Wednesday, February 27, 2013

BUNGA BETIK DAN UDANG TAJAM

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu !

 RM 1 untuk sepinggan kecil. Saya beli di pasar malam Klang, setiap Sabtu ada pasar malam kat situ. Tidak jauh dari Masjid Bandar Diraja Klang yang cantik itu. Ok, sebab saya nak memang dalam kuantiti kecil, makan sesekali sayur pahit untuk kesihatan. Ini bunga betik yang belum kembang lagi. Selain bunga, pucuk betik sedap dibuat sayur, terutama sekali mereka yang menggemari sayuran pahit untuk faedah kesihatan. Tak payah makan selalu, sekali dalam masa dua minggu atau sebulan sekali pun sudah ok. Yang penting selalu makan makanan seimbang. Kombinasi lauk yang dilengkapkan dengan sayur.

Kami di rumah, petua untuk menghilangkan/mengurangkan rasa pahit pucuk/bunga betik ini sangatlah mudah. Rebus seketika sekali dengan daun jambu atau asam jawa. Nak pahit yang sederhana, rebus sekejap, nak menghilangkan pahitnya, rebuslah lama sikit. Tapi saya suka rasa pahitnya yang asli. Untuk balance rasa pahit ini, masak sekali dengan udang jadi resultnya = pahit sayuran bergabung dengan manis udang.

 


Udang tajam saya goreng asing. Kemudian bunga betik ini saya masak sama seperti kita tumis sayur, masukkan udang tajam dan masak seperti biasa.

Pahit dan manis. Masakan kampung, maklumlah kan orang kampung, sumber sayur-sayuran itu tidak semestinya yang dibeli di pasar sahaja, di sekeliling rumah kita pun banyak berlambak. Just petik sahaja, fresh lagi. Aduh, tiba-tiba saya terfikir hendak beli betik muda pula, nak buat sayur juga... hmmm...

love,
monalizahrais 

 

REBUNG DAN UDANG TAJAM

Assalamualaikum...
 
 Rebung yang dah siap dihiris beli sekilo RM 3 di Pasar Besar Klang. Udang tajam tu pula dibeli dengan harga RM 7 sekilo. Berbaloi dan dapat masak beberapa jenis masakan berlainan. 

Bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia ditumbuk, cili padi diketuk kemudian tumis.
Nak tambah serai pun ok juga.
Setelah layu masukkan udang tajam yang sudah dibersihkan dan tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan rebung, terus tumis kacau seketika, kemudian masukkan air.
Setelah mendidih dan hampir masak rebung tu, bolehlah dimasukkan santan, api sederhana, masak seketika, tambah garam gula ajinomoto ( pilihan ) dan tutup api.
Makan dengan nasi panas, sedappp!
 
#Rebung boleh digantikan dengan nangka muda, untuk dimasak seperti kaedah di perenggan atas.


Memandangkan kulit udang tajam itu keras... jadi macam kita makan siput sedut, kemudian kupas kulit udang perlahan-lahan sebelum makan dengan rebung dan nasi. Masing-masing punya selera. Di kampung halaman, emak selalu masak lemak campur dengan ikan masin atau makanan laut. Versi yang lainnya saya campur masak dengan sotong. Diringkaskan ceritanya, masih bahan yang sama cuma rebung ini nak masak dengan seafood pun sedap, bagi saya dan suami yang merupakan penggemar seafood ini memang selalu buat macam tu...

Lain kali  pergi pasar saya nak beli rebung, saya nak beli part rebung yang paling lembut - macam daun muda... lebih power rasanya apabila dimasak sebegini.

 
 love,
monalizahrais 

Monday, February 25, 2013

HAKIKAT KEBENARAN

Assalamualaikum...

Bercakap tentang kebenaran... hakikat kebenaran memang pahit. Bercakaplah benar walaupun pahit untuk dikatakan. Kita mungkin akan dipandang hina, dipulaukan atau kena marah, maki hamun. Zaman sekarang dapat dilihat, banyak yang sudah terbalik, selain lelaki menjadi perempuan atau perempuan menjadi lelaki, perkara benar dianggap salah dan perkara yang jelas salah itu pula yang dianggap benar. Malah sesiapa yang cuba bercakap benar... tidak dipedulikan. Dunia akhir zaman...


Amboi... mukadimah, sajer jer tulis macam tu, tapi betul apa.


