Tuesday, March 12, 2013

MENGURUS PAKAIAN

Assalamualaikum...
 
Salam pagi Selasa. Malam tadi awal tidur, mengantuk sangat belum lagi jam sepuluh pun sudah zzzz... sebelum itu hujung Asar sehingga memasuki Maghrib tiba-tiba terlalu mengantuk, tapi sekadar memejamkan mata, bersandar untuk relaks. Jangan tidur selepas Asar apatah lagi sewaktu Maghrib. 
 
Dan kesudahannya saya bangun sekitar jam 3.30 am tadi, jalan-jalan di fb lepas tu baru buka blog ini yang lebih seminggu  dibiarkan tanpa cerita. 
Berita menarik di fb, semua orang malah mungkin serata dunia tahu tentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Malas saya hendak mengulas insiden tersebut, sebabnya semua fakta malah gosip/khabar angin mudah didapati di laman sosial/blog/internet/youtube.
 
Terpulang kepada diri kita sendiri hendak membaca/mendengar yang mana satu, sama ada yang bersifat fakta/khabar angin.
Khabar angin bagi saya - percaya dan tidak itu seiring, 50-50 kerana pokok tidak akan bergoyang tanpa angin meniupnya. Atau... kita tamsilkan seperti ini - kita beli sos cili jenama XXX, kita refer tarikh luputnya, katakan 03 Mac 2014. Oh, lambat lagi expiry date, ok lah tu. Kemudian kita lihat bahan-bahan yang digunakan, cili, gula, blablabla dan akhirnya 'bahan perisa' yang dibenarkan. Itupun kalau kita prihatin dengan bahan-bahannya.

Yang paling menarik perhatian - Tanpa Bahan Pengawet. Difikir logik sos cili tradisional jangka hayatnya lebih pendek berbanding yang dijual secara komersial di pasaraya. Tetapi disebabkan ada penguat 'Tanpa Bahan Pengawet' akhirnya kita pun percaya sos cili jenama XXX itu tiada bahan pengawet ditambah lagi expiry date yang tertera hanya akan due setahun/ beberapa tahun ke hadapan.

Jadi, YA dan TIDAK itu sekali jalan. Terpulang kepada diri kita sendiri hendak percaya yang mana satu. Yang penting bagi saya apa yang kita nampak di hadapan mata kita, berasaskan kepada banyak cerita yang kita sendiri tidak tahu yang mana lebih sahih. Saya call emak di kampung bertanyakan keadaan di sana, katanya dia melihat banyak situasi yang di luar kebiasaan antaranya - tiba-tiba balai polis yang selalu kami limpas itu dipenuhi dengan kubu guni pasir malah di tempat tertentu sekali stand by dengan senjata yang entah apa namanya tapi sering kita lihat dalam filem-filem perang di tv/pawagam. Checking (roadblock) lebih kerap berbanding hari biasa. Dan kata emak lagi orang ramai membeli beras, gula, minyak dan lain-lain barangan keperluan isi rumah lebih banyak daripada biasa. Ini semua bahana 'khabar angin'. Tapi sudah tentu emak tidak berdiam diri begitu sahaja. Terpenting sekali BERJAGA-JAGA dan sediakan payung sebelum hujan. 
 
Sebelum hujan turun pun ada tanda-tandanya. Hujan tidak turun begitu sahaja. Awan perlu digerakkan oleh angin ke satu tempat yang sudah 'diset' untuk diturunkan hujan. Selalunya sebelum hujan kita akan melihat ke atas dan berkata 'mendung saja ni nampak hendak hujanlah' misalnya. Sebelum malam berlabuh, matahari mesti tenggelam dahulu dan begitu juga dengan siang, matahari perlu terbit sebagai penanda aras peralihan waktu. 
 
Saya teringat sewaktu berada di Melaka CNY ( 08 Februari 2013 - 11 Februari 2013 ) yang lalu. Malam kedua berada di sana saya bermimpi tentang peperangan. Saya melihat kampung yang berhampiran dengan kawasan pantai telah diserang oleh penceroboh. Diringkaskan cerita suasana kelam kabut dan darah tumpah di mana-mana. Balik ke KL cerita tentang penceroboh di Lahad Datu berkumandang di telinga sehingga ke puncak cerita yang kita dengar di media massa. Allah lebih mengetahui masa hadapan berbanding diri kita.
 
