Thursday, October 24, 2013

SETELAH ADANYA FACEBOOK

Assalamualaikum... salam hari Khamis.


 Facebook (fb) macam-macam ada, alaa... semua orang pun tahu. Apa nak hairan kan, dan saya dengan sedikit rajinnya suka sangat menulis perihal berkaitan fb, ada-ada saja yang hendak di stok cerita di blog saya ini.

Ok, mari kita mulakan!.


TAG

Ops! Bukan jenama jam tapi masih lagi berkisar tentang fb. Banyak sangat iklan/page/group atau jemputan untuk permainan online. Selalunya dekat 'notification' tu semak serabut dengan bermacam permintaan untuk 'like', 'add' atau 'invited'.

Ada sekali tu saya jadi 'penyengat' sekejap - saya tulis status yang agak tajam seperti berikut : 

 kadang-kadang kita berhadapan dgn orang yg 'nampak sangat menipunya' walau dia bercakap penuh yakin & lancar & 'berkarisma' (realiti maa... bukan sindiran tapi kenyataan dan kebanyakan org mengalaminya) cth: jurujual yg promote barang tak berkualiti langsung! air liur jer lebih


Isk isk tak baik gaduh-gaduh, rasa lucu pun ya, beberapa hari sebelum tu saya tulis jangan invited saya untuk sebarang permainan online, bisnes MLM, page/group dan yang segaris dengannya. Seperti yang dijangka... masih ada lagi yang berbuat demikian. Tapi sejak status 'penyengat' tertulis, sampai sekarang, hanya satu sahaja request itupun berkaitan group sekolah saya dahulu. Yang tu tak pa, it's ok. 

Mula-mula saya berfb beberapa tahun dahulu... saya hanya menjenguk rumah fb saya sekali-sekala, kadang-kadang seminggu sekali, dua minggu sekali malah sebulan sekali. Itupun saya jenguk melalui komputer di cyber cafe. Ketika itu penuh 'dinding rumah fb' saya dengan bermacam-macam iklan, suruh beli itu ini, sampaikan saya rasa seolah-olah rumah fb saya itu sudah jadi semacam papan iklan pun ya. Bengang jugalah masa tu. 

Dalam masa yang sama... saya sendiri pun tak reti sangat bab IT. Lama kelamaan... saya bongkar akaun fb saya dan akhirnya dapat juga reset setting, gambar, status hanya untuk friendlist dan keluarga sahaja.

Cuma memang serabut semak dekat notification laa... tapi bab kena tagged gambar atau status sebelum publish dekat wall saya tu... memang dah saya set saya kena tapis dulu.

Niat kita berlaman sosial itu boleh berubah/dipengaruhi rakan-rakan sekeliling (friendlist kita). Kadang-kadang ianya di luar kesedaran kita. Katakan niat asal sekadar suka-suka, sekadar mengisi masa lapang... tiba-tiba ada yang sentap menyampah dengan 'dekorasi dinding rumah fb kita'. Dan kita pun hairan... laa itupun sentap juga rupanya, sungguh itu juga di luar jangkaan.


LIKE.COMMENT.SHARE

Di ruangan 'news feed', sering kita melihat contohnya : Alibaba(nama samaran) 'likes this' dan kebetulan Alibaba menyukai 'page' berkaitan ubat kuat untuk lelaki, dan... Alibaba sudah berkahwin.

Kita mengenali Alibaba kerana dia kawan kita satu sekolah dahulu... apa yang terlintas di fikiran kita? Kenapa Alibaba menyukai 'page' ubat kuat tersebut? Adakah dia bermasalah dengan tenaga batinnya?

Atau...

Tiba-tiba kita terlihat juga seorang rakan kita yang sudah beranak pinak 'like' iklan untuk krim payudara yang kendur, jatuh dan sewaktu dengannya? Apa yang akan kita fikir?

