Assalamualaikum...
Semalam adik saya call, dia dan isterinya akan honeymoon dekat Cameron Highlands. spontan saya teringat kisah semasa masih bergelar pelajar dahulu.
tulisan kali ini tanpa gambar, saya hanya ingin bercerita tentang kenangan +- 10 tahun lepas ketika saya masih bergelar pelajar UM, tanpa dirancang saya 'terrr.... datang' ke Cameron Highlands. kiranya itu rezeki sayalah tu kan, Alhamdulillah, sebenarnya tanpa sebarang kos.
begini ceritanya - kawan saya dari UPM tiba-tiba memberitahu sekiranya saya berminat join rombongan pelajar UPM, lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. saya tanya, bolehkah macam tu dan berapa RM yang perlu saya keluarkan, maksud saya yuran, kerana itu rombongan pelajar. mereka menyewa satu bas, hampir penuh juga bas itu, hanya ada kosong beberapa tempat duduk sahaja lagi.
kawan saya tu bagitau, tak payah bayar apa-apa, just ikut saja dan sedia wang poket untuk perbelanjaan sendiri, saya terikut ke sana kalau tak silap disebabkan ada di antara ahli rombongan yang membatalkan penyertaan mereka di saat-saat akhir dan duit penyertaan tidak dapat dikembalikan. daripada membazir begitu sahaja, tiba-tiba kawan saya ini offer sekiranya saya berminat, sudah tentu saya berminat dan saya satu-satunya pelajar dari UM, yang lainnya UPM.
Macam mana nak cakap ya, diringkaskan bayangan kenangan itu sedang menari-nari di kepala saya sekarang - ladang teh, ladang strawberry, tempat menternak lebah + madu lebah, jualan bermacam jenis bunga dari yang hidup segar sampailah kepada bunga kering, aneka sayuran dan buah-buahan, serta kolam ikan. sayang sekali tidak ada sekeping pun gambar yang sampai ke tangan saya, pada masa itu kamera masih menggunakan filem dan bateri, jadi hasil photshoot kita kat sana lambat sedikit siapnya. entah di mana silapnya, gambar tidak sampai ke tangan saya, hanya kenangan sahaja kekal di ingatan. tidak mengapalahkan... bukan rezeki gambar, datangnya saya ke sana pun free saja...hehe..di luar jangkaan.
siapa tahu di lain waktu InsyaAllah bersama orang tersayang, bersama suami, keluarga mungkin akan berkunjung ke sana semula? Amin, semoga dimakbulkan permintaan ini.
Cameron Highlands mengingatkan saya kepada daerah Kundasang, Sabah. antara persamaan kedua tempat ini tentunya suasana perbukitan yang sejuk berbanding tempat lain dan ladang tehnya. kita semua tahu adanya produk Teh Boh dan Teh Sabah.
mengimbas... bas yang kami naiki ke sana agak laju. pada masa itu saya sangat takut, pelajar lain sedang enak melayan tidur tapi saya hanya berjaga sepanjang masa kerana takut bas terbalik. laju sangat! kami balik hari, pergi pagi dan pulang semula ke KL pada waktu petang, sampai di ibukota waktu malam. penat tapi berbaloi dan gembira tentunya.
sedikit cerita nakal di ladang strawberry, dilarang memetik buah tapi biasalah tengok kiri kanan pastikan tiada pekerja ladang, apalagi kalau bukan ngap! makan percuma, tak banyak satu dua biji saja. dan di ladang bunga pula, dilarang memetik bunga tapi saya pada masa itu memetik secara rahsia sekuntum bunga rose merah, kecil sahaja saiznya lebih kurang sebesar penutup air mineral. saya simpan bunga ros merah kecil itu di poket seluar, sehingga sampai di KL bunga itu masih ada dengan saya sehingga layu dan kering.
berhampiran dengan deretan gerai menjual bermacam jenis bunga... kami singgah di satu kedai makan. suasana sejuk kan, nasi yang diberi kepada kami pada mulanya panas tetapi sekejap sahaja sudah sejuk, macam baru keluar dari peti sejuk...
udara di sana memang nyaman, dan ingatan-ingatan ini juga sentiasa nyaman di minda saya...
sedikit cebisan kenangan dari Cameron Highlands,
monalizahrais
No comments:
Post a Comment