Tuesday, June 5, 2012

MIMPI

Assalamualaikum...
 
Pagi Selasa yang cerah ini saya nak cerita pasal mimpi, rasa nak gelak sambil berguling-guling sebabnya rasa lucu dengan mimpi yang saya alami malam tadi. Jenguk fb sekejap tadi dan out dan sekarang jenguk blog yang biasa-biasa saja ni, lepas tu nak masak char kue teow... kalaupun tak sama sepenuhnya sedikit rupa char kue teow pun jadilah...
 
Saya tidak pernah meminati/memuja artis sejak dari budak-budak ke remaja sehinggalah sekarang meningkat dewasa, tapi itu tidak bermakna saya tidak tahu langsung tentang dunia artis dan hiburan. Saya ambil tahu kisah mereka kerana banyak juga yang boleh dijadikan teladan malah kadang-kadang bagi artis yang berilmu dan bijak... popular dan glamour yang menyaluti mereka itu digunakan untuk tujuan kebaikan, antaranya dunia perniagaan malah bidang motivasi. 
 
Cara mereka bercakap, berhadapan dan menangani sesuatu gossip ataupun permasalahan lain juga menunjukkan sama ada acuan personaliti mereka dibentuk oleh dunia hiburan itu sendiri ataupun mereka yang membentuk acuan baru/fenomena baru.
 
Kisah hidup mereka, transformasi diri dari satu tahap ke tahap seterusnya termasuklah pembangunan jiwa yang dialami yang selalu digemburbajakan oleh media, ada yang lebih baik juga berbanding orang biasa. Malah ada yang memiliki sifat kental dan tabah yang luar biasa sewaktu menghadapi ujian hidup.

Kisah peribadi mereka sukar untuk menjadi peribadi sepenuhnya, bergelumang di dunia hiburan memang macam itu. Di dalam dan luar negara... kisah artis yang dijadikan bahan jualan tidak pernah merudum malah itulah pelaris utama jualan majalah, program televisyen, antaranya.
 
Ok, teruskan dengan cerita mimpi malam tadi, asyik membebel pula saya ni panjang sangat intronya kan... begini  ceritanya : saya bermimpi seorang artis malam tadi. Adalah sekali dua saya melihat mukanya di tv. Glamour jugalah dia ni. Mukanya jelas sekali dalam mimpi saya tu dan... entah macam mana mau cakap ya, dengan spontannya saya tahu namanya sebaik sahaja bangun dari tidur. Melihat jam pada masa itu jam +- 4:30 pagi. 
 
Sebentar tadi saya melakukan carian internet untuk memastikan artis dan namanya itu dan sah memang dia. Rasanya kali terakhir saya terlihat wajahnya di tv beberapa bulan sudah berkaitan apa lagi kalau bukan gossip. Adui... saya nak tergelak lagi...luculah pula.
 
Saya bukan peminat dia tapi ya... saya akui raut wajahnya memang ada daya tarikan...isk isk isk memanglah namanya pun artis...waduh-waduh...mimpi artis lah pula. Hai... pula dah lagu tu.
 
Sudah namanya mimpi, biasalah tu macam-macam jenis mimpi kan....
 
salam sayang,
monalizahrais
 


 
 
 

No comments:

Post a Comment