapanya, akhirnya rasa tak setuju tu tenggelam begitu saja.

Tapi yang seorang adik perempuan saya...orang tua kami bertegas tidak membenarkan pondan make up adik saya ini...ada sedikit konflik di situ... ketika majlis sanding di pihak lelaki, mereka sudah bayar siap-siap khidmat jurusolek pengantin...orang tua kami tetap tidak setuju...saya disuruh untuk make up adik saya, saya ok jer nak solek adik saya pun...sebab masa study dulu kami pernah didedahkan dengan sesi make up cuma lebih kepada make up untuk watak dalam lakonan teater. Namun begitu untuk solekan pengantin pun tiada masalah...diringkaskan cerita, akhirnya saya dapat juga solek adik saya...

Bayangkan dalam bilik pengantin...apa yang terjadi sewaktu sesi solek dan tukar-tukar baju untuk bersanding di pelamin, walaupun si suami ada di situ, tapi aurat isterinya terdedah kepada lelaki lain yang mengaku pondan yang jadi jurusolek isterinya. Sudah tentu akan ada sentuhan kulit ketika make up, tolong pin sana sini, tolong betulkan baju...dibuat oleh si pondan...stigma masyarakat kita menerima mereka kadang-kadang menakutkan tanpa disedari. 

Itu baru menerima kewujudan mereka... sekarang setelah isu pondan terkini itu seakan-akan iktiraf mereka sebagai jantina yang ketiga...selepas ini kalau tiba-tiba ada tandas khusus untuk pondan/mak nyah...mengucap banyak-banyak kita yerr...huru hara sangatlah tu... dan jangan hairan jika bala menimpa... ingat sejarah di zaman nabi Lut dulu? Tak mau cakap banyak sendiri cari... tak mustahil ianya berulang. Nauzubillahiminzalik...

Atau tiada tandas khusus untuk mereka... tetapi berkongsi tandas dengan wanita...waduh-waduh berat sungguh... sejak remaja lagi saya selalu tertanya-tanya...pondan/mak nyah ni masuk tandas mana ya? Setakat ini saya belum pernah nampak lagi pondan masuk tandas lelaki atau tandas perempuan...kalau ternampak alang-alang saya bawa sekali suami masuk tandas temankan saya buang air ... bahaya ooo...


Hidup penuh lakonan, berpura-pura, sudah terang nyata fizikal dan suara itu lelaki... bermacam cara 'mencantikkan' diri, sekali pandang seakan wanita sempurna malah kadang-kadang seperti mengalahkan wanita. Ikut logik akal manusia tak kira bangsa dan agama di seluruh dunia ini, golongan pondan/mak nyah tidak wujud...TIDAK ada jantina ketiga. Hanya dua sahaja - lelaki (jantan) dan wanita (perempuan), tu pasallah wujud istilah jantanbetina/jantina.

Kecuali dalam kes-kes tertentu, ada bayi yang lahir mempunyai dua kelamin, lelaki dan wanita - itupun dia perlu memilih salah satu darinya yang lebih dominan, itu tak apalah lain cerita, cuma yang tiba-tiba keliru ingin menjadi pondan, lesbian tu yang problem tu, mengelirukan, menyeramkan...ops terlebih sudah...

 Sesekali lepak di kedai mamak dekat Jalan Gopeng, Klang, haa...di situ berlambak pondan India, dah banyak kali kena serbu... tapi selang beberapa hari ada lagi kelibat mereka mencari mangsa di sekitar Jalan Gopeng.
Kadang-kadang ketika saya sedang membelek pakaian wanita di seksyen wanita di pasaraya... tiba-tiba ada sekumpulan pondan berada di situ... pun sedang membelek pakaian 'wanita' kegemaran mereka, waduh-waduh...

Dalam industri hiburan... di tv, radio, rancangan berunsurkan jenaka atau persembahan di majlis-majlis korporat dan paling dekat dengan kita... majlis kahwin. Golongan pondan ini antara 'magnet' hiburan, menghidupkan majlis... lebih meriah daripada biasa, kerana terlebih exotic, terlebih gedik, terlebih wanita... auwww... sentiasa mendapat sorakan (entah memuji entah mengutuk tak tahulah) daripada audiens.

Malah sekiranya seorang pelakon lelaki yang 'jantan' tiba-tiba menerima watak pondan dalam sesebuah drama/filem... wah kemain lagi sanjungan yang diberi... kerana keberanian dan kesanggupan si pelakon tadi mempertaruhkan reputasinya sebagai pelakon serba boleh. 

Entri di atas tidak berniat menghina sesiapa... saya pun ada kawan-kawan satu sekolah yang jenis lelaki lembut dan jenis pondan. Kita tetap layan mereka atas dasar kemanusiaan... cuma setakat itu sajalah, kalau dah masuk bab berurusan kerja seperti mak andam, tukang jahit baju... tukang masak, kami pilih yang bukan pondan. Ada banyak lagi wanita di luar sana yang buat kerja-kerja 'wanita' yang berkaitan aurat wanita.

Antara stigma masyarakat dan kehendak agama... tentunya kita pilih agama kerana sudah termaktub dalam Al Quran dan Hadis, kita yang beragama Islam dilarang menyerupai lelaki bagi yang perempuan dan sebaliknya.

