Saturday, March 26, 2016

CERITA MAKAN MINUM

Assalamualaikum…


Cuaca di luar panas, cuaca di dalam hati redup,nyaman seperti kita sedang berdiri di bawah pokok rendang. Mood code : hijau.  Klang 30’C, mostly cloudly – mengikut ukuran my assistant - Miss Acer Green.


Sebulan dan 2 minggu setelah discaj wad from Htar, Klang. Tak sabar nak tulis diet makan minum saya, walaupun tak gempak mana pun. Turun 6 kg je, alahai, apa-apa pun tahniah untuk diri saya sendiri, 6 kg yang mencabar dan  seksa juga mendapatnya. Saya nak tulis berat terkini pun malu, aduh. Masih dalam ‘radar’ big size, yang pasti comel itu tatap Gai.
Target turun 20 kg Gai, bolehkah? Wau! Kalaulah tercapai target dah boleh dah jadi ‘budak sekolah’ jap, hihi…Entahlah. Harap-harap konsisten + kuat semangat menjaga makan minum, fizikal dan mental, amin…you! Doakan.

***********
~ Mr. Google, Social media ~


Kita ada 10 jari dan satu dunia internet umpama seluas galaksi sedia untuk dijelajah. Pergi sejauh mungkin, ikut kemampuan akal, gerak fikir kita. Tabayyun, menggilap maklumat. Rugi bayar data internet RM 80 sebulan kalau tak digunakan sepenuhnya untuk kebaikan. Baik dan buruk sentiasa seiring, pilihan pada kita hendak yang hitam atau putih (saya pilih bintang). Sebab banyak sangat info sampai blur pun ya,  saya follow 3 saja beb. Oklah 3 page ini pun dah banyak sangat info-info kesihatan, bahasa yang digunakan sangat friendly, info ringkas tapi padat, ada sesi soal jawab, pemilik page ini aktif online, hampir setiap hari ada je dapatan menarik di wall fb mereka. Siapa tu? Saya tulis kat bawah na –

Encik Matt
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Nor Azniza (midwife/bidan)

********
 Next, cerita makan minum (fizikal dan rohani) - my style. Serasi dengan saya, mungkin tidak pada anda. Atas diri kita, kita amalkan diet yang dapat diterimapakai oleh badan kita. 

~ Gula ~


Stop gula putih/gula kastor. Saya guna stevia. Sumber manis lain – ubi purple, labu, buah-buahan, kismis, madu, buah tin, kurma etc. Tapi agak-agaklah, bukannya bantai 1 tan sekaligus. Sebelum ini dalam setiap masakan saya bubuh gula, sekarang dah surrender dah. No sugar – white sugar. Saya cuma tambahkan manis dalam senyuman. Ok, senyum…

******
~Ais, air sejuk~
Saya kurangkan, sesekali minum atau buat-buat tak nampak.

~ Nasi ~
Sekali sehari. ¼ portion from pinggan kita. Nak stop terus tak kuat, tak biasa, maklum dari kecik jenis makan nasi. Guna beras perang. Sayur lebih.

*****

Sebelum pengalaman pertama masuk wad bulan sudah, cara makan minum masak di rumah biasa-biasa je. Rebus/singgang, panggang, kukus, sesekali goreng, tumis. Sekarang pun masih macam tu juga kaedah masak saya. Malah air yang dimasak je suami minum, tak mau yang tapis-tapis punya. Selera suami saya jenis ‘old school’, hanya makan ‘real food’. No fast food. Kau letaklah burger 10 tingkat pun, fries membukit di pinggan… dia pandang kosong jer burger  dan fries tu. KFC dan chicken chop dia boleh makan lagi, cuma kita order nasilah. (chicken chop dan nasi? Ya, chicken chop dan nasi, hairan bin ajaib pekerja restoran tu kami request nasi gai).


