Saturday, December 3, 2016

WAYANG LEBIH, POPCORN MASIN

Assalamualaikum…


Jarang saya menulis cerita di waktu petang, selalunya saya bermula waktu pagi, rehat sekejap lunch, seterusnya membawa ke petang atau sedikit rajin sampai ke malam. Petang ini mood menulis tiba-tiba datang… sejak pagi tadi idea dah mula menari-nari dangdut minta layan. Oklah, saya layan dulu. Di luar hujan gelisah, sekejap kuat sekejap renyai-renyai. Dalam perut pun gelisah, irama lapar tak sudah berbunyi, sudahnya saya makan chapati dan sotong kering bakar cicah sos cili thai + perahan limau nipis. Pergh!!! terangkat beb. Disulami tengok facebook sambil menaip.

28’C, scattered thunderstorm kata si Acer. Humidity 80%, kelajuan angin 24km/h.


@ Tiket @

Awal-awal lagi Raf mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan pasangan Ah dan Id. Pasangan ini jenis drama king dan drama queen. Menurut Raf, dia sudah ‘terkena’ dengan ‘helah cerdik’  Ah dan Id. Pakar putar alam katanya. Raf siap hantar bukti bergambar di whatsapp saya. Saya? Saya terkedu, tak tahu nak respon apa, Ah, Id dan Raf mereka bertiga saya hormat atas sebab hubungan kekeluargaan. Cuma yalah, zaman sekarang perlu duit lebih sara hidup tinggi, faktor ini boleh buat seseorang  jadi lain, berubah lebih baik atau sebaliknya.


Saya mengambil sikap pertengahan. Sokong tidak, percaya pun tidak. Menjadi pendengar yang baik mendengar cerita Raf. Lagipun saya tak nampak depan mata. Tak berani nak hukum apa-apa. Alkisahnya begini – Ah dan Id perlu ke KL untuk urusan konvokesyen dan shopping. Pertama kali ke KL, sayalah yang diharapkan menolong mereka ke mana-mana. Tak kisah, saya setuju, tolong setakat kemampuan kita. Bermula dari hotel ke booking tiket, seterusnya temankan tunjuk jalan ke mana-mana tempat yang Ah dan Id nak pergi, kita tolong. Saya semacam guide gitu.


Selepas dua kali datang KL, urusan penting konvokesyen Id pun selesai dan shopping pun selesai juga. Kemudian, balik kampung dan nak datang KL lagi. Minta tolong tengok tiket kat saya. It’s ok, nak tolong takde hal. Jika kita meminta pertolongan dengan seseorang, agak-agaklah kena pandai bertolak ansur. Jangan ikut syok sendiri saja, tak peduli perasaan orang lain.


Ah dan Id selalu whatsapp/call saya sesuka hati.  It’s ok lagi, saya layan seadanya. Terus kepada poin utama yang membuatkan saya terfikir ada betulnya cakap Raf, sambil mengimbas kembali perlakuan mereka selama berada di KL.
~ selalu provokasi/menguji, dominasi, ayat-ayat back up banyak sangat.
~cakap besar, berbohong


Saya lambat jawab whatsapp/call Ah dan Id, bertubi-tubi pula ayat-ayat provokasi masuk di telefon saya. Lepas tu saya jelaskan lambat balas sebab kebetulan saya tengah mandi, tidur malah solat. Sudah dijelaskan tapi semacam tak faham bahasa. Saya cakap kalau nak saya tolong booking tiket, boleh, tapi Ah dan Id pergilah tengok dekat laman web AirAsia dan MAS tu. Cek sendiri dulu…dah confirm tarikh barulah inform dekat saya untuk booking tiket dekat ejen. Pun tak faham juga. Haish…


Saya hairan bagaimana seseorang yang bergelar guru selama +- 20 tahun…tu pengalaman mengajar yang bukan sedikit, berhadapan dengan ribuan pelajar yang bermacam karenah …tidak memahami apa yang saya sampaikan. Katanya lagi untuk internet mereka berdua saja dah 32GB, kan banyak tu, saya cuma 10GB jer internet bulanan.