Lelaki lembut dan pondan dua jenis 'lelaki' berbeza. Lelaki lembut memang ada yang mahir kerja-kerja yang sinonim dengan wanita cuma nalurinya masih lelaki, berkahwin dengan wanita dan masih pakai pakaian lelaki... InsyaAllah masih solat seperti lelaki (kalau yang beragama Islam). Berbeza watak pondan/mak nyah... keinginan mencantikkan diri tersangatlah lebihnya mengalahkan wanita malah ada yang sampai ke tahap bedah buang alat kelamin, cucuk hormon tertentu untuk bentuk buah dada, bernafsu terhadap lelaki. Inilah yang keliru, yang turut sama mengelirukan masyarakat sekeliling... ada yang sokong ada yang bantah.

InsyaAllah tahun hadapan ada seorang lagi adik lelaki saya akan berkahwin... entahlah bakal isterinya akan disolek oleh pondan... atau wanita? Faham-faham sajalah bab kahwin di kampung-kampung terpencil ini, gambaran pondan dan kerja-kerja kahwin sudah semacam sebati dan diterima masyarakat di sana (di bandar pun sama). Entahlah...Alhamdulillah semasa majlis kahwin saya dahulu... jurusolek saya seorang wanita, sepupu saya sendiri.

Ada seorang adik lelaki saya gemar memasak, malah mahir buat kerja-kerja rumah, pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah pulau pelancongan, dalam masa yang sama mahir kerja-kerja tukang kayu, dia memang jenis tak reti duduk diam walaupun waktu cuti bekerja, Alhamdulillah tiada pula tanda-tanda kategori lelaki lembut atau pondan, malah sudah berkahwin dan ada anak.

 Takkan saya komplen anak orang pulak kan?... Lebih baik saya bercerita sesuatu yang dekat dengan diri saya dan family. Ada seorang lagi adik lelaki saya semasa kecilnya memang terserlah 'kelembutannya' ditambah lagi mukanya agak 'jambu'. Ini menimbulkan kerisauan orang tua kami dan adik beradik kami... mungkin kerana perpaduan dan kesatuan family kami, ditambah lagi tegasnya orang tua kami, tidaklah kami melayan kelembutannya itu... dia dilayan seperti seorang 'jantan'. Nasib baik tak jadi pondan, Alhamdulillah. Oh ya, saya ada 5 adik lelaki dan 2 adik perempuan... tu pasal asyik tulis 'ada seorang adik lelaki saya, ada seorang lagi adik lelaki saya...'.


Menghina, menyisihkan golongan pondan pun tak kena juga...kesannya perlahan-lahan akan membentuk kesatuan mereka sendiri dan sekiranya rakan-rakan mereka dinafikan hak bekerja, hak sebagai seorang 'warganegara'...akan ada yang membela mereka. Mereka bukannya bodoh malah adakalanya lebih cerdik, berkebolehan daripada kita ini. Mereka hanyalah golongan keliru, terperangkap dalam diri sendiri... hasil melayan kecelaruan yang ada dalam diri. Mungkin antara cara yang dapat dilakukan oleh masyarakat - kita berusaha mengajak mereka mendalami agama, JANGAN berurusan dengan mereka berkaitan kerja yang melibatkan aurat wanita atau undang-undang yang lebih tegas (ini urusan pemerintah).


Sekadar pendapat saya sahaja... saya ni bukannya siapa-siapa pun... sekadar peka terhadap isu sekeliling, kita juga sebahagian daripada apa yang sedang terjadi di sekitar kita, tak gitu?

Ok lah, hujung cerita dah ni... InsyaAllah tengah malam ini atau esok reload internet dapatlah dilangsaikan untuk bulan ini, so boleh sudah bercerita dan upload gambar-gambar untuk 'storage' di blog ini.

Tataaa... jumpa lagi.


love,
mr
selangor
3/12/2014 rabu

 









 



 




 






Friday, November 28, 2014

BERITA

Assalamualaikum...

Hari ini Jumaat, penghulu hari dalam seminggu, alangkah seronoknya jika hari Jumaat cuti seperti hujung minggu, yang lelaki tak kelam kabut mengejar waktu antara rehat waktu pejabat dan solat Jumaat, walaupun waktu 'lunch' panjang sedikit berbanding hari biasa.
Sebelum pergi masjid mandi wangi-wangi, yang si isteri pula masak sedap-sedap, special. Sudahlah malam sebelumnya malam Jumaat...ops! Jangan fikir yang bukan-bukan kan kan kan...(18SX)

Alahai... harap-harap kerajaan Selangor akan melaksanakan cuti Jumaat Sabtu, Isnin ke Khamis biarlah waktu bekerja (sekadar harapan dari seorang rakyat marhaen...entah menjadi kenyataan atau sekadar harapan sahaja, ^____^).

Dan... selepas solat Jumaat tu bolehlah bersantai-santai rehat, petang pergi mana-mana pasar malam. Sekali lagi...sekadar harapan, impian, hehehe...

Seawal pagi tadi cuaca cerah, sekarang pun masih cerah lagi, kita pun kena ceria dan 'cerah' juga...sempena hari Jumaat hari ini.
 Ok lah...mukadimahnya cerita hari Jumaat, sekarang kena U turn kepada tajuk di atas - BERITA. Tak pasal-pasal isyarat ping asyik menyala saja...