Saya jenis selera warna warni mengerlip lip lap gai. Saya jenis cerewet, pemilih bab makan minum sebenarnya, ceritanya gini – kalau makanan kat luar tu tidak menepati ‘KPI’ selera saya, saya akan ‘balas dendam’ dengan memasak sendiri – cari resepi dan masak ikut selera saya. Itu yang saiz gebu semacam tu. Saya makan menu tradisional/old school/real food tapi sesekali saya ambik fast food – keropok, kfc, nugget, fries. Tapi sekarang dah stop terus – NO fast food.


Untuk air masak/air kosong, saya beli siap-siap dua botol cantik, setiap sebotol 1.2 liter, so total 2.4 literlah. Saya isi penuh, letak siap-siap dekat ‘port’ kegemaran saya yang memang saya akan stay berjam-jam dekat Encik Green – my laptop. Asal kosong jer terus refill. Minum sikit-sikit tapi berterusan.


Cuti pedas, sambal dan adik-beradiknya. Nak jaga tekak.

Urus stress & masa tidur – saya cuba tidur sebelum pukul 12 tengah malam, bangun sejam dua sebelum Subuh, merebut waktu ‘Golden Hour’, berpagi-pagi, - mandi dan buatlah apa-apa yang patut sebagai seorang Muslim. Ibarat kita mohon ‘subsidi’ so kita kena ‘isi borang’ permohonan. Hantar ‘pos laju’ special request to Allah.

Ada satu dapatan di fb, anak muda usia 20-an dia nak kahwin, masa test baju kahwin dia berkenan sangat dengan satu baju ni, tapi masalahnya sangkut dekat berat badan dia yang chubby tu. Sebab nak sangat pakai baju tu untuk kahwin nanti, dia tekad + padu kuruskan badan, dalam masa sebulan berat badan dia turun banyak dan akhirnya dapatlah dia pakai baju idaman dia tu. Itu target dia, usia muda sungguh.


Lain orang lain caranya, untuk diri saya sendiri – usia dah 30-an, dekat sangat dah angka 40 tu, terasa macam melambai-lambai kat saya, so diet makan minum yang diatur diset untuk ‘long term’. Sedikit tetapi berterusan, InsyaAllah. Sesekali diet saya tu terbabas, namun secepat mungkin kembali semula ke landasan. Saya sangat sangat sangat seriau tengok jarum/picagari aduhai…(antara sebab saya bersungguh diet).

Kiranya tempoh sebulan ini seakan peralihan dari satu bab lama menuju bab baru. Hati kena sado beb, huhuhu… buku lama simpan dalam stor, beli buku baru.

Dalam kepala – puasa dan bekam. Yang ini mungkin saya mulakan bulan hadapan, pun tak berani tulis lebih-lebih, buat dulu baru pulun tulis share.

Hari last dekat Htar bulan sudah, Februari  - gula saya 11.8 mmol. Bulan Mac ini, setakat ini, bacaan gula saya maintain di bawah 7 mmol, terendah 5.6 mmol, saya periksa secara random saja, beberapa kali seminggu, ikut kuantiti kualiti apa yang saya makan. Ada sekali tu saya jadi tikus makmal – saya try nasi lemak + sambal pedas manis + ayam goreng berempah + sayur masak lemak + ice lemon tea, ambik kau bacaan naik 9.8 mmol. Taubat nak!


Jam badan/semulajadi – Alhamdulillah tak payah pasang alarm bangun setiap pagi. Mudah dan dipermudahkan. Sebelum tidur malam – saya set minda cakap kat diri sendiri saya nak bangun jam 4 pagi dan buka mata jer pagi tu tengok jam nampak angka 4 pagi, Alhamdulillah. Rasa lebih segar, ringan badan, fikiran pun segar bugar. Selain 4 pagi, saya pernah try set jam badan jam 3.30, 4.30, 5 pagi dan Alhamdulillah bangun tepat pada waktunya (huhuhu…mohon dijauhkan dari sifat riak dan takbur).

