Tuesday, December 24, 2013

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Assalamualaikum....

Hari ini Selasa,esok Krismas bakal menjelma. Selamat menyambut Hari Natal kepada mereka yang merayakannya.

Tajuk di atas berkaitan tanggungjawab bersama. Kenapa saya berkata demikian. Kita sedia maklum, antara anak remaja dengan orang dewasa terutama sekali yang sudah mendirikan rumahtangga... apa yang ada di fb/tweeter/whatsaap mereka? Dan sebagainya itu?

 Bukan sesuatu yang menghairankan apabila kita melihat wall fb seseorang yang sudah berumahtangga, dia berkongsi tentang peranan ibu bapa atau apa sahaja status yang berkaitan kekeluargaan dan rumahtangga. Kerana dia sudah berkahwin. Zaman sekarang orang berkahwin rata-rata umur 20 tahun ke atas, sangat jarang berkahwin pada usia belasan tahun, ianya berbeza di zaman orang tua kita dahulu.

Tapi kita ada adik beradik atau anak sendiri yang sedang meningkat remaja. Suka tak suka, kita yang di fasa dewasa ini perlu memantau facebook adik beradik atau anak sendiri, supaya tidak terlalu hanyut dengan 'penyakit' cinta monyet. Sekarang banyak anak remaja atau 'remaja purba' yang sedang asyik dibuai perasaan muluk-muluk tidak segan menyatakan 'cinta suci' mereka di wall fb. Dicanang disebarkan kisah cinta mereka di fb dengan tujuan si polan si polin miliknya ketika itu. Hakikatnya itu bukan jaminan jodoh mereka kelak.

Jika tidak dipantau oleh keluarga terdekat, nak harapkan rakan-rakan mereka? Pun 2x5 juga, pimai pimai tang tu juga kan. Ini antara cabaran anak remaja masa kini. Sangat mudah bersosial/bercinta di laman-laman sosial, tidak segan dengan tanggapan keluarga sendiri. Orang lain apatah lagi. Bukannya keluarga tidak menasihati mereka, tapi itulah... zaman ini sangat mencabar, di hadapan kita mungkin nampak baik dan sopan, di belakang? Tu yang kena pantau lebih, kena ambil tahu siapa kawan mereka, dengan siapa mereka bergaul. Antara kerja yang sangat membosankan - memantau tapi tidak dapat dielakkan kerana ianya tanggungjawab bersama.

Beberapa minggu sudah, adik saya yang sekolah menengah yang dua orang tu dan emak datang ke sini. Hampir sebulan jugalah mereka berada di Lembah Klang ini. Walaupun adik saya sendiri, awal-awal lagi saya sudah sembunyi laptop dalam almari. Wi fi saya tutup. Nampak macam kedekut kan? Sebabnya saya sudah maklum cuti-cuti sekolah begini, apabila laptop ada depan mata, tentunya bermacam game akan dilayan siang dan malam, tidur lewat dan bangun lewat, mengabaikan banyak perkara yang sepatutnya mereka lakukan - seperti menolong membuat kerja-kerja rumah, membaca buku. TV? Tak payah cakaplah, confirm kalau sehari ada 50 jam pun, 50 jam itulah TV sentiasa ON, siang dan malam.

Jadi, tanggungjawab bersama untuk memantau mereka, bukan hanya peranan orang tua sahaja. Adik beradik yang lebih tua seperti saya ini, kakak sulung mereka suka tak suka perlu sentiasa menegur, menasihati mereka sama ada di laman fb atau di luar laman sosial. Kita menegur tidak bermakna kita sangatlah sempurna, hakikatnya tidak ada manusia yang sempurna, tetapi kekurangan dan kelebihan masing-masing itu saling melengkapi iaitu dengan cara berpesan-pesan dan nasihat menasihati perkara berkaitan kebenaran. Tidak perlu pergi jauh nak sibuk hal anak remaja anak orang lain, ianya boleh dimulakan dengan keluarga sendiri. Pelajaran pertama itu bermula di rumah sendiri.