Kesimpulannya apa yang kita 'like.comment.share' dekat fb menggambarkan siapa diri kita. Dalam 'friendlist' kita itu tidak hanya kaum wanita sahaja, tentunya ada juga rakan-rakan lelaki semasa zaman sekolah/belajar kita atau rakan sepejabat, apatah lagi yang sudah berkahwin dan beranak pinak, tanpa sedar kita mendedahkan 'kelemahan' diri / hal-hal dalam kelambu yang bersifat peribadi walau tidak sepatah pun kita tulis dekat 'dinding rumah fb' kita.

CANDY CRUSH SAGA

Game ini yang paling banyak 'request' terhadap saya, inilah yang selalu menyerabutkan 'notification' saya. Beberapa tahun lepas, seingat saya permainan FARMVILLE yang selalu dimainkan oleh rakan-rakan fb saya. 

Sampaikan masuk surat khabar ada yang sakit pinggang gara-gara terlalu taksub dengan 'game candy crush saga' ini.  Berhantu juga permainan ini kan, banyak peminatnya. 

24 JAM ONLINE

Satu hari, tiba-tiba seorang ahli keluarga terdekat saya, pangkat pakcik kepada saya menghantar mesej di ruangan chatting, dia bertanya kenapa saya selalu online facebook, saya tak kerja kah? Sambil tersenyum-senyum sendirian saya membalas mesejnya dengan senang hati, saya katakan sambil menyelam minum air pakcik! Kalau ikut menghadap fb ni siang malam satu kerja pun tiada siap. Ditambah lagi dengan bermacam rancangan menarik di Astro...hmmm kan, kan.

Di restoran, dalam bas, LRT sekarang ini bukan sesuatu yang luar biasa melihat orang lain memegang pelbagai gajet dan tentunya sedang online juga sama ada facebook, tweeter, WeChat, Keek, Whatsapp dan yang segaris dengannya. Semurah seringgit sehari sahaja, dah dapat online dan mengetahui berita terkini beberapa jam sebelum berita utama di tv.

Malah menyebar fitnah pun sepantas kilat! Hanya dengan satu klik sahaja. Mohon dijauhkan daripada menjadi penyebar fitnah. Jangan cepat terpengaruh dengan sesuatu berita hangat/sensasi, ambil beberapa waktu memikir dan menapis kesahihan berita tersebut. Kalau meragukan, abaikan sahaja.


Sekitar bandar-bandar besar atau di Lembah Klang ini sahaja (merujuk kepada Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya) liputan internet banyak yang baik berbanding kawasan kampung. Boleh online 24 jam... laman maya sahaja yang tetap 'hidup' 24 jam tapi penggunanya macam biasalah, macam yang saya katakan kepada pakcik saya itu, menyelam sambil minum air. Kita perlu tidur, makan minum, tandas, solat dan bermacam lagi yang dilakukan.

Sekarang.. untuk mengelak dari tanggapan yang bukan-bukan... saya set ruangan chatting dekat fb saya hanya untuk famili sahaja. Itu yang terbaik, saya fikir, kerana kalau adapun mesej dari rakan-rakan... bila-bila masa sahaja saya dapat membacanya walaupun saya 'offline'. Yang pasti tetap online sepanjang masa. Pada pendapat saya, perlu kita memiliki akaun fb untuk alert perkembangan semasa yang terjadi di sekeliling kita, kita perlu add atau like page seperti PDRM, majlis perbandaran, suratkhabar utama, personaliti penting seperti pemimpin misalnya dan lain-lain yang difikirkan perlu. 

Dalam minggu ini sahaja, antara yang famous di fb, berkaitan kes rompakan bersenjata di bank dekat Subang Jaya, demam politik di Sg. Limau, banjir lumpur di Cameron Highland, pembentangan belanjawan 2014 (kalau tak silap esok) dan yang terkini kes ditikam sampai mati, ada juga yang mengatakan kes tembak di stesen LRT Gombak dan stesen LRT Taman Melati (sumber fb, saya menunggu berita utama jam 8 malam ini).

Ok lah, stop sekejap di sini, dah nak dekat Maghrib dah ni. InsyaAllah akan disambung lain kali, senyummmm....


love,
monalizahrais
Jalan Kapar, Klang
SELANGOR
24 OCTOBER 2013 
KHAMIS  


















 




No comments:

Post a Comment