Saturday, December 6, 2014

SEGI UNIVERSITY, KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum...

Di luar masih mendung, perut pula tiba-tiba lapar, nasib baik sudah beralas sedikit sarapan - mee basah dilawan nescafe o.
Pulang semula ke Klang selepas bercuti raya puasa selama +- 3minggu, beberapa hari kemudian anak buah daftar masuk belajar di Segi University,Kota Damansara, selama ni dok dengar saja nama kali ini dapat masuk sekejap temankan anak buah, mak dia pun sekali datang daa...

Sesiapa yang ada sanak saudara berpeluang sambung belajar di sini, mungkin sedikit sebanyak gambar-gambar di bawah dapat membantu. Inilah HQ Segi University, bukan cawangan yer..
Menarik pemandangan di sekitarnya, ada banyak 'arca' besar-besar sambil saya bergurau...wah semacam ada unsur-unsur sunway piramid pun ya...masa kami sampai hujan masih lebat tak dapatlah bergambar di luar.

Ok, terus kepada gambar-gambar berikut, nanti panjang pula bebelan saya...

________________________________________________________________


Entah apa nama patung-patung di bawah, yang pasti mewakili tokoh tertentu, barangkali tokoh akademik, macam pernah nampak cuma tak ingat nama.
 


 Sempat lagi bergambar sementara menunggu pendaftaran dibuka.





 ___________________________________________________________________


Seterusnya gambar-gambar pemandangan dari tingkat 18. Asrama anak buah ini adalah kondominium +- 40 tingkat, kalau tak silap ingatlah. Nama asrama Casa Residenza. Haa...ambik ko nama kemain lagi kannn...siap ada pejabat security kat bawah. Pejabat asrama/warden di tingkat 9, kami naik ke situ ambik kunci rumah.

Mula-mula saya sampai sini... agak ganjil melihat student lelaki yang tiba-tiba keluar dari sebuah rumah. Maklum, zaman saya belajar dulu kalau namanya asrama perempuan, keseluruhan bangunan semuanya perempuan... keluar dari bilik memang tak nampak muka jantanlah jawabnya, kalau nampak muka jantan juga... maknanya ada penceroboh lah tu..
Tapi disebabkan ini kondominium yang dijadikan asrama... seluruh bangunan menempatkan student lelaki dan perempuan, diasingkan mengikut rumah, jadi kalau turun naik lif tu suasananya macam kita duduk rumah sewalah...
Mood asrama dorang ni macam kita dah bekerja/berkeluarga gitu...
















________________________________________________________________________


Seterusnya tempat tinggal anak buah di tingkat 18, kami yang terawal daftar sudah tentu yang pertama kali masuk ke sini, inilah suasana 'asrama' anak buah, kalah tak rumah kita? Atau rumah kita lagi smart dari ini?
Serumah menempatkan +- 10 orang student sekali masuk, terang warden asrama.
 








 Huhuhu...almari ini bukan untuk seorang, dua orang pun bukan tapi... untuk 4 orang tau! Haa...pandai-pandailah catu pakaian sendiri macam mana nak muat dalam tu, terkejut?
Kami pun terkejut, nasib baik katil seorang sebijik.


 Tempat yang kami pergi ni Segi University, Kota Damansara, yang lain tu cawangan dia.


 Kolam renang di tingkat 9 berhampiran pejabat warden asrama. Di sebelah tu gimnasium/fitness centre. Jangan pakai seksi sangat... hilang tumpuan yang kat dalam tu... hehehe...

 

 Van Segi University.



love,
mr
selangor
6/12/2014 sabtu

6 comments:

  1. Salam, nak tanya asrama ni ade yuran tak? termasuk dalam registration atau kena bayar berbulan? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak terang secara detail saya tak pasti sebab kami cuma tolong hantar anak buah jer. semasa registration tempoh hari... anak buah bayar yuran registration pada hari nak masuk tu, then masuk asrama hari tu jugak.

      Delete
  2. Hi assalamualaikum, saya nak tanya ada transport ke untuk ke college? And hostelnya dalam kawasan college ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... hostelnya dalam kawasan kolej juga,dekat sangat, just jalan kaki jer

      Delete
  3. Oh yeke kak? Bayarannya mahak tak kak? Hostel dia mahal tak? Sebab ada swimming pool haha mcm mahal je? Nak masuk segi tapi mak suruh check dulu bayaran segi college berapa..

    ReplyDelete
  4. mahal banding Ipta kot, secara detail bayarannya saya tak tahu, ikut mak budak yg kami hantar ni standard ipta swasta lah dik, lebih sikit banding ipta awam.

    ReplyDelete