Sekarang...setiap kali saya membaca berita/isu semasa sama ada di suratkhabar atau online...saya katakan kepada diri sendiri - jangan percaya 100%. Emas atau berlian yang cantik berkilat mengerlip mengalahkan kelip-kelip itu asalnya hanyalah batu yang hodoh yang rasanya kalau letak depan saya pun saya tak kenal itu batu yang sangat-sangat berharga dan punya nilai tinggi di pasaran. Hanya setelah melalui pelbagai proses...menjadilah batu itu emas atau berlian dalam bentuk yang dikehendaki dan laris di pasaran.
Jadi...maksud saya berita /isu semasa yang kita baca itu juga prosesnya seperti emas dan berlian tadi, sekadar tamsilan.

Nak cakap lebih-lebih bukan I punya bidang, tapi hari ini saya bercakap dari sudut pandangan/respon saya setiap kali menatap mendengar berita/isu semasa. 
Beberapa tahun lepas...ketika itu saya kebetulan bercuti di kampung halaman...terjadi satu peristiwa yang menggemparkan penduduk kampung.
Kisahnya begini - ada satu family pergi berpiknik di pantai tak jauh dari kampung kami, kalau sudah namanya orang kampung tentu cara berpiknik itu lain sikit, bukan stail bandar punya setakat bentang tikar bentang makan minum duduk santai tengok laut.


Mereka anak-beranak memukat di tepi pantai, setelah penat naiklah ke darat si isteri dan anak-anaknya untuk makan minum mengalas perut yang lapar. Suaminya pun naik sekali, dia berada di belakang isterinya, separuh badannya masih berada dalam air.
Kemudian setelah isterinya naik ke pantai dan berpaling ke belakang...kelibat si suami tiada, hilang dari pandangan, isterinya berasa pelik sangkanya si suami bergurau.

Tunggu punya tunggu sehingga matahari naik akhirnya berlarutan waktu petang...kelibat suaminya tak muncul-muncul... diringkaskan cerita, akhirnya bomba, polis dan orang-orang kampung bekerjasama mencari suaminya, kawasan pantai sesak dengan orang ramai, kan itu berita tergempar.

Hampir seminggu jugalah pencarian suaminya manatau hanyut ke terdampar ke... di mana-mana, di sekitar pantai tersebut. Tetap tak jumpa sehingga sekarang...entah hidup entahkan mati atau hanyut di mana-mana, tidaklah diketahui, ianya kekal misteri.
Dalam proses pencarian itu, kami pun pasang radio tempatan mendengar 'berita terkini', amat berlainan cerita beritanya...yang jadi kat pantai ABC, yang dalam berita radio yang kami dengar...ABCDEF, hanya 50% sahaja yang sama. Oh ya, ada juga family kami ke pantai melihat sendiri suasana di sana, majoriti orang kampung menenangkan waris mangsa dan ada juga bacaan doa, Surah Yassin dan solat hajat di masjid.

Bayangkan dalam konteks yang lebih luas apabila kita membaca/mendengar berita yang lokasi kejadiannya jauh dari tempat kita? Apa yang terjadi sebenarnya? Tidaklah kita ketahui sejauh mana benar/sahih berita itu 100%. Hari raya 2013 saya berkesempatan berkunjung ke Lahad Datu atau lebih tepat lagi Desa Kencana, Felda Sahabat 16 yang terletak berhampiran lokasi kejadian tembak-menembak itu, alaa...berita tergempar dekat-dekat pilihanraya PRU 13 yang lepas.

Mendengar sendiri cerita mereka yang berada di lokasi berhampiran... apabila dibandingkan dengan paparan berita di tv, ternyata berita tv itu lebih kepada 'ubat bius' banyak back up, yalah...supaya kita bertenang juga dan untuk elak banyak spekulasi melampau-lampau. Walaupun tengok saja fb...berlambak-lambak bertimbun spekulasi, teori itu ini kan. Kita tidak dapat menghalang mereka berfikir itu ini atau perlu berfikir itu ini...ianya normal sebagai seorang manusia, mana mungkin hanya tahu diam-diam saja, buat-buat tak tahu tanpa fikirannya tidak berjalan, berjogging, berlari, memecut, melompat-lompat memikirkan sesuatu.

Itu pasal muncul segala macam teori hebat-hebat, troll, kelakar, marah, geram tak puas hati, rasanya kalau buat novel maunya ratus-ratus helai tak cukup. Saya berpendapat kadang-kadang apabila saya rasa pelik membaca sesetengah berita yang membuatkan saya terfikir sebegini - ini betul punya berita... atau dressing lebih ni...akhirnya saya fikir lebih baik saya baca novel ke, komik ke yang memang terang jelas berunsur kreatif, malah menghiburkan serta mendatangkan kepuasan membaca. RM pun berbaloi-baloi, hehe...

Saya sendiri sudah lupa bila kali terakhir kami membeli surat khabar, yang pasti untuk tahun 2014 ini sahaja...belum pernah lagi kami beli, saya direct ke perpustakaan sahaja kalau teringin baca newspaper, percuma pun percuma, puas hati pun puas hati.
 Pernahkah anda membaca komen-komen di fb berkaitan isu-isu hangat panas top meletup-letup di pasaran seperti isu harga minyak, tol, gst, politik? Memanglah pernah kan, mesti pernah punya...bermacam warna komen dapat dilihat, ada yang berminyak-minyak, ada yang sejuk, suam-suam kuku, ada warna merah, hijau, biru...betul tak?
Meriah bukan? Macam bunga api di udara... sebelum tu kena letup dulu baru dapat tengok bunga api yang warna warni itu...chantek...

