Tuesday, June 5, 2012

SHOPPING

Semalam saya dan suami shopping mata tengok baju kurung dan jubah. Survey dulu bandingkan harga kalau ada yang berkenan di hati barulah beli. Cari baju kurung tema warna hijau pucuk pisang. Ada memang ada dan cantik pada pandangan mata tapi...
 
Saya fikir macam ni, kadang-kadang kita membeli nasi lemak yang banyak dijual di tepi jalan terutama sekali laluan pekerja pejabat seawal Subuh sehingga sekitar jam 10. Paling senang nak nampak kelibat penjual ini berhampiran stesen LRT dan stesen bas. Bungkus siap-siap, kita beli hulur duit kecik kemudian bergegas ke tempat kerja. Lepas tu gerai sementara ini akan tutup, kemas meja lipat payung dalam van/kereta dan keesokannya akan berniaga semula.  
 
Beza makan nasi lemak yang dibungkus dengan yang dihidangkan di warung/restoran malah hotel sudah tentu harganya. Rasa tak jauh sangat... kadang-kadang tu yang jual di tepi jalan itu lebih sedap dan segar baru keluar dari periuk. Harga bungkus nasi lemak tepi jalan dibandingkan dengan nasi lemak di tempat yang saya sebutkan tadi lebih murah sebabnya ianya berkaitan dengan sewa.
 
Kami beli tudung di Jalan TAR, tudung yang sama dijual di sebuah premis...berbeza harga padahal kualiti yang sama. Sebagai pembeli, mungkin saya sepertinya cerewet tapi yalah... orang biasa saja berpendapatan sederhana sebab itulah memilih sedikit berkaitan penggunaan wang belanja. Dalam erti kata lain... biarlah menang membeli, berbaloi dan ikut kemampuan.

Ada satu kedai kami masuk semalam, dari jauh lagi dapat dilihat diskaun 50%. Teringin juga nak tahu kan, apahal jual sampai diskaun 50% tu. Kedai lain ok je...cool saja jual macam biasa. Dan kami pun masuklah belek sana belek sini. Pada pandangan mata saya lah kan... saya mengandaikan dijualnya baju kurung dan jubah itu separuh harga sebabnya itu koleksi lama, apabila saya meneliti urat kain... ternyata ianya sudah lama. Cuma nampak da boom gitu suasana kedai terutamanya lampu yang menyebabkan kain baju itu nampak baru.

Sama macam membeli ayam di pasaraya (kadang-kadang, tidak selalu dan mengikut pengalaman saya). Nampak fresh saja tengok di rak sejuk tapi sampai kat rumah dah lebam-lebam dan berbau. Sebab? Lampu memainkan peranan yang cukup penting... ianya seperti  kita menonton persembahan teater, bermacam jenis mood cahaya dari lampu yang dipancarkan di atas pentas untuk mewujudkan suasana panas, sejuk, dingin, seram padahal ianya cuma di atas pentas saja kan?
 
So... saya nak survey lagi, baju tu untuk saya pakai semasa majlis nikah sanding adik saya di Semporna, Sabah. Kami di pihak pengantin lelaki disuruh pakai tema warna pucuk pisang. Tu yang sekarang dah start cari baju tak mau lah kelam kabut nanti. Ada masa untuk memilih lagi. Saya juga tengah cari jubah untuk majlis khatam al-Quran di pihak lelaki dan sekali lagi... ada masa juga nak cari jubah yang berkenan di hati.
 
Harap-harap lepas ni dapatlah baju dan jubah yang diinginkan serta berbaloi dengan harga yang ditawarkan...




 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment