Wednesday, December 3, 2014

TRANSGENDER

Assalamualaikum...

Baru-baru ini isu pondan viral di laman sosial...alaa yang pondan kena tangkap pakai baju perempuan yang mak andam tu...akhirnya terlepas dari tuduhan setelah rayuan dibuat di mahkamah rayuan, mesti banyak yang bimbang kesannya pada masa akan datang. Selepas ini tidak mustahil ada request untuk perkahwinan sejenis...waduh-waduh fening-fening...mesti family dia malu nak letak muka kat mana kan.. orang dok cakap macam-macam...tidak ada mak bapa hendakkan anak mereka menjadi keliru atau terus kepada poin utama - pondan. Mungkin tersilap di mana-mana usia atau terlepas pandang semasa zaman kanak-kanak/remaja anak-anak mereka.


Saya rasa seriau, geli hati ketika menaip cerita ini...sebabnya kita terbayang-bayang lelaki yang sepatutnya fizikal dan cara berpakaian lelaki tup tup...berpakaian wanita - memakai skirt, baju ketat, ada buah dada haish...tak larat saya sebut...serrrammm...
Cuba lihat pondan di sekeliling kita...paling hampir semasa majlis kahwin siapa mak andam? tukang buat pelamin malah tukang masak pun ada...tukang jahit?.. banyak kerja yang sinonim dengan kaum hawa kini dominan dengan golongan keliru ini.

Musim kahwin di kampung halaman saya hampir melibatkan 100% pondan kalau dah masuk bab make up, gubahan hantaran, pelamin...sukar mencari jurusolek wanita. Pengalaman kami setelah 3 orang adik saya berkahwin...dua adik lelaki saya, isteri mereka disolek pondan...secara peribadi memang kami tak setuju tapi nak buat macam mana...masa tu pengantin perempuan di rumah mak bapanya, akhirnya rasa tak setuju tu tenggelam begitu saja.

Tapi yang seorang adik perempuan saya...orang tua kami bertegas tidak membenarkan pondan make up adik saya ini...ada sedikit konflik di situ... ketika majlis sanding di pihak lelaki, mereka sudah bayar siap-siap khidmat jurusolek pengantin...orang tua kami tetap tidak setuju...saya disuruh untuk make up adik saya, saya ok jer nak solek adik saya pun...sebab masa study dulu kami pernah didedahkan dengan sesi make up cuma lebih kepada make up untuk watak dalam lakonan teater. Namun begitu untuk solekan pengantin pun tiada masalah...diringkaskan cerita, akhirnya saya dapat juga solek adik saya...

Bayangkan dalam bilik pengantin...apa yang terjadi sewaktu sesi solek dan tukar-tukar baju untuk bersanding di pelamin, walaupun si suami ada di situ, tapi aurat isterinya terdedah kepada lelaki lain yang mengaku pondan yang jadi jurusolek isterinya. Sudah tentu akan ada sentuhan kulit ketika make up, tolong pin sana sini, tolong betulkan baju...dibuat oleh si pondan...stigma masyarakat kita menerima mereka kadang-kadang menakutkan tanpa disedari. 

Itu baru menerima kewujudan mereka... sekarang setelah isu pondan terkini itu seakan-akan iktiraf mereka sebagai jantina yang ketiga...selepas ini kalau tiba-tiba ada tandas khusus untuk pondan/mak nyah...mengucap banyak-banyak kita yerr...huru hara sangatlah tu... dan jangan hairan jika bala menimpa... ingat sejarah di zaman nabi Lut dulu? Tak mau cakap banyak sendiri cari... tak mustahil ianya berulang. Nauzubillahiminzalik...

Atau tiada tandas khusus untuk mereka... tetapi berkongsi tandas dengan wanita...waduh-waduh berat sungguh... sejak remaja lagi saya selalu tertanya-tanya...pondan/mak nyah ni masuk tandas mana ya? Setakat ini saya belum pernah nampak lagi pondan masuk tandas lelaki atau tandas perempuan...kalau ternampak alang-alang saya bawa sekali suami masuk tandas temankan saya buang air ... bahaya ooo...


Hidup penuh lakonan, berpura-pura, sudah terang nyata fizikal dan suara itu lelaki... bermacam cara 'mencantikkan' diri, sekali pandang seakan wanita sempurna malah kadang-kadang seperti mengalahkan wanita. Ikut logik akal manusia tak kira bangsa dan agama di seluruh dunia ini, golongan pondan/mak nyah tidak wujud...TIDAK ada jantina ketiga. Hanya dua sahaja - lelaki (jantan) dan wanita (perempuan), tu pasallah wujud istilah jantanbetina/jantina.

Kecuali dalam kes-kes tertentu, ada bayi yang lahir mempunyai dua kelamin, lelaki dan wanita - itupun dia perlu memilih salah satu darinya yang lebih dominan, itu tak apalah lain cerita, cuma yang tiba-tiba keliru ingin menjadi pondan, lesbian tu yang problem tu, mengelirukan, menyeramkan...ops terlebih sudah...

 Sesekali lepak di kedai mamak dekat Jalan Gopeng, Klang, haa...di situ berlambak pondan India, dah banyak kali kena serbu... tapi selang beberapa hari ada lagi kelibat mereka mencari mangsa di sekitar Jalan Gopeng.
Kadang-kadang ketika saya sedang membelek pakaian wanita di seksyen wanita di pasaraya... tiba-tiba ada sekumpulan pondan berada di situ... pun sedang membelek pakaian 'wanita' kegemaran mereka, waduh-waduh...