Saya teringat seorang guru masa sekolah menengah dahulu... dia selalu cakap jangan percaya 100% berita newspaper tu, percaya sikit-sikit dah cukup, aman hidup katanya. Tapi... kalau nak yang betul punya... gi baca yang last page yang gitu-gitu...apalagi nombor lerr...kata cikgu tu, sampaikan saya terfikir biar betul cikgu ni, dia tikam nombor kah?

Share berita - kena pastikan dulu apakah ada kebaikan yang dapat dirangkaikan kepada orang lain yang membacanya? Lebih banyak positif atau negatif? Yang mana lebih memberat? 
Katakan mak bapak kita nak naik haji, kita belum ada rezeki/panggilan ke sana lagi, tapi sekurang-kurangnya dapatlah tumpang sikit-sikit rangkaian kebaikan dalam proses mak bapak nak ke sana tu, contoh kita tolong hantar/iring mereka sehingga ke lapangan terbang, belikan keperluan pakaian haji/buku-buku berkaitan...tak dapat banyak, sedikit pun jadilah...tentunya dengan senang hati kerelaan mereka... mereka akan mendoakan kita yang baik-baik ketika berada di tanah suci. 

Dalam proses viral, kongsi berita yang lebih memberat kepada kebaikan pun begitu jugalah ceritanya...kita sebar yang baik-baik lebih banyak orang lain dapat manfaatnya, kita terkena sekali rangkaian pahala itu. Semacam rangkaian MLM, lebih banyak downline kita dapat...maksudnya ranking kita pun semakin tinggi dan duit pun banyak 'masyuuk'.
Gitu lerr tamsilannya, kan...


love,
monalizahrais
klang
28/11/2014
jumaat
 












 

 

 

Thursday, November 27, 2014

GROUP WHATSAPP, LAMAN SOSIAL...MEMBEBEL LAGI SAYA OPS!

Assalamualaikum...

Ada satu dapatan di facebook seorang pendakwah/ustaz yang berkelulusan doktor falsafah, belajar di luar negara. Saya tertarik satu pandangannya berkaitan group whatsapp tentang cara kita berbicara di hujung jari.

Saya tidak mahu mengkritik komennya sekadar sharing isi pendapatnya, bab hukum agama kita perlu rujuk kepada mereka yang bertauliah dan ahli dalam bidang ini.

Boleh jatuh maksiat dan zina apabila kata-kata kita tidak dikawal, atau senang cakap ikut sedap mulut saja bercakap sesuka hati, tambahan lagi dalam group online itu bercampur 
lelaki dan perempuan sama ada bujang atau sudah berkahwin, lebih teruk jika sudah beranak pinak.

Betul kata-katanya itu dan kita sendiri dapat lihat melalui group whatsapp kita. Sekali baca macam biasa saja, sekadar kata-kata, tapi apabila direnungi semula...muhasabah diri banyak kali juga terlanjur kata.
Seterusnya adalah kata-kata saya sendiri, tiada kaitan pandangan ustaz tersebut. Sekadar inspirasi saja hasil membaca pandangannya.


Zaman sekarang amat mencabar, apa yang di kotak fikir kita bermacam cara untuk terjemahkannya. Semakin kurang privacy fikiran kita. Zaman sebelum adanya facebook, tweeter segala macam bentuk perhubungan laman sosial ini... jika ada yang terasa hati perihal rakan-rakan kita, ianya cuma menari-nari di ruang fikir, atau sekadar monolog sendirian, orang lain tak nampak isi hati kita.. dan akhirnya hilang begitu sahaja atau paling teruk pun menjadilah gossip meluahkan rasa kepada orang lain yang sudi mendengarnya, bab dosa pahala memang sentiasa dicatit di buku amalan kita, bahu kanan atau bahu kiri.

Tapi canggihnya teknologi hari ini, kita tak jawab mesej walaupun sudah baca... rakan di sana tahu, kan ada tanda double/single di situ di hujung mesej whatsapp. 
(Sebenarnya menulis di blog pun boleh mengundang banyak benda negatif juga kan? Manatau ter...umpat si dia, si sinun...apapun berbalik kepada diri kita sendiri, seboleh mungkin elakkan unsur-unsur negatif, perbalahan).

Ada dua jalan pilihan - mendatangkan rangkaian pahala/kebaikan yang berpanjangan apabila tulisan kita dibaca atau jaringan dosa yang berpanjangan, mohon dijauhkan benda-benda yang tak elok.

Siapa sangka di sebalik group whatsapp katakan group ABC ada 20 orang (contoh saja ya), rakan-rakan semasa zaman-zaman belajar dulu dengan karenah yang pelbagai...di sebalik group ini ada wujud group yang lebih kecil...mesej secara personal yang tidak dapat dilihat oleh semua ahli group, kerana kita berhubung guna nombor telefon, lebih privacy sedikit berbanding facebook banyak sangat celah iklan, game request, notification, page etc, malah rakan-rakan yang tidak kita kenali.

Kan...betul tak? Alaa.. semua orang pun buat gitu...

Satu ketika dulu heboh tersebar di laman fb, whatsapp seorang ahli politik kritik itu ini tentang parti yang disokongnya, yang salah dan pencetus polemik itu sudah tentu tukang sebar mesejnya secara terbuka/terdedah di laman fb. Atau mungkin dia kena perangkap oleh tukang sebar tadi. Nampak macam privacy jer mesej-mesej dalam group whatsapp ni sebabnya kita kenal antara satu sama lain agak lama juga, ada yang pernah bercinta tapi tiada jodoh, yalah ada kawan satu sekolah rendah/menengah/satu office/kejiranan kita... tapi bab tangan gatal dok sebar sana sini bukannya kita dapat kawal sepanjang masa.