Malam tadi saya dan suami berbincang tentang cuti raya. Apa? Cuti raya? Betullll.... macam tak logik jer cakap tentang cuti raya, lambat lagi tapi hakikat sebenarnya tiket cepat habis untuk hari-hari kegemaran - dua tiga hari atau seminggu sebelum raya. Kita sering mendengar di kaca tv... tiket balik kampung ke Kelantan dan Terengganu selalunya habis dijual tiga bulan sebelum raya!

Begitu juga tiket balik Sabah, tiket ada tapi harganya mahal melonjak tinggi dan cepat habis untuk 'hari-hari kegemaran' seperti yang saya sebutkan di perenggan atas. Balik kampung halaman bermakna kita akan berjumpa dengan ahli keluarga kita yang macam-macam perangainya itu, ada yang menyakitkan hati dan tidak kurang ada yang 'cool' saja. Adatlah tu... lumrah kehidupan kan.

Bercakap tentang hari raya... InsyaAllah tahun ini kami akan ke Kota Kinabalu dahulu kemudian barulah menuju Sandakan. Sebelum ini kami biasanya menuju Sandakan dahulu disebabkan beberapa tahun kebelakangan ini adik-adik saya berderet kahwin hampir setiap tahun ditambah lagi ketika itu arwah bapa saya sedang sakit tenat. Jadi tumpuan lebih di Sandakan kemudian di Kota Kinabalu. Kedua orang tua suami saya sudah lama meninggal dunia sejak suami saya remaja lagi... jadi itu juga salah satu penyebab kenapa kami ke Sandakan terlebih dahulu berbanding Kota Kinabalu.

Tahun ini, setakat ini tidak ada lagi kedengaran suara dari kampung halaman saya - maksud saya suara tentang adik saya yang masih bujang itu manalah tahu hendak berumahtangga dan ini bermakna ada kerja-kerja kahwin, jadi rancangan kami nanti, suami isteri berhari raya di Kota Kinabalu kemudian barulah menuju Sandakan. Untuk lebih adil dan selama inipun suami cukup memahami keadaan keluarga saya yang diuji dengan penyakit arwah bapa serta sentiasa sibuk dengan kerja-kerja kahwin beberapa tahun kebelakangan ini. Oh ya, keluarga kami mengadakan majlis kahwin pada waktu Hari Raya kerana inilah saja masa yang paling sesuai untuk menghimpunkan semua keluarga terdekat.

Kami berfikir seperti ini, biarlah tahun ini cuti Hari Raya nanti seperti ini - dari KLIA menuju KKIA berpuasa dan beraya di sana dan bakinya di Sandakan. Saya tak kisah sebenarnya beraya sama ada di Sandakan atau Kota Kinabalu, ok jer... Cuma saya ingatkan suami sekiranya kami beraya di KK, apa-apa hal penting kena berbincang suami isteri, jangan sembunyikan apa-apa dari saya kerana suami yang anak bongsu itu sebenarnya selalu serba salah antara pendapat ahli keluarga di KK dan saya sendiri.


Apabila kita sudah berkahwin, ahli keluarga kita bebas memberi pendapat mereka, tetapi keputusan akhir di tangan kita suami isteri. Contoh - xyz mengatakan kita tidak patut tinggal di Semenanjung Malaysia dan bekerja di sini kerana jauh dari keluarga. Tak apalah dia hendak berkata sebegitu... itu cuma pendapatnya. Tapi kita yang dikomen itu perlu berfikir -  kita bukannya bujang lagi, sudah suami isteri pun... balik Sabah hendak kerja di mana dan tinggal di mana? xyz yang beri pendapat itu adakah dia yang menanggung hidup kita? xyz kah yang memberi gaji setiap bulan untuk makan minum kita? Hakikat kebenaran kita yang bekerja walau tidak sekaya manapun... tapi tidak meminta-minta dengan keluarga sendiri.


Saya anak sulung dan tentunya perwatakan saya berbeza dengan anak bongsu bukan. Anak bongsu selalunya tidak banyak karenah, lebih cepat bersetuju berbanding anak  sulung adakalanya degil, cerewet dalam sesetengah perkara. Bukankah perkahwinan saling melengkapkan? Kalau isteri tegas tentu suaminya jenis lembut atau kalau si isteri pendiam tentu si suami jenis rajin bercakap.

