Saturday, December 10, 2016

WAYANG LEBIH, POP CORN MASIN II

 Assalamualaikum…

Ada sambungan pula ya. macam tak puas hati je tu. Haha…rileks, tak ada apa, memang nak sambung pun. Sebab bahagian pertama dah cukup panjang banyak sangat perenggan, saya tulis lagi wayang lebih, popcorn masin II.


@ Tiket @
Mesej bunyi, ejen tiket whatsapp saya tiket promosi bermula Disember  2016 sehingga September 2017. Saya terus teringat Ah dan Id. Ibu bapa saya tidak pernah mendidik kami membalas kejahatan/kekurangan orang lain berbalas kejahatan. Saya pernah melihat sendiri ketika zaman kanak-kanak saya, ada yang bersikap kasar dengan ayah saya, tapi ayah tetap berdiam diri dan senyum saja. Saya tanya kenapa tak balas, katanya biarlah Allah membalasnya. Kita buat kerja kita sendiri, jangan kacau kerja orang lain. Zaman kanak-kanak saya dulu, saya agak rapat dengan ayah. Ayah pula tukang kayu, saya selalu ikut ayah ke mana-mana – laut, ladang kelapa sawit malah bertukang kayu.


Tiket kapal terbang pertama saya ditaja oleh seorang YB/potitician. Itu tiket saya ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti Malaya. Tahun 2000, masa itu untuk ke Kuala Lumpur kita perlu ke Kota Kinabalu. Belum ada penerbangan terus dari Sandakan –Kuala Lumpur seperti sekarang ini. Dan harga tiket juga tidak semurah sekarang. Kalau dapat RM 500 untuk perjalanan sehala pun, dah cukup heaven dah tu. Sangat.


Satu-satunya tiket saya itu dicantas oleh seseorang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya sendiri. Diringkaskan cerita, ada seorang lagi politician dengan murah hati memberi saya tiket ke KL. Sayangnya saya tidak ada kesempatan bertemu one to one dengan beliau, dah meninggal pun pakcik tu.


Ok, U turn cerita pokok – Ah dan Id. Saya berharap mereka berdua pandai-pandailah mengurus tiket mereka. Sayangnya hati saya tidak semurni hati ayah saya yang membalas kejahatan dengan kebaikan. Saya jenis, kalau saya dah fed up, saya lari jauh-jauh, tinggalkan. Malas nak gaduh panjang-panjang. Sekarang saya sedang bertungkus lumus menyiapkan m*******p, saya hanya akan melayan benda penting sahaja due to bunyi mesej/call di smartphone saya. 


Mengingatkan kembali karenah Ah dan Id, selagi mereka tidak berubah, sudah tentu benda yang sama berulang-ulang, rimas dibuatnya. Biarlah saya di cop sombong, tak kisah. Mereka jenis orang belajar tinggi, jadi bukan satu masalah besar pun hendak urus tiket. Sepatutnya begitulah. Yang saya tahu, silibus budak-budak sekolah rendah dan menengah sekarang jenis kbat (kemahiran berfikir aras tinggi). Ah dan Id pula cikgu, takkan berfikir aras rendah? Tak gitu?



@ MLM Multi Level Marketing @
Sejak akhir-akhir ini ada friend tag saya di fb. Itu perkara biasa, terjadi kepada semua orang yang ada fb. Mula-mula berfb dulu, wall saya penuh iklan bermacam jenis barangan online. Sesuka hati je dia orang tag saya. Aduh, rimas amat. Akhirnya saya adjust setting dekat fb, sekarang sebarang tagging perlu ditapis dulu sebelum publish, sebelum saya approved. Ibarat kita datang rumah orang lain…kita selamba je lekat poster/iklan di dinding rumah tu, salam tidak, mohon kebenaran pun tidak. Ni kalau di kampung maunya kena hambat penyapu kena halau, biadap sungguh menurut orang-orang tua kita.


Ini juga dapat elak orang lain tag kita dengan gambar-gambar yang tak sepatutnya. Kadang tu family atau kawan-kawan kita candid gambar kita tak tutup aurat, yalah tak semua orang faham konsep aurat. Pada zaman info lebih laju dari kelajuan keretapi laju…mudah sangat kita viral/tular di laman social.


