Saturday, December 24, 2016

AZAM 2017

Assalamualaikum…

Cerah di luar rumah, juga cerah di dalam hati. 29`C, mostly cloudy katanya tapi nampak cerah pula. Angin 3km/h dan humidity 50%.

Tajuk klise, azam 2017, ah biarlah klise pun, saya tetap nak tulis story morry tajuk ini. Pagi tadi kami sarapan nasi goreng belacan. Lawan dengan teh O kosong. Kosong membawa maksud sugar free.

@ Kesihatan @
Dengan harapan tahun 2017 saya tak perlu ulang alik ke klinik. Untuk rekod, tahun ini 13 kali saya ke klinik – 10 kali di klinik K1M BB, sekali di KKBK, sekali di KKSM, sekali di klinik swasta dan beberapa hari tersadai di wad HTAR, Klang. Tahun-tahun sebelumnya hanya sekali dua saja saya ke klinik, itupun sebab batuk demam selsema. 

Tahun ini punya sakit – pneumonia, demam batuk selsema, sakit tekak, rashes, gatal-gatal, pening, sakit kepala.


Kena beringat banyak perkara. Ulang alik saya ke klinik sepanjang tahun 2016 ini membuatkan saya alert kesihatan sendiri. Kebiasaannya kalau tak cukup seminggu sakitnya saya tidak akan pergi ke klinik. Atas sebab pernah tersadai sekejap di HTAR, Klang saya memang kena beringat sungguh-sungguh.


Jaga makan minum, kawal gula, tekanan darah dan utama – KAWAL STRESS.
Di samping terus menggali, mencari bahan bacaan berkaitan kesihatan, follow beberapa orang doktor, midwife di laman social.

Azam lain? Rahsia, hehe… tak mau cerita lebih-lebih bab azam ni. Cerita sikit dah lah. Ok, bye…tata…jumpa lagi di lain entri.


love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
24 Disember 2016 Sabtu




No comments:

Post a Comment