Berkatalah benar walaupun pahit. Persoalan tentang anak sering diajukan kepada kami, hakikat sebenarnya Allah yang menentukan bilakah masa sesuai untuk mengurniakan zuriat kepada kami. Kita merancang dan berusaha, Allah menentukan, Allah perancang terbaik. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Saya tidak menolak tentang kaedah mengurut, salah satu cara tradisional mendapatkan anak, dengan izinNya. Tapi saya belum berjumpa lagi dengan tukang urut yang mengamalkan sepenuhnya kaedah Islam yang tidak bercampur dengan perkara-perkara mistik yang meragukan. Contoh perkara mistik yang meragukan saya ialah, kita dikehendaki menyediakan garam, telur ayam atau hidangan tertentu untuk santapan 'tertentu'. Perlu mandi selepas beberapa hari dengan bacaan tertentu yang hanya tukang mandi itu sahaja yang tahu apa yang dibacanya. Menyeramkan! Dan semoga saya dijauhkan daripada perkara khurafat ini. 

Allah Maha Berkuasa. Hanya kepadaNya kita meminta, berdoa di samping berusaha dan bertawakal. Semoga kita sentiasa dijauhkan daripada perkara-perkara kejahatan sama ada yang tersembunyi atau yang terang nyata. 


love,
monalizahrais 

 



 



 

Saturday, February 23, 2013

TANDAS

Assalamualaikum...

Tandas di Central Market, Kuala Lumpur. Salah satu tandas yang terdapat di dalam bangunan Pasar Seni. Nak masuk kena bayar 50 sen. Masuk duit dalam 'tabung'. Entah macam mana nak cakap tapi selepas kita beli tiket tren komuter misalnya, kita masukkan tiket dan melalui laluan yang dikhaskan. Lebih kurang macam tu konsepnya. Dan dapat tisu tandas yang sudah sedia dilipat. Dua pilihan... tandas duduk dan mencangkung.



 Tengoklah sinki ni...



Beginilah suasananya ada deretan cermin di dinding di selang seli dengan susunan batu bata.


Pintu tandas dari dalam. Ada 'mata', 'kening', dan mulut atau hidung? (*-*)


Pintu tandas dari luar.


love,
monalizahrais

MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI BAHAGIAN SEPULUH / PENUTUP

Assalamualaikum...

Cerita percutian di Melaka memasuki bahagian terakhir/penutup. Antara intipati cerita yang ingin dinyatakan seperti berikut :

Persediaan yang dilakukan.

Berkunjung ke tempat baharu, walaupun cuaca lebih kurang sama dengan tempat lain di Malaysia ini iaitu hujan dan panas... awal-awal lagi saya menyediakan PANADOL SATU PAPAN, PIL CHI-KIT TECK AUN (UBAT BIJI2 CAP BURUNG RAJAWALI DAN MENARA KUIL), MINYAK KAYU PUTIH DAN UBAT SAPU DERMOVATE. Selain itu saya bawa sekali ketip kuku dan masker muka. Tidak dilupa barang-barang penjagaan diri - pencuci muka, berus gigi + colgate, sabun mandi dan pisau cukur (suami). Nampak macam remeh, tapi sesudah sampai di tempat yang dituju, rasa selamat, tenang, tak payah risau sangat. 

Yalah... kita duduk hotel, aircond di bilik memang sejuk, nyaman nyenyak jer tidur tu tapi keluar hotel kita banyak jalan kaki, cuaca sekejap panas sekejap mendung kadang gerimis sampai masa hendak tidur barulah rasa penat badan tu. Kebetulan suami saya terasa berat kepala dan sepertinya hendak demam katanya. Ketika itu jam sudah melepasi tengah malam. Kita pun sudah mandi, tukar pakaian bersiap untuk tidur tentunya rasa leceh untuk turun semula semata-mata mencari panadol bukan.

Nasib baik ada panadol. Telan sebiji dua dan esok paginya Alhamdulillah demam tak jadi. Setiap kali balik Sabah memandangkan cuaca di kampung halaman lebih sejuk berbanding di tempat tinggal kami ini (mungkin disebabkan banyak pokok-pokok maklum kawasan ladang kelapa sawit dan kebun persendirian yang lainnya masih mendominasi geografi di kawasan ini) saya mesti demam dan batuk. Akhirnya setelah saya fikir-fikir mungkin ada kaitannya dengan perubahan suhu dari panas ke sejuk... saya sedia awal-awal stokin tebal pakai pada waktu malam. Yang penting kaki tu tak masuk sejuk dan pakai selimut. Di sini di Klang, jarang saya berselimut pada waktu malam siap pasang kipas lagi. Kecuali ketika hujan lebat berterusan untuk beberapa hari... barulah pakai selimut dan kipas masih dipasang tetapi dihalakan ke arah lain.


