Assalamualaikum...
ada yang menyebutnya sotong katak. nama lain saya tak tahu. suami saya suka makan sotong. selalunya setiap kali kami ke pasar borong beli stok lauk pauk, dia akan tanya pendapat saya, hendak beli lauk apa. tapi bab lauk sotong tanpa diberi pendapat pun dia akan sedia beli sekiranya harga semasa sotong tidak terlalu tinggi.
sedikit carian di laman maya melalui blogger masakan, saya terjumpa petua yang mengatakan sotong perlu dimasak sekejap sahaja untuk mengelakkannya menjadi liat. dan ada kebenaran petua itu, tapi yang menyebabkan saya musykil ialah, setiap kali saya balik Sabah dan memasak sotong, tidak pernah pula liat walaupun dimasak lama.
beberapa tahun lepas, anak buah saya sering membawa sotong segar hidup (dia packing dalam kotak gabus putih tu letak ais) maklum kakak ipar saya kan berjualan seafood di pasar. saya masak sotong macam biasa +- 15 minit untuk hidangan 4 pax dan sotong tetap lembut.
berbanding memasak sotong di sini cepat sangat liatnya, walaupun dari jenis sotong yang sama dengan sotong dari perairan Sabah. agaknya kenapa jadi begitu ya? opps! jangan salah faham ya, mungkin ada kaitan dengan suhu air laut dari perairan yang berbeza? saya pernah lihat dalam satu program di tv berkaitan makanan... tauke kedai itu ditanya pengacara kenapa dia hanya memasak ketam yang diimport khusus dari perairan berhampiran Indonesia? jawab tauke itu disebabkan rasa ketam tersebut, dia hanya mahukan yang terbaik untuk bisnesnya.
sama seperti beras, kita tahu beras bario berasal dari satu daerah yang sejuk, nyaman di Sarawak. kita juga tahu beza beras bario itu dengan beras yang lainnya. serta apa yang menjadikan beras bario itu istimewa berbanding beras jenis lain. jadi saya terfikir begitu juga dengan cerita sotong di atas. di kampung halaman saya di Sabah, sotong, udang, ketam biasanya kami suka rebus campur serai, rebus/kukus kosong begitu sahaja kemudian dimakan dengan nasi panas dicicah dengan air asam atau sambal belacan, segar sangat-sangat dan terasa manis aslinya. alahai rindunya dengan kampung halaman...
untuk resepi sotong di atas...
bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, halia - dikisar
serai - dititik
sedikit carrot - dihiris halus
cara memasak...
tumis bahan kisar, masukkan sotong
masukkan serai, garam, serbuk perasa, gula
masukkan carrot
senang saja memasaknya ...dan sedia dinikmati bersama nasi putih
love,
monalizahrais
opps! tertinggal satu step penting - bersihkan sotong, saya bersihkan sotong dengan membuang/menarik keluar kantung dakwat di dalam perut sotong, ada juga yg pecah tapi guna banyak air untuk buang dakwat ini, kalau tidak nanti kuah sotong akan hitam. just buang dakwat dan gigi sotong. tulang malas nak buang (putih tebal macam papan luncur kan bentuknya), nanti boleh ditarik keluar semasa makan, malah membantu mengekalkan tekstur bentuk sotong tersebut.
ReplyDeleteTerima kasih atas tips....bru pertama kali rietta nak cuba masak sotong katak nie...
ReplyDeletetak pernah tengok lagi sotong camni..ooo...sotong katak namanya ye.. :D
ReplyDelete