Wednesday, October 2, 2013

ERTI BAHAGIA

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu semoga hari ini lebih baik berbanding hari semalam. Masih lagi selsema kepala rasa berat semacam tuli pun ya, asyik-asyik buang hingus kan, terasa sampai ke telinga. Tak larat minum air halia semacam minum air lada pula, pedas... awal-awal pagi lagi suami beli air 100 PLUS yang 1.5 liter tu, saya yang suruh beli untuk legakan rasa tak sedap badan ni. 

Masa balik Sabah raya sudah, pun ada juga demam, tolak panadol dan saya bantai 100 PLUS banyak-banyak. Alhamdulillah baik akhirnya. Sekarang pun tengah bantai minuman ini dah tinggal suku haha...

Ok, hari ini cerita tentang erti bahagia. Apa itu bahagia? Ianya sesuatu yang bersifat subjektif hanya dapat dirasa oleh hati bukan sekadar menunjukkan itu ini bahawa kita sedang dilamun bahagia. Hari Isnin sudah saya menonton siri penyiasatan di tv. Kes yang dilakonkan semula itu berkisar tentang keluarga yang diculik dan dikurung di satu tempat yang terpencil. Sibuklah pihak penyiasat ini ke sana sini mencari maklumat.

Yang menarik perhatian penyiasat itu bertanya sesama mereka - kenapa satu keluarga diculik, adakah mereka bermusuh dengan sesiapa? Habislah disoal siasat rakan, jiran dan ahli keluarga yang kena culik itu. Purata jawapan yang diberikan, keluarga XYZ yang kena culik itu bahagia seperti keluarga yang lainnya.

Cari dan cari lagi sehinggalah pakar IT mereka siasat laman sosial milik keluarga XYZ apalagi kalau bukan facebook. Berdasarkan pemerhatian mereka, tidak ada yang ganjil sangat pun, semua gambar menunjukkan kegembiraan mereka sekeluarga. Secara logik, tidak ada keluarga yang sempurna, sentiasa cukup segala-galanya atau sentiasa tenang kehidupannya. Akan ada masa tertentu turun naik, ujian kehidupan menimpa. Itulah 'key' kenapa keluarga XYZ diculik. Di sebalik kebahagiaan yang ditunjukkan kepada umum... rupa-rupanya keluarga mereka dihimpit bermacam masalah - si suami berasmara dengan guru tuisyen anaknya, anak remaja mereka terlibat dadah, isteri mengabaikan tanggungjawabnya ditambah lagi dengan anak kecil mereka menghidap penyakit autisme. 

Kalau cerita orang putih kan penculiknya sahaja macam-macam 'spesis', yang jenis 'psikopat' yang paling banyak ditontonkan kepada penonton, baru best itu cerita ditengok. Si penculik pula jenis anak terbiar dan terpencil, kekurangan kasih sayang daripada keluarga akhirnya membentuk dirinya menjadi pendendam dan melepaskan rasa kecewanya itu dengan menculik mana-mana keluarga yang dirasakannya 'bersalah' dan mesti 'diajar'.

Spontan membuatkan saya teringat fb itu sendiri. Memang ada di kalangan rakan-rakan yang selalu upload gambar menunjukkan keluarga mereka bahagia. Bukan itu sahaja, komen-komen yang disertakan turut menguatkan lagi bahawa dia sedang bahagia. Tup tup satu hari yang tidak dijangka dia menulis di fbnya bahawa keluarganya sudah hancur berkecai. Terkejut juga membaca komennya itu, sambil tertanya-tanya sendirian.... biar betul? 

Kadang-kadang saya membeli kek kecil, maksud saya bahagian-bahagian kek yang sudah dipotong dan dijual sekitar RM4 ke RM6 satu pc. Kita nak rasa sikit jer, takkan kita nak beli yang penuh punya yang sekitar sekilo ++ tu kan. Jadi begitu juga apa yang terjadi di facebook. Ianya seperti bahagian kecil kek tadi. Kek penuh atau cerita penuhnya tidaklah kita ketahui, kita tak nampak sebab tidak dinyatakan semuanya di fb. 


Katakan tiba-tiba rakan kita menulis "geramnya tengok dia ni, menyampah meluat perasan bagusss!!!!". Kebetulan pula kita ada bertemu dia hari itu. Dan terasalah hati,"eh kenapa dia kata aku begitu?". Contoh kan..

Yang paling mudah apa sahaja berkaitan fb janganlah kita ambil kisah sangat, kecuali yang ada unsur-unsur ilmu misalnya pesanan dari Al-Quran dan Hadis atau tazkirah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama. Tolak tepi atau buang jauh-jauh prasangka itu, kecuali memang nyata nama kita di 'mention' nya, misalnya, "Hoi Badut! Aku menyampahlah tengok muka engkau, nak termuntah aku!". Katakanlah nama kita si Badut kan. 

Tapi selalunya benci macam mana pun takat sindir-sindir macam tu jer... tak berani manapun nak letak nama kan, betul kan?. Lepas tu mengharapkan like.comment.share dipenuhkan oleh rakan-rakan fbnya.

Warna rambut pun bukannya semuanya sama berwarna hitam, inikan pula hati. Kalau kita jenis tak suka bermusuh dengan orang lain, abaikan sahaja. Ada terrrrlalu banyak benda lain yang berfaedah berbanding melayan benda-benda yang entah apa-apa entah tu...

Nampaknya facebook banyak memberikan idea kepada saya untuk menulis di blog, hehehe... betul maa...


Sebenarnya lebih kepada  iktibar untuk diri sendiri terlebih dahulu.


love,
monalizahrais

 

 
 

 

No comments:

Post a Comment