Friday, March 17, 2017

PERANG SIBER




Assalamualaikum…


Semalam dan hari ini saya jadi keyboard warrior sekejap. Berperang di laman maya – social media facebook. Tidak berniat mencari musuh, sekadar ‘berterus terang’ memberi sedikit ‘amaran’ terhadap si penjual online yang menjual produk ketat, kuat, teruna, dara dan yang sewaktu dengannya. Dah dia jual barang gitu, melucah di wall fbnya, tag kita pula. Nasib baik saya dah setting siap-siap tagging fb, kalau tak maunya penuh wall fb saya semacam papan iklan percuma, penuh iklan produk lucah dia tu.


Kita just bising-bising dekat si penjual produk lucah tu. Teruk sangat marketing dia tu, kalau ya pun jual produk untuk kegunaan suami isteri…takkanlah sampai tahap share gambar dan video bercium berpeluk dan… kau tolong sambung, tak larat saya nak sebut. Agak-agaklah kalau nak beriklan pun, dalam fb friendlist saya dan awak tu ada banyak anak-anak remaja tau. Anak-anak awak tu pun dah remaja. Takkanlah anak-anak awak tu tak ada fb.


Kadang-kadang yang menjual peralatan ‘sex toys’ (maaf cakap ya) ayat-ayat dia lagi sopan santun. Dia just tulis gini – untuk suami isteri saja, untuk keterangan lanjut sila pm. Orang dah faham sangat, lebih dari cukup dah. Tapi yang jual jamu/krim ketat kuat sendat etc tu… ya ampun ayat-ayat marketing tu lucah yang amat. Haduh cik kak…garu-garu kepala kita ya…kalis malu sungguh dia tu…tapi dijentik sedikit ditegur…sensitif juga ya. Tahu pula marah, hihi…


Zaman sekarang memang kita tak dapat pantau 100% apa yang dipandang oleh anak-anak remaja kita, tapi kita yang dah dewasa ini kalau pun tak dapat jadi contoh terbaik untuk mereka, janganlah jadi ‘ejen’ lucah pula. Nak jual barang tu jual je lah. Sampai part cerita-cerita dalam kain … inbox dan whatsapp kan ada. Ala-ala personal konsultan gitu. Dah ada customer beli barang, sambunglah mesej dekat inbox/whatsapp tu, kalau betul kita jual barang sebab nak membantu, lepas customer beli barang dan dia puas hati, dah tentu-tentu akan repeat order. Dan jagalah hati pelanggan tetap tu. Takkan itupun awak tak tahu buat?


Ada dalam jangkaan, sebaik saja saya up status ‘perang’ produk lucah tu… akan ada yang salah faham. Dan kita pun up status baru bagi jelas terang silau mata kita tak kondem/benci peniaga online, kita just marah dengan penjual produk lucah tu. Apahal saya nak kacau peniaga online, sedangkan beli tudung kain etc pun saya rujuk online dulu? Kena baca betul-betul status yang ditulis, hadam betul-betul.


¼   friendlist fb saya penjual online. Di Instagram… lebih separuh follower saya pun peniaga online. Tak ada masalah, saya selalu tengok Ig/fb diaorang…seronok tengok. Yang bikin kita panas hati, bab benda-benda dalam kain kau iklankan tanpa segan silu, dengan muka tak tahu malu, lepas tu tag kita sesuka hati. Tak bestlah macam tu beb. Nak meniaga tu, jangan sampai hilang rasa malu, kita ini Malaysian, bukan warganegara Uncle Sam. Kita masih terikat dengan adap sopan, bercakap yang baik-baik malah nak menegur pun cara yang baik-baik, beralas berlapik bagai, itu pasal wujud segala macam pantun gurindam pepatah kiasan tu. Punyalah nak menjaga adab. Sampai tahap biar mati anak, jangan mati adat. Ha! Nampak tak? Kalau tak faham lagi… mohon terjun dalam sungai.


Sekali sekala buat status tajam… jadi penyengat kasi lebam sikit hati dan telinga dia tu. Takkan kita jadi bom atom pula kan.


