Monday, April 9, 2012

APRIL

Memasuki hari ke sembilan di bulan April. Sepanjang bulan ini mudah-mudahan semuanya dipermudahkanNya... ada beberapa urusan keluarga melibatkan ibu saya terutamanya. Memang tidak adil menceritakan hanya sedikit sahaja itupun secara umum. Tetapi ianya sesuatu yang menggembirakan dan setelah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, ahli keluarga kami yang sememangnya kategori 'big family' itu akan bertambah bilangannya tahun ini. INSYAALLAH.

Mak saya kena turun KL from sandakan to LCCT. Seorang diri pula tu, tapi memang tidak dapat dielakkan. Risau juga kerana ini pengalaman pertama mak menaiki flight. Kita yang sudah melalui pelbagai pengalaman naik flight - menarik+seronok/menyusahkan+rimas mengharapkan agar perjalanan mak nanti diwarnai warna-warna ceria. AirAsia atau MAS? Itu yang bermain di kepala kami (aku + suamiku + adikku Mazlan) sewaktu menguruskan tiket mak.

Naik MAS memang ok tapi untuk seorang tua seperti mak, kami risau sekiranya di KLIA nanti dia terpaksa berjalan jauh takut sesat menuju pintu ketibaan. Faham-faham sajalah kan KLIA tu macam mana situasinya. Banyak pintu dan banyak papan tanda mungkin tiada masalah bagi kita yang muda-muda ini, tapi ianya mungkin berbeza  dengan pandangan mak walaupun mak boleh membaca. Ditambah dengan bermacam manusia bermacam rupa dan ragam.

Akhirnya kami sepakat memilih AirAsia. Tidaklah jauh sangat mak berjalan ke pintu keluar kan. Jarak mengambil bagasi dengan pintu keluar ketibaan  penerbangan domestik dekat sahaja. Kalau perlu mungkin adik saya boleh guna sedikit kelebihan berdasarkan status kerjanya terus masuk cari mak, hehe...sampai macam tu sekali kami fikir ya...

Opps! Jangan salah sangka ya, kami tidak berniat membiarkan mak kesayangan kami menaiki flight seorang diri, tetapi ianya sekali lagi ditegaskan memang tidak dapat dielakkan. Tiket AirAsia mak, kami belikan sekali dengan tempahan nasi ayam. Boleh check-in/ dapatkan  boarding pass di machine di airport Sandakan, tapi awal-awal lagi saya pesan dekat mak senang cerita terus daftar masuk di kaunter dan bayar RM10. Di sebalik banyak charge tersembunyi sebaik sahaja kita membeli tiket AirAsia, biarlah berkorban duit yang boleh dicari lagi tu...asalkan mak kita selesa.

Awal-awal juga saya mengingatkan mak tentang pakai stokin kaki, jaket di dalam kabin nanti. Naik turun tangga pesawat juga saya ceritakan dan menyuruhnya berhati-hati. Tak perlu risau dan kelam kabut, jalan pelan-pelan saja mak, utamakan keselamatanmu, kata saya. Seat mak pula kami letakkan dia di tepi laluan, Seat C atau Seat D memudahkan mak gerak ke tandas. Kalau dekat tingkap takut dia gayat dan segan untuk limpas Seat B,C atau D,E. Seat ini saya jelaskan berdasarkan 3 kiri dan 3 kanan yang selalu saya naik. Saya pernah juga menaiki flight yang tempat duduknya 3 kiri, 3 tengah dan 3 kanan.

Apapun... doakan semuanya berjalan lancar ya! Lagi satu penerbangan mak waktu petang jam 1620 (04:20 pm) dari Sandakan, jangkaan tiba +- jam 1900(07:00pm). Sebelum itu pastinya kami (aku+suamiku+adikku) sudah tercongok awal di pintu ketibaan domestik LCCT, hanya beberapa minggu dari hari ini dalam bulan ini juga.

Oh! April yang indah...tentunya. Sekali lagi... doakan ya kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment