Saturday, December 24, 2016

BALIK KAMPUNG 2/8/2016 - 5/10/2016 EP. 4


Assalamualaikum…


 21/12/2016 saya terpaksa ke klinik lagi. PPP cakap saya migraine, suruh rehat banyak, tidur awal banyakkan minum air. M*******p terpaksa on hold, layan sakit kepala dulu, sakit kepala saya itu bermula beberapa hari lepas ketika saya rush menaip, tidur kurang, makan tak makan. Kalau dah menghadap laptop, setakat 4 ke 6 jam perkara biasa, tak pandang kiri kanan dah. Rasa macam sekejap sangat walhal lama tu! Kita naik flight  2 jam 45 minit dari KL ke Sandakan terasa lama sangat, boring kemain sekejap-sekejap tengok jam bilalah nak landing ni.


Sekarang sakit kepala dah hilang, saya singgah blog sekejap sebelum membelek semula m*******p yang tertangguh. Tulis yang ringan-ringan dulu. Menulis di blog ini saya just ‘tulis’ poin penting di kepala, kemudian terjemah taip terus, mood santai serabai bantai tulis. Seperti sedang bercakap dengan seseorang di hadapan kita. (alaaa…bercakap dengan laptop ni – si Green nama timangannya).


Saya terfikir, kepala asyik sakit beberapa kali tahun ini, macam mana nak handle benda ni? Supaya tak berulang-ulang. Bukan niat menolak ubat, tapi kalaulah dapat dielak alangkah bagusnya, saya fikir gitu. Kebetulan ada dapatan menarik di fb seorang doktor, elak/kurangkan MSG dan gula katanya – ada seorang pesakitnya yang terpaksa makan ubat setiap hari atas sebab migraine. Kemudian dia syorkan tolak MSG dan gula, Alhamdulillah pesakit itu dah baik dah migrainnya.


Ingatan saya terimbas, saya ada minum Milo dan Nescafe beberapa hari sudah. Terlupa sekejap saya akan sakit kepala kalau minum dua benda ni, kan dah mendapat…ditambah dengan tidur tak tidur, makan tak makan…


Oklah sambung lagi cerita balik kampung yang 2 bulan ni. Saya jarang-jarang balik kampung tu pasal tiba-tiba banyak idea menulis hal-hal berkaitan kampung, padahal cerita biasa-biasa saja pun, bukannya gempak sangat pun. Tak kisahlah gempak tak gempak janji saya puasa hati. Menulis bagi diri saya adalah satu bentuk terapi, semacam hobi gitu. Setiap orang ada hobi, kesukaan masing-masing.


@ Diari @
Saya kemas-kemas bilik. Terjumpa buku latihan adik bongsu. Entah kenapa terrr..gatal tangan membelek buku dia tu. Rupa-rupanya diari!. Pada zaman segala macam di hujung jari ini, diari adalah sesuatu yang… sangat-sangat ganjil. Adik bongsu, 16 tahun ada diari! Alangkan kanak-kanak yang belum tahu membaca pun dah reti belek smartphone…bayangkan remaja 16 tahun. Di fb, ada remaja 16 tahun dengan muka dia yang licin putih make up cun, siap jual produk lagi, follower ribu ribu beb! Zaman saya 16 tahun? Tengok komputer rasa segan, hahaha…


Saya baca diari adik saya tu, sambil tersenyum-senyum sendiri. Teringat blog sendiri + status-status saya di fb. Sambil membayangkan agaknya macam manalah reaksi orang lain membaca tulisan saya? Adakah serupa dengan reaksi saya membaca diari si adik bongsu?


@ Kaset @
Kenal kaset tak? Anak buah saya, yakni anak adik saya turun bawah rumah. Generasi lahir sebelum tahun 2000, saya percaya mesti kenal makhluk kaset ni apa. Rumah di kampung jenis bertiang, jadi tempat parkir kereta. Anak buah naik rumah, duduk tepi saya dengan mimik muka hairan tunjuk sesuatu, kaset. Sambil bertanya hairan, “Ayuk Mun…ini apa?” bayangkan wajah polos kanak-kanak 6 tahun yang pertama kali memegang kaset, gara-gara terjumpa kaset di bawah rumah.