Maknanya tiada masalah untuk tengok tiket…bahagian booking dan payment kita tolong urus kemudian. Setahu saya, kawan-kawan saya yang bekerja sebagai guru – di laman fb mereka selalu ‘bising’ tak dapat key in maklumat pelajar, tapi kalau fb dan lain-lain benda melibatkan internet laju. Dan saya lagilah musykil, Id kerap whatsapp  saya link shopping tudung kain dan sebagainya… yang itu dia tau tengok, takkan buka laman web Airasia dan MAS tak reti pula? Kan ganjil tu. Habis tu key in info budak-budak yang diajar tu macam mana pula? Takkan tak reti buat?


Sudahnya saya mendapat ‘hadiah’ sindiran, ayat-ayat sinis dari Ah dan Id beberapa hari sudah, atas sebab saya lambat balas mesej/call mereka. Saya cuba balas mesej mereka berdua (pun hal tiket juga) dan pada masa yang sama, mengurus suami saya yang tiba-tiba sakit. Bayangkan, kita tengah jaga suami sakit, sambil menyelit balas mesej mereka berdua.  Saya siap minta tolong jiran papah dan hantar suami ke klinik, hujan pula lebat masa tu, mana ada masa nak layan karenah Ah dan Id. Lainlah kalau penting sangat.


Saya cakap dekat Ah, my husband sakit sebab tu lambat balas mesej/call. Oklah katanya, dia minta maaf. Then saya terus terang dekat Ah jangan cuba reversed psikology dengan saya, untuk urusan tiket saya terus bagi nombor ejen, settle sendiri hal tiket kamu, saya kata. Jenis orang tak faham bahasa kita nak kata macam mana lagi? Dah diberitahu berulang-ulang pun tak faham juga. Sebelum ini saya dah bagi nombor ejen tiket, tapi Ah dan Id nak saya yang uruskan tiket mereka.


Selepas itu telefon saya ‘aman’ sekejap. Namun gerak hati saya rasa tak sedap hati, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan ini berpanjangan dan akhirnya terjawab pada pagi Selasa. (my husband dapat MC 2 hari).  My mom missed call, itu tandanya ada benda penting. Saya selalu ingatkan emak, kalau ada apa-apa hal penting/kecemasan just missed call saya, saya akan call emak.


Dengan nada suara bimbang, emak bertanyakan khabar kami, my husband dah ok ke tidak. Saya tanya emak, siapa bagitau emak my husband sakit. Mak jawab Ah call emak awal-awal pagi lagi beritahu  dia bimbang my husband sakit. Fahamlah saya maksud rasa tidak sedap hati saya tu. (Ah tak percaya cakap saya tu, yang part suami saya sakit) Saya tanya emak, Ah selalu call emak ke? Emak jawab dia sebenarnya hairan kenapa tiba-tiba Ah call dia beritahu my husband sakit. Selama ini dah bertahun, jangan kan datang berziarah ke rumah emak, telefon bertanya khabar pun tidak. Tiba-tiba?...hmm…jarak rumah Ah dan Id dengan rumah emak bukannya jauh pun…tak sampai sejam pun perjalanan. Kalau jalan lengang kurang ½ jam dah sampai dah.


 Taubat…saya tak nak, mohon dijauhkan dari orang-orang sebegitu. Tiba-tiba saya teringat sesuatu– psikopat dan krisis pertengahan umur. Ah 48 tahun dan Id 46 tahun. Melihat ‘watak dan perwatakan’ mereka berdua, berdasarkan latarbelakang pendidikan saya dalam bidang teater, ciri-ciri itu ada pada mereka berdua (sekadar terfikir, sambil berharap saya salah, sedar diri... saya bukan pakar yang sahkan orang itu ini sakit sekian-sekian...).


Saya ‘mengadu’ kepada Raf, kenapa Ah dan Id begitu. Mengikut Raf, teknik yang sama Ah dan Id pernah gunapakai sebelum ini, jika mereka tidak puas hati dengan si polan bin/binti  si polan, mereka akan ribut serabut kacau orang terdekat. Supaya jadi ‘gempak’. Ala-ala perang saraf gitu. Nasib baik emak sedia maklum perangai mereka laki bini. Saya dah jelaskan semuanya dekat emak, dan emak pun beri nasihat tak perlu layan orang-orang jenis gitu.


