Tuesday, January 29, 2013

TRIP TO SEMPORNA - INDAHNYA CIPTAAN TUHAN SIRI II


Assalamualaikum...
 
gambar-gambar di bawah merupakan antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan Sandakan-Semporna. kami melalui Bukit Garam yang terletak di daerah Kinabatangan seterusnya daerah Lahad Datu, memasuki lorong shortcut iaitu Jalan Assam, melalui daerah Kunak sehinggalah terus kepada Semporna atau lebih khususnya Kg.Simunul yang merupakan kawasan perumahan yang didirikan di atas air.
 
kunjungan pertama kami sekeluarga ke sana... di kiri kanan jalan, kami terpegun seketika melihat rumah-rumah besar, cantik malah ada yang tersergam indah seperti istana. halaman rumahnya sahaja sebesar padang bola sepak! entah, rumah siapalah itu, tidak kami kenali. menurut cerita adik ipar, rumah-rumah besar dan cantik itu dipunyai oleh penduduk tempatan yang terlibat dengan perniagaan. tidak mustahillah mereka mampu membina rumah bak istana itu, malah beristeri lebih daripada satu. 
 
 



pemandangan waktu pagi sekitar jam 6 lebih, kami baru sahaja melepasi Jalan Assam, seterusnya menuju ke daerah Kunak. view ini semasa kunjungan kali kedua saya, suami dan adik Rahman saya untuk menjemput pengantin dari Semporna.


ini pula pemandangan selepas jam 4 petang, juga di daerah Kunak, pada tarikh 26/08/2012 kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke Sandakan.


pemandangan pagi, tidak jauh dari tempat yang sama dengan gambar pertama di atas, pertama kali saya melihat pelangi muncul di waktu pagi, sangat cantik


pelangi indah itu seperti 'berdiri' di atas jalan raya
 
 
inilah 'si banja' kenderaan syarikat (kenderaan family) membawa kami ke destinasi mana-mana di seluruh Sabah yang berkaitan dengan urusan keluarga. tapi sampai hari majlis nikah barulah dihias, kalau tidak nanti pelik pula orang tengokkan.
 

ketam oh ketam, terjamin kesegarannya. sewaktu saya mengambil gambar ini, kelihatan sebuah perahu nelayan sedang berlabuh di sebelah sangkar ini, apalagi kalau bukan untuk memasukkan ketam yang mereka tangkap ke dalam sangkar ini. yang menarik perhatian, nelayan bersama anaknya (mungkin) yang berusia lingkungan usia budak sekolah rendah begitu gigih mencari rezeki. dan rambut budak itu berwarna perang (saya percaya warna rambutnya itu asli)
 sangkar ini berhampiran dengan restoran dan gambar restoran itu ada dalam SIRI I TRIP TO SEMPORNA 
 

kereta Kancil di hadapan itu berisi emak, adik, dan ipar duai serta dua orang cucu emak - Hanif dan 'Masako San'


melihat suasana ini, saya teringat semasa saya kanak-kanak dahulu, setiap kali balik kampung halaman emak dan arwah bapa, kami mesti menaiki bot laju. masa kecik dulu saya seorang yang pemabuk setiap kali naik kenderaan darat sampai lunyai jadinya disebabkan muntah berterusan. yang anehnya, naik bot sahaja terus segar bugar, hehehe... saya cuma mabuk di darat tapi tidak mabuk laut. Alhamdulillah memasuki sekolah menengah saya sudah dapat mengatasi rasa mabuk darat itu dan dapatlah join rombongan sekolah menuju ke Kota Kinabalu.
 
 
ikannya besar-besar memang khusus untuk tatapan pengunjung, tapi kita dilarang memberi makan hanya tengok saja, juga mengingatkan saya kepada ikan-ikan besar di Mines Wonsderland, Seri Kembangan.



yang ini pula gambar yang saya ambil dari dalam kereta, pada awal pagi 28/08/2012, suasana di hujung Subuh,masih pekat berkabus lagi, sangat nyaman maklumlahkan aircond semulajadi. kunjungan kali kedua ke Semporna... kami gerak dari rumah seawal jam 3 pagi kerana kami balik hari, tidak bermalam di Semporna. kami singgah sekejap di pekan Kunak, bersarapan di kedai Keling/Mamak Muslim sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna. kami gerak semula ke Sandakan selepas lunch. dan sampai di rumah sekitar jam 8 malam.

bukan Gunung Kinabalu, ini antara perbukitan yang dilalui, selain rumah kampung, rumah tradisional, ladang kelapa sawit dan lautan terbentang luas di kejauhan.
 
 
love,
monalizahrais

No comments:

Post a Comment