Next, ada di dalam jangkaan juga, susulan status tajam itu, ada yang unfriend, friendlist saya kurang, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tak perlu jadi saksi tanpa rela menatap baca produk lucah tu. Tujuan saya join fb bukan tentang banyak sedikit friendlist yang ada, sekadar suka-suka, mencari-kumpul-buat resepi dan info-info berkaitan kesihatan. Kita tiada masa memikir melayan benda-benda karut marut yang kebudak-budakan itu. Alangkan kerja saya sendiri pun saya terhegeh-hegeh nak menyiapkan, tidur tak lena, makan tak makan dibuatnya, mana ada masa melayan benda-benda gitu.


Sempena hari Jumaat yang mulia ini, semoga hidup kita baik-baik saja. Jom kita sama-sama ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga semua urusan seharian saya dan kamu semua berjalan lancar dan dipermudahkan.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
17 Mac 2017 Jumaat




Thursday, March 9, 2017

DELETE


Assalamualaikum…


Cuaca di luar rumah agak mendung, cuaca di hati tetap cerah, tenang, damai. Mana boleh tak letak cuaca itu satu kemestian, memudahkan mood menulis di pihak saya –bermula dengan ayat yang baik-baik dan mungkin sebagai penenang di pihak pembaca. Semacam niat +- begitulah. Tak best tulis guna ayat skema, sekadar tulisan di blog ini untuk santai-santai. (maknanya akan ada banyak kesalahan tatabahasa, cara tulis lagi-lagi kalau yang membacanya jenis peka benda-benda begini @ ini ‘mimpi ngeri’ untuk guru Bahasa Melayu hihi…jangan marah ye cikgu, nanti kena jual)


Tiba-tiba orang datang dekat kita marah-marah bentak suara tinggi dah tentu mood kita spoil, rasa tak best je. Tapi kalau datang dengan cara baik cakap pun baik-baik even kita tengah moody pun jadi baik kejadiannya.


Oklah, done mukadimah di atas. Focus tajuk delete. Semalam lebih sejam kerja saya delete saja. Apa yang didelete? Segala macam photo/info grafik, video yang dihantar melalui whatsapp group. Jumlah semuanya lebih 1000 pcs itupun tak siap lagi. Sampai tahap tak larat nak delete dah, banyak sangat, smartphone kita jadi berat jadinya. Sejak beberapa hari ini kita perasan kita guna phone segala-galanya agak slow. Tanda-tanda nak ‘hang’ tu. Itu pasal gagah mendelete. Kapasiti smartphone saya tak banyak –  SD card cuma 8GB vs  internet plan saya ambik sebulan RM68 (10.5 GB – SuperDeals). Digi. Saya install dan gunapakai aplikasi Facebook, Instagram dan Whatsapp. Cukup-cukup sudah tak mau banyak-banyak, sakit kepala kita dibuatnya.


Saya teringat ada satu portal hiburan – David Beckham dan isterinya Victoria mengupah pekerja hanya untuk buka hadiah Krismas saja. Banyak sangat hadiah, tak larat buka sendiri. Entah-entah untuk balas ucapan kad perayaan agaknya pekerja juga yang buat. Itu selebriti. Sekarang… aplikasi teknologi maklumat ini membuatkan kita semua dah jadi ‘selebriti’ segera. Tak pelik sangat melihat timbunan mesej dalam smarphone. Pandang pun tidak agaknya, tak larat nak melayan dah, kerja utama tak siap jadinya.


Saya tak pernah request masuk mana-mana whatsapp group, semuanya jadi begini –  tiba-tiba je smartphone bunyi, mesej menderu rupa-rupanya friends/family dah add nombor kita dalam group. Kalau kita tiba-tiba leave/keluar dari group, lain pula isu yang timbul, dicarinya kita dekat fb/mesej personal. Dianggapnya kita tersinggung dengan si polan itu si polan ini, walhal sebenarnya kita inginkan privacy, tiada masa kita membaca mesej group yang seakan tiada penghujung itu. Ditambah lagi dengan ‘blue thick’ lagilah parah, padahal kita cuma open mesej dan terus tekan back.


