Assalamualaikum...
Tengah hari tadi telefon saya berbunyi, ada panggilan dari rumah di kampung halaman di Sabah. Ok, suara yang kedengaran dari adik bongsu saya, Didang memberitahu tentang keputusan kemasukannya ke sekolah agama. Dia tahu pun melalui abangnya yang sedang menunggu keputusan SPM, sekali jalan dengan emak dan seorang lagi adik saya yang memandu Avanza menuju ke sekolah agama untuk mendapatkan keputusan.
Selepas Maghrib tadi saya call semula rumah, manalah tahu dapat bercakap dengan emak, tetapi ternyata dia terlalu sibuk, ada sahaja yang hendak dibuat. Jadi saya bercakap dengan mama Kinit dan Didang saja.
Diringkaskan cerita, hari Rabu 16 Januari 2013, adik bongsu kami akan masuk asrama di SMK Agama, Sandakan, Sabah. Alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu selama ini, kehidupan baharu di sekolah yang berasaskan agama Islam dan pendidikan sekular diharap dapat membentuk peribadi adik kami menjadi orang yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat setelah tamat sekolah nanti.
Esok dia dan emak akan turun ke bandar untuk membeli keperluan sekolah, antaranya tudung labuh, toiletries. Sedikit kata nasihat saya sampaikan untuk dia tadi - supaya pandai-pandailah membawa diri, memilih kawan yang betul, berdikari mengurus diri sendiri dan bla bla bla... nasib baik dia tak jemu mendengarnya.
Lima tahun bukannya tempoh yang lama, tanpa sedar adik bongsu kami sudah memasuki fasa awal remaja. Mula-mula memang akan sedih lama-kelamaan ianya menjadi biasa. Semasa saya mula-mula datang ke Malaya sambung belajar di UM, masa itu belum sampai pun sebulan usia adik bongsu kami, muka masih merah lagi, bayilah sangat. Tanpa sedar dia sekarang sudah berusia 13 tahun, dan itu juga tempoh berapa lama saya berada di sini. Masih lagi merantau, balik ke Sabah pun bukannya boleh buat kerja yang bersesuaian. Tambahan lagi saya sudah berkahwin dan suami mencari rezeki di sini.
Saya cuba membayangkan muka Didang berpakaian sekolah lengkap dengan bertudung labuh. Teringat diri sendiri semasa tingkatan satu dahulu. Tak sampai sebulan saya berulang alik dari rumah ke sekolah menengah, seorang guru menyarankan saya tinggal di asrama supaya pembelajaran saya lebih terjamin. Orang tua saya menyuruh masuk sekolah agama tapi saya menolak, mengatakan tidak berminat, sebenarnya bukan disebabkan saya tidak suka dengan sekolah agama tetapi kami di SMKE ketika itu berkongsi asrama dengan pelajar sekolah agama berhampiran. Kedua sekolah ini pelajarnya sentiasa bergaduh walaupun melibatkan sekadar isu-isu kecil, (di luar pengetahuan guru) tak semua tetapi secara tidak langsung saya terlibat sama.
Itulah sebab utama saya menolak memohon sekolah agama, dalam masa yang sama saya berada di kelas terbaik, kelas aliran agama cuma tidak bersekolah di sekolah agama. Kami diajar Bahasa Arab komunikasi sehingga tingkatan 3.
Kemudian saya memasuki kelas aliran sains tulin.
Kalau tak silap saya selepas tahun 1995, pelajar sekolah agama yang menumpang tinggal di asrama kami akhirnya berpindah ke bangunan asrama mereka sendiri yang baru siap didirikan, agak ke belakang dan tersembunyi dari kawasan sekolah kami. Setelah saya tamat sekolah, akhirnya SMK Agama Sandakan berpindah ke Batu Empat dan memiliki kawasan sendiri. Tidak lagi menumpang/menyewa kawasan sekolah kami.
Perubahan positif yang dapat dilihat melalui adik Jejeng kami yang sedang menunggu keputusan SPM, dia dapat menjadi imam solat berjemaah walaupun setakat keluarga kami sahaja, sesekali menjadi bilal di masjid di kampung kami, pembaca doa di majlis kesyukuran, doa selamat, majlis tahlil dan majlis lain yang berkaitan. Sekurang-kurangnya ilmu agama dan ilmu sekular ada dalam dirinya. Kalau bersekolah di sekolah biasa, belum tentu lagi dia dapat menjadi imam solat berjemaah atau mengetuai bacaan doa, walau cemerlang keputusannya.
Adik Notet pun macam tu juga seperti adik Jejeng, diringkaskan sejak bersekolah di sekolah agama, selain keputusan cemerlang... malas-malas pun apabila dibebel tentang solat terutamanya, senang untuk dibentuk.
Dan sekarang, 15 Januari 2013 - hari jadi mama kami yang ke 52 tahun. Moga Bonda Disayang Allah (pinjam sekejap sebuah tajuk buku), dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan terbaik, panjang umur, dan apa sahaja doa yang baik-baik untuk emak kami. Barangkali juga kemasukan Didang ke sekolah agama ini simboliknya antara hadiah hari jadi emak. Love you mom...
Lain-lain cerita....
Anak buah saya yang bernama Mohd. Hanif atau mesra dipanggil Hanif atau Anceng atau Kinit yang berusia dua tahun dan sebulan tiga hari ( dia lahir 12/12/2010), bukan main rancak lagi bercerita di telefon setiap kali saya call rumah. Mulanya dia malu-malu tapi sekarang dia sendiri yang meminta untuk berbual dan menyanyi untuk aye'nya (sebutan untuk makcik/pakcik mengikut tradisi bangsa Tidung).
Lirik lagu yang gemar dinyanyikannya - 'anak kambing patah tanduk', sudah pandai bercakap walaupun ada di antara kata-katanya itu tidak jelas didengar. Tadi entah apa yang dibualnya di telefon, saya iya kan saja, sambil dia disuruh bercakap hello aye', aye' moon apa khabar, i love you, i miss you... bertambah rindu sama si kecil, cerdas, cergas, lincah dan menghiburkan...
Ok lah... tata, lain kali sambung lagi ya..
love,
monalizahrais

No comments:
Post a Comment