Wednesday, January 4, 2017

1/1/2017 - I CITY SHAH ALAM


Assalamualaikum...

Cuaca di luar rumah mendung, dalam hati cerah. 29’C, mostly cloudy kata si Green. Sejuk. Hari-hari sejuk, malam membawa ke pagi menggigil kita kesejukan. Pakai stokin, selimut siap-siap, off kipas. Mandi ekspres. Selera menjadi-jadi, asyik lapar sepanjang masa. Punah diet haha, lagi-lagi kalau juadah nasi lemak atau diiringi sambal belacan aduh!


Hari ini memasuki hari keempat kita di tahun 2017. Sabtu, 31 Disember 2016 awal-awal lagi saya suggest dekat suami kita pergi I City, Shah Alam. Kebetulan free tak  buat apa-apa di rumah, pergi sajalah. Kami gerak dari rumah jam 10.30 pm. Sebelum itu di rumah kami settle dulu hal-hal makan minum dan tandas. Kurang 15 minit dah sampai I City. Bayaran masuk untuk motor RM 3.


Di laman social khususnya facebook, ada banyak status pro dan kontra sambut tahun baru. Betullah tu yang post status sambut new year tu bukan budaya kita. Atas diri masing-masing, nak warna iman jenis yang mana. Saya tak nak komen lebih-lebih. Saya? Atas pagar.


@ Basikal @
Budak sekolah konvoi basikal, selalu nampak setiap kali kami ke I City di ambang tahun baru. Safety first ya adik-adik. Badan nak pakai lama tu.


@ Sampah @
Kami lepak di I city sampai jam 2 pagi. Pun orang masih ramai. Sampai ke siang agaknya. Sampah merata-rata. Ironinya ada yang duduk dekat tong sampah tapi tak buang pun sampah tu, just biar begitu saja. Pakcik makcik cleaner sila tabahkan hati anda, sampah lebih banyak daripada biasa. Permulaan yang ‘baik’ di awal tahun 2017, hehe…
Mentaliti masyarakat kita, kau pun tahu tentang ini. Tahun saja yang baru, yang lain-lain masih sama.


@ Palsu @
Manusia dan meniru berpisah tiada. Sebab semua hiasan dan permainan di sini bersifat meniru daripada yang asal… sebenarnya saya tak teruja sangat setiap kali berkunjung ke sini. Sama ada sambutan ambang tahun baru atau saja-saja pergi. Mula I city ini dibangunkan sejak tahun 2009 (berdasarkan sumber Wikipedia) sehingga ke hari ini, entah berapa kali sudah kami ke sini. Kita menyaksikan pertambahan bangunan yang sentiasa bertambah bermula masuk percuma membawa kepada berbayar. Sekiranya semua gambar kami di I City ini dicuci simpan dalam album…hasilnya ribuan gambar.


Kadang-kadang terbit rasa kesian dekat budak-budak yang datang sini. Saya asal kampung, melalui zaman kanak-kanak dan remaja dalam  persekitaran alam semulajadi, sudah tentu saya tak rasa apa-apa melihat suasana digital di sini. Segala-galanya palsu, ditiru dan berbayar. Ops! Jangan marah ya. ini realiti.


Selain I City, bawa sekali anak-anak tu pergi ke tempat  alam semulajadi – mandi sungai, berkelah tepi pantai, masuk gua, tengok sawah padi dan yang segaris dengannya. Saya tak dapat bayangkan seorang anak kecil dibesarkan dalam persekitaran bandar semata-mata. Tiba-tiba satu hari di dalam kehidupannya dia perlu masuk kampung, agak-agak apa jadi?


@ 5D cinema @
RM 5, 50% diskaun malam 31/12/2016. Suami teruja tengok benda ni, saya tak nak. Gerak hati saya menolak, sungguh-sungguh. Teringat sakit kepala saya sebelum ini, bimbang berulang. Apa itu 5D cinema? Kau google sendiri, ada banyak info.


Sudahnya suami masuk sendiri, keluar dari cinema tu dia kata jenis orang mudah terkejut ada penyakit jantung memang tak boleh masuk. Macam real katanya, dia siap tutup mata lagi. Nasib baik cuma 5 minit.


Ini analogi/tamsilan. Tak semua orang boleh naik roller coaster. Gila apa, kita jadi ‘keretapi laju’ pusing sana sini sambil terjerit-jerit. Dibuatnya tergelincir… perasaan ini yang ‘dipindah’ dalam bentuk 5D cinema, kita just duduk (tempat duduk yang di adjustable) + pakai cermin mata khas + pasang seat belt + sedikit kesan khas bubble di sembur ke arah penonton. Tapi kalau kau jenis yang gemarkan aktiviti begini, no hal punya. Ledakan adrenalina.

Bercakap tentang sembur saya terus teringat kenangan berteater, untuk special effect di atas pentas – peranan asap itu sangat penting, jangan lebih jangan kurang.


@ Bunga api @
Selalu sangat kami tengok bunga api, tak tahu nak teruja macam mana lagi, haha.. berdurasi +- 3 minit, sakit tengkuk juga ya melihat bunga api di I City ni. Zaman IT, semua orang menghala smartphone merakam detik-detik pemisah tahun lama ke tahun baru. 2016 beralih memasuki 2017. Chinese New Year hujung Januari ini puaslah tengok bunga api nanti, bukan beberapa minit berlangsung tapi berjam-jam.


Dalam pada melihat bunga api, sempat lagi saya terfikir kalaulah percikan api ini kena dekat badan kita…di sini kita gembira dan teruja di Palestin? Bunga api fosfurus kau…
Dan kita sama-sama tahu, kes terkena percikan bunga api di Pandamaran, Klang tu.


@Baby@
My mom waktu pertama kali datang I City, dia sangat hairan ada banyak parent yang bawa baby. Sama ada tolak stroller atau gendong begitu saja. Ada baby yang saya jangka umur tak sampai sebulan pun, masih kemerah-merahan. Mak cakap, kita di kampung bimbang bayi diganggu makhluk halus kalau keluar malam, tapi di sini di bandar… hantu yang takut manusia, bukan sebaliknya.

Ok, next, jom layan gambar. 









love,

monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
4 Januari 2017 Rabu 












No comments:

Post a Comment