Saya teringat pelakon Bollywood - Amir Khan kalau tak silap saya... saya terbaca satu artikel...wartawan tu tanya pendapat Amir Khan tentang laman sosial... pelakon tu jawab dia tak nak ada sebarang akaun di laman sosial, dia tidak mahu mendedahkan fikirannya, jawapan yang saya suka sangat-sangat! Seandainya dia buka satu akaun saja pun ...saya percaya tentu ribu, ratusan atau juta bilangan pengikutnya.

Saya teringat juga baru-baru ini... ada seorang artis kita meluahkan rasa sedih kerana peminat kutuk gambar-gambar anaknya yang aktif dimuat turun di laman Instagram...
Nak buat macam mana kan... kalau namanya artis banyaklah mata yang memerhati, segala macam apa sahaja yang dibuat semua orang tengok, komen macam-macam...

Saya teringat juga (amboi banyaknya teringat engko...) mula-mula berfb dulu... saya sering rasa lucu tentang sesetengah perkara. Saya selalu berkata sebegini...sekarang orang biasa pun boleh menjadi artis segera...letak gambar solek cantik-cantik dah nampak awet muda tak lama lepas tu laju jer rakan-rakan fb 'like', berduyun-duyun komen memuji memuja hahaa...
Ditambah lagi adanya app kamera 360 senang sangat menjadi 'artis'.

Dan macam-macam perihal lagi... bagi sesetengah golongan tertentu, laman sosial boleh jadi syurga idea/ilham kepada mereka yang bergelar penulis. Itu jer nak cakap, noktah...

Next station... nak cerita tentang upload gambar makanan, beberapa ketika dulu heboh/viral issue ini di laman sosial, menimbulkan bermacam rasa tidak puas hati di samping ada juga yang bersetuju, kononnya mereka yang selalu upload gambar makanan ada masalah mental - menurut penulis artikel yang dikatakan 'pakar psikologi'.

Pendapat saya... upload gambar makanan ke laman sosial itu tidak salah, tetapi ianya menjadi salah, bermasalah, masalah mental... apabila upload dengan niat menunjuk-nunjuk, riak atau bangga. Contoh - kita sering makan minum santapan mewah di hotel-hotel, restoran aras tinggi...kita pun upload gambar-gambar makanan disertai 'caption' bodoh sombong... yang ini memang 'berat 66'.

Ianya berbeza jika situasinya begini... makanan sedap wei...sentaaappp jer selera kita nengoknya, tapi disertai resepi membuatnya, tidaklah kita tiba-tiba spoil mood kan?
Atau kita tiba-tiba berkunjung ke satu tempat, makanannya perrrgh! Boombastik sungguh...kita pun upload gambar, nyatakan harga dan tempat, sedikit ulasan menarik manatau ada rakan-rakan kita yang hendak ke situ bila-bila masa ada kesempatan mereka. Dalam masa yang sama kita tolong promosi perniagaan makanan yang sodap tu, tentunya menambah nilai kepada pemiliknya.

Habis tu yang rancangan masak-masak, channel TLC, AFC segala macam channel berkaitan masak-masak tu takkan mereka semua ada masalah mental? Tentunya tidak, itu rancangan menyebarkan ilmu.

Ada rakan fb saya, wall dia memang cerita tentang makan-makan saja...dia letak gambar makanan yang sudah dicubanya di rumah dan menjadi...disertai resepi masakan... masyaAllah ribuan  'like' yang dia dapat, bab komen share tak payah ceritalah, memang viral... dan setahu saya dia bukannya chef terkenal ke, chef restoran ke...cuma seorang suri rumah yang juga pencari resepi di ruangan internet...mungkin kerana dia ikhlas berkongsi resepi di fbnya, tu yang jadi macam tu...tidak pernah pula saya membaca setakat ini komen-komen negatif di fbnya...rata-ratanya menyatakan keinginan hendak mencuba resepi yang dipaparkan. 

Di situ sudah terbentuk satu pemikiran bahawa masakan rumah adalah masakan terbaik, bersih pun bersih, halal pun halal. Tapi yang berniaga makanan itu pun bukannya tak baik... dari diri kita sendiri pandai-pandailah pilih yang berbaloi untuk dimakan. Kehidupan kita kini sentiasa diikat oleh kesibukan kerja agak sukar untuk masak masakan rumah secara kerap. 


Ok, seterusnya membebel pasal apa lagi ya, berkaitan whatsapp/laman sosial ini? Oh... masa mula-mula berfb, rasa seronok dan rasa bebas upload gambar macam-macam tentang diri sendiri, family dan rakan-rakan... tahun demi tahun, rupa-rupanya ada yang memerhati dalam diam, sekarang ada ketikanya saya rasa rimas ber fb... saya tak kacau wall orang lain, hanya sibuk dengan fb sendiri...upload gambar sendiri pun jarang-jarang sudah. Tapi persepsi segelintir rakan fb yang jenis ultra sensitif, sentap memang merimaskan.