Sudah tentu cuaca di Kundasang dan Kuala Lumpur itu berbeza, Cameron Highland dan Sandakan itu juga berbeza suhunya. Cameron Highland itu kawasan perbukitan dan Sandakan itu berhampiran Laut Sulu. Hotel/homestay di Kundasang pada waktu malamnya tak payah pasang aircond kerana memang sudah sejuk mengalahkan aircond.

Untuk sarapan pagi kami selama berada di Melaka, usai check in di hotel pada hari pertama sampai, mandi dan tukar baju keluar semula jalan-jalan... sebelum balik semula ke hotel kami singgah di 7-Eleven beli roti, minuman peket segera, kaya untuk disapu di roti dan sedikit makanan ringan. RM 20 bajet untuk 3 malam kami di sana, jimat banyak untuk breakfast. Hanya makan dua kali - lunch dan dinner tentunya nasi campur. Ada juga makanan selingan... seingat saya sekali saya makan kuey tiaw goreng dekat Melaka River Cruise dan sotong bakar beli dekat Jonker Street.

Mood perayaan jadi kena banyak-banyak bersabar. Orang memang ramai dan banyak perkara yang lebih lambat berbanding keadaan biasa. Mengimbas insiden di kedai makan itu (saya cerita dalam tajuk warna warni di Melaka) lebih baik makan makanan ready made seperti nasi campur, jimat banyak masa dan tak nak gaduh-gaduh. Dan saya juga terfikir seperti ini - sebelum masuk restoran kena pastikan adakah pekerjanya cukup 'banyak' untuk melayan pelanggan yang semakin bertambah ramai. Contoh terbaik kita tengok restoran Mamak Muslim. Pekerjanya memakai pakaian seragam / T-shirt, mudah untuk dikenali dan cukup 'banyak' untuk melayan kehendak pelanggan.

Kasut dan beg yang sesuai. Saya terpaksa beli kasut baru nasib baik dapat yang selesa dan harga murah sekadar RM 20 sahaja. Kasut yang dipakai dari KL tu menyebabkan kaki saya bengkak, walaupun kasut baru dan mahal pula tu (RM90) tapi ternyata kurang sesuai untuk perjalanan yang memerlukan banyak berjalan kaki. Kami membawa dua beg sandang dan saya bawa pakaian lebih berbanding biasa, saya menjangkakan memandangkan kami akan kerap berjalan kaki... tak boleh pakai baju yang sama dari siang ke malam. Mesti tukar baju lain untuk lebih selesa. Nanti badan gatal-gatallah pula.

Saya dan suami pernah berada dalam perut bas selama +- 8 jam sepatutnya normal hanya dalam 4 jam sahaja iaitu semasa perjalanan dari Kota Kinabalu menuju Sandakan. Jadi macam tu disebabkan hujan lebat selebatnya turun tanpa henti dari Kota Kinabalu sehingga ke Sandakan, sampaikan jarak pandangan pemandu bas, saya anggarkan setakat +- 2 meter sahaja kerana kami duduk di bahagian hadapan, di belakang pemandu. Pemandu bas terpaksa memandu perlahan, telinga sakit berdengung ketika melewati kawasan berbukit di kaki gunung Kinabalu. Faktor tekanan sama seperti ketika menaiki flight atau semasa flight hendak mendarat. Sejuk memang sejuk, tapi aircond bas tidak boleh dimatikan atas faktor keselamatan. Bas banyak guna tenaga melebihi kadar biasa...

Dari Melaka pulang semula ke Puduraya (UTC), KL kami menggunakan khidmat bas Konsortium kerana tempat duduknya luas dan selesa. Hanya dua jam sahaja dan syukurlah kami tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dari UTC kami berjalan kaki menuju Pasar Seni. Tapi sebaliknya kami terduduk seketika di Pasar Seni, memeras gerak fikir hendak ikut yang mana untuk pulang ke rumah di Klang? Ketika itu hari Isnin 11 Februari 2013 masih lagi cuti perayaan CNY. 

Bas? Penuh dengan warga asing. LRT? Juga padat dengan barisan memenuhi kawasan machine tiket. Ditambah lagi dengan tidak semua yang berbaris itu faham sepenuhnya cara-cara menggunakan mesin tersebut, ada yang masih terkulat-kulat di hadapan mesin tiket.

