Saturday, December 31, 2016

PINDAH RUMAH

Assalamualaikum…


Bukan kami yang pindah rumah, tapi adik saya yang pindah keluar, bermula semester 3 bersamaan semester 1 pada tahun kedua pengajian, bermula Disember 2016 dia menyewa rumah duduk sekali dengan kawan-kawannya. 8 orang dan sewa bulanan RM 400 seorang termasuk api, air, wifi. Tingkat 5.  Full furnished -  mesin basuh, peti sejuk, heater, oven, 2 dapur, pinggan mangkuk gelas, tilam, sofa, meja makan, tv, aircond, rice cooker ada 3. Deposit RM 850.


Kondominium D’Aman Crimson, nama tempat tu, dekat LRT stesen Lembah Subang. Rumah ini milik keluarga kawannya,  membeli beberapa rumah di kawasan ini, disewakan khusus untuk pelajar-pelajar kolej berhampiran.  Maknanya sentiasa ada duit tepi, walaupun ekonomi gawat tak gawat, kata rakan adik saya tu.


Dia dapat biasiswa Yayasan Sabah. Pointer/CGPA kena jaga, perlu maintain power. Untuk semester terkini dia dapat GPA 4.0, semester sebelumnya CGPA  3.61, masih di paras selamat. Maknanya untuk kekal CGPA 3.6 semester ini dan semester seterusnya, dia perlu kekalkan  GPA 4.0 every semester. Sebab sudah ‘bocor’ satu subjek tak dapat A+.


Sebagai kakak, saya gembira dia keluar rumah dan duduk menyewa bersama rakan-rakan pengajiannya. Teringat zaman saya study dulu… masuk semester 2, tahun pertama pengajian saya dah duduk rumah sewa dah, merasai/melalui suka duka pelajar luar kampus. Menjadikan kita lebih berdikari.


Adik saya bermula matrikulasi dia duduk hostel setahun, sampai kurus kering jadinya sebab duit loan atau biasiswa tak masuk-masuk. Hari-hari mencatu makan minum. Kemudian tahun pertama, duduk sekali dengan kami, kami tolong setakat yang termampu, dia berulang alik Klang – Petaling Jaya untuk attend class dan syukurlah penantian menunggu loan/biasiswa sudah berakhir.


Semalam, sebelum dia gerak keluar rumah, sempat lagi dia bertanya kalau-kalau saya ada apa-apa benda nak beli, dia tolong belikan kat kedai. Sambungnya lagi, kalau ada apa-apa kecemasan misalnya saya atau suami yang sakit tiba-tiba, just call dia saja. Dia akan bantu semampunya. Selama setahun dia duduk bersama kami… sebenarnya saya agak ‘kejam’ dan rajin buli adik saya ni.  Tujuan utama saya bersikap ‘kejam’ dan membuli, sebab saya sudah membayangkan/menjangkakan kalaulah satu hari nanti biasiswa/loan adik saya masuk… saya tidak perlu bimbang tentang survival dia di luar kampus. Mampu berdikari.


‘Kejam dan buli’ – saya pastikan dia basuh/sidai/lipat atau gantung pakaian sendiri. Basuh pinggan mangkuk, kemas dapur selepas digunakan. Kemas katil dan sapu bersih bilik sendiri. Ajar dia kenal barang-barang dapur yang paling asas – pergi ke pasaraya terdekat sekali dengan adik. Kemudian di lain hari saya beri duit suruh beli barang-barang dapur.

Semalam, saya lihat adik saya basuh pinggan sendiri… saya berharap sekarang dia dah duduk rumah sewa, berkekalanlah sikap rajin dia tu. Tak menyusahkan rakan serumah. Sepanjang tahun ini, saya  'mengintai' solat si adik, dia jaga atau tidak bahagian ini. Saya beri dia sejadah dan sebuah al Quran kecik. Alhamdulillah 'lulus' semuanya, hihi...

Walaupun 'kejam dan buli', saya tidak pernah marah atau tinggikan suara, no bebel-bebel like nenek-nenek... saya just cakap benda-benda perlu dalam nada tertentu - tegas, natural atau mesra (ikut keadaanlah).

Nasib baik emak kami tak duduk sekali dengan kami, bukannya apa emak jenis orang kampung sejati yang terdidik dengan bermacam adat yang kadang-kadang menyusahkan itu (ditegaskan bukan emak yang menyusahkan tapi bahagian amalan adat itu)… kau bayangkan macam manalah saya nak ajar adik saya buat kerja rumah kalau si emak tegas dengan adat – orang lelaki tak perlu buat kerja rumah = kerja perempuan.


Adik saya yang lain yang belajar di Adtec dulu tu… sekarang kerja di Kota Kinabalu duduk dengan abangnya. Semasa belajar dulu… dia duduk hostel dan makan minum disediakan, just fikir basuh baju sendiri, fokus study. Elaun bulanan RM 300. Tak pernah merasa duduk luar kampus. Kesannya ada sedikit gaduh-gaduh di rumah adik saya di KK  sebab dia tak reti basuh pinggan mangkuk sendiri. Dia  mengadu dekat emak pula tu… dan si emak menyokong si adik yang malas basuh pinggan sendiri…alahai…but now dah settle dah. Dia kena basuh sendiri pinggan mangkuk gelas dan bersihkan dapur selepas guna. Mesti berdikari.


Ada masa saya dan suami akan ‘melawat kawasan’ rumah sewa adik saya. Gambar ada dalam group whatsapp family. Gambar dapur, dalam bilik, pemandangan dari balkoni rumah. Sambil menulis cerita ini, saya sempat berwhatsapp dengan adik mengingatkan dia jangan lupa basuh pinggan bersih dapur selepas guna. Renew ‘ikrar’, hehehe…

(membaca semula tulisan di atas, saya merasakan 'make up' ayat-ayat yang digunakan seakan karangan budak sekolah rendah hahaha...biarlah malas mau edit balik) 

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar Klang
Selangor
31 Disember 2016 Sabtu



No comments:

Post a Comment