Dalam industri hiburan... di tv, radio, rancangan berunsurkan jenaka atau persembahan di majlis-majlis korporat dan paling dekat dengan kita... majlis kahwin. Golongan pondan ini antara 'magnet' hiburan, menghidupkan majlis... lebih meriah daripada biasa, kerana terlebih exotic, terlebih gedik, terlebih wanita... auwww... sentiasa mendapat sorakan (entah memuji entah mengutuk tak tahulah) daripada audiens.

Malah sekiranya seorang pelakon lelaki yang 'jantan' tiba-tiba menerima watak pondan dalam sesebuah drama/filem... wah kemain lagi sanjungan yang diberi... kerana keberanian dan kesanggupan si pelakon tadi mempertaruhkan reputasinya sebagai pelakon serba boleh. 

Entri di atas tidak berniat menghina sesiapa... saya pun ada kawan-kawan satu sekolah yang jenis lelaki lembut dan jenis pondan. Kita tetap layan mereka atas dasar kemanusiaan... cuma setakat itu sajalah, kalau dah masuk bab berurusan kerja seperti mak andam, tukang jahit baju... tukang masak, kami pilih yang bukan pondan. Ada banyak lagi wanita di luar sana yang buat kerja-kerja 'wanita' yang berkaitan aurat wanita.

Antara stigma masyarakat dan kehendak agama... tentunya kita pilih agama kerana sudah termaktub dalam Al Quran dan Hadis, kita yang beragama Islam dilarang menyerupai lelaki bagi yang perempuan dan sebaliknya.

Lelaki lembut dan pondan dua jenis 'lelaki' berbeza. Lelaki lembut memang ada yang mahir kerja-kerja yang sinonim dengan wanita cuma nalurinya masih lelaki, berkahwin dengan wanita dan masih pakai pakaian lelaki... InsyaAllah masih solat seperti lelaki (kalau yang beragama Islam). Berbeza watak pondan/mak nyah... keinginan mencantikkan diri tersangatlah lebihnya mengalahkan wanita malah ada yang sampai ke tahap bedah buang alat kelamin, cucuk hormon tertentu untuk bentuk buah dada, bernafsu terhadap lelaki. Inilah yang keliru, yang turut sama mengelirukan masyarakat sekeliling... ada yang sokong ada yang bantah.

InsyaAllah tahun hadapan ada seorang lagi adik lelaki saya akan berkahwin... entahlah bakal isterinya akan disolek oleh pondan... atau wanita? Faham-faham sajalah bab kahwin di kampung-kampung terpencil ini, gambaran pondan dan kerja-kerja kahwin sudah semacam sebati dan diterima masyarakat di sana (di bandar pun sama). Entahlah...Alhamdulillah semasa majlis kahwin saya dahulu... jurusolek saya seorang wanita, sepupu saya sendiri.

Ada seorang adik lelaki saya gemar memasak, malah mahir buat kerja-kerja rumah, pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah pulau pelancongan, dalam masa yang sama mahir kerja-kerja tukang kayu, dia memang jenis tak reti duduk diam walaupun waktu cuti bekerja, Alhamdulillah tiada pula tanda-tanda kategori lelaki lembut atau pondan, malah sudah berkahwin dan ada anak.

 Takkan saya komplen anak orang pulak kan?... Lebih baik saya bercerita sesuatu yang dekat dengan diri saya dan family. Ada seorang lagi adik lelaki saya semasa kecilnya memang terserlah 'kelembutannya' ditambah lagi mukanya agak 'jambu'. Ini menimbulkan kerisauan orang tua kami dan adik beradik kami... mungkin kerana perpaduan dan kesatuan family kami, ditambah lagi tegasnya orang tua kami, tidaklah kami melayan kelembutannya itu... dia dilayan seperti seorang 'jantan'. Nasib baik tak jadi pondan, Alhamdulillah. Oh ya, saya ada 5 adik lelaki dan 2 adik perempuan... tu pasal asyik tulis 'ada seorang adik lelaki saya, ada seorang lagi adik lelaki saya...'.


Menghina, menyisihkan golongan pondan pun tak kena juga...kesannya perlahan-lahan akan membentuk kesatuan mereka sendiri dan sekiranya rakan-rakan mereka dinafikan hak bekerja, hak sebagai seorang 'warganegara'...akan ada yang membela mereka. Mereka bukannya bodoh malah adakalanya lebih cerdik, berkebolehan daripada kita ini. Mereka hanyalah golongan keliru, terperangkap dalam diri sendiri... hasil melayan kecelaruan yang ada dalam diri. Mungkin antara cara yang dapat dilakukan oleh masyarakat - kita berusaha mengajak mereka mendalami agama, JANGAN berurusan dengan mereka berkaitan kerja yang melibatkan aurat wanita atau undang-undang yang lebih tegas (ini urusan pemerintah).


Sekadar pendapat saya sahaja... saya ni bukannya siapa-siapa pun... sekadar peka terhadap isu sekeliling, kita juga sebahagian daripada apa yang sedang terjadi di sekitar kita, tak gitu?

Ok lah, hujung cerita dah ni... InsyaAllah tengah malam ini atau esok reload internet dapatlah dilangsaikan untuk bulan ini, so boleh sudah bercerita dan upload gambar-gambar untuk 'storage' di blog ini.

Tataaa... jumpa lagi.


love,
mr
selangor
3/12/2014 rabu

 









 



 




 






No comments:

Post a Comment