Fikir punya fikir, kami memutuskan naik LRT ke KL Sentral lepas tu Komuter dan teksi menuju ke rumah. Lebih baik sedikit berbanding bas, takkan kita hendak berebut seperti 'mereka' yang datang dari Bangladesh, Nepal, India, Sri Lanka itu? Budaya mereka naik bas berbeza dengan cara kita di sini menaiki bas. Cara kita berebut naik bas itu lebih baik berbanding cara 'mereka'.

Alhamdulillah, setelah memilih barisan yang dijangka lebih ramai dibarisi orang tempatan dan tahu menggunakan mesin tiket LRT, perjalanan kami berjalan lancar. Dalam LRT juga tak sesak sangat begitu juga dengan komuter. Hanya muka orang tempatan sahaja dan tidak ada muka 'orang-orang' itu. Untuk keselamatan dan keselesaan juga. Sampai di stesen Klang, kami naik teksi menuju rumah dan alangkah leganya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah!

Lagi satu persediaan penting... saya research info apa sahaja berkaitan Melaka beberapa minggu sebelum ke sana, nampak macam remeh tapi sebaik sahaja jejak ke sana walaupun untuk pertama kali... spontan perimeter kawasan yang hendak dilawat mudah dicari ditambah dengan peta percuma dari pihak hotel. Yang menariknya... kadang-kadang maklumat yang kita cari ada dalam blogger berbanding laman web 'skema'. 

Contoh maklumat dari blogger ...

" Ingat tu pilih Melaka Sentral, jangan pilih yang lain masa beli tiket kat TBS tu..."
atau
"Akak bertolak dari Shah Alam awal pagi lagi sampai kat sana sebelum tengah hari"
atau
"Cendol kat gerai ni memang sedap, kena pula tu cuaca panas, betul-betul dekat tepi Sungai Melaka dan tak jauh dari bangunan merah"
dan banyak lagi... 

Dan...yang paling penting, bajet duit. Kami pergi berdua... bajet awal RM 1000, tapi tak sampai seribu +- RM 800 bermula dari Klang - KL - Melaka - KL - Klang dari tarikh 08 Februari 2013 - 11 februari 2013. Makan minum, tiket bas, tiket muzium, naik menara, river cruise, gambar, souvenirs, hotel.
 

Gambar-gambar di bawah merupakan ole-ole, souvenirs yang kami beli untuk kenang-kenangan.

 Cincaluk pedas 3 botol harga RM 10, cincaluk sotong RM 8, gula melaka RM 4. Cincaluk sotong ni habis dalam masa dua hari saja... hahaha... 
sedikit cerita menarik... rupa-rupanya cincaluk ini macam minuman coke juga, maksud saya kalau hendak buka penutup botol tu, jangan buka terus sebaiknya tebuk dulu untuk bagi keluar gas yang terperap dalam botol tu hasil daripada proses mengawetnya itu. 

Bayangkan minuman bergas misalnya coca cola, dalam plastik tergoyang sana sini dan kita terus buka penutup botol macam tu saja, confirm 'meletup'. Macam percikan bunga api gitu...
Oh, ya penutup merah tu buka macam biasalah, maksud saya penutup botol kaca tu yang diperbuat daripada tin. Sama macam kebanyakan penutup botol kicap.

Selain cincaluk dan gula merah, banyak lagi pilihan lain tapi beli ini sajalah, risau nanti jadi stok terbiar saja di rumah, tak habis makan.



RM 20


RM 22


RM 3


'Kapal Melaka' tu 2 pcs untuk RM 10. Fridge badge yang sebelah bawah duduk berderet tu 3 pcs untuk RM 10.



RM 10


Ok, tamatlah cerita ke Melaka tempoh hari. Semoga ada manfaat kepada mereka yang sedang mencari maklumat berkaitan Melaka. Tak banyak, sedikit pun jadilah. Yang menyedarkan saya sesuatu... walaupun pergi melancong ke seluruh dunia ke tempat yang paling terkenal dan menarik, yang terbaik semestinya ibadat umrah dan haji di tanah suci, Mekah dan Madinah. Semoga saya, suami serta ahli keluarga kami dan anda juga dapat menjejakkan kaki ke sana, Amin...


love,
monalizahrais 









 



 



 

 



 

Friday, February 22, 2013

MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN SEMBILAN

Assalamualaikum...