Sebaliknya jika kita ‘minta kebenaran’ untuk leave/keluar group dengan alasan klise –telefon rosak, pun jadi satu hal juga. Ditunggu dan dicari kita di lain media – fb, ig, mesej personal jadi sasaran, siap kena call pun ya hihi…nak tukar nombor telefon pun tak kena juga, sebab nombor yang ada sekarang dah pakai lama melebihi 10 tahun, sayang nak tukar, menyukarkan banyak urusan penting sebenarnya. Kita guna nombor satu je untuk semua urusan penting/rasmi dan peribadi.


Nasib baik facebook tak macam app whatsapp – tidak memberatkan smartphone kita. Kalau tak, hmmm… bayangkan ada banyak tawaran GB di luar sana mencecah ribuan malah jutaan GB agaknya, untung banyak si penjual gajet. Sekejap, apa maksud GB ya?. Maksud saya ‘nama penuh’ GB tu. Selama ni saya tahu sebut je – GB, KB, MB – ukuran untuk  data usage. Yang saya faham analogi – KB (sentimeter), MB (meter), GB (kilometer).  KB (mini van), MB (lori satu tan), GB (lori kontena).


Semalam saya whatsapp adik, bertanya kalau-kalau ada cara nak adjust whatsapp bagi kurang berat smartphone tu – so kita tak perlu leave/keluar group whatsapp guna alasan klise, sebenarnya tak tahu nak beri alasan apa yang sesuai haha…
Sebab si adik guna Iphone vs saya guna jenama Acer… si adik screenshot lah cara-caranya dalam Bahasa Melayu pula tu aduh!.Dia setting telefonnya guna BM. Ambik masa juga nak hadam apa yang dia screenshot tu. 


Dari mula saya kenal benda alah telefon (tahun 2000 model Nokia 3310 yang legend itu) membawa ke smartphone Acer yang saya guna sekarang ini… ‘bahasa’ telefon selain Bahasa Inggeris susah sangat saya nak faham. Contoh untuk perkataan ‘mesej suara sentiasa dimuat turun secara automatik untuk pengalaman komunikasi yang terbaik’ – saya lebih faham begini, - ‘Voice messages are always automatically downloaded for the best communication experience.


Diringkaskan cerita, saya pergi dekat settings di aplikasi whatsapp, kemudian adjust apa-apa yang saya nak. Ikut smartphone masing-masing. Main poin sama, beza pada ayat. Saya pilih document, photo dan audio saja yang automatic download. Kecuali video sebab video banyak sangat data dipakai – GB. Document, photo dan audio setakat KB saja.  Dapat jimat mobile data smartphone kita, berbaloi pun ya.


Bukan saya seorang yang terkena begini, malah dekat wall fb saya pernah terbaca ada rakan mengeluh, dia tak larat baca setiap mesej, akhirnya dia  ‘mute’ setahun group yang dia join/tiba-tiba di add. Saya sendiri ada beberapa group whatsapp yang saya ‘mute’ setahun. 


Kita diikat sungguh oleh teknologi ini, kita membazir banyak waktu sebab-sebab hal yang begini. Apa nak buat, kita dah masuk dalam ‘blackbox’ teknologi maklumat di hujung jari. Hanya mampu memperlahankan/memilih yang kita hendak saja. Atas diri sendiri, pandai-pandailah urus.


Next, kita cuba reversed isu ini/berfikir terbalik. Sebaliknya situasi ini sangat bagus untuk peniaga online. Free marketing. Tak perlu saya tulis panjang-panjang tentang ini, kita sama-sama tahu. 

Baiklah, kita stop sini dulu, nanti  kita sambung lain tajuk di lain waktu.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
9 Mac 2017 Khamis

Tuesday, March 7, 2017

'APP EMOJI'

Assalamualaikum…

Di luar rumah mendung, dalam hati cerah, ceria. Seminggu di bulan Mac, apa khabar azam 2017? Sedang berjalan lancar atau ada tanda-tanda merudum? Soalan untuk diri sendiri. Sendiri tanya, sendiri jawab.

M*******p saya ‘beku’ sekejap. Kadang-kadang perasaan kita seperti ombak, ada masa tenang, di lain hari bergelora (amboi-amboi ayat…). Sekarang sudah masuk ‘app emoji’ tahap ‘ombak rindu’ – masa untuk ‘mencairkan’ m*******p, InsyaAllah pulun balun belasah sampai siap. Kena jadi ‘air terjun’ kot, bagi meluap-luap perasaan tu.  Buat sampai jadi. Sebelum tu menyelit sekejap di blog, ‘lapor diri’ tulis entry untuk bulan Mac 2017.