Tengok tv, saya tonton hanya rancangan tertentu saja, favourite slot - thriller pada malam-malam tertentu itu wajib, di sosial media juga begitu, saya hanya fokus page tertentu. Tak mau fikir/lihat benda-benda yang membuatkan fikiran kita ‘serabut'.

Senaman? Saya senam sikit-sikit, yang ringan-ringan. Buat kerja rumah pun dah berpeluh dah.

Kabur kat mata dan kebas-kebas kat tangan kaki dah hilang/kurang, dulu rambut gugur banyak sekarang tak lagi, yang paling nikmat sujud lama sikit tak sesak nafas dah, syukur sangat-sangat.  Saya ada satu habit – saya akan pakai baju/seluar/tudung yang sama beberapa kali dalam seminggu, walaupun ada baju lain yang dah beli tapi belum pakai lagi pun. Rasa pakaian membesar dah vs badan rasa kecik sikit - effect dekat pinggang, bahu, paha itu ada sikit longgar. Tu baru 6 kg. Harap-harap semangat saya terus padu turunkan lagi berat badan. Aduh masih lagi mood malu-malu bercerita, baru turun 6 kg waduh-waduh.

Ok, setakat ini untuk masa ini, InsyaAllah akan disambung lain kali, tata...
  

love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar,
Selangor
26 Mac 2016 - Sabtu






Wednesday, March 23, 2016

GERHANA MATAHARI

Assalamualaikum…


Mood menulis turun naik hari ini. Cuaca dalam hati (aduh tak habis lagi dengan cuaca dia ni!) masih tenang, aman damai, ada sedikit perasaan rindu, amboi! rindu sapa tu?. Hmm…mungkin kena bagi malam sikit, tambah mood sejuk + gerimis sikit then letak kilat guruh sana sini, baru best!. Mood – sentimental value. Biarlah rahsia, pinjam sekejap tajuk lagu Ctdk. (my assistant, Acer tell me – now 33’ – mostly cloudy katanya). Badan ‘Green’ tak ada tanda bulat kecik tu, yang tanda untuk suhu tu, maklum, generasi old school. Nak beli Apple, atau Mac tak mampu lagi RM. Masih berusaha untuk kaya raya beb.



Semakin banyak kita menulis, semakin terserlah siapa diri kita. Atau.. terdedah aib tanpa sedar, mohon dijauhkan. Manusia tiada yang sempurna, kurang dan lebih ibarat kanan dan kiri kita, itulah aturan yang telah ditetapkan. Rentak akal fikir kita beza satu sama lain seperti berbezanya cap jari kita. Biasa kita dengar – no body perfect, ayat klise tapi kekal glamour sepanjang waktu. Menulis dan berkata-kata, ibarat sama tapi tak serupa.

Atau seperti kembar seiras, tapi beza tetap ada. 


Pada sisi pandang pembaca, apatah lagi di ruangan blog ini, saya tidak tahu, tidak kenal pun siapa yang membaca setiap cerita yang saya rekod di sini. Paling kurang …1/4 kisah hidup saya tertulis, tersimpan di blog ini, namun begitu, ada part tertentu dalam kehidupan saya yang tidak ditulissimpan di sini. Gerak fikir + kreatif diolah dalam elemen seni yang lain. Mungkin akan saya kongsi pada waktu yang tepat, sesuai. (in progress…pending mood … semoga dipermudahkan).



Ok, fokus kepada tajuk – gerhana matahari. Apabila kau dan aku bertentang mata, gerhanalah rasa…(extra turn - masuk sekejap elemen romantik). Pernah merasai gerhana matahari penuh, sewaktu zaman kanak-kanak saya. Kami standby siap-siap penuh semangat, teruja ‘menyambut’ fenomena ini. Kita dan alam semulajadi berkait rapat, anak kampung, setakat ayam, kucing, anjing memang ada di sekeliling kita. Dan, kita juga peka pergerakan mereka.

