Thursday, June 14, 2012

JOM MAKAN




Isi buah terap



Beginilah bentuk kulit buah terap, dilonggok dalam kereta sorong, adik-adik dan ipar lelaki yang menyungkitnya dari 'darat'. 'Darat' bermaksud belakang rumah.

Gambar ini dirakam tahun lepas semasa sambutan Hari Raya dan waktu itu juga kami sekeluarga sedang sibuk sakan membuat persiapan kahwin adik saya, Abdul Manan namanya, sekarang tunggu time bergelar bapa, dijangka pertengahan bulan puasa nanti.

Buah terap mentah boleh dimasak sayur seperti kita memasak buah nangka, lebih kurang juga masakannya, antaranya masak lemak bersantan campur dengan udang kering/ikan masin/udang basah. Yang sudah masak pula selain dimakan begitu sahaja buat  jemput-jemput pun sodap tapi ianya banyak menyerap minyak.

Buah ni kalau dibiarkan masak ranumnya melebih-lebih... macam kita makan tapai jugalah, semakin lama semakin manis dan ada rasa macam ada 'gas'. Yang sedang-sedang saja masaknya, baru sedap. Menurut cerita orang tua-tua, buah ini buah hutan sebenarnya, ada dua jenis ada yang pahit dan ada yang manis. Ini jenis yang manis dan boleh dimakan, yang pahit tu makanan monyet...hahaha...

Tangkainya bergetah, nak membuka kulitnya sangatlah senang, teliti sekali lagi gambar di atas, kopek saja kulitnya dengan tangan. Ulas buah tu boleh dibuat sayur tumis campur belacan...perghh....boleh tambah nasi dibuatnya.  Bau buah ini sangat wangi harum semerbak... itu tandanya sudah masak dan boleh makan begitu saja. Opps! ada biji di dalam sebesar +- kacang tanah berbentuk bujur.

Saya percaya ramai yang tak kenal buah ni... lain kali saya nak cerita buah lain lagi, tak de jual di mana-mana itu buah...

Dan... menatap gambar-gambar ini rindu kampung halaman itu bertandang lagi...oh 126 peringkat enam...

Sekali lagi dan... buah-buahan di sekitar rumah di kampung halaman semuanya ditanam oleh arwah ayah... semuanya menjadi, tumbuh subur meninggi... sememangnya arwah bapa kami 'tangan hijau'.


 

No comments:

Post a Comment