Sesiapa yang lahir dan membesar dalam suasana kampung... tentu sedia maklum betapa 'prihatinnya' jiran-jiran sekeliling mengambil tahu hal-hal kita. Dan begitu juga dengan penyebaran cerita atau fitnah seakan-akan secepat angin bertiup. Tiba-tiba kita ditanya tentang sesuatu isu yang dikaitkan dengan kita walhal kita sendiri tidak mengetahuinya. Contoh, tiba-tiba si polan bertanya kepada kita, betulkah kereta kita ditarik sebabnya sudah sebulan tak nampak 'batang hidung' kereta di halaman rumah, padahal cerita sebenarnya kereta itu rosak dan masuk bengkel. Tahulah kita ada orang yang membuat cerita, terlebih fiksyen fikiran orang yang membuat cerita tersebut. (sekadar contoh ya...). 


Tanggungjawab bersama itu adalah yang berkaitan dengan kebenaran. Bukannya yang berkait dengan fitnah atau cakap-cakap kosong sahaja. Dahulu, 'laman sosial' untuk berhubung adalah melalui surat-surat rahsia, sekarang terus sahaja kepada laman sosial yang berlambak itu. Apa boleh buat kan, yang sudah tua-tua pun kena berfb juga paling kurang untuk memantau aktiviti adik beradik atau anak sendiri, kalau tidak begitu, kita tidak tahu apa yang mereka lakukan di belakang kita. 

 Kalau bukan keluarga sendiri yang prihatin, siapa lagi yang hendak diharapkan? Tak gitu?


love,
monalizahrais
jalan kapar, klang
selangor
24/12/2013 (Selasa)



 

 

Monday, December 23, 2013

47 RONIN @ GSC SETIA CITY MALL

Assalamualaikum...

Semalam, hari Ahad kami ke Setia City Mall, sebelum itu pergi Tesco dulu. Macam biasa, lepak di kedai MR. D.I.Y dekat Tesco dan kedai DAISO di Setia City Mall. Kemeriahan Krismas tu terasa sudah dengan lip lap lampu perhiasan bagai dari pokok Krismas. Ianya di luar jangkaan, tiba-tiba suami hendak tengok movie, katanya lama benar kami tak tengok movie sama-sama.

Mengimbas, kali terakhir kami tengok wayang bersama... mungkin beberapa tahun lepas, tak ingat dah, hahaha... alangkah seronoknya jika anda membesar dalam suasana kampung dan tidak terdedah dengan pelbagai unsur-unsur bandar seperti lepak di pusat membeli belah, atau tengok wayang atau yang lebih teruknya menghabiskan masa begitu sahaja.

Kami keluar rumah sekitar jam 2 petang dan sampai ke rumah +- jam 10 malam. +- 8 jam menghabiskan masa dan duit singgah di kedai kegemaran sekaligus tengok wayang. Nasib baik bukan selalu. Sesekali di hujung minggu aktiviti kami keluar di mana-mana (selalunya pusat membeli belah), pergi makan-makan sambil duduk-duduk tengok orang ramai lalu lalang, bercerita macam-macam perkara. Saya jenis orang yang kurang gemar berada di tempat ramai orang, tempat sesak, hospital dan bank, kecuali keadaan memerlukan saya berbuat demikian.

Semalam, lemas dan jemu saya tengok ramai orang, tapi disebabkan keluar dengan suami, gagah jugalah. Asyik 'dating' kat rumah jer, sesekali keluar best juga kan.

47 Ronin cerita tentang sekumpulan Samurai seramai 47 orang menuntut bela atas kematian tuan mereka, Lord Asano. Dikreatifkan dalam bentuk wayang berdasarkan kisah benar.

Ok, berikut tiket kami dan tin popcorn.










 love,
monalizahrais
jalan kapar,klang
selangor
23/12/2013 (Isnin)
 

 

Friday, December 20, 2013

AWAN DAN SENJA - SUNSET

Assalamualaikum...