Menghampiri waktu gerhana matahari – orang tua kami menyuruh kami memerhati pergerakan kucing, ayam, awas apa sahaja bunyi di sekeliling kami. Belajar dari alam. Orang dulu-dulu dia tak macam kita yang duduk bandar ni. Dia punya pengamatan tentang alam dan manusia sangat sangat cemerlang, pemerhati yang sangat bagus.



Emak saya sewaktu pertama kali datang KL, flight nya malam, dalam perjalanan menuju KL… saya tanya emak dia rasa apa. Nak tahu dia jawab apa? Dia jawab begini – “banyaknya lampu di sini, macam kelip-kelip di kampung kita”. Pergh!!! Jawapan dia ada elemen seni beb!.

Ok, kembali semula ke dalam radar cerita – cuaca cerah beransur mendung perlahan-lahan, semakin mendung, kelam…spontan kucing-kucing kami naik rumah, seperti rutin hari-hari biasa menghampiri Maghrib. Ayam-ayam kami bergerak bertenggek di pokok cempedak, pun… rutin hari-hari biasa cik dan encik ayam. 

Yang paling cantik – bunyian cengkerik/serangga malam tu. Subhanallah! Aturan yang telah ditetapkan. Pergerakan siang ke malam, kembali siang dalam bentuk gerhana matahari ini seperti siang dan malam yang dicepatkan masanya. Ibarat menekan button ‘forward’ lebih cepat daripada biasa.



Gelap sepenuhnya. ‘Peak hour’ yang ditunggu-tunggu. Kami pasang lilin. Belum ada bekalan elektrik di kampung kami ketika itu. Beberapa minit berlalu. Suasana kelam gelap beransur-ansur terang semula. Menghampiri waktu ‘Subuh’ terdengar ayam-ayam kami berkokok. Seiring waktu menjelang ‘siang’ bunyi unggas malam beransur hilang dan kucing-kucing kami turun semula ke tanah. Emak selalu berpesan, ketika cuaca buruk – hujan lebat angin kuat, kita perhatikan gerak kucing, ada ‘hint’ tentang tahap bahaya cuaca yang sedang ‘meradang’ itu.



Ok, masuk iklan dulu, Red light mood - bab monyet… monyet, jaaangannnn monyet… Beberapa tahun ke belakang membawa ke hari ini – setiap kali musim buah-buahan di belakang rumah… kami bersaing/bergaduh dengan gerombolan monyet yang sesuka hati mak bapak nenek moyang dia tu balun habis rambutan, mangga, terap, tendakal kami. Dasar monyet sungguh!. Nak makan buah, kena gaduh dulu dengan monyet-monyet ni. Kenapa jadi begitu beb? Ada banyak pembangunan, banyak kawasan hutan ditarah licin, monyet-monyet dah hilang tempat tinggal makan minum mereka. Sudahnya jadi begitu.



Kena  monyet  ganas dan gatal, pun ya. Sampai ke tahap ceroboh rumah dapur kami, seram rasa, gerhana pun ada, kalau nampak perempuan dia siap kenyit mata lagi you! Ini real story, bukan saja-saja tulis beb!. Pecahkan botol kicap dan sos, ‘mencuri’ nasi dan lauk. Meroyan sungguh monyet-monyet tu, terdesak sangat kehidupan mereka. Kita ni manusia jer pun, kalau terdesak dalam hidup kita buat apa beb? Dia cuma takut dengan adik-adik lelaki saya. (saya lahir tahun monyet, mengikut calendar Chinese, eh menyelit interframe jap, oh ya monyet, ½ namamu ada dalam 1/3 namaku, huhuhu…).



Mitos/cerita-cerita rakyat – palu gendang kuat-kuat, ketuk tiang rumah, ketuk tin, berteriak, menyanyi, meratap, kononnya matahari ditelan naga, kita kena buat begitu supaya naga muntahkan matahari yang ditelan. Masih ada yang percaya dan mengamalkannya.  Saya dengar sendiri bunyi-bunyi ini, sewaktu ‘peak hour’ gerhana matahari tu. Pengalaman merasai sendiri gerhana matahari pada zaman kanak-kanak saya, sentiasa subur di ingatan, mengenangnya semula ibarat melihat bunga ros yang sedang kembang mekar (amboi!).