Kebetulan saya dan emak budak ni sedang sembang. Kami berdua sambil tersenyum-senyum menerangkan fungsi kaset kepada anak buah. Entah apa yang ada di fikirannya  ketika itu. Anak buah semacam tidak percaya kaset ini kita boleh dengar  dan rakam lagu. Sejak  bayi lagi, lagu-lagu buaiannya sahaja dari smartphone… macam manalah dia nak hadam pasal kaset tu, bertambah bingung garu-garu kepala si anak buah. Dan ini membawa maksud… adakah kita semakin tua?


@ Gajet @
Rasa ganjil melihat orang-orang tua membelek smartphone, dihadiahkan oleh anak mereka. Sungguh saya rasa ganjil. Mungkin sebab saya duduk bandar, so bila suasana tu berubah terasa sangat ganjilnya. Tapi emak kami awal-awal lagi dah pesan, dia tak nak smartphone, cukuplah telefon Nokia yang biasa-biasa tu jenis yang picit –picit tu. Moden sangat katanya. So kami anak-anak dia pun ikut je lah cakap emak.

 Dah dia kata tak nak, kalau kita bagi pun memang dia takkan pakai punya. Emak jenis old schold sejati. Degil dan bossy, hehe…

Saya teringat satu filem, watak antagonis dalam filem ini dia derma telefon + simcard + langganan internet, percuma seumur hidup = smartphone zombie. Kesannya pelanggan jadi zombie gaduh bunuh sana sini, jadi mereng sewel, ketagih sangat.


Mari kita lihat di dunia realiti, di hadapan di sekeliling kita sekarang termasuk diri kita sendiri– facebook etc percuma, kita just keluar duit untuk smartphone dan langganan internet saja. Agak-agak kalau semuanya percuma? Apa jadi?Dapatan di facebook sebentar tadi saya terbaca ada satu kajian kanak-kanak yang ketagih smartphone dibiarkan 24 jam tanpa telefon… serupa orang ketagih dadah. Dahsyat. Sekarang pun orang punya gaduh di fb kaw2 gaduh punya. ‘Meletup’, ‘berdentum’ sana sini. Ah kau sendiri pun tahu, saya sekadar terrrr…rajin menulis semula di sini.


Syukur my husband uninstall siap-siap whatsapp ect, kecuali facebook itupun jarang-jarang online. Katanya rimas, telefon asyik bunyi. Spontan saya mengingatkan diri sendiri, beragaklah juga nak online sangat tu, dah dapat suami yang bukan kaki game, bukan fb mania, syukur sangat. Jangan saya pula yang terlebih zombie phone nya. Mohon dijauhkan.
X duduk sekali dengan kami, study di PJ. X ini lelaki, family kami.

 Wahai ibu bapa abang kakak datuk nenek dan terutama sekali diri saya sendiri, sama-samalah kita mendidik anak/saudara lelaki kita supaya sekurang-kurangnya tahu benda asas kerja rumah. Senang hidup di rantau orang, dapat berdikari basuh baju, lipat baju, kemas katil, menyapu bilik, basuh pinggan.


Ceritanya begini – X basuh/ sidai/lipat baju, sapu kemas bilik dah ok dah. Buat sendiri. Entah kenapa bab masak-masak dan basuh pinggan serabut bertabur sinki/ dapur/lantai. Biar macam tu je. It’s ok, saya faham mungkin X sibuk dengan assignment, saya tolong kemas dan basuh. Makin menjadi-jadi tahap malas pula dah. Saya dah sikit-sikit mendidih dah, ni tak boleh jadi ni.


Saya tegur, ok jalan, settle. Kemudian berulang semula. Akhirnya saya mendapat akal saya whatsapp X, lecture dia sikit-sikit. Dia respon cepat mesej saya, lebih laju daripada face to face. Saya tegur secara berhadapan… dia diam saja, tak respon apa-apa. Tapi tegur melalui whatsapp? Laju benar.


Dia balas whatsapp, sibuk katanya tak sempat bersihkan pinggan mangkuk yang dia guna. Saya dengan tegas respon -  kalau tak sempat jangan buat! Kita tiada orang gaji di rumah ini. Kau harapkan siapa kemaskan kerjamu?Belajar berdikari supaya nanti kau duduk rumah sewa anytime di masa hadapan tak menyusahkan housemate.
Alhamdulillah settle sehingga ke hari ini. Nampak tak pengaruh gajet/app tu? Huhuhu…padahal kita serumah je pun, hari-hari dok menghadap muka yang sama.


