Assalamualaikum...
Pertama kali saya melihat petani 'menuai' kangkung, seluruh tasik dipenuhi tanaman ini, dituai sehingga penuh satu lori. Bagi sesetengah orang, kangkung bukanlah makanan pilihan, namun begitu di satu sudut tempat di muka bumi ini... sayuran kangkung ternyata mampu menjana pendapatan, lumayan atau tidak, itulah pilihan yang ada untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.
Jom tengok gambar di bawah, ini jerr yang sempat diambil sambil tengok tv hari tu, saya suka channel TLC terutama yang jenis macam ni... suasana kampung aman damai sudah tentu udaranya juga bersih.
Teringat trending isu kangkung di laman-laman sosial, segalanya bermula sebaik sahaja PM memberikan contoh kangkung dan penurunan harga sayur. Tak mau komen lebih, semua orang pun tahu ceritanya.
Ok, next... kangkung hendak memasaknya, sangat mudah +- beberapa minit saja. Cuma pada pendapat saya... membersihkan kangkung kita kena cerewet sedikit, dibimbangi ada lintah ke, ulat ke, sebarang benda asing yang duduk dalam batang dia yang berongga itu. Ngeri pula terbaca berita budak yang termakan kangkung yang ada lintah dalam batang kangkung tu.
Semua sayur berdaun biasanya saya basuh di sinki terlebih dahulu sebelum memotongnya, untuk sayur kangkung batangnya saya potong serong dan nipis-nipis. Wah, tiba-tiba teringin makan kangkung lama juga tak pekena sayur ni.
Sebenarnya... itu jerrr nak cakap, ok chow dulu sambung di lain cerita.
love,
mr
selangor
6/12/2014 sabtu
No comments:
Post a Comment