Wednesday, January 30, 2013

STATUS MENARIK DI FACEBOOK

Assalamualaikum...
 
jom kita tersenyum-senyum. apabila kita melayari facebook hampir setiap hari, bermacam status menarik yang dapat dibaca, ada yang kelakar, sedih malah ada yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. betapa setiap pemikiran kita itu berbeza antara satu sama lain. kalau asyik melihat warna yang sama sahaja dan sepanjang masa itulah warna yang dilihat, sudah tentu kita akan berasa jemu. lumrah, kita makhluk bernama manusia memang suka kepada keindahan.
 
bayangkan kita berada di jalan raya, semua kenderaan berwarna merah bermula dari basikal, motosikal, lori, bas... sudah tentu kita akan bosan kalau warna inilah yang dilihat setiap hari. sesekali perhatian kita tercuit, sedang kita menanti lampu bertukar hijau, tiba-tiba di lorong jalan sebelah kita itu sebuah kereta antik, yang sukar didapati di zaman sekarang.
 
 
 di facebook pun begitu juga, ada masanya kita tersentuh dengan status yang dipaparkan di wall mereka. untuk hari ini saya suka dengan kata-kata ini - 'sukar untuk melepaskan kau pergi kerana rasa itu terlalu dalam'. menggambarkan betapa sarat, sendat bebanan perasaan yang sedang ditanggungnya itu. tentu ada sesuatu sebab kenapa dia menulis sebegitu. lalala... macam ayat dalam novel kan.

status saya pagi tadi berbunyi begini - semasa saya kecil dulu, setiap kali melihat burung-burung terbang di udara saya selalu terfikir, burung-burung ini terbangnya ke mana, asyik terbang saja kerjanya dan saya selalu berangan-angan pada masa itu, kalaulah saya dapat duduk di badan burung itu dan menyuruhnya terbang membawa saya ke mana sahaja yang saya suka.

Alhamdulillah, terima kasih kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan hambaMu ini zaman kanak-kanak yang sangat indah, syukur Alhamdulillah...

ada juga berita yang dapat kita ketahui sebelum tiba masa disiarkan pada berita utama pada waktu malam. arus laman maya ternyata kencang, bergerak pantas membawa banyak perkara-perkara yang ingin kita ketahui.

zaman moden semuanya menuntut bergerak pantas, sekalipun kita bekerja dari rumah. apatah lagi yang bekerja di luar rumah.

lain cerita... yang dekat sedikit di Shah Alam, yang jauh sedikit, tak jauh manapun, PWTC berkaitan pesta buku anjuran organisasi berlainan, tarikh yang sama bermula 31/01/2013 - 3/01/2013. PWTC - Pesta Buku 1 Malaysia dan di Seksyen 15 Shah Alam - Karnival Karangkraf. bagi diri saya sendiri, ternyata tarikan di Shah Alam itu sangat kuat berbanding PWTC. mungkin juga faktor lokasinya yang dekat dengan rumah. taklah dekat sangat, tapi Klang dengan Shah Alam tu boleh dicapai dengan public transport, sekurang-kurangnya.

love,
monalizahrais

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment