Assalamualaikum...
Jom layan gambar tandas yang terdapat di kompleks beli belah 1 Borneo. Penjaga tandasnya siap ada laptop lagi, selesai kerja membersihkan tandas... saya melihat mereka sedang melihat entah apa di skrin, sambil gelak-gelak. Waduh-waduh kak, cayalah, sekarang bukan tentang apa pekerjaan kita, tapi isunya ialah hampir semua mampu memiliki gajet elektronik yang pelbagai fesyen itu. Sediakan saja wangnya...tapi saya tak sampai hati tangkap gambar diorang, nanti disangka saya ni siapa pula kan?
Kalau setakat hendak bercerita tandas biasa, tak payah ceritalah jawabnya, semua orang pun tahu, tapi sesekali masuk ke tandas sebegini pun best juga, siap ada aircond dan sangat selesa. Apapun terpulang kepada citarasa masing-masing.
Bayaran masuk RM 1 seorang, berbaloi tak berbaloi? Tengok gambar dan nilai sendiri...
Interframe jap, hehe...
Tu dia... V.I.P washroom... alamak, huruf R sudah hilanglah, ke mana perginya?
Kaunter bayaran sahajapun sudah canggih, di dalamnya apa cerita, jom masuk ke dalam.
Jom santai jap, sementara menunggu giliran.
Lima bintang.
Kreatif kan, guna bahan semulajadi yang telah dikeringkan. Ikut pengamatan saya... saya terbayang pokok hiasan jenis palma, seakan-akan pokok kelapa, lebih kurang macam tu laa. Daripada terbuang begitu saja, lebih baik dikitar semula menjadi elemen kreatif, sungguh... kreatif individu yang membuat pasu sebegini.
Pandangan tepi pasu bunga.
V.I.P tak V.I.P? V.I.P kan?
Sambil duduk-duduk santai di kerusi tu, sempatlah snap pemandangan di hadapan mata kita...
Ini pun nak gambar juga? Isk, isk...
Tengok tong sampahnya, siapa punya kerja ooo... letak benda-benda tu.
Kaler lembut jer... hiasan dindingnya, rasa macam hendak duduk lama-lama dalam ni. RM seringgit per entry, so satu minit 10 sen, hehehe....
Ini tandas perempuan, agaknya kalau dekat tandas lelaki dan kena pula tu tengah tayang perlawanan bola sepak... atau program masakan kat tandas wanita? Gurau jer... kenapa tv ni off? Itulah yang bermain di fikiran sebaik sahaja masuk ke sini.
Pemandangan yang ada di bahagian sinki. Bunga cantik dan di dinding tu siap ada gambarajah membasuh tangan dengan betul.
Masuk tandas... dan inilah suasana di dalamnya, selesa tak selesa? Ada sinki, tisu tandas, sabun dan sebelah sinki tu bolehlah letak handbag kita, dapatlah 'membuang' dengan selesa.
Hand dryer, tapi bagi saya bukan setakat tangan sahaja, lain-lain seperti towel kecik, sapu tangan atau tudung yang terkena kotoran misalnya terpercik kuah ketika makan, basuh sekejap part yang terkena kotoran itu dan dikeringkan menggunakan mesin ini, ok juga tu... kalau rambut pula boleh tak? hihihi...
Kalau 'rakyat' dah berderet tu, sementara menukar lampin untuk si comel, anak-anak yang lain bolehlah berehat dekat kerusi tadi tu...
Yang mana satu menjadi pilihan? Ingat, jangan salah masuk, bahaya tu...
1 BORNEO
Puas hati tak? Saya sendiri puas hati, berbaloi dengan RM1 untuk dilaburkan, sesekali apa salahnya guna tandas sebegini. Rasa macam tandas hotel pun ya...
love,
monalizahrais
No comments:
Post a Comment