Sebelum ini saya pernah menulis entri - pandangan saya tentang kawalan emosi sekiranya kita aktif di laman sosial. Jangan terlalu serius dengan apa sahaja yang kita baca di news feed apatah lagi sekiranya status post itu bersifat umum... dan jangan percaya 100% kerana masing-masing pun ada rangkaian friend list yang kebanyakannya tidak 'friend' dengan kita.

Ada sekali tu saya berhari raya di rumah rakan beberapa tahun sudah, dalam masa yang sama kami juga rakan fb, sebelum itu rakan sekolah menengah dan satu universiti cuma berlainan fakulti. 
Setelah juadah dihidang...kebetulan emaknya ada di situ duduk bersama kami...tiba-tiba rakan ini mengatakan saya pandai masak itu ini...tersengih juga mendengarnya sebab macam tak kena dengan diri sendiri, saya dengan rendah hati membalas saya tahu masak ala kadar saja ikut selera...memang betul pun. Katanya dia berkata begitu disebabkan saya selalu post gambar-gambar makanan homemade di fb.

Nampak tak? Apa yang selalu kita post di fb...mungkin bagi kita sekadar buat semak jer kat fb sendiri... tapi ternyata persepsi orang lain yang melihatnya berbeza pandangan. Fuh! Nasib baik dia kata gitu jer...depan orang tua pula tu, hehehe...

Selain makanan...saya selalu share berita semasa, sedikit hal politik serta pemimpinnya, dan hal ehwal persoalan agama - menutup aurat, solat. Saya cuba elakkan setakat yang termampu bercerita tentang diri saya di fb, selfie atau komen tentang peribadi orang lain.

Rupa-rupanya ada juga yang sentap padahal semua yang saya share itu adalah rujukan untuk diri sendiripun...saya perasan seorang rakan ini sentap, kata-katanya ketika berjumpa satu ketika dahulu seperti dipengaruhi oleh apa yang saya kongsi di wall.
Tapi saya tak mau layan lebih-lebih... dah memang kita bukannya nak kondem orang lain, memang untuk rujukan sendiri.

Tapi... saya kurang senang apabila ada rakan-rakan yang share gambar-gambar mangsa tragedi, kemalangan, kebakaran, mati lemas atau dianiaya. Kesian ahli keluarga mangsa, cuba bayangkan (palis-palis) kita yang berada di situasi tersebut, rakan-rakan fb 'viral' kan gambar-gambar saudara kita yang terdedah aibnya itu...alangkah hancur, sedih, marah, geram hati kita.

Ok, beralih kepada babak cerita seterusnya...ada seorang rakan saya, dia sangat sibuk dengan kerjaya, seorang ibu dan isteri. Cutinya hanya sekali seminggu pada hari biasa, hujung minggu dalam sekali dua sahaja dapat bercuti, kalau hendak menghabiskan cuti tahunan kena pohon awal-awal itupun bergantung kepada majikannya. Tapi saya tabik hormat dengan dia setiap kali ada kesempatan cuti...dia luangkan masa berkualiti dengan anak-anaknya, seperti berpiknik di tepi pantai, air terjun atau memasak makanan sedap-sedap untuk keluarganya. Yang menariknya caption yang ditulisnya apabila dia upload gambar-gambar mereka sekeluarga - kalau tak suka tengok abaikan jer atau unfriend/block saja fb nya, hahaha....saya suka caption ini...

Inspirasi dari kata-katanya itu... saya tulis begini di instagram saya - ig saya adalah 'storage' untuk resepi homemade, d.i.y atau apa-apa sahaja benda-benda kreatif, yang kurang selesa just unfollow saja, it's ok.

Jadi kalau ada yang marah-marah geram tak puas hati tu...saya dah jawab awal-awal dah...
sungguh kalau kita benar-benar kurang selesa dengan sesuatu...pergi jauh-jauh dari situ, tak payah gaduh sindir menyindir yang banyak buang masa dan tak ada faedah langsung.

Wau! panjangnya saya membebel...disebabkan kouta internet saya dah sampai limit, jadi tulis cerita/entri tanpa gambarlah jawabnya. Nak upload gambar untuk cerita bergambar di blog sekarang ini, sangat-sangat lambat...nanti masa isi reload internet baru sambung balik cerita bergambar...tu yang jadi tukang bebel tu... 

Nampak gayanya sudah sampai penghujung cerita, tekak pun rasa kering asyik membebel sajaaa...ok lah sambung lain cerita pula.

love,
mr
kapar klang
27/11/2014
khamis
 

 

 



 





 











Tuesday, November 25, 2014

MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN,SABAH

Assalamualaikum...

Melancong ke Sandakan, Sabah? Makan di mana ya? Lupakan sekejap tentang fast food - KFC, McD, Pizza Hut, Marrybrown, Burger King dan yang segaris dengannya. Boleh didapati di seluruh Malaysia setakat fast food itu,betul kan?Ok, fokus kepada Sandakan sebuah bandar di tepi laut, tentunya aneka makanan laut segar menjadi tarikan istimewa untuk dinikmati.

Saya lahir dan melalui zaman kanak-kanak, remaja sehingga berusia 19 tahun di Sandakan, kemudian pada 20 Mei 2000 lagi enam hari menjelang harijadi saya yang ke-20 ketika itu...saya sudah berada di Kuala Lumpur di Semenanjung Malaysia, hidup saya berubah bermula dari tarikh tersebut. Sehingga kini 2014 Oktober, saya masih lagi di bumi Malaya mencari rezeki di sini...tapi setiap tahun saya akan pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga tercinta.

