Assalamualaikum...
Sepanjang minggu ini, ada beberapa berita yang hangat di laman sosial, sebenarnya yang menarik perhatian saya. Rakan-rakan Facebook banyak yang berkongsi di wall mereka berita berkaitan pembantu rumah yang mendera anak majikannya begitu juga dengan pencerobohan sekumpulan askar yang mengaku mereka askar diraja kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Banyak wanita bekerja dan berpendidikan tinggi, malah yang tidak berpendidikan tinggi pun ramai juga yang bekerja untuk menampung perbelanjaan bulanan. Harapkan suami sahaja bekerja kalau setakat dua tiga ribu sebulan, ditambah dengan ansuran rumah atau sewa rumah, bil api air, astro, makan di luar sewaktu bekerja, belanja dapur, pakaian... yuran anak-anak bersekolah, kereta (minyak dan maintenance) susu dan lampin pakai buang kepada mereka yang ada anak kecil. Tak termasuk kecemasan dan tabungan ( itupun kalau ada RM yang berbaki untuk disimpan! ).
Tentunya di luar jangkaan ibu bayi itu, pembantu rumah bertindak demikian, saya sendiri rasa marah, geram juga membaca berita tersebut. Saya tertanya-tanya sendiri, apakah pembantu rumah itu tidak ada keluarga di Indonesia? Dia tidak ada adik-beradik, anak saudara atau anak sendiri? Kenapa dia sanggup menghempas bayi itu seperti menghempas barang mainan saja lagaknya. Orang yang bujang pun tahu sayangkan budak-budak. Apatah lagi yang sudah berumahtangga dan ada anak sendiri. Kejam sungguh dia tu, manusia yang entah hati apa yang ada dalam dadanya, sedangkan haiwan pun sayangkan anak.
Dan sekarang pembantu rumah itu sudah ditahan reman dan proses dijatuhkan hukuman, semoga dicepatkan balasan setimpal untuk kejahatannya itu... selepas ini kerajaan Malaysia perlu mengkaji semula struktur gaji pembantu rumah dari Indonesia... bukan main lagi demand minta gaji RM 700 hanya untuk satu kerja tapi tengok apa yang jadi? Memang tidak semua maid Indon seperti itu dan ada juga kes di mana majikan mendera maid... tapi mengikut pendapat saya, lebih baik cari alternatif lain untuk menjaga anak-anak kecil ini misalnya diwujudkan nursery di setiap kawasan taman perumahan atau tempat kerja. Pekerjanya pula terdiri daripada orang tempatan, misalnya ibu tunggal atau mereka yang berminat dan suka dengan kanak-kanak. Diadakan sedikit kursus untuk pekerja yang khusus menjaga bayi dan kanak-kanak. Ada pemantauan berkala dari pihak berwajib dan ibu bapa.
Hendak mengharap datuk nenek menjaga cucu mereka, sebagai anak atau anak menantu walaupun ibu bapa kita rela menjaga anak-anak kita yang masih kecil, kasihanilah mereka kerana usia tua mereka itu. Sebaiknya sediakan juga pembantu tapi dipantau oleh ibu bapa kita. Lagipun ibu bapa yang sudah usia senja itu sebaiknya kita dorong dengan menghantar mereka menunaikan haji misalnya atau beri mereka kesenangan mengikut kemampuan kita. Sudah dari kita bayi sehingga bercucu pun... takkan kerja mereka asyik jaga anak dan cucu saja sehingga ke akhir hayat? Orang tua mereka yang sudah pergi dulu tentunya memerlukan jagaan saudara atau orang lain untuk menjaga anak-anak kecil mereka.
Zaman sekarang sukar kita mengekang kaum wanita daripada menjadi suri rumah sepenuh masa, malah yang duduk di rumah sahaja pun banyak yang bekerja dari rumah, ada yang menjalankan perniagaan online, menjahit atau berniaga makanan. Zaman orang tua kita dengan zaman kita sekarang sangat berbeza. Keperluan hidup semakin meningkat harganya dari sehari ke sehari, tidak turun tapi terus naik! Malah lelaki berkualiti juga semakin berkurangan... dan ini salah satu faktor kenapa ramai wanita bekerja walaupun sudah berumahtangga dan beranak pinak.
Tentang pencerobohan di daerah Lahad Datu, Sabah tu, melalui berita nasional dikhabarkan semuanya terkawal dan sudah selesai. Yalah, untuk mengelak berita-berita tambahan yang tidak berasas tersebar dan dapat menimbulkan rasa tidak selamat. Ramai juga penduduk kampung saya di Sandakan itu menjadi warga Felda berdekatan lokasi pencerobohan. Tidak mahu komen lebih-lebih cuma pendapat peribadi saya - tuntutan mereka ke atas beberapa kawasan di Sabah tidak berasas sama sekali dan jangan dilayan tuntutan itu! Keadaan mereka bergolak di tempat sendiri, mereka sebenarnya cuba mencari tempat baru untuk mewujudkan pusat pemerintahan mereka sendiri.
Masih lagi di takuk lama dengan pemikiran lama yang sudah jauh ketinggalan. Datang ke tempat orang, menceroboh pula tu, terang-terang sudah melanggar peraturan. Bayangkan kita sedang berada di tempat kerja, sampai waktu habis kerja kita pun pulanglah ke rumah. Tiba-tiba sampai depan rumah kita... pintu rumah terbuka dan setelah dilihat rupa-rupanya sanak saudara kita sudah memasuki rumah tanpa kebenaran kita. Siap menuntut sebuah bilik untuk didiami kononnya mereka ada hak untuk bilik itu disebabkan kita saudaranya. Tentunya kita rasa tidak selesa apabila diterjah begitu sahaja. Sekadar tamsilan.
Tak payah nak tuntut itu inilah. Hidup dengan asyik berperang merebut itu ini mengatakan itu haknya walaupun samar-samar tidak ada gunanya, tidak akan maju sampai bila-bila malah bertambah mundur dan semakin sempit pemikiran itu. Tentunya pasukan keselamatan kita bukannya calang-calang mudah dikalahkan, semoga penceroboh itu cepat-cepat diusir, walau dengan apa cara sekalipun. Bikin kacau ketenteraman orang awam sahaja.
love,
monalizahrais

No comments:
Post a Comment