Ok, siap, seterusnya saya hendak berkongsi pengalaman membeli pakaian baharu. Kita terutamanya wanita akan ada bajet, tak banyak pun sedikit mesti ada khusus untuk membeli pakaian, alat solek, aksesori, beg tangan, kasut etc.
Terus kepada poin utama - ada sekali tu saya hendak membeli baju T dan blouse. Dari satu kedai ke satu kedai akhirnya terhenti di kedai XYZ ada banyak baju cantik-cantik. Belek punya belek adalah yang saya berkenan. Tapi sayangnya tiada saiz hanya itulah saiz yang ada. Rasa sedih juga kemudian saya belek yang lain pula. Dalam sibuk membelek memilih tu... saya ternampak ada di antara baju yang dipamergantungkan itu berlubang, bertahi lipas di bahagian belakang. 
 
Situasi ini membuatkan saya terfikir sesuatu - kita terutama sekali wanita, biarlah kita cerewet  dalam memilih pakaian dan aksesori, lebih baik belek betul-betul tengok luar dalam, tengok jahitannya pastikan tiada tahi lipas, lubang kecil dan sebagainya dan yang paling penting... BASUH pakaian yang baru dibeli terutama sekali bra dan seluar dalam. Walaupun nampak bersih terutama yang dibeli di pasaraya besar yang sentiasa aircond itu... hakikat sebenarnya pakaian dan aksesori itu melalui pelbagai peringkat sebelum disusun cantik untuk dijual. Bayangkan keluar dari kilang - lori - flight (brand oversea) - lori - gudang - pasaraya - penjual - pembeli. 

Ya...memanglah dalam bungkusan bukan main redah campak macam tu saja, tapi bagi saya sebaiknya kita basuh sebelum pakai. Nampak macam bersih saja, siap ada bau segar lagi (bau kedai). Kalau dah basuh tu, senang hati nak pakai tak payah nak bimbang badan gatal, bersih ke tidak baju tu. 

Bercerita tentang pakaian lagi, ada satu situasi yang nampak remeh tapi disebabkan saya sudah 'terkena' saya tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'. 

Masa mula-mula berpindah ke rumah ini, di bahagian halaman belakang rumah ada ruangan untuk menjemur pakaian. Macam biasalah, kita jemur dan kering disebabkan angin dan panas matahari. Yang menghairankan saya, kenapa badan  saya selalu gatal-gatal, rasa tidak selesa. Adakah disebabkan alahan kepada makanan tertentu? Fikir saya. 

Kawasan ini kawasan kampung, ada masa tertentu jiran membersihkan sekeliling dan daun-daun kering itu dibakar. Jadi kesimpulannya pakaian yang kita jemur itu selalu terkena asap, ditambah lagi wap yang naik dari longkang di belakang rumah itu... ditiup angin dan tentulah baju kita semacam saja rasanya apabila dipakai. Bukan saya seorang malah suami pun begitu juga. Akhirnya saya jemur dalam rumah sahaja, ruangan dapur ini lebih besar, luas berbanding ruang tamu, pencahayaan yang masuk ke dalam rumah pun agak baik. Matahari terbit dari belakang rumah so tiada masalah hendak menjemur dalam rumah. Lagipun kita basuh guna mesin basuh juga kan. 

Yang paling tak seronoknya... kita kalau di rumah bukannya pakai lengkap sangat pun. Kadang tu pakai seluar pendek, baju kelawar, kena pula tu masa tengah tidur tup tup hujan turun. Gelabah hendak pakai pakaian lengkap, cari tudung lagi, buka pintu lagi bukan main tension kita kerana hal seremeh pakaian sahaja.
 
Jemur dalam rumah, tak payah risau tentang itu semua. Pun begitu kaedah cuma sesuai untuk anda yang ruang dapurnya luas dan selesa. Ada satu sudut khas untuk menyidai pakaian dan cahaya matahari yang baik, kalau tidak nanti berbau pula baju tu. 
Masing-masing punya cerita kan....
 
 
love,
monalizahrais 





 
 
 
 
 


 

No comments:

Post a Comment