Membaca semula tulisan saya dari atas sehingga ke perenggan ini, saya terasa seperti sedang mengecat dinding perasaan – warna hitam, terasa hitam dan gelap perasaan ini dan seperti ada satu sudut bahagian kecil dinding putih sedang berbisik –‘it’s not you Mona, kau bukan seperti ini, menyuluh sisi hitam orang lain, it’s not you’. Huhuhu…




 Joker (kredit gambar : google)


 @ MLM (multi level marketing) @

J junior saya masa sekolah menengah, tiba-tiba call saya. Bagi tawaran menarik, ada kerja bagus, pendapatan lumayan. Tak kira kita kerja atau surirumah, kerja ini avalaible untuk semua, katanya. Masa tu saya tak tahu sangat tentang bisnes MLM. Pernah dengar, tapi tak tahu dan tak faham. Alangkan facebook walaupun saya dah buka akaun masa tu…tapi tak aktif. So, ada banyak info saya tak tahu.


J cakap, lagi beberapa hari ada seminar kerjaya di hotel terkenal di KL, pergi dulu katanya, setuju dapat untung kalau tak berminat pun it’s ok. Just tambah ilmu pun boleh. Masuk percuma.


Bincang-bincang dengan suami… suami kata pergilah. J datang jemput saya di rumah. Kami pun geraklah ke hotel. Hotel apa? Tak ingat dah. Masa tu tahun 2010. Ladies and gentleman… dia punya drama, memang meyakinkan kita. Mampu meyakinkan kita supaya keluar duit ribu-ribu. J layan saya semacam kita ni pasangan kekasih, bahagian gentleman tu… sangat sangat sangat. Siap dibukakan pintu kereta lagi. Nasib baik tak dibaginya bunga dan coklat hahaha…


Gerak dari Klang +- jam 10 pagi, sampai hotel waktu lunch, di lobi hotel ada pameran minyak wangi. Menurut J, itu semua produk syarikatnya, sale juta-juta sampai ke oversea.
Kemudian saya dibawa ke dalam dewan, ada banyak table. Susun atur table tu macam kita pergi majlis kahwin. Tunggu punya tunggu tak de pun seminar, saya tanya J bila nak mula seminarnya, mana peserta, J jawab hari ni seminar terpaksa tangguh kita buat sesi pengenalan saja dulu. Saya diberi borang isi nama, alamat, nombor IC, nombor telefon.


Mula-mula J cerita produk penyegar udara. “Beberapa tahun akan datang dunia akan tercemar teruk, semua orang pasti akan beli produk ini. (dalam hati saya : punyalah banyak penyegar udara jual dekat pasaraya, hmm…). Masa itu kita akan kaya raya. Sebab pengguna tiada pilihan, nak tak nak mesti akan beli produk kita. Tak rugi join bisnes ini. Dah namanya bisnes, tak sah kalau tak cari orang, semakin banyak downline yang kita cari, kita pun dapat bahagian persennya, bla bla bla bla…”.   

Tu..skim pyramid tu..korang google jer Ponzi skim, skim cepat kaya, dan banyak lagilah nama-nama pelik.  Itulah yang saya maksudkan. Lebih kurang jer semua ni, beza pada produk yang tak wujud pun, jual air liur + sembang terbang saja tu. Janji duit dapat.


J cuba pengaruhi saya supaya sign borang tanda setuju join group dia orang, then saya WAJIB keluar duit deposit RM 6000. What? 6 ribu kau kata? Ya, 6 ribu beb, tak ke gila namanya tu. Kan tak betul tu? (dalam hati saya : apa barang keluar duit 6 ribu? Setakat produk penyegar udara? Di pasaraya tidaklah semahal itu). Dia punya ayat-ayat brainwash pergh… setiap kali kita nak cakap kita tak nak/tak setuju, dia dah jawab dah. Seolah-olah dia tahu apa yang ada di dalam fikiran kita.


Dia punya ayat-ayat/hujah memang power beb!  Kalah ayat-ayat kasanova, haha…agak susah juga saya menangkisnya. Fuh, gila punya brainwash. Dan…walau apapun reaksi kita, dia tetap tenang, sangat tenang sebenarnya dan sentiasa tersenyum. (saya melihat di sekeliling…bukan saya seorang sedang dibrainwash, setiap meja kita dapat lihat orang lain dengan reaksi yang sama seperti saya – nampak sangat kerut dahi muka ketat tu, dalam hati saya terdetik : ni something wrong ni, lain macam dah ni).


