Monday, November 24, 2014

MELAKA 27 SEPTEMBER 2014 - 29 SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum...

Jom tengok gambar, ini kunjungan kali ketiga saya ke Melaka. Sebenarnya di luar jangkaan tak terfikir pun akan ke Melaka. Kebetulan makcik kepada salah seorang adik ipar saya kahwin orang Melaka, jadi diringkaskan cerita... terkena tempias kami yang ada di sini, dijemput sekali datang 'memeriahkan majlis', hehehe...rezeki jangan ditolak betul tak?...siap disediakan tempat tinggal lagi, homestay dekat Taman Seri Rambai.

Ok..juadah di majlis kahwin - nasi putih, nasi minyak, pajeri nenas, gulai daging/gulai kawah, ayam masak merah,makanan ringan seperti aneka gula-gula, rempeyek kacang dan bilis, tumpi(rempeyek kacang hijau/dal) manisan bubur jagung, tapai ubi manis dan yang paling cun - air minuman asam boi perrrgh...menyengat dan menyegarkan kena pula tu cuaca tengah panas terik! Dan buah jambu cicah asam boi. Alhamdulillah....rezeki, lebih kenyang daripada biasa.

Tapi saya agak segan mengambil gambar makanan, rasa macam kurang sesuai kerana hampir setiap mata tetamu akan berkalih kepada group kami sekurang-kurangnya beberapa saat...kerana kami wakil mempelai perempuan dengan baju tema kelabu.
Bunga telurnya guna telur masin rebus...unik. Di tempat kami biasa guna telur ayam rebus.

Makan beradab menunya agak special - siakap tiga rasa, udang goreng dihias cantik, sotong goreng celup tepung, tapai ubi manis, aneka kuih muih, air asam boi, kailan ikan masin dan menu kenduri yang saya sebutkan di perenggan kedua di atas.

Jom layan gambar...


Kami naik bas, kereta kecik orangnya ramai tak muat. Naik bas dari stesen TBS tambang RM10/pax.


Inilah pengantin yang diraikan. Kami dari pihak pengantin perempuan.




























Mangga di hadapan homestay.

Bahulu pecah lapan.


Adik dan anak buah (yang pakai baju tom & jerry).















 Bustel Melaka, ada hotel dan gerai-gerai makan.
Tak sempat try coconut shake.
Singgah sini sekejap ambil gambar dan tengok-tengok sekeliling.
Bas-bas lama yang tidak digunakan lagi di upgrade menjadi hotel...bustel, restoran dan tandas. Kreatif kan.







Murah-murah harga makanan kat sini...berbaloi-baloi.
 



 Asam pedas ikan pari, murah dan banyak pula tu isinya, RM3.50 semangkuk siap makan kongsi lagi.


 Bunting yang diletak di pagar luar homestay tempat kami bermalam, disediakan oleh pihak pengantin lelaki, kami duduk free saja. Disediakan makan minum sepanjang masa oleh pihak pengantin lelaki.



Bergambar sebelum berpisah...saya jadi jurugambar. Dari Melaka menuju KLIA2 +- sejam setengah perjalanan.


 RM4/pc beli banyak ada diskaun tapi yang makan benda ni saya sorang jerr...suami kurrreng sikit.
Tu pasal beli satu botol saja.


From Melaka to Kapar, Klang...hehehe...
 



 Adik ipar dan anak buah...amboi boi boi sampingan si Entok...menggoda sungguh.













Cantik, terang, menggoda dan ceria sungguh beca ini kan...

 






 Hello Kitty! Nasib baik tiada ultraman, spiderman, gaban...


Mood santai di tepi jalan...tolak tepi protokol atau skema.

 

 Dari pandangan atas.



Tengok saja dari jauh...dilarang masuk, kihkihkih.
 


 Dekat Jonker Walk...megah sungguh kapal ini dan tentunya cantik. Sejarahnya juga menarik.










 Bahulu pecah lapan & rempeyek kacang tanah + ikan bilis.



 RM 10 baju T kanak-kanak.



RM 10 pun baju T kanak-kanak.

love,
mr
kapar klang
24/11/2014 isnin

No comments:

Post a Comment