Assalamualaikum...
Petang Jumaat ni saya nak cerita tentang gigi emas. Gigi emas? Ya, gigi emas. Dan cerita yang lainnya.
sumber gambar : google
Masa saya kecik-kecik dulu sekitar tahun 1980-an... seringkali saya melihat kebanyakan orang tua-tua yang bergelar datuk nenek banyak yang memakai gigi emas. Setiap kali mereka tersenyum, gigi emas itu yang akan menonjol. Saya sangat hairan, bermacam soalan menari di fikiran, kenapa mereka memakai gigi emas? Tentunya soalan saya itu terbiar begitu sahaja di alam fikir. Kita sebagai anak kampung yang membesar dalam suasana adat dan kepercayaan yang kuat terlalu banyak pantang larangnya, begitu juga dengan pertanyaan terhadap sesuatu. Lebih banyak kita diam dan hanya mengikut peraturan adat, maka kita akan dianggap anak yang baik.
Namanya pun budak-budak, kami selalu meniru memakai gigi emas. Biasanya dalam kotak rokok ada pelapik kertas yang berwarna perak atau emas, dan pelapik kertas inilah yang kami jadikan 'gigi emas', rasa seronok sangat masa itu. Ops! tapi kami tidak merokok ya, kami cuma ambil kertas kilat-kilat tu jer...
SIRIH PINANG
Arwah nenek saya makan sirih, sampai ke satu tahap... doktor menasihatkan dia supaya berhenti atau sekurang-kurangnya memperlahankan hobinya itu disebabkan masalah kesihatannya. Saya sering menolong arwah nenek menumbuk pinang gambir di lesung khas untuk sirihnya itu. Malah seingat saya, kapur sirih pun dia buat sendiri melalui kulit kerang yang sudah dibersihkan sehingga putih kemudian dimasak sehingga menjadi serbuk putih.
Di belakang rumah kami itu ada pokok pinang, faham-faham sajalah kan... sumber untuk makan sirihnya itu sentiasa ada dan percuma, begitu juga daun sirih yang ditanam sendiri di belakang rumah. Rupa-rupanya setelah saya dewasa dan sekarang pula sedang bermastautin di Klang, Selangor... keperluan makan sirih ada dijual di sekitar bandar Klang dan yang mengejutkan saya... pembelinya orang Bangladesh, Nepal. Kalau anda perasan ada tempat tertentu di bandar Klang ini yang lantainya penuh dengan ludah merah... diorang punya pasallah tu,makan sirih dan meludah sesuka hati, isk tak senonoh betul kan...
Sopan lagi arwah nenek saya makan sirih tau... dia tak meludah merata tempat macam korang (bangla, nepal).
Dan di beberapa tempat di Sabah, negeri kelahiran saya itu, ada anak dara yang mengunyah sirih, tapi yang pastinya sekarang ini amalan memakan sirih itu sudah semakin dilupakan. Gigi pun jadi merah kehitaman bah.
SUNTIL TEMBAKAU
sumber gambar : google
Ada tembakau yang digunakan untuk rokok daun tapi ada juga yang hanya guna tembakau yang digulung-gulung kemudian dikunyah seperti sirih.
Pengaruh sekeliling... kunyah tembakau hendak ditiru oleh saya yang masih budak-budak dan rakan-rakan yang lainnya. Tapi kami guna manisan yang diawet yang sebiji macam tembakau tu, jadinya gigi dan lidah kami pun merah macam nenek-nenek yang kunyah tembakau dan sirih.
Pernah juga saya ikut menggulung rokok daun sewaktu di kampung arwah bapa saya. Kebanyakan pengalaman unik ini saya perolehi di zaman kanak-kanak saya sewaktu balik ke kampung ibu bapa kami.
KUNANG-KUNANG
Kami suka kunang-kunang atau kelip-kelip. Ada satu pokok di kampung halaman arwah bapa saya... setiap malam akan berkumpullah kelip-kelip ini. Saya dan sepupu-sepupu akan mengambil kelip-kelip ini, kami bawa balik rumah dan... kami masukkan ke dalam telinga kami, kononnya supaya kelip-kelip itu akan makan tahi telinga kami, seronokkan zaman kanak-kanak saya? Hehe.... Alhamdulillah...
Kanak-kanak zaman sekarang?
SULAP
Sulap merujuk kepada rumah kampung yang dibina secara sederhana menggunakan kayu, atap nipah, dinding dan lantai buluh terutama ketika menuai padi. Atau tempat bermalam sementara, semasa musim buah-buahan di dusun memuncak.
Sulap yang paling tinggi yang pernah saya bermalam setinggi 50 anak tangga dibina di atas pokok yang ditebang. 50 anak tangga? Ya, 50 anak tangga, saya masih ingat lagi, untuk ke kawasan sawah padi arwah nenek saya itu... kami perlu melintasi gaung berjambatankan kayu balak. Untuk urusan tandas, perlu ke tebing sungai untuk membereskannya dan sebaiknya hanya pada waktu siang sahaja, malam... pandai-pandailah set kena tahan tunggu pagi menjelma.
Banyak pula cerita saya berkaitan zaman kanak-kanak saya dahulu. Perlu ditulis manalah tahu menjadi rujukan penting untuk generasi seterusnya. Zaman kita semakin moden dan unsur kampung semakin berkurangan malah dilupakan. Mengimbas sejarah itu perlu sesekali dilakukan, yang baik dijadikan sempadan dan yang tak baik cepat-cepat buat sempadan.
InsyaAllah lain kali akan disambung lagi, tata...
love,
monalizahrais
di selangor ada jual suntil tembakau?
ReplyDeleterokok gulung saya pernah nampak dijual di pasar besar klang..
ReplyDelete