Pada  zaman social media sekarang… berlambak bertimbun info gerhana matahari, hujung jari. Jari ada 10, tekan itu ini, sampai tahap tak larat nak baca dah. Last-last tengok youtube, siap. Laman sesawang ini turut berfungsi sebagai  platform menjernihkan cerita-cerita mitos/rakyat yang sama kelam/gerhana tetapi kekal menarik. Cukup-cukuplah kita jahil zaman kita, tak perlu kita wariskan untuk anak cucu kita. Ajar-ajarlah mereka solat sunat gerhana matahari, lebih afdal.

Gerhana rasa sepanjang minggu ini, dapatan di group whatsapp kawan-kawan sekampung zaman kanak-kanak saya membawa khabar berita ada beberapa  orang tua yang 'sudah pergi'. Mereka seperti ibu bapa kami, kenal bukan sehari dua, sejak kita belum lahir sehingga sekarang dah dewasa dah kita ya. Perantau seperti saya ini, hanya jejak kampung halaman cuma beberapa hari dalam setiap tahun yang dilalui. Orang-orang tua di kampung yang sebaya usia orang tua kita, yang dilihat setiap tahun setiap kali saya pulang ke kampung halaman, melihat garis usia di wajah mereka, uban di kepala, cara pandang, senyum, cara cakap... semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Ketika hatimu sedang rawan, mengadulah kepada Tuhan. 

love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar, Klang
Selangor
23 Mac 2016 - Rabu








Monday, March 21, 2016

SEMUT DAN ROTI

Assalamualaikum…

Seperti biasa, mukadimah cerita kita mulakan dengan ‘laporan’ cuaca di luar serta cuaca di dalam hati. Setiap hari sebelum keluar rumah, keadaan cuaca pagi itu mempengaruhi perjalanan kita ke tempat kerja. Kalau awalnya dah cerah, yang perlu dihadap hanyalah ‘jem’ dan ‘roti’ di jalan raya. Sebaliknya tiba-tiba hujan turun, lebat, itu tanda-tanda kita bakal menjadi ‘roti’ yang terendam dalam air ‘teh tarik’ di jalan raya – banjir kilat. Atau tersekat seketika. Next, cuaca di dalam hati saya ketika ini Alhamdulillah… tenang nyaman damai, ada taman bunga, siap ada rama-rama lagi. (hari ini saya nak menulis without ‘aksesori’ hihihi, hahaha, beb, you, kau, aku).


Sekarang, semua orang pun tahu – cuaca sangat panas. Skrip banyakkan minum air sentiasa berulang-ulang di telinga kita, buatnya entahlah, harap-harap kita amalkan untuk kesihatan diri kita sendiri. Satu ketika dulu, setiap kali saya demam batuk selsema dan kita pun pergi klinik. Tak air barli, air 100 plus disuruhnya kita minum, atau minum air banyak-banyak.  Kefahaman saya tentang minum banyak air kosong… saya menyangka ianya praktikal ketika sakit saja. Rupa-rupanya tidak. Cara kita mentafsir satu-satu ayat itu berbeza pandang, beza cara fikir.Dah kena kat diri sendiri, baru faham. Sepatutnya sepanjang masa, cara mudah faham untuk diri saya sendiri – saya selalu nampak budak-budak sekolah Chinese malah yang bekerja, tak kira lelaki perempuan, ada botol air khas untuk air kosong. Mereka rajin minum air kosong. Kita? Ok, tutup cerita air kosong.


Makan roti sambil tengok tv. Ada serdak roti bertabur di lantai. Dah siap makan dah, sebab rancangan tv best sangat, malas bangun ambik penyapu di dapur, nantilah sekejap lagi. Sambil-sambil tengok tv, saya perasan ada semut seekor dua mari dekat serdak roti tu. Pun masih buat tak tahu. Entah mata tiba-tiba berat, mengantuk. Tertidur. Nyenyak. Bangun. Buka mata dan eh? Licin habis serdak roti tu… dah tak payah ambik penyapu dah, semua dah dikebas sang semut. Rezeki dia tu.

