Monday, June 4, 2012

PEMBANTU RUMAH

Nak cerita tentang pembantu rumah saya yang sangat setia ini, tidak pernah menghampakan kami. Kerja rumah cepat siap dengan adanya pembantu rumah saya yang special ini. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pembantu rumah satu bernama Putar Alam. Yang kedua pula bernama Cool. Putar Alam.... alah yang selalu basuh kain baju kami, just on suis masukkan air dan serbuk pencuci dan Putar Alam pun menjalankan tugasnya...a.k.a mesin basuh.
Cool pun sama, dia rela 'menelan' segala macam bahan makanan bermula dari mentah, pedas,manis, sayur, buah malah belacan sekaligus! Pun begitu dia tetap Cool, sudah tentu Cool si peti sejuk. 
Putar Alam dan Cool ini hanya berehat walaupun hendak sangat bekerja hanya semasa mati karan (black out).
Hehehe... gurau sekejap ya... takkan serius sepanjang hari, kena pula hari Isnin. Hari yang selalu membuatkan kita malas pergi kerja setelah berehat di hujung minggu (untuk mereka yang office hour kan), lainlah kalau kerja shift biasanya cuti di luar dari Sabtu dan Ahad.
********
Pendapat saya secara personal, dari kaca mata sayalah... katakan sepasang suami isteri yang sama-sama bekerja, punya anak dua atau tiga orang yang sedang membesar sekitar umur dua tahun ke sepuluh tahun dan katakan gaji mereka berdua setelah dicampur untuk sebulan mencecah +-  RM 6 ribu, maknanya seorang lebih kurang RM 3 ribu. Duduk di Kuala Lumpur ataupun di bandar utama di negeri lain.

6 ribu tadi tolak ansuran kereta+minyak+tol+maintenance, ansuran rumah, belanja rumah/dapur, susu anak, pampers, kesihatan/sakit pening, bil api, air, astro, internet, bil telefon rumah atau reload phone... bayangkan berapa RM saja yang berbaki. Tak termasuk ansuran yang bersifat kehendak misalnya set perabot dan sofa malah keperluan tatarias diri! 

RM 6 ribu kalau duduk di kampung dengan rumah kampung tanpa sewa, bil juga rendah memang mewahlah jawabnya tapi kalau duduk bandar utama ianya hanya cukup-cukup makan. Bayangkan pula anak yang dua tiga orang tadi, hendak cari pengasuh paling kurang pun seorang RM 200 untuk satu anak... 

Kalau saya di pihak majikan, pembantu rumah yang saya harapkan bukan hanya boleh meringankan beban kerja rumah malah soal menjaga anak juga perlu berkrompomi. Apa yang saya lihat di tv berikutan berita ketibaan pertama kumpulan pembantu rumah bergaji RM 700 @ RM 808 dengan syarat baru itu... kebanyakan pembantu rumah itu pastinya juga mempunyai anak di negara asal mereka. 
Yang memerlukan perhatian lebih sudah tentu anak-anak selain keperluan bekerja. Bayangkan seorang ibu sedang menyediakan makan malam dan baju bertimbun untuk dibasuh, tiba-tiba anak kita demam dan menangis tidak henti, sudah tentu sebagai seorang ibu kita akan cepat-cepat membawa anak kita ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan segera dan semua kerja yang sedang dilakukan tadi akan ditinggalkan bergitu sahaja. Ianya seperti kos lepas perlu memilih yang mana lebih penting.

Tidak terhenti di situ sahaja bukan, sehinggalah anak kecil itu sembuh sepenuhnya barulah ibu tadi surut perasaannya yang bercampur baur itu. Kerja rumah boleh ditangguh tapi kesihatan anak-anak jangan diambil remeh. Kehidupan serba mencabar dengan kos hidup yang semakin tinggi tidak dapat tidak memang memerlukan pembantu rumah. Rezeki melimpah ruah mewah kerana RM700 itu menjadi +-  Rp2 juta di mata wang Indonesia.
Kes penderaan terhadap pembantu rumah memang tidak wajar tapi tidak semuanya begitu. Seharusnya pembantu rumah menghargai peluang yang diberikan kepada mereka untuk mencari rezeki di negara bertuah ini. 
Kenapa kebanyakan pekerja luar yang masuk di negara kita walaupun berstatus pendatang haram boleh dikesan di pasar borong dan restoran? Sebabnya mudah untuk makan percuma begitu juga dengan tempat tinggal, hanya perlu fikirkan tentang kerja dan berapa banyak wang yang dapat dikirimkan kepada keluarga di kampung. Tidak perlu fikir banyak perkara membebankan macam yang selalu kita fikir setiap kali genap sebulan dan mendapat gaji.




No comments:

Post a Comment