Dalam belasan tahun ini... saya melihat banyak perubahan di bandar Sandakan, tapi untuk cerita hari ini saya fokus kepada subjek makan-makan di Sandakan.
Terkini saya melihat ada banyak pengaruh makanan dari Semenanjung Malaysia antaranya masakan tomyam, paprik, nasi lemak, rendang, sambal merah, lontong/kuah lodeh.

Senarai menu berikutnya boleh didapati di kedai-kedai makan biasa, dan makanan jalanan/street food.


SARAPAN PAGI/WHOLE DAY

Mee goreng dan telur mata
Pisang goreng
Aneka roti
Nasi kuning berlauk sambal telur atau ikan tongkol
Cakoi
Terang bulan (apam balik)
Sup ayam/daging
Kuih muih tradisional
Jagung bakar

Menu di atas biasa saya jumpa pada waktu pagi, sama ada di kedai-kedai makan/tepi jalan - street food atau di atas pasar besar. Di Sandakan ada kilang memproses mee kuning kering, selalunya mee goreng di sini gelap berwarna hitam disebabkan kami guna kicap yang banyak untuk goreng mee ini. Ayam goreng seketul sangat mahal contoh, paha ayam goreng boleh berharga RM 5 - RM 6...itu baru seketul.

Yang uniknya di sini...semangkuk sup kosong mesti ada sebagai pelengkap hidangan, contoh kita pesan nasi kuning berlauk dan minuman, diiringi sup kosong walaupun kita tidak request.

Pisang goreng menggunakan pisang Sabah atau pisang sanggar. Aneka roti, cakoi dan mee goreng biasanya terdapat di kedai makan Cina. Oh ya, di sini majoriti kaum Cina yang berniaga, kedai dan restoran mereka ada di mana-mana. Minoriti yang berniaga makanan terdiri mamak muslim/keling dan orang tempatan atau yang separuh tempatan...hehe...sini banyak pendatang from Indonesia dan Filipina mencari rezeki mengharap tuah dalam kehidupan mereka, datang dengan cara halal atau haram itu saya tak nak komen apa-apa...korang tengoklah sendiri. Dan di sini juga ada penjual permaidani - from Pakistan mereka menjaja dari rumah ke rumah.

Untuk selera mamak muslim atau dipanggil keling menurut panggilan orang tempatan, lebih kurang sama macam di Malaya juga, ada roti telur, roti canai...senang cerita segala macam aneka masakan mamak muslim pun ada. Cuma kalau kita order minuman macam ni sebutannya:

Nescafe nai - nescafe susu panas, sini semenanjung sebut nescafe saja kan
Milo ping - milo sejuk/milo ais
nescafe nai ping - nescafe ais
Nai merujuk kepada susu dan ping merujuk kepada ais/sejuk

#menu-menu di atas yang selalu saya jumpa ketika zaman sebelum merantau lagi, sekarang bermacam-macam menu baru yang muncul. Cuma sebutan nai dan ping itu masih kekal sehingga sekarang.

MAKANAN POPULAR DAN AVAILABLE SEPANJANG HARI

Sayap ayam /kepak ayam panggang
Buntut, hati dan pedal/bedal ayam panggang
Ikan tongkol bakar
Udang, ketam, sotong,ikan bakar/panggang
Rumpai laut
COTO MAKASSAR
Bakso
Sup ayam/daging
 Jagung bakar

Coto makassar itu sengaja saya highlightkan sebab melalui dapatan di blog-blog di "rumah pakcik Google" ada banyak yang menulis tentang kesedapan coto makassar ini. Betul dan memang betul...ianya sedap sangat, saya bagi 5 bintang...hehehe...


Bos Cina tapi pekerja tempatan - pemandangan biasa di kedai-kedai makan, ianya dijamin halal, yang masak semuanya Islam, InsyaAllah walaupun majikannya non Muslim.
Yang tak halal selalunya ada bunting/banner/gambar arak di sekitar kedai, yang itu jangan masuk, sure tak halal punya.
Kita juga akan selalu melihat ayat sebegini - SERVE NO PORK di dinding restoran.
 Ada juga restoran yang pamer gambar-gambar lama Bandar Sandakan di dinding-dinding restoran, hitam putih dan dibingkai cantik-cantik.

Di meja-meja makan...ini merupakan perkara biasa, jom lihat gambar yang saya maksudkan:-

 Nak makan guna chopstik, sudu garfu...terpulang, nak tambah seasoning kegemaran dalam makanan yang diorder pun ikut suka kamu.

Ok, sekiranya kita hendak makan di tempat yang standard tapi berbaloi-baloi, ala-ala mahal gitu... tentunya ada restoran sebegitu. Antaranya Restoran Ocean King yang terletak di tepi laut, English Tea Restaurant dekat Agnes Keith House (dapat view panorama bandar Sandakan dari Pavilion), di Sim-Sim pun ada siap free nasi lagi. Pasar malam berhampiran perpustakaan dan pejabat pos ada banyak pilihan bakar-bakar, seafood, nasi campur, makanan tradisional, jalan menuju ke Bandar Ramai-Ramai. Ada tempat lain lagi tapi korang carilah sendiri ya? Mood melancong dan meneroka gitu..