So, itulah cerita semut dan roti. Itu jer? Ya, itu saja. 

love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar, Klang
21 Mac 2016 - Isnin 





Thursday, March 17, 2016

ORANG-ORANG BERKESAN

Assalamualaikum…


Malam tadi sebelum tidur sempat tengok fb sambil ketawa sendiri. Ada sesuatu yang lucu, sedang viral saiz pinggang wanita saiz kertas A4 (menegak) di China, membaca komen-komen tu yang buat saya gelak. Yalah kalau nak banding dengan wanita Malaysia – cuba teka kebanyakan saiz pinggang kita A4 menegak atau A4 melintang, atau saiz kertas lukisan? Manila kad? Kertas minyak? Kertas mahjong? Orang Malaysia memang kreatif kalau berbicara. Try baca komen apa-apa isu yang viral, kita memang kreatif. Beza pada nada positif atau negatif.


Hmm…orang-orang berkesan. Nak mula macam mana ya? Biasanya mukadimah entri saya bermula dengan cuaca di luar rumah. Ok, kita mula bab cuaca. Di luar rumah cerah, tapi tak panas sangat, 26’C ikut smartphone Acer. Cuaca di dalam hati pada pagi ini mencecah mood tenang, aman, nyaman, happy gitu. Mood menulis meluncur laju, membara rasa - idea tengah melompat-lompat di ruang fikir. Minta diterjemah dalam bentuk tulisan.


Ada satu ketika saya menaiki bas, sendiri. Dalam bas ada peminta sedekah. Tapi dia bayar tambang bas macam biasalah, sama macam penumpang lain. Peak hour, pekerja balik rumah, petang. Bas awam kau pun tahu, dengan jem, orang ramai berebut-rebut naik bas, dah penuh kena sumbat lagi ala-ala sardin dalam tin…oh ya, peminta sedekah ini seorang ibu dan dua orang anak kecil. Badan mereka kecil, kurus. Ada seorang penumpang orang tua turut bersesak berdiri dalam bas. Kebetulan yang dapat tempat duduk berhampiran orang tua ni semuanya muda belaka lagi, tapi buat-buat tak nampak.

 Si pengemis yang kerjanya meminta-minta  yang sering dipandang hina oleh kebanyakan kita, dengan dua orang anaknya yang kecil kurus itu, satu diletak di pangkuan dan anak yang lagi satu disuruhnya berdiri di  hadapannya, sempit memang sempit walau badan kurus, bayangkan ruang tempat duduk dalam bas – kemudian dia mencuit orang tua ini menyuruh duduk di sebelahnya. Sentap tak beb? Kita yang kononnya prihatin, sihat molek badan, tapi tak offer pun tempat duduk untuk orang tua tu…jom kita berhuhuhu…

Nak yang mana? Mai rapat abang long kak long kawasan? Hah pilih, pilih. Senyum di mata atau senyum di bibir atau senyum lebar sampai tak cukup muka atau senyum tak mau nampak gigi atau tak mau senyum? Pada satu hari yang berbahagia (amboi ayat), saya ke PKNS cari buku. Masa nak keluar PKNS, ada satu booth kecil – ada meja, kerusi, flyer nak minta derma ikhlas. Masa tu saya buru-buru hendak keluar, terrr…pandang seorang hamba Allah, MasyaAllah… dia punya senyuman beb! Menusuk ke jantung hati! Kaku sekejap kaki saya.  “Puan…derma  seikhlasnya untuk  anak-anak Palestin”. Sambil tersenyum. Saya hanya mampu balas senyumannya. Itu jer yang termampu, dompet dah nipis dah, bikin beli buku tadi, hihihi…