Nasib baik ada sedikit tempoh ‘bertenang’. Sampai waktu solat Zohor dan Asar…J siap hantar saya sampai depan pintu surau. Nasib baik J ni lelaki (sebab dia kawan kepada adik saya, tu pasal my husband setuju saya join ‘seminar kerjaya’ yang dikatakan J sebelum ini) so saya dalam surau ada sedikit masa memikir – macam mana saya nak kata tidak ni? Nak berkeras memang susah, agak mencabar  berhadapan dengan situasi ‘keras dalam lembut’, memaksa kita secara halus).


Sesi brainwash berpanjangan sampai waktu Maghrib, bermula J seorang, J panggil beberapa upline sekali brainwash saya, bertubi-tubi. Saya lebih banyak diam dan tak respon sangat provokasi mereka. Layankan saja seadanya. Benda-benda lucu, nampak sangat menipunya – cakap besar ada Ferrari, income puluh ribu sebulan, melancong luar negara, cakap Bahasa Inggeris pun tak betul sebutannya (saya yang memang tak terror BI ni pun tahu sebutan dia tu salah). Saya rasa lucu, melihat cara mereka berpakaian malah melihat tali leher cara pasang pun tak betul, sepatutnya hujung tie tu bukannya atas tali pinggang kan?


 Dan kalau kau ada Ferrari, takkan kita makan nasi lemak jer? Nasi lemak bungkus pula tu yang harga tak sampai 2 ringgit pun. Apa kelas bro? Dompet saja nampak sangat produk pasar malam. Hish takkan pakai dompet murah kalau dah ada kereta Ferrari? Isk isk isk. Maaf cakap, melihat material kain seluar slack, kasut, kemeja mereka pun kita dah nampak dah, tak nampak dan tak dapat hidu bau ‘orang-orang kaya tu, alahai…
(dalam hati saya : marah ada, kesian pun ada, kenapalah korang buat kerja-kerja menipu ni? Terdesak sangat ke?)

Dah lepas Maghrib, telefon saya bunyi, suami call. Saya cakap, saya nak balik.

J & the gang : Tapi kamu tak sign lagi borang ni. Rugi tak join.
Saya : Saya fikir dulu, bincang dengan suami, 6 ribu tu bukan sedikit, banyak tu.
J & the gang : Rugi tau kak, kalau tak sign sekarang, rugi sangat, peluang hanya datang sekali.
Saya : Saya nak balik juga, my husband dah call. Number phone ada kat borang tu dan J pun tahu rumah saya. Tak jadi masalah nak contact saya kan? (dalam hati saya tersangatlah berdebar, melantun-lantun debarnya, fuh!)


Sepanjang perjalanan sampailah hadapan rumah, J terus berlembut memujuk saya supaya setuju.
Depan rumah jadi macam ni, dalam kereta.
J : Suami akak dah balik?
Saya : Belum lagi.
J : Kalau akak tak kisah, J tunggu suami akak balik, kita bincang lagi dalam rumah. Tak pe, saya tunggu di kereta pun ok. (masa ni dia tak buka lock pintu kereta lagi, huhuhu…)
Saya : (dalam hati saya : macam mana aku nak cakap ni aduiii…). Tak payah tunggu J. J balik dulu, J ada facebook? Nanti saya add fb, nombor telefon saya ada dekat J dan J pun tahu rumah saya kan?. (saya cuba cakap dengan nada tenang dan mesra tapi debarnya ya Allah…sungguh)


J unlock pintu kereta dan saya pun berjalan tenang (ikutkan hati saya nak lari jer) menuju pintu rumah, masuk rumah dan terus KUNCI rapat-rapat! Fuh leganya. Dalam tempoh beberapa minggu bermula malam itu, telefon saya tak henti-henti bunyi, J punya pasallah, mesej dan call bertubi-tubi, huhuhu…nasib baik J tak datang rumah, sepanjang masa saya kunci pintu rumah, dan kalau J datang rumah saya tekad call polis. Saya cerita dekat suami dan adik saya tentang J dan syarikat PALSU dia tu, adik saya suruh saya call dia kalau J kacau saya lagi. 