Kadang-kadang ada waktunya X bermalam di rumah sewa rakannya sebab study group dan kelas malam. Lepas tu bila dah balik sini, tiba-tiba dia komplen – teruknya rumah kawanku itu, pemalas sungguh sinki penuh tak basuh pinggan, sampai berlipas berkulat pinggan mangkuk. See? Kalaulah X tak terdidik dengan kebersihan, sudah tentu dia tidak bercakap sedemikian.
Dulu pernah saya share status di fb, ada yang terasa hati siap datang ‘menyerang’ saya di rumah, hahaha… sungguh saya tak tipu tuan-tuan dan puan-puan. 


Saya pula yang kehairanan. Tak tahu nak rasa apa – marah atau lucu. Salah faham tu aduh… saya just share tentang kehairanan saya melihat wayang adik beradik bergaduh, dahsyat pergaduhan mereka. Tu, yang cerita Kublai Khan tu dekat TV 8 dulu. Saya pun tulis status lebih kurang bunyinya begini – ‘Rupa-rupanya pergaduhan adik beradik lebih teruk daripada bergaduh dengan orang luar. Tengah tengok drama Kublai Khan.’  XYZ menyangka saya sedang menyindir dia, padahal tiada apa-apa pun, aduiii…
Dahsyat pengaruh gajet ni, tak gitu?


@ Anak @
Masyarakat kita memang sangat ‘ohsem’ dan ‘amazing’. Dia punya judge serupa kau buat kesalahan besar ala-ala pengedar dadah, dan kena mati di tali gantung, bukan alang-alang beb. Mula-mula kahwin memang kita terasa, semakin banyak tahun berkahwin dan masih berdua… semakin ramai yang ‘prihatin’. Gaya rentak soalan juga semakin padu menusuk kalbu hahaha… Beberapa bulan sudah pernah juga saya bercerita tentang isu anak. Sekarang nak tambah sikit je lagi.


Supermoon. Tiba-tiba O bersuara beri cadangan… menyuruh saya berdoa bersungguh-sungguh memohon dikurniakan anak. Mujarab katanya berdoa sewaktu berlaku benda-benda aneh. Saya tanya dia, siapa cakap macam tu. O jawab, mengikut kepercayaan orang-orang tua. Saya senyum saja sekadar respon – “Mengikut kepercayaan orang-orang tua kak?” kemudian menyambung dalam hati – ‘Kita ikut al Quran dan hadis. Apa kau ingat aku tak pernah berdoa usaha selama ini?’ Saya buat  derk je cadangan dia tu. Tak perlu layan benda gitu.


Kadang-kadang bukan tentang sentap atau sensitif ditanya soalan bila nak ada anak. Kita pula yang kesian menengok si tukang tanya tu? Sebab? Kesian sebab bila sidia binti sidia tersangatlah rajin bertanya kita, saya mestilah tertanya-tanya… mungkin sidia binti sidia ini ada petua atau mesti anak dia cemerlang semuanya. Sedihnya rupa-rupanya sidia binti sidia ini anak cucunya jenis luar nikah. Nauzubillahiminzalik. Ibarat dia mengata rabaknya pakaian orang lain sedangkan pakaiannya lebih banyak lubang tidak berjahit. Saya bersyukur perkahwinan kami suami isteri berlangsung atas sebab mendirikan masjid secara baik-baik.


Dan saya juga melihat ada yang mencemuh pasangan yang mengambil anak angkat, katanya tak sama dengan anak sendiri, rugi. Memanglah cik kak oi… tak sama tapi awak sanggup ke pelihara anak angkat? Anak awak sendiri pun tak terurus. Awak tahu ke tidak ganjaran memelihara anak yatim?


Saya pernah ditanya oleh sipolan binti sipolan, sambil dia memegang anaknya yang masih bayi – mahukah saya memelihara anaknya sekiranya dia beri bayinya itu kepada saya. Saya jawab, tak tahu. Kemudian dengan nada sinis dia membalas – kalau saya meminta merayu pelihara anaknya pun dia takkan beri. Sambil memandang saya dengan pandangan menghina. Sungguh, saat saya menulis perenggan ini hampir-hampir menitis air mata dibuatnya. Sebak tau. Dia yang memulakan perbualan bukan saya.