Bercerita tentang ‘app emoji’, saya teringat sesuatu sewaktu zaman study di UM, dalam kelas Improvisasi Gerak Lakon. Ingatan tentang ini menjentik ruang fikir ketika saya duduk-makan-minum-lepak di restoran bersama suami.

Kita sama-sama tahu, bukan perkara luar biasa melihat seseorang menatap baca smartphone atau buku sambil ketawa, menangis, tersenyum-senyum atau marah atau seperti sedang membaca jampi serapah pun ya, – reaksi spontan. Ianya bukan reaksi yang dibuat-buat atau disengajakan. Smartphone/buku itu sendiri pemangkin emosi kita, tanpa kita sedari. Zaman sekarang, saya percaya kebanyakan kita lebih selesa melayan smartphone berbanding bersosial secara ‘live’. Tapi bukan ini yang ingin saya ceritakan.

Flashback/throwback – ada satu hari dalam studio/blackbox a.k.a kelas kami, lecturer suruh buat begini – kita pandang cermin dan berlatih miming/mimik muka (mengikut istilah facebook – meme) dalam beberapa minit. Lecturer suruh menangis dan kita pun menangislah, kena buat sungguh-sungguh ikut berapa minit/saat sampai lecturer puas hati, kemudian dia suruh kita ketawa pula sungguh-sungguh dan seterusnya sekejap kita menangis, ketawa, marah, sedih berselang seli dan berulang-ulang di hadapan cermin sampai our lecturer puas hati.

Kau bayangkan kau baru lepas menangis sampai keluar air mata (dah dia suruh buat sungguh-sungguh) lepas tu kena tukar ‘setting’ emosi tu nak kena gelak pula aduh? Gila tak gila awak? Nampak macam tak betul tak? Dari sudut pandang logik/realiti, memang nampak tak betullah kalau kita sekejap ketawa, menangis, marah dalam waktu yang singkat. Nasib baik ini kelas improvisasi, bukan saja-saja nak buat gitu.

Melihat reaksi orang lain yang ‘hanyut’ focus dalam pembacaan dia tu sama ada baca buku atau smartphone spontan saya teringat aktiviti miming tu. Beza pada pencetus emosi (bukan pencetus ummah ya) kami, bergantung kepada kekuatan imaginasi fikiran, penghayatan emosi itu sendiri. Sambil memandang cermin melihat proses miming. ‘Cantik’ atau tidak miming/mimik muka/meme yang terhasil.

Maksud ‘cantik’ di sini ialah kau punya sedih menangis tu memang tahap real punya, ada keluar air mata dari mata (bukan air mata eye mo atau sebab hiris bawang), hingus, suara meraung, bergetar bibir dan yang sepatutnyalah. Atau senang nak faham kalau orang depan kau tu tengah sedih pilu nangis lentok sungguh dengan kau sekali nak menangisnya. Macam terjangkit pula kan. Terkena tempias gitu.

Saya terfikir, kalaulah pada zaman saya study dulu tu sudah wujud segala macam social media ini, mungkin saya akan berlatih miming/mimik muka dengan menatap baca social media. Mungkin… sekadar membayangkan, haha…

Di fb ada satu bahagian ‘feeling/activity’ untuk menyatakan ‘app emoji’ kita menguatkan lagi post status dekat ruangan ‘What’s on your mind?’ itu. Ala… kau pun tahu tentang ini. Amat mudah menyatakan perasaan kau yang selalu sangat ‘jiwa kacau’ tu.


Hmm…apa lagi ya? Tapi kan… membaca tulisan dan berkata-kata itu banyak bezanya. Kalau ada 10 orang membaca status facebook yang sama, sudah pasti lain nada bacaannya apatah lagi sudut pandang dia tu, akan ada bezanya. Sekali lagi, kau pun tahu tentang ini.
Yang lain? Kau cari sendirilah, ok, setakat ini saja untuk petang ini, lain waktu cerita tajuk lain pula. Tata…

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
7 Mac 2017 selasa