MLM, sekarang lebih advance, sebab fb melibatkan fikiran, pejuang-pejuang MLM sangat agresif, ‘memaksa’ kita join group mereka. Penunggang agama dan gelaran palsu (info banyak sangat, kamu google/fb sendiri, tak perlu saya tulis ulang di sini, semua orang pun tahu).  Ada yang saya terpaksa unfriend, tak menahan kena tag selalu. Walaupun saya tak approved di timeline… telefon tetap bunyi setiap kali geng-geng mereka komen di post yang saya kena tag itu. Ini membuatkan kita terrr..baca benda-benda yang kita tak nak.


Agaknya apa khabar J sekarang? Adakah sudah bergelar jutawan? Beberapa tahun sudah berlalu sejak peristiwa J mengajak saya join MLM dia tu. Kali terakhir saya ‘baca’ khabar J di fb… dia dah balik kampung dah. Tak buat apa-apa pun, mengular memanjang…saya cuba bersangka baik…balik kampung tanam jagung kot. Kadang kita sedih, yang pro MLM ni kawan-kawan dan family di sekeliling kita. Orang terdekat kita. Tak join, salah, nak join pula banyak sangat tak betulnya, nampak sangat menipunya aduii…tapi untuk keselamatan kewangan dan kestabilan emosi kita untuk long term, tolak awal-awal.


@ Drama @
Sekarang, sejak bergelar orang awam, dah habis sekolah, duduk di alam realiti melihat/merasai tinggi rendah langit kehidupan… asas teater itu sedikit sebanyak mempengaruhi cara pandang saya dalam banyak perkara.

Ada ketikanya saya jadi macam ni –

* Saya ke pasar, beli barang dapur. Melihat si penjual buah, suara dia kuat tau. Sejauh 20 langkah kita dah dengar suara dia tu. Dalam fikiran saya – dia ni kalau duduk atas pentas tak payah susah-susah pakai mikrofon, suara cukup padu, vocal mantap.

* Di hospital, melihat doktor pakai mask. Ingatan saya terbang teringat topeng Noh, Bunraku dan bermacam jenis seni persembahan melibatkan topeng. Awak jangan salah faham pula, saya sekadar teringat. Dan kebetulan, semua fail pesakit dia letak di hujung katil saya, sambil doctor tu menulis sesuatu di fail + dari hari pertama, kedua dan ketiga saya duduk di wad…muka doctor yang sama…membuatkan saya terfikir,  ‘doktor ni kerja dia siap banyak dah, aku ni m*******p asyik tangguh saja. Dan saya pun berhuhuhu…sambil mengenang nasib diri.

* Handsome/cantik – bahagian ini agak seronok. Kita melihat/bercakap/berjumpa dengan orang lain yang pada pandangan kita  rupa paras mereka sangat menawan. Ada yang sekali pakej senyuman cantik. Ada ciri-ciri artis dalam diri mereka. Tapi realitinya mereka hanya orang kampung, melakukan kerja-kerja rencam.

* Dewan dan pentas. Semacam magnet. Ternampak dewan dan pentas di mana-manapun… semacam ada satu perasaan…sukar untuk digambarkan, pandangan saya akan terkalih walau sekejap.

* Sembang dengan orang kampung, jenis datuk nenek, golongan ini kalau bercerita dia punya penghayatan tu super ohsem. Cerita sedih – mudah sangat mata berkaca, kita yang mendengar pun terasa kesedihannya itu.

* Tengok wayang di pawagam. Tempat duduk penonton seakan bilik kuliah. Waktu beli tiket, saya akan cari tempat duduk tengah, sudut pandangan 45 darjah menghadap pentas. Ini sudut terbaik untuk melihat pementasan, dalam sisi di pawagam…menonton skrin, pun available.  

* Mencuba resepi baru. Membaca resepi seakan membaca skrip. Baca berulang-ulang/menghafal sampai melekat di ruang fikir. Kemudian barulah saya buat resepi tu. Saya rasa terganggu sambil memasak sambil membaca resepi, seolah-olah pergerakan saya perlahan dan tersekat-sekat. Saya menyimpan ingatan dalam bentuk ‘youtube’. Visualisasi.


Dan banyak lagilah, tak larat tulis. Perut dah lapar dah ni, musim hujan gini asyik nak makan, sekejap-sekejap makan. Siap tulis entri ni nak melayan Maggie dulu, sekali sekala makan Maggie. Lepas tu mengikut plan asal, menyambung taip m*******p pula, semoga dipermudahkan amin…


love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
12 Disember 2016 Sabtu

No comments:

Post a Comment