Sunday, April 15, 2012

KAKI BOLA


Sumber gambar : Google
 
Zaman saya kanak-kanak selaku budak perempuan lasak... selalu juga main bola. Tapi main bolanya di rumah sajalah. Banyak juga cermin tingkap yang pecah dek terkena bola. Memang kena marah cukup-cukup dengan arwah bapa. 
 
Malam tadi saya dan suami makan minum di kedai mamak. Kalau di Sabah kami sebut kedai Keling. Saya order nasi goreng cina+air suam dan suami pula nasi putih+paprik+nescafe tarik. Mula-mula sampai di kedai AH yang beroperasi 24 jam itu... tempat duduk penuh, semua mata terarah ke skrin besar ada dua, tv pun ada dua juga digantung di sudut yang berlainan supaya pelanggan dapat menyaksikan perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung. Spontan saya dan suami jadi pekak sekejap, riuh dengan jeritan cemas dan apalagi kalau bukan gooooool!!!! Hendak bercakap pun kena tinggikan suara. Pelayan restoran pula sampai tertunduk-tunduk memasang telinga setiap kali pelanggan memesan makan minum.
 
Entah apa lawan apa tidaklah saya ketahui dan suami saya pula bukan kaki bola. Sesekali kami tengok bola dengan syarat ianya melibatkan perlawanan akhir. World Cup biasanya saya ikuti perkembangannya kerana banyak perkara menarik dan bermacam 'drama'. Kurang dua bulan dari sekarang semua kaki bola pun tahu tentang UEFA Euro 2012, giliran tuan rumah Poland dan Ukraine. Tengok iklan kat tv kita akan nampak bunga di bola tu kan.
 
Berlangsung 8 Jun - 1 Julai nanti. Yang menariknya sepanjang perlawanan ini sesuatu yang menarik perhatian pastinya Portland Rose Festival. Sedikit carian maklumat di internet tadi berkaitan dengan UEFA Euro 2012 sebabnya saya tertarik dengan logo yang menyelitkan unsur bunga di logonya.
 
Unik, bola dikaitkan dengan lelaki dan bunga ros pula sinonim dengan wanita. Sebulat bola, tekad kaki bola juga bulat sepenuhnya mengikuti setiap perlawanan tidak kira malam atau awal pagi walaupun terikat dengan kerja keesokan harinya. Itulah penangan bola. Ada yang bertaruh dalam skala kecil antara rakan-rakan dan taruhan yang melibatkan jumlah besar juga turut mengambil tempat. 
 
Di padang ini kita selalu melihat air mata sedih mahupun gembira mengalir di mata-mata pemainnya, sesuatu yang jarang kita lihat di luar gelanggang kerana minda kita memang telah diset lelaki tidak mudah menitiskan airmata lantaran ketinggian ego mereka berbanding wanita. Lontaran emosi marah kecewa geram tidak berpuas hati dengan keputusan malah pergaduhan juga turut disaksikan di gelanggang permainan ini.
 
Bola memang bulat, sesuka hati ditendang ke sana sini tapi jangan jadi macam bola... hehe tiba-tiba pula saya dapat idea tu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   


No comments:

Post a Comment