Saya add J di fb, guna akaun fb saya yang tak aktif sangat tu, untuk baca profilenya, dan mungkin sebab J nampak adik saya selalu komen status-status di fb saya, rasanya dia tak berani kacau lagi, siapa nak cari nahas dengan kakak polis kan? Lagi-lagi kalau niat menipu.
Itu cerita ngeri saya berhadapan team MLM  tahun 2010. Internet saya masa tu pun just guna broadband yang bersambung laptop tu, bayar bulanan ratus juga. Tapi saya jarang sangat online. Kalau online pun just dengar lagu-lagu dan tengok wayang.


Sekarang macam-macam info di hujung jari, di hujung kuku…segala penipuan atau kebenaran semuanya mudah dicari. Kecuali kalau memang jenis tak ada/tak guna internet langsung. Pada waktu sekarang. ini sangat ganjil kalau tak tahu langsung bab-bab laman social. Alangkan surirumah di kampung-kampung, malah tukang kebun dan cleaner tandas di pasaraya pun ada smartphone dan facebook! Bayi yang tidak tahu apa-apa itu ada akaun fb, tweeter malah Instagram.


@ Drama terapi @

Ini cerita zaman study dulu dekat Universiti Malaya. Flashback sekejap.
Kami diberi assignment, dalam studio bercermin a.k.a kelas kami – kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami perlu buat show (performance). Course kami jenis gini, 80% praktikal (teater) 20% lagi assignment yang tulis-tulis tu. Tak adanya kelas kuliah memanjang dan kelas tutorial seperti kursus lain.


Terus kepada poin – my team kena buat show teater kanak-kanak dekat tadika di Batu Caves. Kami buat show yang cerita anak ayam dan musang tu. Menyanyi, menari bersama budak-budak comel tu. Seronok sangat, hihi…rasa balik semula di zaman kanak-kanak.
Tapi sekarang saya nak cerita sikit tentang drama terapi. Ada satu team yang perlu berdrama terapi dengan pesakit wad mental di XYZ. Task yang jenis ini mencabar, kena handle oleh senior yang pure orang teater, yang memang terdedah dengan teater sejak zaman kanak—kanak/remaja lagi. Kami yang junior  confirm memang tak terpilih lah untuk join team ni, khas untuk ‘otai’ saja.



mask (kredit gambar : google)

Selesai task, kami tanya senior, best tak masuk wad mental tu? Dia cakap ‘best sangat’, bahagian berpura-pura ‘gila’ bermain bercakap, masuk dalam dunia orang sakit mental tu seronok. ‘Melayan’ karenah mereka, memang seronok. Tapi yang mencabar nak ‘keluar’ dari lingkungan ‘gila’ itu agak payah. Sebab pesakit mental disorder (harap-harap betul penggunaan perkataan ini) tu dah sayang, suka, seronok dengan team drama terapi senior kami ni.


Untuk self confident, kamu  boleh join kelas/bengkel teater, asas lakon. Sekitar KL ada banyak pilihan. kamu just google/fb. Taip saja bengkel teater, macam-macam ada, dan pilihlah nak yang mana. Yuran pun berbaloi-baloi.


Sesungguhnya saya sangat rindu zaman belajar di UM dulu. Dan bersyukur walaupun saya bukan pelajar cemerlang, usai juga pengajian saya di situ. Sedikit asas teater yang saya ada (Alhamdulillah degree holder dalam seni persembahan (drama)/performing arts (theatre) ), banyak manfaatnya dalam kehidupan seharian. Kita mudah mengesan, membaca tanda-tanda provokasi, niat orang lain terhadap kita. 

Kita tahu kalau orang di hadapan kita sedang menipu, menyindir, marah dalam diam, kesedihan di sebalik senyuman seseorang atau jatuh cinta/ tertarik (what? haha…) dengan kita dll, hehehe… (tapi lepas baca cerita ini janganlah pula suka-suka nak menguji saya, kita bukannya alert sepanjang masa). Sebenarnya semua orang pun ada elemen teater dalam diri masing-masing, antara tahu atau tidak je. Sudah tentu sudut pandang kami yang mendalami teater ini berbeza dengan kamu yang belajar ilmu lain, tak gitu? Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.

love,
monalizahrais
Bt3 Jln Kapar, Klang
Selangor
3 Disember 2016 Sabtu






No comments:

Post a Comment