Gambar-gambar seterusnya di Istana Kesultanan Melaka. Selesai bergambar di kawasan  A Famosa, gereja dan kawasan sekitarnya, kami bergegas menuju kawasan istana. Tetapi sebaik sahaja kami ingin memasuki kawasan istana, menuju ke pintu masuknya... salah seorang pekerja di situ memberitahu kami  waktu melawat telah tamat pada jam 5.30 pm. 

Saya dan suami disebabkan asyik bergambar sehingga tak perasan jam sudah menghampiri 6.00 pm. Kami bergambar di sekitarnya dan esok hari barulah kami dapat memasuki istana. Deretan gambar di bawah akan dapat dilihat saya memakai baju berbeza. Di luar kawasan istana saya memakai baju berwarna gelap bercorak kecil dan baju kelabu bertudung merah, kerana gambar tersebut diambil sehari sebelum memasuki kawasan istana dan hari kami dapat memasukinya.

Jom layan gambar-gambar di bawah. 

Kaunter tiket untuk memasuki Istana Kesultanan Melaka.





































Di pintu masuk, Lingling bergambar bersama 'pengawal'.








TA' MELAYU HILANG DI - DUNIA


















Istana Kesultanan Melaka.








Balairungseri - tempat menghadap Raja.





Bilik beradu Sultan.



















Atap istana dari sisi lainnya. Saya snap dari tingkap istana.




Aksesori bentuk burung merak. Kalau tak silap saya, saya pernah melihat pemakaian aksesori ini sewaktu melihat wayang hitam putih di kaca tv, yang memaparkan kisah raja-raja zaman dahulu tapi tak ingatlah tajuknya.























Istana Pagar Ruyung




Taman larangan diraja - rakyat biasa dilarang masuk ke sini pada zaman dahulu. Gambar ini diambil dari tingkap istana.




Macam gubahan hantaran perkahwinan pada masa kini. Dahulunya raja mengurniakan hadiah kepada rakyat yang berjasa dan hadiahnya itu digubah cantik-cantik.





Nobat




Delegasi Jawa.



Delegasi China.



Delegasi Arab.



Delegasi Gujerat.




Delegasi Siam



Antara bunga yang terdapat di taman larangan diraja.










Pun antara tumbuhan unik yang terdapat di dalam kawasan taman larangan diraja.


Ok, dah siap cerita bahagian SEMBILAN. Seterusnya penutup cerita pada bahagian SEPULUH berkaitan ole-ole dan cerita yang berkaitan.


love,
monalizahrais

MELAKA 3D4N 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN LAPAN


Assalamualaikum...


# Gambar - gambar di Muzium Samudera.





Kita bayar RM 3 untuk masuk tiga muzium iaitu Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Muzium Tentera Laut. Berbaloi sangat-sangat dan tidak membebankan terutama sekali sekiranya kita datang dalam rombongan besar - bersama ahli keluarga misalnya.
Tiket berwarna oren itu tiket untuk memasuki Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Tiket hijau tu kalau tak silap saya Muzium Belia sekaligus Balai Seni Lukis Melaka.
 






















































#Gambar-gambar berikutnya di Muzium Maritim.












Sindhbad



 Munshi Abdullah










 Raja Haji




 Laksamana Cheng Ho







Panglima Awang











'Stereng' kapal.



 #Seterusnya gambar-gambar di Muzium Tentera Laut.





















Telur dinosaur.







 Batu meteor berbesi. Di dalam muzium ini juga, terdapat cincin bertatahkan batu meteor, harganya bermula RM 300 dan ke atas!

Ada juga kepingan batu meteor / tahi bintang ini yang diletakkan khusus untuk pengunjung memegangnya, walaupun ada di antaranya bersaiz kecil tapi sebenarnya berat.















Dari luar berhampiran kawasan Muzium Tentera Laut.


Gambar-gambar di atas antara gambar yang dapat diambil oleh kamera kami yang biasa-biasa sahaja tu, selepas bergambar di Muzium Samudera... kami kehabisan bateri dan hanya bergantung sepenuhnya dengan kamera handset. 

Ok, bahagian LAPAN sudah siap... untuk bahagian  SEMBILAN, cerita bergambar di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan pada bahagian SEPULUH atau penutup... cerita tentang ole-ole serta sedikit muhasabah diri...


love,
monalizahrais