Sebenarnya walaupun saya orang Sandakan...saya sekadar limpas/lalu sahaja tempat-tempat makan sebegitu...sebabnya untuk aneka seafood udang, ikan, ketam, ikan pari segar bugar...rumah kami  tak jauh sangat dari laut, kami beli terus dari nelayan yang mencari rezeki di sekitar Pantai Dandulit. Murah pun murah di bawah RM 10 sekilo, segar pun segar.

Ayam? Sentiasa berharga RM 10 dan ke atas setiap kilogram, memang mahal dan ianya menjadi juadah istimewa ketika perayaan dan kenduri kendara.
Ikan kembung atau ikan lumahan, mengikut panggilan tempatan dan ikan sardin...boleh jatuh harga sehingga seringgit sekilo! Sampai jemu makan, tapi bukan selalu ada masa-masa tertentu saja.

Purata harga ikan di Sandakan di bawah RM 5, di bawah RM 10...yang pasti sentiasa lebih murah daripada harga ayam perkg. Sayur dan buah-buahan.. Alhamdulillah tersangat banyak pilihan, ikut citarasa masing-masing nak yang mana. Katakan kita dari bandar Sandakan hendak ke Sepilok yang terletak di batu 16... dalam perjalanan adalah perkara biasa melihat gerai-gerai buah-buahan di tepi jalan. Antaranya buah terap, cempedak, rambutan, pisang.

Di Sandakan, perkara biasa kita melihat orang tua-tua berjalan berpasangan atau bersendirian...bukannya tidak dipedulikan oleh anak-anak, tapi ada di antaranya memang jenis kuat bekerja tenaga pun masih gagah lagi, turun sendiri ke bandar membeli barang-barang yang mereka perlukan (bercakap sedikit tentang apa yang dilihat).

Kaum Cina dan bangsa Sungai hampir sama sahaja bentuk muka dan kulit mereka - mata sepet, kulit putih, yang membezakan dari segi pakaian, bahasa atau kadang-kadang sukar dibezakan sekiranya kita orang luar yang berkunjung ke sana.

Pasaraya, premis perniagaan dibuka seawal pagi bermula jam 7.30am/8.00 am. Pasar besar dan kedai-kedai makan dibuka lebih awal sebelum atau ketika matahari baru terbit. Tempat yang happening, agak meriah tertumpu di kawasan Waterfront Sandakan sehingga waktu lewat malam. Lain-lain tempat akan mula sunyi seawal jam 8 pm ke jam 9 pm.
Bandar ini 'bangun' awal dan 'rehat' pun awal.

Ok... jom layan gambar lagi :-

 Rumpai laut/agar-agar, yang dalam bungkusan plastik tu saya tak tahu namanya















 Buah terap dari belakang rumah kami


Isi buah terap


sambal lada








 ABC


COTO MAKASSAR - kami pilih coto makassar campur/special, ada nasi impit, hirisan daging, urat, paru, isi ayam. Rasa kuahnya ada rasa kacang tanah ditumbuk, rasa lemak manis-manis...datang Sandakan WAJIB makan ini!


  Waterfront Sandakan


 Anggur laut - kategori rumpai laut, saya sangat-sangat suka yang jenis anggur ini, makan begitu saja pun sedap (ikut selera sayalah hehe...)



 Ok, abaikan orang dalam gambar tu... yang penting nak cerita pemandangan Waterfront, Sandakan kat belakang saya tu...


 Tu papan tanda pelancongan yang di belakang saya.





Laut Sulu
Di seberang sana terletak Pulau Nunuyan, dekat saja kan...


 Makanan terlarang tetapi popular, sama seperti rokok seludup - tentunya telur penyu, boleh didenda puluhan ribu jika didapati membeli dan menjual. Ini tuan rumah hidangkan kami sewaktu berkunjung berhari raya. Telur penyu seperti bola ping pong yang lembut.

 
Udang masak nanas pun sekali hidang dengan juadah di atas.


Sekitar waterfront, sayang sekali matahari terbenam arah lain...tak nampak dari sini



 ABC buah special sekali dengan aiskrim, di Waterfront,Sandakan


Burger ayam special

___________________________________________________________


Gambar-gambar seterusnya diambil semasa berada di Kota Kinabalu...sama jer makanannya dengan di Sandakan, tak banyak beza. Jom layan gambar makanan...

 

 Ini namanya putu/piutu, diperbuat daripada ubikayu parut, diperah airnya kemudian digoreng tanpa minyak, ada yang ditambah kelapa parut atau gula, semacam pengganti nasi.







 Inilah ikan tongkol bakar dan ikan kerisi bali bakar


 Buntut ayam/tongkeng bakar 



 Sambal kicap iringan sayap ayam, buntut ayam panggang

 








 Sayap ayam panggang...pun WAJIB makan









 Sekali lagi...WAJIB cuba, mesti makan sayap ayam bakar/panggang kalau datang Sabah





 Yang ini agak mahal boleh mencecah harga RM50 seekor - LOBSTER





 Aksesori wanita daripada pearl/mutiara, pastikan anda handal dalam proses tawar menawar untuk dapat harga terbaik dan puas hati. Kalau ada kawan orang Sabah, bawa dia sekali, lagi mudah kalau pandai cakap bahasa tempatan.

OLE-OLE (Nak cepat pergi ke Pasar Umum/Central Market, semua ada di sana)

udang kering
ikan bilis
ikan terubuk masin
belacan merah/papar
kuih cincin
kuih penyaram
souvenier - key chain, T-shirt etc



 love,
monalizahrais
kapar klang
25/11/2014
selasa