Sunday, April 15, 2012

HIJRAH

Sesekali saya ambil tahu kisah artis tempatan/luar negara tapi tidaklah taksub sangat. Just tengok tv dan baca paper malah berlambak dalam fb cerita terkini tentang mereka. Bermacam isu kahwin cerai, kelahiran kematian fitnah/gosip antaranya. Sesuatu yang menarik perhatian berkaitan dengan proses hijrah diri seseorang artis dari free hair kepada penampilan bertudung. Sesuatu yang positif, sedikit sebanyak peminat artis tersebut yang tidak bertudung mungkin akan mengikuti jejak artis pujaan mereka. 

Bukan hendak komen sekian sekian tentang artis, tapi terfikir diri sendiri. Saya bertudung sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang. Menjejakkan kaki ke sekolah menengah dan tinggal di asrama... kebanyakan warden kami asalnya dari Kelantan dan kami wajib pakai tudung. Pada mulanya ikut-ikutan dan peraturan semata-mata, lama-kelamaan sudah serasi dengan tudung dan kekal sehingga ke hari ini dan mudah-mudahan sehingga akhir usia.

Berbalik kepada isu hijrah, jauh di sudut hati sekiranya saya berkemampuan dari sisi kewangan dan ada persediaan secukupnya... teringin juga hendak mengerjakan umrah. Simpan niat sajalah, tercapai atau tidak itu serah sepenuhnya kepada Allah. Kita merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang.

Berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya, ternyata tidak mudah dilakukan sekiranya tidak punya azam yang kuat. Tapi cabaran dan dugaan itulah penguat semangat untuk berubah. Sekiranya mendatar biasa-biasa sahaja situasinya mungkin hasil yang diperolehi itu tidaklah semanis hasil mereka yang berjaya menempuh pelbagai dugaan sukar, fizikal+mental.

(kenapa ayat2 aku macam ayat skema ni?)

Berniat untuk melakukan kebaikan sahaja pun sudah mendapat ganjaran pahala apatah lagi mengerjakannya. Tapi ada hati hendak berbuat jahat tapi tidak jadi melakukan perbuatan jahat itu tidak pula dicatat dosanya, berdasarkan pelbagai sumber yang saya baca.



 

 

No comments:

Post a Comment