Salam Jumaat, hari ini mendung dan hujan gerimis, mood cool sahaja sepanjang hari. Di bawah gambar awan dan cahaya matahari pada waktu senja. Sering kita mendengar awan diumpamakan seperti kapas. Tapi dalam gambar berikut, awan seakan-akan gunung (gambar pertama). Gambar- gambar ini saya ambil kebetulan menghampiri waktu Maghrib. Memetik kata-kata dari sebuah cerita bersiri di tv - senja memang indah tak terkata, namun malam tetap menjelma.

Jom tengok!

 Matahari seperti turun di balik gunung, yang sebenarnya awan. Indahnya ciptaan Allah.





 Yang ini pula cahaya merah tu sangat-sangat menyerlah. Dan tentunya sangat cantik. Cantik yang seketika sebelum malam menjelma. 

Kita dapat tamsilkan dalam kehidupan kita... bayangkan usia emas yang singkat itu sebelum berangkat 'pergi' ke alam lain, tentunya kita harapkan saat-saat indah untuk dinikmati. Dan kenangan manis untuk orang yang ditinggalkan. Ada anak cucu tempat bermanja, berhibur, juga waktu yang tenang untuk beribadat kepadaNya. Mencukupkan bekalan menghadapi keadaan di 'sana'.

Lokasi saya mengambil gambar-gambar ini hanyalah dari tepi jalan raya, di Jalan Kapar, berhampiran tempat tinggal kami sekarang. Terus ke hadapan adalah jalan menuju North Port, dan Tanjung Harapan, ada laut dekat sana. Mesti ada tempat tertentu dapat lihat matahari terbenam seolah-olah ditelan laut, tapi saya tidak tahu di mana 'port' tersebut.

 Setiap ciptaanNya ada banyak pengajaran dan pelajaran untuk direnungi, tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia, semuanya ada fungsinya.


Love,
Monalizah Rais
Jalan Kapar, Klang
Selangor
20/12/2013 (Jumaat)
17 Safar 2013 


 




 

KAMPUNG WARISAN SABAH (BERDEKATAN MUZIUM SABAH)

Assalamualaikum...

 Jom tengok gambar-gambar berkaitan Kampung Warisan, Sabah berdekatan Muzium Sabah. Saya pergi sini dengan adik dan adik ipar. Gambar lama ni tahun 2011, daripada terus terperap dalam badan si Green (my lappy) ada baiknya saya letak dekat blog, manatau ada manfaat kepada orang lain yang bercadang jalan-jalan ke Sabah.

 Beli tiket untuk ke Muzium Sabah RM 2/pax boleh terus pergi melawat kampung warisan ini. Masuk muzium, keluar muzium dan terus ke sini dengan hanya satu tiket. Murah dan berbaloi-baloi. Memasuki kawasan Kampung Warisan... kita seolah-olah memasuki dimensi masa, balik ke masa lalu, amat tenang dan sejuk mata memandang. Biarlah gambar-gambar di bawah ini berbicara. Jom!







Perlu melalui jambatan gantung untuk sampai ke Kampung Warisan.












































Ini antara sisi pandang yang saya gemari di Kampung Warisan. Mood tradisional dan asli begitu menyerlah.









Yang ini pun saya suka tengok, spontan seperti ada 'mentol' lampu menyala di ruang fikir saya.
































































Berlatarbelakangkan Rumah Bisaya.









































Mengikut pengamatan saya... maaf saya tak tahu namanya tapi ianya dibuat menggunakan rotan. Bukan mudah untuk mengumpul dan mencari rotan sebanyak ini, semasa balik kampung emak, saya mendengar pengalaman pakcik saya mencari rotan... amat mencabar dan perlukan pengalaman luas, bukan semata-mata tentang mencari rotan, tetapi hendak mengambil rotan itu yang mencabar, ada durinya silap tarik boleh luka jawabnya.




Boleh lompat-lompat kat atas ni, seronok, cubalah!









Cuba teka, apa yang ada dalam tajau tu?.


















































Love,
Monalizah Rais
Jalan Kapar, Klang
Selangor
20/12/2013 (Jumaat)
17 Safar 1435