Ada seorang makcik (dah meninggal dah makcik ni), pada setiap tahun saya balik kampung…dia akan intai-intai saya dan setiap kali ada kesempatan berjumpa/berselisih makcik ni mesti tanya saya, kalau-kalau saya tahu anaknya duduk mana, saya ada jumpa ke tidak anaknya itu. Anak makcik ini dah berpuluh tahun tak balik kampung, tanpa sebarang kiriman berita/panggilan telefon, entah hidup atau mati. Saya hanya mampu menjawab -  tak tahu dan tak pernah jumpa pun anaknya.


Di luar jangkaan, anak makcik ini terbuka hati balik ke kampung halaman, siap bawa menantu lagi. Dan beberapa tahun kemudian, makcik ini pun meninggal dunia. Nasib baik sempat bro! Kalau tak, menyesal tak sudah jawabnya bro!

@ Air @
Isu air di Selangor tiba-tiba mengundang beberapa karakter ‘menghiburkan’ di laman sosial. Apalagi, status bunga api warna warni di sana sini, ‘star wars’. Kalaulah yang berlagak ‘badut’ itu level rakyat marhaein kita tak hairan sangat, tapi apabila ianya melibatkan individu yang berpengaruh, viral/tular cerita itu sangat laju. Siap kena troll lagi.  Tak perlu saya sebut, kamu pun tahu ini story…hot & spicy. Sehingga sakit perut gelak dibuatnya.


Di kampung halaman, masalah air sudah berzaman diperjuangkan. Entah di mana silapnya. Sekarang dah ada bekalan air paip, tapi selalu sangat airnya tiada/kurang. Mengadu? Tunggu pilihanraya waktu YB datang berduyun-duyun mencari undi, meraih sokongan. Di luar waktu pilihanraya… pandai-pandailah menjadi kreatif dan berinovasi?


Dua bulan di kampung saya menjadi saksi emak bangun seawal 3 ke 4 pagi menyambut air memenuhkan tangki biru, baldi dan dram. Setiap hari beb. Bekalan air di kampung tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada, macam iklan biskut chipsmore tu. Di sini,baru beberapa hari mati air dengan notis pemberitahuan pula tu… sudah ada yang meroyan tak tentu pasal. Kalau tanpa notis, agaknya sewel terus.


@ Jauh @
Lembah Klang vs Sabah. Orang-orang tua selalu merasakan KL dan Sabah sangat jauh. Tapi pada saya tak begitu. Naik flight  2 jam 45 minit, dekat dah tu. Jauh hanya dari sudut geografi dan wang ringgit. Sekarang kau pun tahu, itu tambang murah Air Asia, Malindo, Mas. Beli awal tiket, seawal 6 bulan, 3 bulan, rancang cuti. Dapat yang murah-murah.
Tak dapat selalu balik kampung, kita angkut family datang sini, jalan-jalan, shopping mopping duit.  Sekali lagi, tunggu promosi tambang dan rancang cuti awal-awal.


Bermula umur 13 tahun, saya memang dah biasa berjauhan dari family. Sampai sekarang umur jejak 36 tahun… saya masih di perantauan. Sejujurnya saya tak kisah menjadi warga Selangor, dah serasi pun saya duduk sini. Tapi kita masih ingat dan rindu kampung halaman. Cuma cara rindu tu beza banyak semasa masih bujang dan setelah bertahun-tahun bergelar isteri.


Masa semua adik beradik masih bujang, agak rapat semuanya, boleh share macam-macam, setelah keluarga berkembang biak… kita fikir rumahtangga kita dulu kemudian baru fikir family di kampung. Politik keluarga sentiasa wujud, terjadi kepada semua orang dan berulang-ulang ceritanya. Apa kau ingat drama-drama Melayu kita di tv itu sekadar rekaan 100%?


Kau silap beb, walau tak masuk akal ceritanya, percayalah ada yang benar-benar terjadi di alam realiti, beza pada ‘seni persembahan’ drama itu dipersembahkan. Ianya semacam fotostat cerita sebenar, cuma diolah/diadaptasi dalam bentuk kreatif. Kita fotostat satu page dan page seterusnya, ada pilihan jenis hitam putih dan warna warni, ibaratnya gitulah.


love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar
Selangor
24 Disember 2016 Sabtu






No comments:

Post a Comment