Aduh… kesan senyuman yang menusuk kalbu itu alahai… saya cepat-cepat cari di laman sosial page tentang Palestin. Rupa-rupanya wajah hamba Allah yang senyum dengan saya tadi tu – patutlah familiar tengok. Antara ‘orang kuat’ Aman Palestin, jangan tanya nama beb, aku dah lupa namanya tapi memang pernah nampak kat tv team dia orang bicara isu Palestin. Jenis senyum dia tu – senyum di mata dan sedikit senyum di bibir. Ini jenis senyum memang power beb! Kau tak payah cakap banyak, confirm runtuh ‘tembok Berlin’ walaupun hati kau jenis ‘hati kering’.


Kau tengok Chow Yun- Fat, pelakon Hong Kong tu. Dia jenis senyum di mata, memang menggoda, hahaha….(Sebenarnya, sambil menaip cerita ini, saya asyik tersenyum-senyum, hmm… layan ajelah beb!). Orang-orang yang senyum di mata, jenis punya perasaan mendalam, ada elemen romantik dalam jiwa dia tu.


Senyum dalam tangisan. What? ala..hal-hal gembira, dapat result cemerlang, terharu, menangis sambil senyumlah jawabnya atau… tak tahu nak senyum atau nak nangis.

Senyum yang nampak gigi tapi muka tak ada perasaan sangat – yang ini kau tengok si Stephen Chow.  Dialah orangnya.

Senyum dalam marah – sinis terhiris rasa menengoknya. Ada elemen mengejek, rasa menang dalam diri.

Untuk senyum sayu/layu/pedih – mata  nampak basah macam nak nangis jer tapi tak keluar pun air mata tu. Seakan-akan redha, melepaskan seseorang yang disayangi, menjadi milik orang lain pergh!!! +- gitulah, entah tak tahu explain celah mana. Ok, tutup bab senyum. Masuk bab lain pula.

Siapa lagi? Mak bapa kita lah, orang-orang berkesan dalam hidup kita. Bayangkan kita duduk jauh, orang tua duduk kampung, kesian. Kita rindu balik kampung, nampak senyuman mak, bapa  aduhai… terubat rasa rindu. Berbelas tahun saya ulang alik KL – Sandakan, satu-satunya pintu yang sangat saya ‘benci’ – adalah pintu ‘departure gate’. Ini pintu air mata saya, umpama hujan lebat sedang turun di tanah hati, banjir habis huhuhu… tisu tak cukup, kena sedia sapu tangan beb! Lepas nangis terus selsema waduh-waduh. 

Masa ni saya tak peduli pandangan orang sekeliling, yang penting salam peluk cium orang tua, adik-beradik sebelum masuk dalam. Masa arwah bapa saya masih hidup, setiap kali dia menghantar saya ke airport, di pintu ‘departure gate’ – masa nak salam dia tu, dia pakai spek hitam dulu. Lepas salam, dia terus masuk tandas, menangis, tak sanggup tengok anak dia ni masuk dalam. Sekarang, setelah dia ‘tiada’, dah kurang seorang menghantar saya ke airport Sandakan setiap kali pulang semula ke KL. Tadi senyum, masuk part mak bapa terus sedih, pedih, menangis kejap.

Selain ‘manusia’, orang-orang berkesan yang lain –  orang-orangan yang dekat sawah padi/ladang digunakan untuk menakutkan haiwan terutamanya burung daripada makan hasil tanaman petani.

Orang-orang berkesan yang kerja glamour pengaruh kuat belajar tinggi-tinggi tu – saya tak mau sentuh yang itu, semua orang pun  tahu. Poin utama cerita ‘orang-orang berkesan’ ini fokus kepada sisi yang selalunya kita tak perasan sangat, itu jer nak cerita pun. Agak-agak, ada tak orang lain yang terkesan melihat kita? Terrr…motivasi , terr…jatuh hati/jantung/cinta? Ter…kagum?


love,
monalizahrais
Bt3, Jalan Kapar, Klang
17 Mac 2016 - Khamis